1. Perbelanjaan dapat dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu:
a. Pengangkutan
Ada beberapa jenis pengangkutan awam yang terdapat di sini. Antaranya adalah bas, train, teksi dan motor teksi (yang nih aku sebut je sebab tak tahu nama panggilan diorang) Tambang pengangkutan bagi pendapat aku agak reasonable dan selesa terutama sekali kalau dapat naik sleeper bus. Orang cakap kalau naik train dari Danang ke Hue dapat memerhati pemandangan yang sangat scenic yang aku tak dapat penuhi sebab masalah masa. Kalau ada peluang cubalah..
b. Makanan
Makanan kalau di Vietnam memang berlambak tapi untuk mendapatkan makanan halal di bandar-bandar yang kurang besar agak payah dan mahal. Purata setiap meal diperoleh dari kedai makanan India berharga lebih kurang Rm 20 satu meal sekurang-kurangnya...kecuali kalau makan buah-buahan atau roti dari kedai 24jam.
c. Tempat tinggal
Tempat tinggal atau penginapan atau hotel memang banyak dan bersepah. Boleh pilih ikut kemampuan dan keselesaan. Kebanyakan hotel di Vietnam agak berpatutan dan boleh dikatakan murah. Misalnya bilik queen bed dengan tandas private boleh didapati dengan harga RM30; berkemungkinan sukar didapati di negara-negara asean.
d. Lain-lain
Lain-lain tu aku simpulkan macam kudap-kudap, barangan keperluan tambahan macam rokok dan lain-lain serta souvenir. Bagi aku barang-barang keperluan ini banyak terdapat di sekitar hotel dan harganya standard kecuali rokok hanya 30% harganya dari di Malaysia; iaitu dalam RM4 saja. Souvenir tak banyak choice; sama seperti yang boleh didapati di Ho Chi Minh dan harganya lebih kurang.
2. Bagi sesiapa yang suka berjalan-jalan tanpa kesesakan semasa berkunjung ke tempat-tempat heritage atau menarik, seeloknya bergerak ke lokasi awal. Tapi check lah dulu masa buka dan masa tutup sebab kebanyakkan tempat yg aku kunjungi memang sangat lengang pada awal pagi. Maka dengan itu bolehlah mengambil gambar dengan view yang lebih baik lagi.
3. Hai Van pass adalah satu dari lokasi scenic yang terdapat di Vietnam. Kalau ada kesempatan orang cakap (tak tahu kebenarannya) naiklah train dari Da Nang ke Hue untuk menikmati keindahan alam itu semaksimanya. Kalau naik bas pun boleh juga ataupun sewa motor lah kalau berani.
4. Menunggang motorsikal di Vietnam khabarnya illegal meskipun kita mempunyai lesen memandu antarabangsa. Hanya lesen yang diperoleh dari kerajaan Vietnam sahaja yang diiktiraf dan dibenarkan. Tapi kedai-kedai menyewakan motorsikal amat banyak sekali di situ. (Aku bawak je motor sewa tu...tp jangan la bgtau orang lain)
5. Trafik di bandar-bandar yang aku lalui tidaklah sibuk kecuali di Da Nang; itupun tidak sampai separuh dari di Ho Cho Minh. Namun begitu, bagi sesiapa yang masih belum master dalam membawa motorsikal adalah sangat-sangat tidak digalakkan untuk menunggang motor kerana meskipun tidak begitu sibuk, banyak motor lain adakalanya tidak patuh lampu isyarat, memotong dengan sesuka hati dan laluan bersimpang siur. Ini bukan apa..untuk keselamatan korang juga.
6. Back to basic. Cuaca memainkan peranan penting dalam pengembaraan. Cuaca yang lebih baik maka lebih banyak tempat yang boleh dilawati. Namun begitu, kebanyakkan tiket penerbangan dijual murah ketika cuaca tak menentu atau semasa perubahan musim. Apa yg perlu adalah, bawa bersama sebarang peralatan seperti baju hujan, payung, jaket, sun block atau lain-lain. Perjalanan aku di Vietnam kali ini hujan hampir keseluruhan hari. Mujur juga telah check cuaca beberapa hari sebelum bertolak. Dapat juga kurangkan belanja di tempat orang selain dapat elakkan dari basah kuyup.
7. Bayaran masuk di Hoi An. Cuba semak balik pengalaman pengembara lain mengenai keberbaloian untuk masuk ke tempat-tempat yang dikenakan tiket di pekan lama Hoi An. Walaupun bayaran tidaklah mahal sangat namun keberbaloian itu yang penting.
8. Ada beberapa tempat lagi yang patut korang consider untuk pergi yang mana aku x sempat luangkan masa sebab cuaca yang teruk. Antara tempat-tempatnya adalah :
-Tomb of Khai Dinh, Hue
-Marble Mountain, Da Nang
-Ba Na Hill, Da Nang
-My Son
-Museum of Cham scupture, Da Nang
No comments:
Post a Comment