Sunday 21 January 2024

Trip solo Batam : Part 2

Azam tahun baru aku adalah nak rajinkan diri tulis blog, lagi-lagi trip yang lama terbengkalai. Semoga berjaya la hendaknya..OK..kita sambung balik mana yang tertinggal...

Bangun pagi lepas selesaikan apa yang patut, aku g breakfast dulu kat kedai mamak yang berhampiran. Kena breakfast dulu, kang tak tau lagi bila lagi nak dapat makanan. Jalan kaki je sebab kat blakang hotel je kedai nya. Takde yang spesel pun..kedai mamak biashe biashe je. Settle breakfast, kemas2 beg aku gerak ke Puteri Harbour dalam jam 9.30 pagi. Awek tiket feri semalam dah sound kena ada kat balai pelepasan sebelum 10.30. Ye la..nak cop pasport bagai lagi kan.

Satu lagi kenapa aku amik feri kat Puteri Harbor ni adalah sebabnya ko boleh park motor kat depan pintu masuk tu. Maka agak selamat la sikit dengan adanya cctv dan security yang jaga tempat tu. Kira boleh la melancong dengan tenang hati. Jadi dipendekkan cerita, setelah menunggu dekat sejam (feri delay) maka kami penumpang-penumpang pun masuk la ke feri yang sudah sedia untuk bertolak. Proses cop pasport pun mudah je sebabnya xde orang sangat pun nak ke Batam ni rasanya.


Dalam feri tak ramai orang..kosong je. Ada la dalam 20-30 orang penumpang. Aku rasa antara kemungkinan besar sebabnya aku melawan arus..orang pergi jumaat or sabtu, aku pegi hari Ahad. Jadi orang dah balik aku baru nak datang tapi itu plan asal aku supaya tak terperangkap dalam kesesakan. Satu lagi ini bulan lepas raya, tambahan pulak aku pegi tengah-tengah bulan yang orang belum gaji. Ujung bulan sok bila dah asyuk ramai la yang buat trip healing. Healing dari apa, aku pun tak tahu.

Sebenarnya jarak antara puteri harbour dengan Batam dalam 50km plus minus lebih kurang (aku tengok gugel) tapi ambil masa dalam 2 jam. Maybe sebab kelajuan feri atau nak kena divert dari Singapore. So far aku ok je..feri x de orang..aircond sejuk n dapat air mineral ngan roti. Kiranya aku xde complain la walaupun bagi aku tiket feri nya agak mahal sikit.


Sepanjang dalam feri aku dok merancang perjalanan hari ini sama ada nanti sampai Batam aku nak beli simcard Indonesia ke tak sebab perjalanan dalam 2 hari je. Motor pun x sewa lagi..setakat ni aku takde watsep mana2 kedai sewa motor untuk sewa motor or transport. Sebabnya cuaca panas giler mcm nak kena strok haba ni dan semalam dekat 500 km perjalanan aku naik motor dari KL ke JB..tangan still ada sikit2 sun burn lg menyebabkan aku was-was nak sewa motor. Aku jangka maybe ini trip yang paling bodoh yang mana mungkin aku tak gi mana2 dan sampai la aku naik feri nih aku still xde plan ke mana-mana tempat menarik so hadap je la..Maybe g window shopping di mall dekat2 Nagoya sampai la lusa balik..aku malas nak pikir..mata pun ngantuk dalam feri ni..tido jap la..kang sambung balik.

Ok..dah sampai..lewat sikit dari sepatutnya 2 jam tapi aku ok je sebab hotel aku book tu boleh check in kul 2 sepatutnya. Kul 12 lebih sampai waktu indonesia memang kacak la. Urusan imigresen berjalan lancar sebab tak ramai orang so dalam 12.30 tghari aku dah keluar dari harbor. Aku amik keputusan untuk jalan kaki je ke hotel untuk buang masa. Tak jauh pun dalam 3.5 km (dalam 30-40 minit camtuh). Kebetulan Batam baru abis ujan maka cuaca ada sedikit sejuk (sikit je..xde la cam Cameron Highland), takde la panas membahang sangat.


Sepanjang perjalanan kaki aku dari jeti ke hotel bagi aku pemandangan typical Indonesia. Pemandangan marhaen orang kata. Jalan becak-becak (baru habis hujan), orang niaga sayur tepi jalan dan kesibukan orang menjalani kehidupan seharian. Pemandangan yang jarang ko jumpa kat negara sendiri. (Sebabnya kat negara sendiri jarang jalan kaki.)

Akhirnya kurang dari sejam aku sampai kat hotel yang aku book dari Agada semalam. Hotelnya duk kat pesisir bandar betul2 bersebelahan ngan Diamond City Mall. Tak sebelah pun dekat-dekat la..dalam 1-2 blok. Lokasi hotel aku ni dok dalam deretan rumah kedai yang separa kosong (kena tinggal). Tapi hotel bawah Rm 50 semalam siap breakfast kira ok la..lagipun aku nak tido je. 

Proses check mudah je..aku tunjuk booking Agoda terus dia bagi kunci dengan penyambut tetamu tunjukkan bilik ko. Kat Malaysia jangan harap la macam ni kecuali hotel bintang lima harga 3-4 ratus. Tu beza servis hotel kat negara jiran kita berbanding kat tempat sendiri tapi kita takde rasa nak improve apa-apa pun.

Bagi aku bilik yang aku book nih kira Ok2 la. Takde la mewah dan bersih sangat pun tapi ada aircond dan tv. Bilik air pun ada, cuma satu je yang aku rasa kurang adalah bilik nya takde tingkap. Ye la..dah amik bilik paling murah dekat hotel murah tak boleh la nak komplen bagai nak rak. Dah check in aku lupa mintak wifi password so aku nak turun balik ke reception tapi disebabkan lif tu lambat so aku naik tangga untuk jenguk masaj kat tingkat 4.(satu floor atas dari bilik aku) 

Tempat masat nya ni elok..macam exclusive la jugak dengan sofa tempat lepak depan kaunter. So dengan curious aku pun tanya la berapa harga utk masaj 1 jam. So cewek kaunter tu terangkan la kat aku yang untuk bilik vip 285k sejam setengah siap ada sauna dan utk bilik vvip harganya 385k 2 jam siap bathtub utk mandi.  Awek tukang urut boleh pilih kat katelog dalam Ipad. 

Aku terkebil2 nak memikirkan ni paket happy ending ke apa kebenda ni siap bathtub bagai. Dengan lembut aku cakap lain kali la sebabnya aku baru sampai dan nak keluar tapi dalam kepala otak aku..aku datang ni bawak sejuta rupiah je..xkan nak makan daun2 dijalanan nanti. Memang saja aku bawak sejuta je utk elakkan aku dari terpengaruh dengan aktiviti2 kemaksiatan.

Ok. Plan aku nak gi tengok kedai sewa motor yang ada dekat ngan hotel aku..dekat takde la dekat sangat dalam 700 meter la jugak dan harap-harap sempat la sampai sebelum dia tutup. Tempat nya bukan la kedai motor, sekadang barisan warung makan tuh ada la satu lot dia susun motor dalam petak dia tuh untuk disewa. So tanya2 dulu..yang aku tahu nak sewa motor kena letak passport kat kedai tu jadi aku try2 la kecek supaya xyah letak sebabnya passport aku dah kena amik dengan hotel. Manade passport dah. 


Sembang-sembang ngan brader tokey tu, dia tanya aku berapa lama nak sewa dan dia bagi la aku harga paketnya. Sebulan 700k, seminggu 350k dan sehari 150k. Dengan syarat kena letak 3 barang sebagai cagaran iaitu ktp (ic) , passport dengan 1 lagi aku x sure apa dia sebab bila dia cakap macam tu aku dah lost fokus dah..Lagipun motor dia biasa2 je sampai 150k dia letak walhal biasa 75 ke 100k je kalo motor jenis camtuh kat tempat lain (bukan kat Batam la). So aku cakap terima kasih sebab x jadi amik dan teruskan perjalanan. Nampaknya rancangan dah gagal..boleh jadi ni trip aku yang paling gagal teruk sepanjang penglibatan aku dalam kancah perjalanan ni (ah..ulang lagi ayat kat atas..saya ulaaammm). Plan first pun dah gagal. Tapi takpe. Kita yang buat dia..siap duit je.



Lepas tak jadi sewa motor, aku teruskan perjalanan. Cadangnya nak ke Nagoya Hill. Untuk sesiapa yang tak pernah ke Batam, Nagoya Hill ni kira dia punya pusat bandar la. Kat sini la mall2 terletak. Bukan tempat lain xde mall atau hotel-hotel mewah, tapi sini pusatnya dari dulu. So aku berpeleseran dulu takde arah tujuan area Nagoya Hill nih.


Hari dah petang dan aku dah ketar-ketar kelaparan. Mana tak nya..last makan roti dalam feri..pastu jalan kaki dari jeti ke hotel pastu berpeleseran pulak dari hotel ke Nagoya. Jalan punya jalan tu sementara gi Alphamart beli air, aku jumpa satu kedai jual nasik ayam ni. Ni nasik ayam yang ada kat jeti tadi tu. Maybe ni salah satu branch dia kut. 

Kenapa aku tertarik ngan kedai ni sebab aku tengok menu dia murah. Sedap tak sedap kita try test tengok. So aku amik paket dia yang ada skali air teh o beng. 18k je chor..and nasik ayam dia sedap beb..portion kecik (dah harga 15k..air lagi 3k) tp cukup la..ada nasik, ayam, sambal ngan sup.. tapi yang kompom nya rasanya memang sedap gila sebab aku lapar nak mampuih..kalo korang try rasa tak sedap jangan marah aku..bagi aku makan ngan air harga lebih kurang lima ringgit setengah mana nak dapat.

So lepas makan aku teruskan perjalanan ke Nagoya Hill mall. Takde apa nak buat pun..kalo tido di hotel pun x dapat apa jugak. Kat area ni ada macam-macam la..karok ada, masat ada dan lain-lain hiburan la..kira ok bagi yang nak berhibur. Yang traveller bajet sengkek ni ko makan nasik ayam lima ringgit je le. 

Nagoya Hill mall ni bagi aku biashe-biashe saja macam mall kat Malaya gak tapi tujuan aku yang utama pegi mall ni selain dari tengok-tengok, aku jugak nak mencari sehelai baju batik buat santai-santai. Last beli baju batik masa kat Pontianak dulu..tu pun dah lusuh. Cari punya carik, tak dapat la harga yang aku berkenan (bajet ciput). Ada yang elok mahal lak..yg ada diskaun paten buat alas kaki je. So aku batalkan la hasrat murni aku dan balik semula ke hotel.

Balik hotel rehat-rehat dulu tengok tv, malam aku keluar lagi mencari makan malam. Aku gi area warung-warung tepi jalan (atas lagi dari tempat sewa motor tu) sbb nampak cam banyak pilihan. Lgpun aku nak ke indomart or alphamart mana yg jumpa utk topap kudapan dalam bilik. Kalo lapar tengah malam leh cekik apa yang patut. 

Ada lebih 10 warung kat area tepi jalan tuh tapi aku cari warung yang ada goreng-gorengan. Bakso ke nasik ayam geprek ke ayam penyet ke aku elakkan sebabnya nak merasa juga masakan panas area Batam nih. 2-3 kedai aku pergi tapi pelayan tak amik pot walaupun aku dah duduk dalam 5 minit, so aku pun pindah-pindah kedai dan akhirnya aku dapat jugak layanan dari salah satu kedai kat sana. Kat menu nya banyak jugak jenis makanan yang ada. 


Walaupun byk pilihan, aku cuma order nasi goreng seafood dengan teh obeng je. Sesuai dengan bajet yang ada. Nasi gorengnya nak dikira sedap, sedap la jugak tapi lagi sedap aku masak kat umah tapi sotongnya memang fresh. Macamana aku tau fresh ke tak? Sotong tu agak kenyal tapi x rasa cam kunyah getah sekerap. Settle semua urusan termasuk beli kudap-kudapan, aku balik semula ke hotel. Capek banget ni. Semoga esok ada sinar di Batam.

Bersambung..

Sunday 7 January 2024

Trip Solo Batam : Part 1 (prologue)

Lama tak travel ya..itu lah..secara kebetulan aku ada satu event kerja yang aku dipaksa join tapi aku memang malas dan tak mau pegi event tu. Untuk mengelakkan aku dari pergi jadi aku kena buat reason yang kukuh supaya dapat la aku lari.. setakat demam ke family isu ke memang tak jalan. So aku decide cakap yang aku gi obesi masa event tuh berlangsung. Luckily HR terima alasan aku tuh walaupun diorang xde mintak proof tiket flight ke or hotel book ke (sebab memang x ada) tapi nak tak nak aku kena gak pegi obesi bagi mewujudkan alibi. Jadi obesi mana yang aku nak pegi nih?

Idea nya nak overland je la memandangkan x sempat nak book flight (of kos la sebab mahal gila) untuk tarikh yang sepatutnya. Bagi aku ada 2 lokasi pilihan, sama ada ke utara atau selatan. Dok pikir-pikir, aku teringat yang aku ada member kat Johor yang dah lama x jumpa..ada la last jumpa masa kat U dulu..so aku nekad yang aku akan ke selatan. Naik apa nak ke sana? Ride motor la..jimat dan mudah nak uturn tengah jalan disamping parking pun mudah dan percuma.


Member aku tuh duduk kat Kulai. Aku dah watsep nak jumpa dia masa aku kat Seremban lagi. Kat persimpangan Simpang Rengam baru dia reply and dia cakap siang dia ada urusan yang perlu nak settlekan, so nak lepak malam je boleh. Jadi aku terpaksalah berpeleseran dulu sementara menunggu waktu malam. Padahal aku dah exit highway nak ke Kulai. So tanpa berfikir aku divert perjalanan aku dari tol Simpang Renggam masuk menuju ke Pontian. Tujuannya adalah ke Terminal Feri Kukup untuk usha tiket yang mana destinasi aku pun x pasti sama ada ke Batam atau Tanjung Balai Karimun. Kita pergi tengok2 dulu neh pastu baru decide. 


Hari ni cuaca panas giler ah..dari pagi naik motor berapa kali dah berenti. Isi minyak, lepak tepi isap rokok tapi makan je belum lagi. Boleh pitam woo cuaca panas macam nih..cuma aku tak berani nak makan tengahari yang proper sebabnya takut ngantuk masa bawak motor nanti. Setelah entah berapa lama, akhirnya sampai gak destinasi pertama aku dalam trip kali ini iaitu Kukup. Kenapa aku gi sini adalah no 1, aku nak tengok jeti Kukup..nak tengok feri apa yang ada nak ke Batam or Tanjung Balai (ah..dah bagitau kat atas tadi kan..saja je nak ulang...sayaaa ulaaannggg..). No. 2, alang-alang dah sampai, aku ingat nak singgah jap kat Tanjung Piai (Taman Negara). Tempat tak pernah sampai..bak kata pepatah orang Botafogo, dah alang-alang je..


Sampai kat Kukup aku pun cuba untuk masuk dalam Terminal Feri tapi kena tahan ngan guard yang duduk kat meja depan pintu masuk. Dia cakap kat aku yang terminal nih hanya untuk penumpang feri je maknanya yang ada tiket or yang nak beli tiket je boleh masuk. So aku tanya la dia..kalau nak tengok2 tiket ngan jadual feri macamana? So dia pun bagi la aku pamplet yang ada jadual dan harga tiket feri. Rupanya kat sini hanya ada feri ke Karimun je..Batam takde..Dia cakap kalau nak ke Batam naik kat Tg. Puteri atau Stulang. Oh..mcm tu rupanya..Aku cakap terima kasih dan gi cari tempat nak berfikir jap..


Perut dah tak boleh bertahan lagi nih. Kalau dibiarkan mau pitam. So aku pun berenti kat warung tepi jalan nih. Kalo untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai kat sini, Kukup nih lebih kurang macam perkampungan nelayan yang majoritinya terdiri dari bangsa cina. So pekannya nak kata maju tuh lebih kurang pekan Beruas tapi ada la benda pelik-pelik yang korang boleh nampak kat sini. Antara pemandangan yang tak selalu ada adalah macam sebahagian motor cup kat sini ada bumbung mcm di Tailen..dan ada tren yang ditarik pakai motor untuk bawak penumpang dari parking ke jeti Kukup..tak jauh pun tapi kalau ada boleh la test..tp x tau ini book under tour mana.


Menu tengahari aku hari nih murtabak sama air teh o ais..makan ringan-ringan je memandangkan hari nak kata tengahari sangat x jugak..dalam kul 11 lebih..Lagipun aku tak perasan ada kedai makan yang jual nasik campur kat area tuh. So layan kan je la..Murtabaknya not the best yang aku pernah makan tapi boleh la dan yang penting dapat isi perut yang tengah lapar. Harga pun boleh dikira berpatutan jugak.


So next destination adalah aku singgah ke Taman Negara Tg. Piai..Dalam 20 km je dari Jeti Kukup dan alang2 dah sampai..lagipun aku tak pernah pergi tempat paling selatan tanah air nih. Perjalanan tak jauh dan ambil masa dalam 30-40 minit berdasarkan ngan kelajuan santai2 dari aku. Tak rushing sangat dan secara kasarnya aku dah ada overall plan untuk hari nih, maka ada la sedikit masa untuk diluang secara bersantai-santai. 



Aku boleh katakan taman negara nih sesuai untuk dilawati seisi keluarga tapi..cuaca yang panas gila nih agak jadi kekangan terutama sekali bagi aktiviti yang banyak guna fizikal. Kat sini korang boleh tengok sempadan antara 3 negara iaitu Malaysia, Singapura ngan Indonesia..tapi banyak aktiviti ni korang kena jalan kaki melalui walkway kayu yang takde bumbung. Kalau korang nak ke titik paling selatan tanah air, korang kena berjalan dalam 5km sehala melalui walkway kayu yang aku cakap tadi la. 




Aku sempat ke viewpoint 3 negara tu je..yang nak ke titik paling selatan tuh aku tak pergi..give up sebab peluh dah berjurai-jurai dalam baju. Lagipun aku kena jimat masa sebab aktiviti aku yang seterusnya iaitu nak cari tiket ke Batam dan cari hotel yang disewa plus nak rehat-rehat sebelum keluar semula malam kang..



Lepas meninjau taman negara, aku pun blah dari situ. Sempat la aku singgah beli kopi ais kat kedai tepi jalan ni. Kopi Tenggek nama dia. Nampak mcm kedai ootd gak dan ramai jugak customer nya so aku order la kopi ais bungkus satu. Kena gak la dalam RM 4.50 untuk segelas kopi besar and rasanya not bad tapi still xleh celen kopi arabica 7e Tailen.




Setelah berhempas pulas mengharungi kepanasan akhirnya sampai jugak aku kat jeti Puteri Harbour. Tanpa banyak soal aku gi kaunter untuk recce tiket ke Batam. Nekad la gi Batam..kalau nak ke Tanjung Balai lain kali la..lagi pun diorang cakap xde apa yang menarik kat Tanjung Balai ni selain dari para lelaki yang sukakan hiburan. Lepas covid ni ada 1 je boat operator dari Puteri Harbour ke Batam, iaitu Puteri Anggerani so memang takde choice lah..harga tiket kalo personally tak begitu marhaen bagi aku iaitu RM 190 untuk pergi balik..tp dah sampai takkan x pergi. Ada 2 lagi tempat ko nak berlepas ke Batam dari Johor ni iaitu dari Stulang ataupun Pasir Gudang dan harganya lagi murah. Tapi nak ke sana tu yang aku malas nak menghadapi jem lagipun aku kan nak jumpa member aku malam kang so the best amik tiket kat sini dan stay area sini gak.

So aku amik jugak la tiket tu. Awek yang jaga ticket booth tu cakap kena ada esok kurang2 30 minit ke sejam awal untuk boarding time..cop paspot la tuh. Awek kaunter tiket ni x friendly sangat la sebab aku tanya macam-macam (tanya pasal feri Batam dan lain-lain lagi..bukannya nak ngorat) haram dia xmau jawap..macamana tourism Malaysia nak berkembang. Patut frontliner mcm ni kena hantar gi kursus mcmana nak handle customer.

So settle tiket aku pun gerak dari Puteri Harbour mencari hotel2 berdekatan. Nak dekat tu memang banyak..nak berpatutan tu yang susah. Ada banyak hoyel..dok legoland pun boleh tapi kalo kena dua tiga ratus semalam abis duit aku dok hotel kat Johor je. So cari punya cari terjumpa la aku kat satu hotel area shop lot kat Gelang Patah ni. Aku dah lunyai abis dan nak kan air cond dan katil untuk beristirehat je ni..so aku pun ok jela...



Haram betul hotel ni..mahal la..dok kat rumah kedai je dan parking motor pun guna parking majlis kat hujung kedai. Nasib baik hotelnya selesa la jugak. Selesa dengan harga RM130 semalam. Aku jarang dok hotel-hotel mahal nih (mahal tapi budget) tapi bila tengok kedudukan, kira aku redha je la.. Malas nak mencari hotel lain sebab kat area nih banyak penjaja bukak payung kat tepi-tepi jalan punca aku amik gak hotel nih. Satu lagi dekat ngan jeti pelepasan ke Batam esok hari tambahan pulak dekat dengan highway nak gi Kulai.

Dapat la mandi, solat dan lelap barang sejam, aku bangun balik sebab perut lapar. Berjalan aku kat area depan shoplot tu yang mana parking keter diorang bukak gerai..dapat la kuih2 ngan air untuk alas perut sebelum keluar malam kang.

Memandangkan tiket feri dah confirm so aku bukak la agoda, booking.com dan lain-lain lagi supaya aku dapat tengok mana-mana penginapan yang bersesuaian dengan aku kat Batam nanti. Targetnya yang paling berbaloi. Akhirnya lepas teliti aku pun book la hotel kat town (aku pun x tau town mana satu) yang dekat dengan attraction bagai dan mudah untuk makan. Sebenarnya aku balun je mana yang murah.

Lepas maghrib, aku pun bertolak ke Kulai. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku dok cari hotel area Gelang Patah nih..sebabnya ia berada kat tengah-tengah..nak ke Puteri Harbor pun tak jauh..n dekat nak exit highway nak ke Kulai. Perjalanan ke Kulai ambik masa dalam 45 minit ke sejam termasuk silap jalan dan sesat. Lama x turun Johor nih, trafik lain macam punya sesak, meskipun aku duduk mengaji kat sini dulu tapi ni dah next level dah even kat Kulai. Nasib aku tak amik feri kat Stulang tadi.

Aku lepak ngan member aku dalam 2-3 jam jugak la..kalo aku x ke Batam esok tengahari mau sambung sampai ke pagi. Lagipun warung yang kami lepas tu dah kemas2 tandanya dia nak tutup la tuh..So lepas bersalam-salaman macam di Aidilfitri aku pun balik la ke hotel..badan masih lagi lunyai ni..tido pun dah lewat..harap2 ada la sinar di hari esokk...

Bersambung...