Thursday 22 February 2018

luang prabang UNESCO site part 3

Hari ini macam biasa aku kejutkan member2 aku untuk alms ceremony tapi hampeh betul, sorang pun takmau bangun. So aku keseorangan la menghadap pagi yang sejuk ke pekan Luang Prabang. Kali ini memang awal aku keluar, lepas subuh terus gerak dalam sebelum 6 pagi. Kali ini memang aku keluar sekali dengan sami2 tu.







Kira ngam2 ho lah timing kali ini. Habis melepak aku ke pasar pagi yang terletak di celah2 jalan di pekan Luang Prabang ni. Bukan ada nak beli apa pun tapi saja2 je nak lihat sosio ekonomi masyarakat sekitar. Orang kata kalau nak tengok kehidupan sebenar penduduk tempatan kena pegi pasar dia. (Aku yg cakap sebenarnya dan bukan Albert Einstein)





So habis berpeleseran aku balik ke hotel utk kejutkan lagi 2 orang member aku untuk breakfast. Hari ini kami santai je (hari2 pun santai) cadangannya nak pusing pekan Luang Prabang tapi yang bukan heritage site. Dengar citer geng traveler Malaysia semalam diorang siap g main bowling lagi. Haha..gi Luang Prabang main bowling..memang epik giler.



Kebetulan kami sedang berjalan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya tiba2. Kami berlari mencari tempat berteduh yang kebetulan merupakan sebuah muzium perang. Kebetulan pulak berjumpa dengan geng traveler semalam. Diorang naik basikal manakala kami jalan kaki je. Patutla pantas. So kami baru sampai diorang pula nak gerak dah. So dalam war museum inilah yang menceritakan segala pahit maung Laos sebagai negara dunia ketiga yang terperangkap dalam perang America Vietnam.



Sebagaimana yang diketahui tentera Lao pathet adalah tentera komunis yang cuba menjatuhkan pemerintahan perancis (lagi2 perancis...jahat juga geng2 zidane ni..oh..Tu kisah lama...jgn di salahkan golongan muda) jadi bila komunis sama komunis diorang ni ada la perhubungan dengan parti komunis Vietnam. Oleh kerana perhubungan itu diorang menjadi sasaran pengeboman America atas alasan takut tentera Vietnam menyorok kat hutan2 di Laos. So selama beberapa tahun diorang ni menjadi mangsa pengeboman America.



Yang lebih dahsyat bom ini bukan sahaja meledak di angkasa malahan yang tak meledak menjadi dormant dan bertindak sebagai periuk api. Ramai yang telah mati dan tak kurang juga ramai yang cacat anggota dek kerana bom ini. Selama berpuluh tahun diorang cuba untuk melenyapkan bom ini namun begitu sehingga kini masih lagi ada bom2 yang masih belum ditemui. Untuk infomasi korang Laos merupakan negara yang paling banyak dijatuhi bom di dunia. Jadi Cuba bayangkan demi merebut kuasa, sanggup mereka bom tempat2 yang mereka nak kuasai atau negara2 bersebelahan dengannya.



Mostly yang menjadi mangsa adalah orang2 yang tak berdosa (setiap manusia mempunyai dosa masing2 tapi korang paham kan apa yg aku cuba ceritakan ni). Kalau tengok video yang diorang paparkan ini dapat dilihat ramai golongan petani, wanita dan kanak2 yang cacat anggota dek bom atau periuk api yang masih lagi terdapat sehingga kini. Ada yg buta, kaki tangan dah takde dan ramai pula yg kehilangan nyawa.



Usai urusan di war muzium kami kehausan lalu lepak di restoran nisa yang kebetulan kami jumpa di pertengahan jalan. Dari nak minum terus kami order makanan tengahari sekali sebab selepas itu kami nak balik hotel untuk berehat sebab petang kami membuat keputusan untuk memanjat mount phousi yg terletak di tengah2 pekan Luang Prabang. Makanan di nisa harganya lebih dari biasa2 tapi portion nya agak banyak so kami sharing2 lauk sahaja. Makanannya not bad juga dan restoran nisa ni agak femes bagi rakyat Malaysia sebab kami jumpa sorang pakcik yang kebetulan kenal ngan bapak kepada member aku ni. Bahkan member aku yang lain seorang bikers kental juga promote tempat ni.



Sudah makan kami pun balik ke hotel semula menunaikan solat dan berehat. Selepas itu kami kembali semula ke pekan untuk ke mount phousi. Tempat ni salah satu tempat yang sangat femes utk melihat sunset. Kalau lambat nanti tak dapat tempat duduk sebab puncaknya taklah besar cam Kinabalu. Haha..of Kos lah Kinabalu kan gunung yg besar gila kat ASEAN ni. Ada 3 jalan naik ke mount phousi walaupun aku jumpa 2 jalan sahaja. 1 dari pekan manakala lagi satu dari sungai Mekong. Kalau naik dari sungai Mekong bolehlah singgah di satu temple di tengah2 perjalanan tapi kami memilih utk naik dari pekan sebab senang dan lagi cepat. Cepat naik cepat juga turunnya. Naik mount phousi ni bukannya free ye..Ada pengerasnya kat pondok separuh jalan...kenala dalam 20000 kip bersamaan dengan RM 10.





Yup...agak mahal dan secara personal aku rasa X berbaloi tp memandangkan duit kip aku ada beribu2 lagi dan masa pun byk terluang maka aku pun naik jugak la..takkan nak tido kat hotel je sepanjang masa. Baik dok umah. Mount phousi ni tingginya tak tinggi pun sekitar 150 meter je (broga pun tinggi 400meter) dan lebih kurang 300 anak tangga. Namun begitu kalau lewat susah nak dapat tempat duduk sebab makin menghampiri sunset makin ramai yg ada sana. Sunset dalam jam 6 ke 6.30 ptg mcm tu. Malangnya sunset waktu kami naik tu tak best langsung. X menyayat hati org cakap. So kami pun ambil keputusan untuk turun. Member aku 2 orang tu pun sambung balik shopping kat nightmarket manakala aku balik ke hotel sebab takde apa pun yang aku rasa nak beli.





Malam kami gi makan di wat that semula dan lepak ngan brader Edi sambil2 berborak dan kami booking dia utk hantar kami ke epot esok hari sekali dengan geng traveler Malaysia yang kami jumpa aritu. 



Hari last kami di Luang Prabang takde apa yang menarik sangat pun utk dibuat. Bangun tido, breakfast, sambung tidur, lunch dan gerak ke epot. Bagi aku Luang Prabang ni satu tempat yang baik utk lay back, bermalas-malasan dan lepak2. Mungkin kalau aku g solo lain ceritanya. Ada je tempat2 yang lain boleh dilawati tp perjalanan agak jauh sikit dan adakalanya agak sukar aksesnya. Namun begitu kalau nak relek2 ini tempat yang sangat sesuai.



Tamat

Thursday 8 February 2018

luang prabang UNESCO site part 2

Hangin betul aku dah 2 kali post aku yang separa siap kemudiannya bila dia save terus kosong balik..terpaksalah aku upload balik gambar (nanti balik Malaysia buat) dan buat semula content ini dalam kesejukkan di Yangon mengisi sementara menunggu hari siang di bas station Aung Mingalar, Myanmar.




Ok...sambung balik. Seawal pagi hari kedua di Luang Prabang (sebenarnya takde la awal sangat kira-kira jam 7 pagi) aku dan member aku (Kami berdua je sebab sorang lagi tak mau bangun Dari tidur) sudah keluar dari hotel untuk tengok upacara alms giving, yakni satu upacara Yang femes di Luang Prabang. Ianya adalah dimana pagi2 lagi sami yang menetap di kuil akan keluar untuk meminta sumbangan dari penduduk persekitaran. Jadi penduduk2 tempatan ni akan sumbangkan sebahagian dari rezeki mereka kepada sami bagi mengharapkan keberkatan dalam kehidupan mereka. Macam kita selalu bagi sedekah kat orang2 yang serba kekurangan seperti contoh di masjid atau pada anak yatim. Lebih kurang macam tu la contohnya.




Puas kami berjalan mengelilingi pekan Luang Prabang tu tapi seorang sami pun tak kelihatan. Last sekali kami berhenti dan duduk di depan sebuah kedai yang masih lagi tutup di hadapan salah sebuah kuil yang terdapat di sana sambil memerhatikan dalam kuil dimana sami 2 ni ni berada sambil2 mengisap rokok barang sebatang dua. Nampaknya diorang sibuk menyapu sampah. Mungkin hari ni diorang puasa kata member aku. 15 minit kemudian datang nyonya tua tauke kedai membuka pintu kedainya. Maka kami pun bertanya pada tauke kedai sama ada hari ini sami 2 tu tak keluar ke? Oh..you already late..bentaknya...they out 6am. Hahaharam tul..itulah..lama sangat berkubang dalam bilik air..almaklumlah air sejuk gile dan take times nak tunggu water heater berfungsi.



Kalau mengikut abg Edi, Luang Prabang ini adalah salah satu tempat besar bagi agama Buddha. Ramai je sami 2 yang besar2 akan datang ke sini untuk sembahyang. So setiap tahun menurutnya ada je upacara besar berlaku di sini. Menurut abg Edi la...




Dengan kechewanya kami balik ke hotel sambil mengejutkan sorang lagi member kami untuk makan pagi. Hotel yang kami book ini memang siap dengan breakfast utk 3 orang tapi breakfast nya biasa2 je..roti dengan pisang ditambah pula dengan air buah blended. Hari ini kami bercadang nak ke Kuang Si waterfall, satu tempat wajib pergi kalau ke Luang Prabang. Kami semak satu persatu pakej untuk ke Kuang Si waterfall dan kebanyakkan pakej bermula dari 50k kip. Jadi kami ke Wat That semula untuk makan tengahari sambil boleh bertanya kat abg Edi brapa pakej yang dia boleh offer. Sambil2 makan abg Edi cakap dia boleh bagi 40k kip, member dia punya company. So kami pun apa lagi, on je la. 10k kip tu bersamaan RM5, kalau kali 3 orang..lepas la air buah segelas.







Kami menaiki mini van ke Kuang Si. Perjalanan tak sekejap juga kira-kira 1 jam perjalanan meskipun jaraknya cuma 30km saja dari pekan Luang Prabang. Ini kerana jalan yang kecik disamping bersimpang siur menyusuri ladang getah dan hutan kecik. Sampai di Kuang Si waterfall kami diberi tiket masuk so aku tak tahu berapa bayaran entrance fee sebenar untuk masuk ke waterfall ini. Orang kata 20,000 kip.





Masuk je kami mengambil jalan sebelah kanan menuju ke bear save sanctuary terlebih dahulu. Di sini merupakan tempat beruang2 liar diselamatkan dan ditempatkan. Kebetulan masa kami berada di sana ada dua ekor sedang bergaduh. Tak pasti sama ada lakonan atau pertunjukkan yang beruang2 tu dah dilatih untuk menarik perhatian pengunjung tapi kalau lakonan, ianya memang sungguh berkesan. Boleh ganti zizan razak dalam citer abg long fadil ke 17 nanti.





Dari bear save sanctuary kami terus menuju naik ke Kuang Si. Pemandangan waterfall ini memang mengujakan. Airnya hijau bercampur biru, tambah menarik lagi diserikan oleh awek2 mat saleh dan Korea yang berpakaian 2 piece sahaja meskipun ramai yang berbadan tak macam dalam citer baywatch. Kuang Si waterfall ini merupakan air terjun yang femes di Luang Prabang. Kalau ke Luang Prabang kena bagi masa untuk lepak di tempat ni. Kalau lepak lama-lama kat pekan heritage pun nak buat apa kecuali kalo korang suka lepak-lepak di cafe santai dan hipster dan ambil gambar untuk mengisi ruangan fesbuk. 



Ada banyak pool sebenarnya air terjun nih maknanya setiap satu pool tu menandakan setiap tingkat air terjun. Level paling tinggi sekali yang dibenarkan untuk masuk adalah lebih kurang 60 meter tingginya dari tempat korang sampai tadi. Jangan risau sangat sebab mendaki pun takde la susah, just macam berjalan-jalan di hutan. Orang cakap dari air terjun paling besar tu ada jalan naik lagi menuju ke secret pool yang banyak omputeh pegi, tapi bagi aku kalau orang tak bagi baik takyah keras kepala nak gi ceroboh lak. Kang kalau ada yang mengikut balik kang satu hal lagi.


Lebih kurang 2-3 jam juga kami di sana sambil2 berborak dengan traveler yang datang dari Malaysia jugak. "Oh...korang la yang jalan kaki dari airport semalam," itu pengenalan yang diorang nampak dulu. Buat keje tak berapa masuk akal memang macam tu la.




Perjalanan balik tak berapa membosankan meskipun penat disebabkan aku duduk asing so ada seorang traveler dari Thailand duduk di sebelah aku. Kami habiskan sejam lebih perjalanan balik ke pekan Luang Prabang dengan bertukar2 cerita pengalaman travel kami. Berbulu je penumpang lain disebabkan kami dua je bersembang dalam mini van tu sedangkan yang lain nak tidur.



Sampai di pekan kami balik hotel untuk solat dan tidur buat seketika. Malam kami ke Wat That semula untuk makan malam tapi kebetulan ianya tutup. Jadi kami terpaksalah mencari tempat lain untuk makan. Tempat makan yang kami tuju adalah yang terletak di tepi sungai Mekong. Harganya boleh tahan tapi makanannya kira sedap la jugak. Bak kata orang win win situation.



Balik member aku nak ke nightmarket semula top-up beli jiwa kekasih hati masing2 namun malangnya nightmarket dah tutup meskipun jam baru menunjukkan jam 9.30. so kami amik keputusan untuk balik sahaja ke hotel dan tidur. Takpe... esok masih ada.


Bersambung