Wednesday 12 October 2016

Phuket

Ada cuti terselit maka aku ambil kesempatan untuk buat short retreat / trip untuk release tension walhal baru bulan lepas aku balik dari mengembara di Korea. Saja je buat alasan tension kerja. Jadi tiket dah beli nak tak nak terpaksa pergi jua walaupun bajet hanya ada ciput sebab baru balik Korea maka aku gunakan wang lebihan dalam RM400; baki trip Korea untuk menampung perbelanjaan di Phuket kali ini.

Phuket ini merupakan salah satu destinasi wajib bagi backpacker (mengikut apa yang aku dengar lah) tapi mengambil masa 8 tahun bagi aku untuk sampai setelah mula berjinak-jinak mencuba mengembara ke rantau orang ini. Jadi di sini aku dengan rendah hati ingin berkongsi pengalaman aku meskipun ramai lagi yang lebih berpengalaman di Phuket ini.



Perjalanan dari KLIA ke Phuket International Airport mengambil masa dalam dalam 1 jam 15 minit sahaja. Jadi ianya satu perjalanan yang santai2 sahaja. Biar aku cerita satu pengalaman aku walaupun korang takmau dengar pun. Disebabkan tahun ini banyak short trip yang aku buat maka dengan riak-riak kompidennya aku terlupa untuk double check tiket flight aku dari KLIA ke Phuket. Dengan segala komfidentnya aku menyangka yang flight aku jam 8.30 pagi. Namun begitu sudah jadi rutin aku untuk berada di airport 2-3 jam awal sebelum flight maka secara santainya aku mengambil ERL jam 5.45 pagi. Semasa dalam ERL baru aku semak kembali tiket aku dan dapati rupa-rupanya flight aku berlepas jam 6.45 pagi. Siapa sangka pagi yang sejuk dan nyaman namun aku berpeluh dingin di dalam kesejukkan penghawa dingin ERL dengan harapan sempat sampai sebelum gate ditutup. Mujurlah setelah berlari-lari di imigresyen sempat juga aku sampat tepat semasa final call diumumkan. Sila jangan ikut perangai aku. Tak kira berapa banyak atau jauh korang mengembara, sila check tiket anda sehari sebelum berlepas.


Jangan tertipu..Phuket international airport berada agak jauh dari pusat pelancongan yang terkenal iaitu Patong beach, dalam 40km. Namun bukan sahaja Patong beach sahaja tempat yang punyai banyak penginapan, cuma Patong beach adalah bahagian pulau paling happening di Phuket terutamanya pada waktu malam.

Tempat-tempat menarik di sekitar Phuket tanpa dikenakan belanja tinggi / percuma.


Patong Beach

Apa yang menariknya di Patong beach ini adalah ia suatu tempat yang paling happening di Phuket. Bagi yang gemarkan night life di sinilah tempatnya. Selain dari maksiat sini sana, jangan khuatir sebab di sini juga merupakan syurga membeli belah di Phuket. Jangankan night market, morning, afternoon dan everning market juga terdapat di sini.







Aku tinggal 2 malam di Patong beach. Salah satunya betul-betul berhampiran dengan Bangla walking street kira-kira 300 meter dari pantai yang aku berjaya dapatkan melalui Agoda.com dengan harga tak sampai RM90 termasuk tax. Tak murah bagi seorang pengembara tegar tetapi dengan lokasi dan kemudahan bilik queen size dengan tandas personal disertakan, ianya sangat-sangat berbaloi dan jauh lebih murah dari kebanyakkan hotel budget yang terdapat di Malaysia.




Malam ke dua aku terpaksa bertukar hotel sebab Patong Budget Room yang aku menginap di hari pertama penuh dan terpaksa aku mencari-cari dimana hotel penginapan seterusnya. Maka setelah mengkaji dari segi aspek ekonomi, aku terus memilih untuk menginap di Hotel Maelern. Bilik hotel ini didapati lebih best dari hotel sebelumnya dan harganya lebih murah dalam RM20 namun begitu apa yang kurang adalah jaraknya yang agak jauh iaitu kira-kira 1.5 km dari pantai. Well..lebih jauh lebih banyak senaman yang boleh dilakukan.








Karon Beach

Secara jujurnya aku tak singgah di pantai Karon namun begitu di bahagian tepi jalan di bahagian berbukit terdapat sebuah hentian viewpoint yang menghadap ke pantai Karon. Dari sini boleh didapati pandangan indah cliff dan laut biru.







Kata Beach

Yang ini adalah pantai yang terletak tidak berapa jauh dari Patong. Tempatnya lebih sunyi dan sesuai bagi orang yang gemar menikmati ketenangan. Kalau tak silap aku, penginapan di sini dan tempat-tempat lain adalah murah jika dibandingkan dengan Patong. Harga makanan juga lebih murah dan pantainya cantik.




Big Buddha

Big Buddha ini merupakan salah satu tempat yang aku pergi semasa di Phuket. Ianya terletak di atas bukit tinggi dan di sini korang boleh menyaksikan pandangan lanskap yang sangat mengujakan. Di bahagian atas bukit ini terletak sebuah kuil dan patung Buddha yang tersangat besarnya.









Phuket town

Phuket town terletak lebih kurang 20km lebih dari tempat penginapan aku di Patong. Ianya jarang dilawati oleh pelancong terutama dari asia disebabkan ianya merupakan sebuah bandar yang biasa dan lebih kurang sama dengan Hatyai dan Betong. Namun begitu terdapat juga viewpoint yang menyajikan pemandangan hampir keseluruhan bandar Phuket dari menara tinjau yang terletak di atas bukit. Kalau dah tak tahu nak buat apa di Phuket macam aku, boleh la berkunjung ke sini.










Promtep Cliff

Promtep cliff ini adalah salah satu tempat recommended untuk melihat sunset. Ianya agak jauh nun diseberang Patong beach tapi bagi aku personally ianya sangat berbaloi untuk dilawati. Kalau naik motor sekejap je nih.






Pengangkutan.

Dari Phuket International Airport ke Patong
Dari lapangan terbang menuju ke Phuket town dengan menaiki bas awam. Tambangnya kalau x silap ingatan aku adalah dalam 100 thai bath sahaja, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Nasib aku tak berapa baik disebabkan bas penuh sebaik sahaja aku masuk kedalamnya bahkan terpaksa berdiri dikalangan penumpang-penumpang yang tidak berapa bertamadun; bertolak-tolak dalam bas, selfish dan lain-lain lagi.

Untuk ke Patong rupa-rupanya perlu menaiki bas atau kenderaan lain sebab bas tersebut memberhentikan aku di stesen bas Phuket town. Setelah 30 minit menunggu barulah dapat aku bergerak ke Patong dengan menaiki van Hiace. Tambang aku x sure tapi lebih kurang sekitar 50-60 thai bath.



Untuk roaming around, aku memilih pengangkutan yang paling mudah,murah dan mobile (maksudnya senang nak parking sebarangan) iaitu motorsikal. Di sini memang mudah nak sewa motorsikal. Harga sewanya lebih kurang 250 thai bath dan perlu tinggalkan pasport di kedai tersebut sebagai waranti yang korang takkan bawa lari motor sewa tersebut.



Flight pulang aku ke tanah air adalah dikira awal sebabnya banyak urusan di tanah air yang perlu diselesaikan sebelum hari Isnin maka aku terpaksa mengambil teksi untuk ke lapangan terbang. Teksi boleh di book melalui hotel dan harganya tidaklah begitu mahal berbanding jaraknya dan kadar bayar balik tiket kapal terbang sekiranya terlepas flight ke Malaysia sekitar 300 ke 500 thai bath termasuk cas awal pagi. (aku ambil teksi jam 5.30 pagi)


Makanan Halal

Tak mudah nak cari makanan halal namun begitu tak susah juga mendapatkannya tapi untuk mendapatkan yang murah memang payah dan hampir tak ada. Salah satu kedai makan yang aku rekemen adalah Kusuma yang terletak di tengah-tengah food court yang berada tidak jauh dari Bangla street. Food court ini terletak berhampiran dengan Red Planet hotel. Kenapa aku kata tak murah, nasik goreng + tomyam (seorang makan) + telur dadar + chaiyen (teh susu ais) = 450 thai bath. Sedang aku tengah makan tetiba datang 2 orang perempuan muslimah hister dengan free hair dan legging sendat sambil berseloroh separa menjerit berkata " kemana aku pegi je mesti penuh dengan melayu". Makcik, kalau xmau nampak melayu jangan datang Phuket, pergi la Antarctica ke Mogadishu ke...mesti xjumpa punya.






Perbelanjaan Keseluruhan

Seperti yang aku dah maklumkan aku hanya bawa kira-kira Rm400 atau 4000 thai bath sahaja untuk perjalanan kali ini. Ini tidak termasuk tiket kapal terbang 2 hala dan juga hotel yang telah aku book melalui agoda. Secara kasarnya perbelanjaan aku adalah seperti berikut:

Pengangkutan
Tambang bas dari airport ke Phuket town = 100 tb
Tambang van ke Patong = 60 tb
Sewa motor = 250 tb
minyak motor = 70 tb
Teksi ke airport = 300 tb
keseluruhan = 780 tb

Makan (satu hari aku makan proper meal hanya 1 kali)
kudap-kudapan = 100 tb x 2 hari
1st day makan = 450 tb
2nd day makan = 120 tb
keseluruhan = 770 tb

Sekian dan selamat menchoba...