Wednesday 22 April 2015

Eurotrip : Mencuba jaket kulit di Florence


Bandar Florence memang tidak se gah Rome ataupun Athens (eh Athens dah Greece) tapi dia ada keistimewaannya tersendiri iaitu...ia merupakan salah satu lokasi pengeluar barangan kulit terkenal di dunia. Mengikut kata orang...banyak brand-brand yang femes ambil produk leather kat sini sebelum mengecop produk tuh dengan jenama mereka sendiri sambil menaikkan harga produk berkali-kali ganda. Namun begitu Florence bukanlah tempat shopping semata-mata. Ia juga dikenali sebagai Athens of the middle ages, merupakan satu tempat yang amat bersejarah disamping menjadi tempat Leonardo Da Vinci dan Michaelangelo berkarya.


Ponte Vecchio pada waktu malam

Kami tiba macam biasa agak lewat...dekat-dekat matahari terbenam. So kami mencari-cari parkir di tempat yang sedekat mungkin dengan hotel. Florence nih terbahagi kepada 2 bandar macam kat Annecy dan Geneva jugak iaitu bandar baru dan bandar lama. Untuk pengetahuan semua, sebahagian besar dari bandar lama tidak boleh di akses oleh sebarang kenderaan kecuali beberapa laluan sahaja..Lain2 kena jalan kaki mengelilingi bandar lama nih.

suasana di night market


Kami park di parkir underground stesen keretapi Florence yang dikenali sebagai Firenze Santa Maria Novella atau...stesen keretapi Florence, sementara nak g check in di hotel. Sebabnya selalunya hotel ada disediakan parking..mungkin lagi murah mungkin lagi mahal. Masalahnya kat parking stesen ketapi nih xde daily rate...dia kira per jam bersamaan 3 euro sejam.

Basilica of Santa Croce waktu malam

Kami berjalan kaki ke hotel or kira motel yang telah kami book melalui booking.com. Setelah kami check in bilik, kami pun bertanya mana tempat parking bagi penyewa bilik. Sebabnya dalam itinerary hotel ada bagitau yang guest hotel boleh parking kat tempat yang disediakan dengan kerjasama hotel. Frontdesk tu pun bagitau yang rate parking kat tempat kami park tuh adalah yang paling mahal kat Florence. Maknanya kami terpaksa cau dari tempat tuh awal sebelum kena tambahan bayaran.

Gerbang menghadap sungai di hadapan Uffizi's galeri

Berlari-lari anak lah kami kembali ke parkir. Setelah kami bayar fee parking ada satu lagi masalah yang timbul. Entah kenapa kereta yang nak keluar dari parking 4 tingkat underground tuh tetiba stuck. (kami di tingkat 2) Lebih dari 40 minit kami beratur sementara tunggu nak keluar. Nak dijadikan satu masalah lagi..bila turn kami, kad parking kena rejek. Dengan kenderaan lain kat blakang dah start hon2...kami cuba interkom parking provider untuk bagitau yang kami ada masalah dengan kad kami. Yang bestnya dia cakap kami x bayar parking...dem

Santa Maria Novella yang terletak berhampiran dengan hotel kediaman kami.

Kemudian dia hantar seorang mamat untuk tolong kami kat situ...tambah menarik mamat tuh tak paham dan pandai cakap omputeh. Ah..sudahnya bertekak la kat palang parking tuh dekat 10 minit. Member aku memang tak mau berganjak..dah bayar pastu stuck kat jalan keluar memang bukan salah kami la.. Akhirnya mamat italy tuh back off dan biarkan kami lalu setelah kena hon dengan kereta kat belakang. Kami terus ke parking panel hotel kami tuh. Harganya 25 euro sehari...xmurah tapi ianya  1/3 dari harga yang kami kena bayar kalau park di stesen keretapi tuh. Cara untuk mendapat harga spesial nih adalah kena dapatkan map Florence dan mintak cop hotel dan tunjukkan pada petugas parking utk dapat spesial diskaun. Ok..nanti korang boleh cuba...Cuma masalah orang-orang Italy nih, memang ramai yang x paham bahasa omputeh (english).

Seberang jalan nih adalah tren stesen (Firenze Santa Maria Novella)

Ok..Planning malam nih adalah...carik T shirt Hard Rock Cafe. Memandangkan kami berada dalam grid old city, memang x susah nak carik tempat2 menarik di Florence memandangkan semuanya dapat di akses dengan berjalan. Malam yang sungguh sejuk namun begitu kami tidak kesunyian. Kota Florence memang agak havoc. Ramai tour-tour menyusuri bandar ini. Ditambah pulak terdapatnya night market yang rata-ratanya menawarkan produk-produk tempatan yang mostly leather produk.



Basilica of Santa Croce


Giotto bell tower atau nama org itali nya companile di giotto

Ok. Check it out ittinerary yang aku reka-reka sebelum trip nih. Nih adalah tempat2 yang menarik untuk dilawati dan time consumption untuk setiap tempat yang nak dilawati.





Florence Itinerary

4.00 – 6.00 pm            After check in and park things in the room, from Hostel Archi Rossi                                         walk around 45 minutes to 2 hours (around 4-5 km) depend how long                                     we gonna stop at each place)

          Places to visit:

1.      Piazza Del Doumo – 750 m from Hostel Archi Rossi
Cathedral Square - Square yang menempatkan bangunan-bangunan sejarah seperti Florence Cathedral, Giotto's Bell Tower etc.

2.      Florence Cathedral
Bangunan yang menjadi icon bandar Florence. Juga dikenali dengan nama Cathedral of Saint Marry of the flower. Amat terkenal dengan dome medieval berbentuk octagon nya.

3.      Giotto’s Bell Tower
Satu tower yang terletak bersebelahan Florence Cathedral dan Baptistery.

(Estimated time of visit 30-45 minutes)

4.      Piazza della republica – 250m from Piazza Del Doumo
5.      Piazza Della Signoria
6.      Fountain Of Neptune
7.      Piazza Vecchio – 350 m from Piazza della Republica
8.      Uffizi Gallery – 30 m from Piazza Vecchio

(Estimated time of visit 30-45 minutes)

9.      Ponte Vecchio (sunset)

Go back to hostel.  (1.5km around 20 minutes)



                                    End


Ini merupakan Piazza Del Duomo, pusat main attraction lokasi bangunan2 yang menjadi mercu tanda di Florence ini


San Lorenzo dan persekitarannya...

Secara jujurnya biar aku berterus terang. Itinerary yang disertakan di atas adalah fail tetapi tidak fail sama sekali. Kami gagal sampai seperti time yang dianggarkan namun begitu secara overall kami pergi kesemua tempat yang dinyatakan dalam itinerary tuh.Sunset jgn haraplah nak tengok sebab dok berkejar-kejaran di parking.




Secara keseluruhan, Florence adalah satu bandar yang menarik, penuh dengan sejarah dan tak lupa juga pusat membeli belah bagi yang kaki shopping...cuma masalahnya...ia nya sangat packed (busy), penuh dengan tourist bagi aku...tapi tidaklah seramai di Rome cuma korang bayangkan...untuk membeli tiket masuk ke Uffizi Gallery x kurang dari 100 meter berbaris; untuk memasuki Florence Cathedral x kurang 500 meter orang berbaris..

Ini lah Uffizi's galeri...cuba tengok perbarisan membeli tiket nih...



Itu waktu siang hari...pada malam sebelumnya kami sempat melepak di Ponte Vecchio dan kami dapati ramai manusia berpusu-pusu kat jambatan tuh. Risau jugak aku kalau runtuh jambatan tuh. Memandangkan lebih 500 tahun usia jambatan tu so kurang sikit kerisauan aku.









Ada dua part bandar lama Florence nih..kedua-duanya dipisahkan oleh Ponte Vecchio ini. Ponte Vecchio juga dikenali dengan nama old bridge dibina pada zaman roman. Kedai-kedai di atas jambatan ini telah ada dan berfungsi sejak kurun ke 13 lagi. Ponte Vecchio juga merupakan satu-satu nya jambatan yang survive perang dunia ke 2.



Pallazo Pitti (seberang sungai)

Fountain of Neptune

Sehari semalam kami di kota Florence kami tinggalkan kota Florence dengan seribu satu kenangan pahit manis (ekceli xde la kenangan sangat) menuju ke destinasi seterusnya iaitu kota Pisa. Bersambung

Wednesday 8 April 2015

Eurotrip : Como & Bellagio



Pada asalnya lake Como adalah hanya satu persinggahan dimana ia merupakan lokasi untuk tidur memandangkan lokasinya dah lebih dekat dengan tempat tujuan esoknya. Jarak ke Como dari Interlaken Ost adalah lebih kurang 250 km. Namun begitu cabaran memandu adalah lebih dari tadi. Disebabkan cuaca makin teruk kami terpaksa memperlahan pace kami. Member aku dah fatigue gile so aku terpaksa drive untuk ke Como.  


Apa yang bestnya di Erope nih...semua kereta yang berpendaftaran di eropah x ditahan di imigresen or kastam semasa melintasi sempadan negara. (btw kalau nak tahan..tahan je la sebab aku ada international licence..wau..belagak) Macam kalau nak masuk ke Switzerland pemandu2 yang bawak kereta nih kena beli satu vignet dalam 15 euro utk berjalan kemana saja di Swiss. Ini adalah disebabkan swiss x kenakan tol dan roadtax jalan pun xde..


Dah melalut..sambung balik...Apa yang istimewa nya Como nih? Como terkenal dengan tasiknya yang besar dan dalam...no 3 terbesar di Italy dan salah sebuah tasik terdalam di Eropah..apa? xpeduli? 

Ok. Lake Como nih adalah salah satu tempat perlancongan bagi golongan artis dan orang-orang kaya di Eropah. (ok..now everyone seems to care..haha)Antara orang-orang ternama yang ada rumah kat sini (rumah persinggahan je kut) adalah Matthew Bellamy (nih sapa pulak nih..oo muse), Madonna, George Clooney, Gianni Versace, Ronaldinho dan lain-lain lagi. Maknanya..bukan saja-saja kami nak pegi ke Como nih tapi bersama-sama merasai perasaan seorang artis oversea pergi holiday kat villa masing2..cuma bezanya kami duduk kat hotel harga 20 euro semalam je...tuh pun share 2 orang..(haha...mana ada hotel yg harga 20 euro kat lake como nih)


Aku memandu di Como lebih dari kelajuan yang dibenarkan...60-70km sejam. Had kelajuan di Como adalah 50km/j. Bila tengok balik side mirror dah ada satu garisan panjang kat belakang. Kereta beratur dalam 10 bijik kat belakang. Italian memang bawak kereta laju giler. Walaupun jalan di Como agak merbahaya. Jalannya kecik (half dari jalan kita) dan bersimpang siur. Patut la banyak pemandu F1 datang dari Italy. Tapi apa yang bagusnya diorang nih patuh kat undang-undang jalan raya. Sepanjang aku drive tuh jalan bertentangan sangat lengang xde kereta tapi diorang langsung x potong sebab double line. Dapat je lane memotong terus je diorang berdesup hilang dari pandangan. Terasa mcm berlakon citer italian job pulak...sebagai pak pacak extra...


Kami sampai di Como agak lewat. Lewat tuh kira dah malam dalam jam 10 malam. Apa punca kelewatan ini? Salah satu sebabnya aku yang drive..x biasa wey drive belah kiri. So terpaksa bawak slow2 walaupun kenkadang xsedar aku dah pegi 150-160km/j. Sebab kedua adalah cuaca...salji dah mula cair jadi jalan agak basah. Sebab ketiga, ha..nih sebab sebenarnya...terlalu bergantung pada GPS. Disebabkan kami x setting GPS tuh dengan betul-betul, dia dah bawak kami pegi jalan yang silap. Ada ke pukul 8 malam GPS bawak ke naik feri dekat jeti yang dah tutup. Dah tuh xreti2 nak reculculate jalan lain. Tambah lagi sejam perjalanan dimana kami terpaksa mengharungi jalan oh lorong sebenarnya yang sempit di lake como nih. Sampai je lokasi kami terpaksa mencari di mana lokasi hotel yang telah ditempah. Sebabnya hotel kat sini dibina berlapis-lapis. Maksudnya ada yang berada di gigi air, ada yang sama aras dengan jalan dan ada yang agak tinggi sikit di atas bukit.



Kami stay di Locanto La Fornace yang terletak di pekan Lezzeno. Hotel nih betul2 terletak di gigi air dan ada jeti sendiri. Nasib kami baik sebab kat hotel nih ada private parking, kalau tidak terpaksa berulang naik turun bukit sebab nak angkat barang yang banyak. Kalau mengikut pemerhatian aku, budaya kat sini sangat menarik iaitu hampir semua penduduk kat area nih menjadikan rumah personal diorang sebagai hotel. Kebanyakkannya orang-orang tua (maybe dah pencen kut) yang jadi manager dan budak2 samada sedara mara jadi waiter la bell boy la. So sambil2 menjalani kehidupan seharian dapat juga menjana ekonomi. Diorang stay di tempat yang sama dan makan di cafe mereka sendiri..rasa macam nak buat kat umah sendiri lak..



Malam tuh kami tidur awal (awal la sangat) sebab kat lake como nih langsung xde apa2 yang boleh dilawati. Tambahan pulak cuaca sejuk giler walaupun xde salji. Minus 2 kut. 

So keesokan harinya kami brekfest di hotel (free breakfast) selepas tuh kami berangkat menuju ke lokasi seterusnya iaitu pekan Bellagio. Barulah aku tangkap kenapa member aku ajak tido kat Como nih. Rupanya dia ada agenda lain iaitu beli Italian silk kat sini. 


Melalui pemerhatian aku, orang Italy nih jenis late starter...maksudnya bangun lambat. Pukul 9 pagi kami dah tercangak kat pekan Bellagio nih...satu haprak kedai pun x bukak..memang silap kami jugak sebab gagal membuat kajian mengenai feel italian nih. Kalau x boleh melingkar dulu kat bilik. Perancangan asalnya gerak awal so boleh sampai lagi awal ke destinasi seterusnya.


Lebih sejam kami duduk kat depan Azalea nih. Kat depan kedai tulis bukak pukul 10 pagi...kami tunggu sampai pukul 10.30 pagi haram x bukak-bukak. Dalam trip advisor kedai nih no. 1 kat Bellagio, kualiti, harga dan banyak pilihan. Tapi kami xde pilihan selain pegi carik kat kedai lain.


Pukul 9 pagi pekan nih sunyi sepi bak pekan zombi..manalah tau rupa2 nya malam tadi ada outbreak kat itali..manalah tau kan...


Dapat jugak la member aku tie silk dengan harga 15 euro setiap satu. Pastu dia beli a few lagi yg macam kain selendang untuk kawan2 / aweks2 dia. Aku? Sekupang pun x habis sebabnya memang x minat langsung silk2 nih..dah la x leh pakai..nak bagi orang pun cam xde sentimental value je..so aku pun buat dek je la..Bagi aku x semua orang tahu kualiti sesuatu yang diorang terima..kadang2 xpenah guna sampai reput...baik bagi FM or keychain je..bagi aku la..


Hah..pukul 10 barulah ada sorang berjalan kat jalan raya..lega ati den...



Jam 11.30 pagi banyak lagi kedai x bukak. Azalea pun kami try ronda jalan kaki sekali lagi tapi masih x bukak lagi so..kami meneruskan perjalanan tanpa ada pilihan lagi sebab kami hari nih terpaksa menempuhi perjalanan panjang sejauh 400km. Kami perlu tiba di Florence sebelum malam bagi mengelakkan berlakunya kesulitan...chewah..


Yang ini jeti kat Bellagio nih..rasanya bawak transport nyeberang tasik nih supaya boleh jimat masa.


bersambung lah lagi