Tuesday 28 November 2017

Journey To The North : Hoi An

Hoi An...Tahun lepas ke tahun sebelum tuh aku dah pernah ke Hoi An nih..Alamak..dah lupa..ni lah akibat banyak termakan semut dalam air sirap..

Habis sahaja aku makan mihun tomyam di Hao Sen (sila rujuk post terdahulu) aku terus balik ke hotel untuk mengambil beg yang ditinggalkan di reception sambil melepak di cafe; menunggu bas untuk mengambil aku menuju ke Hoi An...sambil minum kopi ais. Lewat setengah jam dari yang dijadualkan..bunyi hon bas dibunyi tanda bas dah sampai namun begitu hanya bas kecik yang tiba..biar betik..belasah saja lah...

Masa aku nak mengambil beg sempat pula puan tauke hotel bertanya kepada aku berapa harga tiket yang aku bayar untuk ke Hoi An..400k jawap aku.."Oh..we sell only 350k..." Ahhh..OK..beza 50k tuh bersamaan dengan RM10..xpelah..lain kali kena tanya keliling dulu. Ini bermakna ikut nasiblah..kadang-kadang beli tiket kat hotel murah..adakalanya tour agent murah..adakalanya beli terus kat bus provider lebih murah..macam aku cakap tadi..nasib lah...

Asalnya aku fikirkan bas kecik tu akan bawa kami semua ke Hoi An..namun begitu sangkaan aku meleset..rupanya ia cuma hantar ke stesen bas besar dimana kami akan dibahagikan menaiki sleeper bas yang lain mengikut destinasi masing-masing. Kat stesen bas inilah korang semua boleh beli apa-apa makanan ringan buat bekalan perjalanan panjang atau pergi melabur terlebih dahulu.

Jam 5 petang bas masih lagi belum gerak menunggu pengembara-pengembara lain tiba bagi memenuhi tempat duduk yang masih berbaki. Perjalanan ke Hoi An dari Dalat adalah perjalanan long stretch  yang kedua paling panjang dalam trip aku kali ini. Jarak keseluruhan perjalanan ini adalah lebih kurang 600km dan mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk sampai dari Dalat ke Hoi An.

Sepanjang perjalanan bas hanya berhenti sekali sahaja itupun di warung tepi jalan bagi mana-mana penumpang yang hendak makan atau minum. Tandas memang takde sebab dalam bas dah tersedia tandas. Cuma sekali bukak pintu tandas satu bas terpalit bau hancing. Kalau time tu sakit perut sila cuba sedaya upaya tahan. Cuba bayangkan melabur kat toilet macam dalam flight dengan kebersihan ke laut. Lantai bertakung air...bau..ngan seat toilet penuh lelehan...woohh..tak lalu makan dibuatnya aku hari ni bila imejin balik keadaan toilet tuh..



Aku rasa tak pernah cerita pun sikit sebanyak pasal Hoi An nih even dalam post terdahulu. Hoi An ini pada asalnya merupakan pusat komersial manakala My Son sebagai tempat keagamaan dan Tra Kieu adalah pusat pemerintahan kerajaan Cham pada masa dahulu. Ketika itu kerajaan Cham masih lagi menganut agama Hindu yang kemudiannya menganut agama Islam sekitar kurun ke 15. Hoi An menjadi salah sebuah pelabuhan yang amat terkenal di Asia tenggara semasa kurun ke 18 apabila menjadi pusat pertukaran utama barangan oleh negara eropah, China, India dan Jepun terutama sekali bagi barangan seramik. Namun begitu semuanya berubah setelah pertukaran tampok pemerintahan dimana terdapat pelabuhan baru dibuka di Danang menyebabkan segala aktiviti di Hoi An tergendala dan merosot. Kesudahannya pelabuhan ini terus sepi dan dibiarkan sahaja seadanya.

OK..tamat pelajaran sejarah SPV (Sijil pelajaran Vietnam) sedikit sebanyak mengajar kita kenapa senibina di Hoi An ini masih terpelihara sehingga kini. Bayangkan sekiranya Hoi An ini masih lagi menjadi pelabuhan penting sehingga hari ini...mesti kita tak dapat melihat pemandangan unik seperti ini lagi. Ini pandangan aku saja..



Jam 5.30 pagi bas yang membawa aku akhirnya sampai di Hoi An setelah perjalanan panjang. Sepanjang perjalanan mostly aku tidur saja. Mujurlah boleh tidur sepanjang perjalanan. Bas berhenti di satu stesen bas yang lebih kurang stesen bas Gopeng. Tak nampak sebarang tour agent kat situ so maknanya aku kena carik tempat lain untuk beli tiket menuju ke Hanoi. Nak tak nak aku kena ke Hanoi hari ini jugak sebab tinggal 2 hari saja lagi sebelum flight aku ke Kuala Lumpur. 1 hari nak cover Hanoi dan 1 hari lagi Ha Long bay kalau sempat.

Perkara biasa yang aku lakukan bila tiba di satu tempat baru adalah ambil masa bertenang dulu...sambil menyedut sigup di bibir dan memikirkan aku dah kat mana nih. Semasa aku menggendong beg keluar dari stesen bas ramai abg teksi motorsikal menyapa penumpang-penumpang bas yang baru tiba. Salah seorangnya aku lah mangsa easy target..Brader motor tuh macam biasa lah mengofferkan service membawa aku ke historical site. Bayarannya boleh tahan juga sebab dia cakap dari bas station ke tempat yang aku nak tuju tu lebih 5km.

Kebetulan masa dia cakap macam tu, aku terperasan sebuah stesen minyak dimana aku menolak motor di Hoi An nih dulu. Tetiba je aku rasa menyirap sebab brader motor tu cuba-cuba nak menipu aku sedangkan dekat je historical town tu berdasarkan pengalaman aku tempoh hari. So aku abaikan brader motobike dan teruskan perjalanan dengan berjalan kaki.

Cuaca hari ini di Hoi An memang amat terik sekali. Belum pun jam 8 pagi dah berjurai peluh membasahi muka; ketiak takyah cakap lah.. Aku rasa cuaca di Hoi An memang sangat panas leting tambahan pula perubahan cuaca yang aku alami dari cuaca sejuk di Dalat ke cuaca panas di Hoi An...dan tambah lagi..dah dekat 1 hari tak mandi..so hormon dalam badan agak terganggu sikit.

Aku sampai kat historical site nih pagi lagi..takde orang pun lagi kecuali ada beberapa orang awek omputeh berjalan sorang-sorang dan beberapa orang pelancong lokal yang sedang buat selfie kat tengah jalan raya yang kosong tuh. Hoi An adalah satu persinggahan sahaja sebelum menuju ke Hanoi. Maknanya aku tak akan menginap di Hoi An sebab aku dah pernah stay di sini dan kawasan sekitarnya.


Menjelang 9 pagi, kawasan historical site nih dah dipenuhi orang..berbondong-bondong orang memenuhi tempat ini dan bermacam-macam peél yang boleh dilihat..agak terhibur jugak dibuatnya meskipun cuaca semakin berbahang. Macam-macam tempat jugak aku pergi, pasar, pulau di seberang jambatan, habis pekan sekitar UNESCO site aku terokai dengan kedua kaki aku demi menghabiskan waktu yang tersisa sementara tunggu kedai-kedai menjual tiket bas buka.


Suka untuk aku ingatkan bahawa terdapat entrance fee untuk memasuki historical site nih. Bayaran dikenakan terhadap international traveler adalah 120k dong. Bayarlah ye..sebab duit tu kemudiannya digunakan untuk konservasi kawasan historical site tersebut. Tapi aku tak bayar pun..sebab aku dah bayar dulu..haha..ini perkara biasa dalam masyarakat..kalau buat salah mesti ada alasan nak menghalalkan tindakan kita..aku pun sama..tapi kelebihan entrance fee ini adalah korang akan diberikan sekeping tiket dimana ianya berguna kalau korang nak masuk ke tempat-tempat yang spesel seperti muzium, menyeberang jambatan jepun (ada mini muzium kat tengah-tengah tu) dan lain-lain lagi seperti temple dan lain-lain lagi.


Setelah bosan melepak aku cuba carik makanan sebelum mencari ejen menjual tiket bas. Makanan halal (kedai ada jual beer tapi ada logo halal) yang terdekat di bandar adalah Ganesh. Jam 10 pagi aku tercongok kat luar kedai meskipun hidangan hanya mulai dihidangkan mulai jam 11 pagi. Setelah 45 minit menanti aku rasa tak boleh tahan dah lalu aku beredar. Aku sedar ada satu kedai ejen tiket yang terletak di tepi jalan utama dan aku cuba nak kawtim harga tiket sebab masa aku nak beli tiket dari Dalat ke Hoi An, aku pernah tanya aweks bus provider mengenai tiket ke Hanoi dari Hoi An. Dia kata dah abis dijual so aku tanya dia anggaran harganya yang biasa dia jual, supaya aku boleh kira berapa perbelanjaan aku. Dia kata kalau hari-hari perayaan ini harga biasanya mencecah 600k dong.


So dalam kepala hotak aku tambang bas dalam lingkungan 600k, kalau lebih aku akan try mintak kurang sedaya upaya supaya ngam budget aku. Akhirnya aku sampai di ejen tiket dan bertanya dengan aunty tokey kedai tuh pasal harga. Memandangkan dia quote 450k dong terus aku lupakan ayat-ayat nak mintak diskaun tadi. Terus on je..aku mintak permisi letak beg kat kedai dan teruskan perjalanan mencarik kedai makan sebelum menaiki bas jam 1 tghari.


Nak ke Ganesh rasanya dah tak sempat dah maka aku berpeleseran berdekatan sahaja sebab sedang aku merayau-rayau tadi aku ada ternampak sebuah kedai vegetarian berdindingkan papan. Aku singgah dikedai dan pesan makanan..yang paling ekonomi dan yang boleh mengenyangkan. Nasik putih lauk tauhu masak tomato yang berharga RM12 setelah di convert sekali dengan air kopi dan sebotol air mineral 1.5 liter untuk bekalan. Kalau nak bandingkan kesedapan dengan Hao Sen..er..baik jgn bandingkan lah..tak banyak pilihan kalau di Hoi An nih..Setelah siap makan aku beransur ke kedai ejen bas tadi supaya boleh relek-relek sebelum bergerak.




Makcik tauke kedai tempat aku beli tiket bas tu memang baik orangnya. Selain benarkan aku untuk mandi (diorang jugak ada buat hostel untuk menginap) dan bagi password wifi...dia ngan anak pompuan dia siap jamu aku makan buah lagi..buah jambu vietnam katanya..takde bijik..ngan buah mempelam muda...masam gila tambahan pula dengan cecah asam campur kacang tumbuk..Mengekek makcik tokey dan anaknya bila tengok aku terpejam-pejam menahan masamnya buah-buah yg dioffer kat aku. Minah omputeh yang pakai suar pendek kat sebelah aku tu pun join sama..suka betul diorang..


OK..pendekkan cerita..jam 12 tghari makcik tokey suruh anak lelaki dia hantar aku ke tempat bas akan pikap aku. Jaraknya tak jauh, cuma di satu kedai di hujung pekan di jalan keluar dari Hoi An. Setelah menurunkan aku di kedai tersebut anak laki makcik tokey terus memecut meninggalkan aku..sambil termanggu-manggu, menjerit-jerit aku panggil budak laki tuh..helmet mamat tuh masih ada kat kepala aku lagi..Gelak orang-orang di persekitaran aku, ada dalam 3 family kut..mudah terhibur orang Vietnam nih.


Seperti biasa bas lewat lagi jadi sempatlah aku lepak kat warung bawah pokok menikmati kopi vietnam sambil menunggu bas. Sedang aku lepak duduk-duduk datang anak lelaki tauke kedai tadi untuk amik helmet yang tertinggal tadi. Sempat jugak aku sekolahkan dia namun begitu sambil tersengih dia angguk tanda tak paham. Lebih kurang 30 minit dari jadual perjalanan akhirnya bas tiba jua untuk membawa aku ke Hanoi..dengan perjalanan panjang menanti aku hari ni...

bersambung...