Thursday, 3 April 2014

Perjalanan ke Taman Negara Bako

Trip Bako nih aku buat secara solo (I love travel solo) last year kalau x silap aku masa bulan 6 aku tapi yg x silap time tuh Rainforest World Music Festival 2013 kat Kg Budaya Sarawak, Damai, Kuching. Ekceli aku dah ada kat Damai masa tuh tengah beratur nak beli tiket RWMF tuh tetiba jadi malas so aku start moto (moto sewa) terus balik Kuching. (Orang terlampau ramai & sayang jugak duit sebab tiket mahal...lagipun aku dah pegi RWMF2012...) So balik hotel boring2 ada duit extra dan xde plan..so gatal2 otak cakap gi Bako lah.(Belah pagi dah ke Annah Rais Cultural Village (naik moto gak)) Jadi malam tu tido awal sbb sok nak bangun pagi nak cari kayu...nak cari kayu..zzz


 Tengah2 beratur tetiba aku rasa bosan.ramai sangat manusia

sementara tu lepak kat pantai damai dulu

dan sempat menikmati sunset kat santubong

Seawal 7 pagi aku dah merempit keluar dari hotel untuk ke Bako. Masalahnya aku x tau kat mana Bako nih. So try n error lah. Berbekal gugel map yang dihafal dari henpon (malas nak on henpon masa naik moto...nanti habis bateri kat Bako  susah lak) aku blasah je jalan tuh. Ada gak sesat2 tapi kesesatan itu x begitu membimbangkan. Perjalanan ambil masa dalam sejam walaupun jaraknya cuma 50km je dari bandaraya Kuching.(tu dah masuk sesat) Tanpa research (aku blasah je pegi tanpa buat apa2 persediaan tgk internet aku xtau la pulak kena naik bot) aku terus ke office hq Taman Negara Bako ni. Tiket masuk kena bayar dalam RM 10. Selepas bayar tiket, pegawai tuh suh aku ke kaunter bot pulak. So okeh...igtkan tambang dalam RM 10-20 je. Skali dia charge RM 96. Dah terlanjur tulis nama kat buku tuh xkan nak buat2 pengsan or lari tinggalkan camtuh je. Lagipun akak tuh ckp boleh kongsi so ok la sbb ada 3-4 org minah salleh tgk tunggu gak. Tetiba diorang jalan dulu naik bot sebelumnya. So tinggal la aku sorang dgn tiket bot yg harga RM 96 tuh. (Dem...boleh makan laksa sarawak 20 pinggan tu) Memandangkan laksa dah menjadi mi kolok aku teruskan gak la.



pemandangan kampung2 sekitar masa bot baru je gerak dari jeti

 
dalam bot jgn pikirkan buaya atau lain2 lagi
 
nih batu...er...xde idea plak nak reka2 cerita

 
yeah...welkam to Bako National Park

 
sila mendaftar diri dahulu

 
peta Bako dan trek2 yang ada

 
perjalanan ke pejabat taman negara kira-kira 200 meter sahaja.

Perjalanan dari hq Taman Negara (kat darat) ke hq Taman Negara (kat pulau) mengambil masa dalam 30 - 40 minit naik long boat. Sambil2 tgk warning signboard "awas buaya" aku buat dek je naik bot tuh. Sampai kat jetty dalam kul 9 lebih. Abg bot tuh ckp dia nak balik makan umai dulu (yg ni aku reka...rasanya dia nak amik customer lain) nnti kalau nak balik nnti call je. So dari jetty ke office Taman Negara kat sini dalam 200 meter berjalan kaki utk register nama.
Lepas register akak ni bagi aku map pastu dia cakap ikut je tanda kaler2 yg ada dalam map tuh.(dalam kepala aku mula2 igtkan ada ranger ke ada guide ke nak masuk Bako ni...rupanya yillek) Tapi bagus gak sbb boleh mengajar para hiker berdikari. (Mata ke atas tgn letak kat bahu)


kena daftar nama dulu dan kalau nak beli air or makan pagi sinilah tempatnya.


trek bermula (menghala ke jeti)


semua trek kena lalu sini




di depan tuh persimpangan trek mana yang dipilih


oh...trek aku kaler merah rupanya


kaler kat pokok dah hilang...line talipon xde


kiri atau kanan pilih lah ikut kewarasan


yup...teluk pandan kecil lokasi dipilih


jalan dalam kepanasan matahari dah tegak kat kepala


entah x tau berapa jauh trek kayu2 nih..anggaran 500 meter kut

Kat Bako nih ada banyak trek sebenarnya, masing2 ada kelebihannya tersendiri. Kalau nak tgk flora ada treknya (rasanya ni yg paling jauh), kalau nak tgk pobosic monkey lain pulak treknya. So aku pilih trek yg nak tgk sea stack (batu cam bentuk ular tedung nak patuk org tuh) iaitu Teluk Pandan Kecil. Lagipun trek ni x jauh sangat kalau x silap aku dalam 2.4 km je. So perjalanan kena pegi jeti balik dan ikut kaler2 yg ada dalam map tuh. (Map tuh xkaler pon...diorang lukis pakai tgn pastu tulis laluan tuh kaler apa) Entah kaler apa trek aku, aku pun x ingat.(nanti kalau korang datang nanti tau la kaler apa) Treknya x berapa susah...ada tangga sikit2 ada laluan jambatan kayu sikit2, kena panjat akar2 kayu sikit2, so agak kacang jugak la. (tapi aku trekking pakai selipar jepun so xde la kacang sangat) 


kalau nampak jalan batu2 nih dah dekat la tuh

Dalam 1km or lebih sket tetiba warna kat laluan trail aku tuh hilang. Agak cuak jugak la. Nasib baik ada line talipon so aku call la hq opis.Dalam 8 kali aku call tuh xde sekali pun diorang angkat. Makan kompia dengan kopi o kat kantin la tuh kot. So aku buat bodo je teruskan perjalanan nasib baik dalam 50 meter ada signboard. Fuh.memang saja nak bagi cuak. So trail lepas tu x susah cuma jalan je dalam beberapa ratus meter dan bila jumpa jalan memanjat batu2 sikit tuh dah sampai la. Sampai je kat penghujung tebing batu yg view dia marbeles. Tebing batu kat bawah ada pantai, kat seberang laut nampak gunung Santubong, dengan ada bukit2 batu yg agak pelik...cuma satu je; rupanya sea stack tuh nun di sana...100 meter dari laut. Hmm...so aku malas nak trekking balik, aku pun turun kat pantai. Igt nak mandi laut tp bila mengenangkan datang sehelai sepinggang dan xmo berbasahan bila menjoki moto balik kuching nanti so aku batalkan niat murni tuh.
 
penat lelah ini lah reward nya
 
50 meter tinggi jugak lah tebing nih...

 
pantai yang indah dan bersih
Apa yg menariknya kat pantai tuh xde line talipon pulak so kena lah naik balik tebing tinggi tadi (tangga agak curam dan akar2 kayu) utk call brader bot. Lepas call setengah jam kemudian baru la dia datang. Aku pun naik la bot tuh dan suh dia bawak ke sea stack tuh. Dia cakap kalau nak ke sea stack tuh kena bayar tambahan RM 35 sebab itu x termasuk dalam pakej RM 96 tuh. @#$$@¥₩€÷%* (imejin sendiri...bak kata org hawaii...fill in the blanks) So terpaksa la aku cakap ok je tapi memang x berbaloi sebab sea stack tuh depan mata nak suh pegi dekat sikit je kena bayar RM 35. Bukanlah kedekut taik idung masin tapi kalau aku tau baik ikut trail lain. So lepas amik 2-3 gambar aku suh abg boat tuh terus balik ke tanah besar. Kena pekena mi kolok 2 pinggan ni baru dapat memadamkan api di hati.

sekeliling pantai yang penuh dgn batu2


 
oh...abang bot dah sampai
 
menuju ke sea stack...
 
inilah yang dicari2 dalam perjalanan nih

 
batu apa tah nih tapi menarik gak

 
kalau nampak ada samar2 gunung kat belah kanan gambar tuh...gunung santubong
Budget trip Bako
Sewa motor (x kira)
Duit minyak  - RM 7
Tiket masuk - RM 10
Bot                - RM 96
Sea Stack    - RM 35
Mi kolok 2 pinggan - RM 10



5 comments:

  1. Maaf. Tumpang tanya, rm96 tambah rm35 tuk sea stack tu kira sekali pergi and balik ke? atau untuk balik, ada bayaran asing?

    ReplyDelete
  2. RM96 tu perjalanan 2 hala pergi dan balik dan tambah RM35 utk perjalanan sea stack sahaja...

    ReplyDelete
  3. mahal gila. igtkan di bawak pusing2 pulau. tp tempat tu cantik. sayang tracking nye mcm tak diperbaiki. sayang sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pusing pulau tak sure ada pakej lain ke tak..harga utk 1 bot tapi kalau 4-5 orang tetap kira harga yg sama jugak..yup..trek kurang maintainance

      Delete
  4. mahal gila. igtkan di bawak pusing2 pulau. tp tempat tu cantik. sayang tracking nye mcm tak diperbaiki. sayang sungguh

    ReplyDelete