Wednesday 13 July 2016

Jeju Part 2

Memang aku faham benar tentang kelebihan dan kekurangan ketika mengambil tour ini. Ini adalah kerana sebelum ini biasanya aku ambil tour sekiranya melancong bersama keluarga kerana lebih mudah dan tidak perlu pening untuk menyediakan keperluan-keperluan semasa perjalanan. Kalau melancong memang terbaik guna ejen nih cuma sepanjang aku guna perkhidmatan mereka ini kira ok dari segi pengangkutan tapi terlampau rushing.

Perjalanan bertolak seawal pagi jam 8 selesai menikmati breakfast percuma di hostel. Kebetulan teman sehostel aku orang pakistan beria-ia nak ikut aku berjalan. Siap tanya sama ada T Money aku ada duit ke tidak. Was was sungguh aku dengan mamat tuh tambahan pula dia nampak betul-betul kecewa bila aku cakap aku dah tempah tour dari hostel.

Hallim Park

Hallim Park ini memang superb bagi aku. Taman ini terbahagi kepada 9 bahagian di mana setiapnya mempunyai tema yang tersendiri. Kami cuma diberi 1 jam je untuk meneroka berpuluh ekar taman tema ini. Kalau ikutkan aku, aku mampu lepak di Hallim park ini sepanjang hari sebab ianya sangat menarik. (personal opinion) Tak mau cerita panjang-panjang..aku belanja je korang gambar. Diantara tema-tema yang terdapat di Hallim Park ini adalah : 

1) Palm Tree Avenue 
2) Wild grass and flower garden
3) Hyeopjae & Ssangyeong cave (ada 2 gua disini. Gua ke dua akan korang jumpa sebaik sahaja keluar dari gua pertama.)
4) Jeju stone & bonsai garden
5) Jae Am folk vilage (perkampungan rakyat marhaen korea zaman-zaman feudalism dahulu)
6) Bird garden
7) Jae Am stone exibit hall
8) water garden (ada air terjun yang menarik kat sini)
9) Botanic garden



















Suwelbong

Yang ini merupakan satu lawatan trekking mudah menyusuri tebing pantai di Gosan-Ri, dimana ia merupakan salah satu dari tapak Geopark UNESCO yang dikenali di Jeju dan Korea. Seperti yang kita semua ketahui..(aku dah ceritakan rasanya), pulau Jeju ini terbentuk dari letusan gunung berapi yang berada di tengah-tengah laut. Maka, hasil dari letusan yang berulang-ulang ini menyebabkan terjadinya pelbagai lapisan pada struktur mukabumi di Jeju ini. Disebabkan SPM aku hanyalah lulus cukup-cukup makan je, maka aku bukanlah orang yang layak nak bagi lecture berkenaan topik ini. Baca sendiri dalam gugel ye.

Perjalanan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit sahaja dimana masa yang paling banyak dihabiskan adalah dengan mengambil gambar group sambil mendengar penerangan dari tour guide aku yang mempunyai degree dari universiti di Australia.









Spirited Garden

Di sinilah kami akan menghabiskan masa melawat sambil makan tengahari seperti yang dinyatakan dalam itinerari. Hampir kesemua teman-teman tour aku meneruskan perjalanan mereka ke restoran. Meskipun kelaparan yang melampaui batas tatasusila masyarakat tapi aku tak terus ke tempat makan, malah meneroka dahulu apa yang ada di spirited garden ini. Sebabnya mudah aje, kalau perut dah penuh dengan makanan, punggung pun tak boleh diangkat dari kerusi makan apatah lagi berjalan-jalan di sekitar taman itu.

Kalau ikut pembacaan aku masa berjalan aritu (baca brochure yg disertakan bersama kupon makan) taman ini telah dilistkan sebagai salah satu taman tercantik di dunia. Ntah..bagi aku tamannya cantik tapi tak ada lah aku terpaku sangat.. Kebanyakkan pokok yang menghiasi taman ini adalah lebih kepada pokok jenis bonsai yang luar biasa besarnya tapi still ditanam lagi dalam pasu.













Satu sahaja yang ingin aku ingatkan kepada korang semua iaitu buffet di sini bukanlah vegitarian seperti yang dinyatakan di dalam broshure. Asalnya aku dah ambil lauk-lauk yang dihidangkan, sebelum makan aku nak dapatkan kepastian dari tour guide aku apakah lauk yang terdapat dalam pinggan aku. Maka dia pun beritahu aku yang aku ambil adalah daging dan termasuk dalam itu adalah daging khinzir goreng tepung. Sambil terliur aku pun buang semua makanan dalam pinggan tersebut dalam tong sampah yang disediakan. Maka dengan itu, sila berhati-hati lebih-lebih lagi dengan menu yang terdapat dalam setiap tour yang diikuti. Padahal aku dah bagitau diorang yang aku ini muslim. Mungkin diorang pun tak paham apa itu muslim. Paling mudah sila bagitau tour guide yang korang adalah seorang vegetarian. Lebih senang...


Althr Airfield

Sebagai makluman, aku yakin korang semua dah tahu yg pulau Jeju ini merupakan pusat perhentian dan pertahanan tentera Jepun semasa perang dunia ke 2. Ahh..lupa..aku dah bgtau masa entri yang lepas. di Althr Airfield inilah tempat simpan atau tempat repair kapal terbang Jepun sebelum menyambung perjalanan untuk menjelajah bahagian selatan asia.

Disini tiada sebarang kapal terbang kelihatan meskipun kalau korang gugel akan terlihatlah salah satu bangkai kapal terbang Jepun yang telah di re-struktur semula. Apa yang terdapat disini lebih kepada bunker-bunker tempat perlindungan tentera jepun semasa perang dunia ke-2. Kami tidak dibenarkan untuk turun maka perjalanan diteruskan.


Mount Sanbang

Salah satu dari gunung yang agak tinggi dan dikenali di Jeju yang juga sebenarnya adalah terbentuk dari magma yang telah mengeras. Cuba banyangkan berapa teruk volcano activiti pada masa itu. Sanbang juga dalam bahasa Korea adalah gua di atas awan disebabkan kedudukan nya di tepi laut berada tinggi dari aras laut. 

Program di sini adalah hiking ke salah satu dari check point yang berada agak tinggi kira-kira lebih dari 100 meter atau 470 anak tangga yang bagi aku agak tinggi bagi mengunjungi salah sebuah gua yang terdapat di gunung ini.  Menurut tour guide aku, di dalam gua tersebut terdapat sebuah patung Buddha dan sebuah kolam kecil di mana sekiranya air tersebut diminum maka akan tercapailah sebarang hasrat yang kita ingini. Aku merasakan tidak ada point yang menarik untuk ke gua tersebut meskipun aku mampu berbuat demikian disebabkan ada satu trekking lagi yang perlu dilakukan disamping keesokkan hari aku perlu meneruskan perjalanan ke Busan.














Cheonjeyon Falls

Orang putih kata save the best for last. Kami semua di dalam lawatan ini diberi pilihan sama ada ingin ke Cheonjeyon Falls atau pilihan kedua bagi sesiapa yang kurang berupaya untuk menaiki liku-liku trek ke air terjun bagi melawat satu lagi tempat menarik iaitu teddy bear museum. Kedua-duanya merupakan tempat menarik untuk dilawati dan kalau diberi kesempatan memang aku nak pergi kedua-duanya namun sebagai seorang lelaki yang egonya besar takkan lah aku nak ke teddy bear museum sambil mengabaikan alam semulajadi walaupun sebenarnya lutut aku agak sengal-sengal juga.

Ada 3 air terjun yang akan ditemui sepanjang 1 jam trekking. Perjalanan tidaklah begitu memenatkan kerana cuaca agak sejuk maka perjalanan didapati lebih selesa meskipun terdapat banyak anak tangga turun dan naik bagi menuju ke air terjun. Air terjun di Jeju ini kecil-kecil namun bagi aku sangatlah cantik terutama yang no 3. Mengikut mitos orang-orang Korea, disinilah tempat bidadari dari syurga turun untuk bersiram pada masa dahulu dan disebabkan itulah airnya sentiasa sejuk dan biru. Namun begitu adalah dilarang sama sekali bagi pengunjung untuk mandi disini disebabkan kandungan bahan kimia yang aku lupa apa, sulfur kut yang akan menyebabkan badan kita cepat untuk kejang dan tak dapat keluar dari air terjun tersebut. Aku tak pasti betul tapi aku bagitau je apa yang tour guide aku cerita tuh.

Selain dari 3 air terjun itu, kita juga berpeluang menyeberang salah satu jambatan paling cantik di Jeju iaitu Seonimgyo yang juga dikenali sebagai Chilseonyeogyo, iaitu jambatan 7 pari-pari. Macam-macam nama gempak yang diorang bagi...


 









Habis sahaja tempat ini kami kembali semula ke Jeju city yang mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan sebelum mereka berhentikan aku di hotel semula. Esok seawal pagi aku akan ke lapangan terbang dan menuju ke last destination aku di Korea iaitu Busan.

Personal opinion aku adalah tour ini memang menarik cuma masa yang diberikan ke sesuatu tempat itu adalah sangat tidak cukup dan agak tight. Kalau nak kesemua tempat tersebut naik publik transport memang tak mencukupi juga..Adalah untuk kepuasan peribadi boleh saja sewa kenderaan atau sila luang lebih masa...Jeju memang berbaloi


Bersambung...