Monday 29 September 2014

Tips & Tricks Makkah & Medina


1. Mula2 sekali korang check dulu weather kat sana masa korang nak pegi trip tuh...sana ada time musim panas ada time musim sejuk...jgn silap lak...kang pegi musim panas bawak jaket apa ke he nye yop...musim panas leh cecah 40 degree manakala musim sejuk sampai belas2 degree...kalah cameron highland...

2. Kalau nak ke masjid make sure sekurang2nya 15 minit awal (elok pegi lagi awal..kalo sejam lg bagus) dari waktu kalau nak solat dalam masjid terutama sekali kat Madinah. Tapi kat Madinah sela masa lepas azan ngan waktu solat agak lama...dekat2 setengah jam kut. So kalau time azan baru terbangun (biasanya subuh) masih sempat lagi nak solat jemaah.

3. Sila lah bawak air mineral or minuman bila join ziarah luar sbb cuaca biasanya panas luar biasa. Tp kalau ke masjid x payah sbb ada air zam zam free flow...n free of charge...

4. Kalau rindu kat makanan Malaysia, pegi la kat menara safwa(nih kat Mekah ye)..kalau x silap aku tingkat 2 or 3..ada restoran Malaysia & Felda...ada jual makanan Malaysia..nasik goreng, roti canai semuanya ada...tapi siap2 la duit sbb makanan kat sana agak mahal...e.g roti canai kuah kari kosong 3 riyal..

5. Kalau nak beli Al Quran untuk jadikan souvenir atau buat sedekah seelok2 nya beli yang made in Madinah...ada 2 ke 3 cop kat mukasurat dalam tu...sebab kalo nak buat sedekah kat masjid Nabawi or Masjidil Haram...mutawif cakap pekerja2 akan keluarkan Quran yg bukan made in Madinah tu...walaupun harga dia mahal sikit dari yang lain (50 riyal rasanya) tp tu standard yg dipakai kat sana..
6. Macam yg aku bgtau aritu..kalau nak solat Jumaat kat Masjid Nabawi (Masjidil Haram xsempat) silalah datang awal kurang2 sejam dua utk korang dapat saf dalam masjid...bukan apa kat luar tuh panas dan kebersihan agak terjamin kat dalam tuh...lagipun datang awal dapat unta (sila rujuk hadis)
Andaikata dah book trip umrah or haji tuh...silalah buat2 fitness sket sebanyak...bukan naik kinabalu je kena fitness tp nak tawaf ngan saie tuh pun perlu gak...xde la mengah2 nak berjalan dari marwah ke safa nnti...

7. Kalau nak ke masjid tu...(mostly yg first time tuh..) silalah igt landmark2 yg berdekatan atau yang paling bagus hafal jalan pegi ke masjid...ramai jemaah sesat nak carik jalan balik...pakcik dalam grup aku pun sesat 2-3 jam masa mula2 buat umrah...nasib jemaah2 sana baik hati siap hantar balik...jgn lupa nama hotel penginapan korang ya..(pakai tag yg disertakan bersama)

8. Igt kat rak mana korang letak kasut or selipar korang tu...kawan2 yg pegi sebelum aku cerita yg dia terpaksa menapak sbb selipar hilang...pandangan aku selipar tuh xde sapa nak curi (kat Malaysia kalo solat Jumaat aku slalu gak hilang) tp kebanyakannya miss place...nak sempoi lg masukkan je dlm beg sandang korang tu...settle masalah...

9. Kalau nak tawaf sunat...cuba check time2 yang x berapa ramai orang...kat hotel tuh biasanya ada tv yg tunjuk keadaan di Kaabah...biasanya la time lepas subuh tu dalam kul 8 pagi sampai 10 pagi tuh kira ok..xberapa ramai orang...ngan tengah malam la...(tp masa kami sampai tuh ramai jugak)
10. Dalam beg sandang korang tu elok2nya bawak la sunglass, lip gloss dan penutup mulut...bukan apa...la nih Masjidil Haram still under major renovation..so debu ngan habuk jgn citer ah...cam aritu tgh2 jalan tuh tetiba je angin kuat ala2 ribut pasir..abis mata masuk pasir...

11. Orang cakap kalo nak shopping barang, baik beli kat Madinah..(kalau korang ke Madinah dulu la) tp ada barang2 dia...baik check ngan mutawif dulu...x silap aku barang2 baju2 kat Madinah murah...kurma pun sama...

12. Silalah bawak peralatan dan pakaian yg mencukupi dan sesuai...bukan apa..dobi mahal...4 ke 5 riyal sehelai...kalau nak basuh sendiri pun xde masalah..lgpun time cuaca panas cepat je kering cuma kena rajin la membasuh...mcm aku haritu pakaian x bawak banyak...hari2 last tu pakai jeans ngan t shirt je g solat...apada hal..amalan bukannya x dikira kalo solat pakai jeans...jgn korang niat umrah pakai t shirt udah...tu dah kategori lain dah tu...

13. Senarai barang2 yg kena bawak :
a. Kain ihram / telekung bagi wanita

    (kalo boleh bawak 2 set..bwk 1 pon ok kalau rajin basuh..klo x cukup beli je kat sana)
b. Buku doa
c. Pisau cukur (beli sana je)
d. Pakaian (yang menutup aurat)...kasut/selipar
e. alatan mandi (boleh gak beli sana)
f.  ubat2 (baik bawak dari Malaysia)
g. sabun basuh baju (bagi yg x berapa ada modal nak hantar dobi)
h. dan lain2 lagi...
i.  duit









Monday 22 September 2014

Makkah Al Mukaramah - Ziarah Luar

Selepas buat umrah, kami diberi 3-4 hari free n easy kat kota Makkah nih. Free n easy nih bukan bermakna korang dok hotel tido n makan je tapi buat la apa yang patut...kalau satu kebaikan dibalas ngan 100 ribu kebaikan, tunggu apa lagi...kan?

Dalam 8 hari kami berada di Makkah, selain dari melakukan umrah, free & easy, kami jugak dibawa untuk melawat tempat-tempat sekitar Makkah. (ekceli kami nak pegi miqat yang dekat dengan Makkah (selain dari Masjid Aisyah) untuk niat umrah ke 2)


Jabal Thur


Bukit yang paling tinggi tuh la tempatnya...kami x naik ke gua...sebab masa diperuntukkan kat sini cuma 15 minit..

Jabal Thur atau Bukit Thur ni merupakan lokasi dimana Rasulullah berlindung semasa menjadi target pembunuhan puak2 mushrik. Hal ni jadi bila puak mushrik atau kafir Quraisy offer Nabi Muhammad S.A.W. untuk tinggalkan menyampai ajaran Allah dan baginda menolak tawaran tuh. Lalu Abu Jahal pun memerintah kaum kerabat kafir Quraisy ni untuk membunuh Nabi. Maka dengan itu, Nabi Muhammad S.A.W. bersama2 dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq menyembunyikan diri di Gua Thur. Gua Thur nih cuma boleh memuatkan 2 orang dewasa sahaja.Ketika kaum kafir Quraisy mendekati gua tersebut terdapat labah2 membuat sarang di pintu gua tersebut dan ketika itu juga terdapat burung merpati bertelur di atas sarang labah2 tuh. 

Orang2 yg mencari Rasul pun pelik sebab xkan baginda dan Saidina Abu Bakar boleh sembunyi dalam gua kecik yang ada labah2 buat sarang kat situ. Maka berkecailah harapan orang2 kafir untuk lebih kaya 100 ekor unta yang dijanjikan oleh Abu Jahal.


Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah At-Taubah, Ayat 40

  Arafah & Jabal Rahmah

Jabal Rahmah atau Bukit Rahmah ni terletak di dalam kawasan Padang Arafah. Perjalanan dari Tanah Haram mengambil masa kira2 setengah hingga satu jam menaiki kenderaan.

Padang Arafah terletak di luar dari Kota Makkah di mana tempat menunaikan rukun wukuf dalam ibadah haji pada 8 dan 9 Zulhijjah. Padang Arafah nih tempat kita menyesali segala dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan. Padang Arafah ni jugak sebagai bayangan Padang Masyar tempat perhitungan nanti. 


Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Maaidah, Ayat 3

Wahyu terakhir dipercayai diterima oleh Rasullulah di Padang Arafah semasa menunaikan wukuf sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. (tapi ulama' ada berbeza pendapat mengenai hal nih)

Bukit Rahmah ni xde la tinggi sangat. Kiranya orang x berapa fit or veteran pun boleh panjat...tp berpeluh la sikit...

Di Padang Arafah nih juga dipercayai merupakan tempat pertemuan semula Nabi Adam A.S. dan isterinya yang tercinta Siti Hawa setelah dikeluarkan dari syurga angkara hasutan iblis.


Dulu tiang nih kaler putih tapi disebabkan ramai yang gatal tangan conteng so cat balik kaler coklat..tuh pun gagah diorang bawak liquid paper or marker putih nak gi conteng...haih...bukannya orang kenai hangpa pun kalo conteng kat situ...

Kat atas Bukit Rahmah nih ramai yang berjual...bahkan sementara korang nak naik tuh pun ramai yang mintak sedekah. So terpulanglah kalau nak bagi...jgn la terkejut sangat kalau pemintak sedekah tuh boleh cakap melayu...

Nampak x yang hijau-hijau tuh...tuh la namanya Padang Arafah


Sila baca dengan teliti dan praktikkan...

Selain dari tempat2 yg aku dah post kat atas tuh. Kami dibawak pusing2 sementara dalam perjalanan ke masjid Jaranah. Kami ditunjuk tempat2 yg penting (dalam bas je) cam Mina,Mudzalifah, lokasi korban Nabi Ibrahim dan lain2 lagi. (lupa lah)


Jangan risau..khemah nih muttawif cakap siap ada aircond lagi..xtau la

Di sinilah khemah2 penempatan haji yang disediakan ketika melakukan ibadah melontar jamrah.

 Jabal Nur & Gua Hiraq

Jabal Nur adalah lokasi di mana terletaknya Gua Hiraq, tempat Rasulullah Nabi Muhamad S.A.W. menerima wahyu dari Allah yang pertama. 

Yang nih xde dalam pakej. So untuk pegi ke Jabal Nur nih kami dikenakan bayaran 20 riyal seorang. Yang nih duit transport je ye..naik bukit sendiri-sendiri lah. Dari parking bas nak ke kaki gunung kami dibawak naik van. (driver bas tu jugak yang bawak...cuma 1 van dalam 10 orang kut...siap kat depan 3 orang termasuk driver..) Nasib aritu memang baik betul...dapat pulak driver yang majnun (kepala mebi ada loose sket) dia buat drift lak kat corner2 tuh...hah..nih bukan memain..serius..drift van buruk ngan 10 orang penumpang...kalo drift kat track xpe lagi..ni dengan jalan sempit, rumah2 orang keliling tuh, keter2 parking mcm2 lagi...patutla hampir semua keter kat Makkah ni calar2 n kemik2.

 Kul bape yer aritu naik nih...dalam kul 11malam rasanya...Nama bukit Nur ni dapat sebab bukit nih bercahaya pada waktu malam walaupun x diterangi dengan lampu.


 Dulu orang cakap nampak kaabah dari puncak nih...tapi sekarang dah kena lindung ngan bangunan

Jabal Nur nih sebenarnya x de la tinggi sangat lebih kurang 300 meter...tapi still pancit jugak la kalau nak naik. Syukur jugak la ada tangga2 yg dibuat oleh orang2 kat sana. Kalau nak panjat batu alamatnya xnaik la...(xprience kinabalu) Cuma kalau x fit cam sukar sket la...Panjatnya dalam sejam boleh sampai ke puncak Jabal Nur nih. Sambil panjat tangga batu tuh korang akan berjumpa dengan sahabat2 yang mintak sedekah...sambil melaungkan 'Malaysia Boleh'. Bukan la x mau bagi sedekah...tp ramai yg amat..tambahan aku punya bajet ciput je..so..abg2 Malaysia Boleh, mintak maap la ye...

 
 Ini yang ada kat puncak Jabal Thur nih...diorang panggil port makan meggi (nih yg aku dengar muttawif2 sembang la)

Sampai kat puncak tuh ada port meggi (kata muttawif) untuk korang rehat2 sambil beli makan minum dan adalak jual souvenir. Gua Hiraq tu lokasi dia di bawah sikit je dari puncak tuh..maknanya korang kena turun balik dalam 20 meter la lebih kurang...ada 2 jalan..satu jalan melalui batu2 dan satu lagi kena hike sket batu2 kat lereng bukit tuh. Personally aku rekemen jalan kat celah2 batu tuh sebab jalan lereng bukit tuh agak bahaya terutama sekali yg gayat cam aku...tambahan pulak agak licin la (time tu ada jemaah Turki sorang tergolek...nasib x jatuh gaung...)  

  Jalan short cut ke Gua Hiraq

Aku sampai ke mulut pintu tuh je...ramai orang la..ramai yg berbaris nak amik berkat solat dan kat dalam gua tuh...so x dapat la aku nak masuk dalam tuh...Naik balik dan lepak port meggi sambil tunggu brader grup aku sampai..(kami tinggalkan dia tadi..pis bro) Lepas brader tuh naik balik puncak kami pun turun la balik...layan mat Arab majnun tuh drift balik ke bas...terus kami balik ke hotel..dalam kul 3 pagi baru la sampai hotel...

wallahualam

Tuesday 2 September 2014

Makkah al Mukarramah

Hello Masjidil Haram...tempat nih 24 jam xputus-putus dengan manusia..
suasana panas tapi hati tenang...

Umrah pertama aku sepanjang hidup dibuat kira-kira jam 11 malam. Kami menginap di hotel Malak Taqwa kira2 600m dari Masjidil Haram. (600m tu kira so so la...x jauh x dekat) Walaupun jam dah pukul 11 malam tapi suhu still panas lebih kurang 35-40 degree cuma kurang sikit habanya dari Madinah. Suasana di Tanah Haram nih x berapa banyak kenderaan semasa kami turun untuk umrah pertama nih mungkin sebab dah malam kut. Kami 40 orang dibawa oleh seorang muttawif orang Indonesia. (Sorang nak control 40 orang dalam berjuta-juta umat...hmm...aku agak memahami kesengsaraannya tuh)

 Di depan pintu 1 kalau xsilap aku..main entrance

 
Ada 4 rukun umrah yang perlu dipatuhi iaitu :

1. Tawaf
2. Saie
3. Tahalul
4. Tertib

Tawaf nih adalah perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. (Ingat ye..hanya di Kaabah je..kalau korang mengelilingi Mid Valley sebanyak 7 kali itu bukan dinamakan tawaf...itu namanya..hmm..sila isi tempat kosong) Orang yang tawaf hendaklah suci dari hadas dan najis x kira la muhaffafah, mutawassitah atau muhallazah. Semua x boleh. Hendaklah menutup aurat. Oh...kalau yang umrah tuh kena pakai ihram lah...(tawaf ada beberapa jenis)

 

Gambar diambil kat tingkat 2 laluan umrah (untuk yang berkerusi roda)
 

Tawaf hendaklah dikira bermula dari Hajar Aswad (jgn risau..ada lampu hijau bg menandakan bermulanya tempat tawaf) Hendak dibuat dalam keadaan berwuduk, dan apabila berjalan mengelilingi Kaabah bahu korang hendaklah tidak lari dari mengadap kiblat.

Personally aku agak kecewa ngan Muslim2 yang sedang tawaf disitu. Boleh aku katakan ramai yang selfish, tolak menolak, ada yang berenti kat tengah2 orang sedang buat umrah untuk berselfie dan banyak lagi. Bukan komplen tapi kalau semua umat Islam lebih bersifat toleransi dan kurang berkepentingan individu mesti jadi satu umat yg betul2 kuat dan dihormati...just my personal oppinion lah.

Habis je korang tawaf sebanyak 7 pusingan Kaabah tu adalah disunatkan untuk solat sunat 2 rakaat. Lepas settle semua tuh boleh la gerak ke bukit Marwah untuk melakukan ibadah saie. Tau x mana asalnya tawaf Kaabah nih? Ini apa yg muttawif aku bgtau : kalau korang ingat bila Allah nak jadikan Nabi Adam A.S. sebagai khalifah di mukabumi ni lalu Allah pun berfirman dalam ayat

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)

Maka malaikat2 itu pun berasa malu dan turun ke bumi dan melakukan tawaf di Kaabah (masa tuh belum lagi ada bangunan...yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. kemudiannya.)


Ni bukan di menara Safwa aka Hilton tapi di dalam Masjidil Haram..x percaya?percayalah

Menara jam tertinggi di dunia...lagi tinggi dari KLCC ye...
 
Ok. Kita teruskan pulak perjalanan ke Bukit Marwah. Haaa...saja nak test korang...ekceli ibadah Saie bermula dari bukit Safa ke bukit Marwah. Satu pusingan dikira bila selesai berjalan dari bukit Safa ke bukit Marwah. Dan dari bukit Marwah ke bukit Safa dapat lagi satu pusingan. Sunat berlari-lari anak bila tiba di lampu hijau.(macam masa kat tawaf jugak ada lampu hijau) Selain itu bila dah cukup 7 pusingan disunatkan solat sunat 2 rakaat.
 
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 158)

 Perjalanan saie dari bukit Marwah ke bukit Safa...Nampak lampu hijau depan tuh? Tu tanda untuk berlari-lari anak...
 
Tahalul nih namanya pelik sikit tapi sebenarnya memotong rambut. Ini merupakan tanda keluar dari ikhram. Selagi x tahallul maknanya kita masih mengikut pantang larang ihram. Syarat tahallul kena potong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Jadi lepas saie tuh biasanya tahallul di Bukit Marwah. Jadi jangan lupa bawak gunting or pisau cukur. Kalau terlupa jgn risau sebab ramai je yang sudi jadi tukang potong. Andaikata korang memang dah sedia botak, cukuplah melalukan pisau cukur kat kepala sebanyak 3 kali.

Kalau korang tengok ramai je jemaah botakkan kepala...tapi bukan time saie ya...tapi kat kedai gunting...x pasal2 lak nyusahkan tukang sapu kat area tuh...banyak je kedai gunting terutama kat shopping-shopping mall...harga dalam 10 riyal...dan diorang akan cukur kepala korang botak dalam masa x sampai 2 minit...kalau lebih 2 minit tuh kira amatur lagi la tuh...yg wanita jgn botakkan kepala pulak...laki2 ye...

Tertib pulak adalah melakukan ibadah2 nih mengikut urutan...x boleh la tahalul dulu kemudian pegi Saie pastu bila Kaabah dah kurang orang pegi tawaf pulak...xboleh..kena ikut tertib..(amboi..macam muttawif pulak...kalo nak amik den keje muttawif pun xde masalah..)

 
Sebenarnya ada banyak lagi aku nak story pasal umrah nih...tp maybe blog ni dah x jd blog travel tp jadi blog agama pulak walhal aku bukannya orang yg layak untuk cerita pasal agama...semoga kita semua diberkati Allah...yang baik itu datangnya dari Allah dan semua yg buruk itu datangnya dari diri saya sendiri...peace yall

 Dah siap solat apa lagi...shop...shop...shopping laaa..hip hip hurayyy
 
Bersambung lagi...