Hello Masjidil Haram...tempat nih 24 jam xputus-putus dengan manusia..
suasana panas tapi hati tenang...
suasana panas tapi hati tenang...
Umrah pertama aku sepanjang hidup dibuat kira-kira jam 11 malam. Kami menginap di hotel Malak Taqwa kira2 600m dari Masjidil Haram. (600m tu kira so so la...x jauh x dekat) Walaupun jam dah pukul 11 malam tapi suhu still panas lebih kurang 35-40 degree cuma kurang sikit habanya dari Madinah. Suasana di Tanah Haram nih x berapa banyak kenderaan semasa kami turun untuk umrah pertama nih mungkin sebab dah malam kut. Kami 40 orang dibawa oleh seorang muttawif orang Indonesia. (Sorang nak control 40 orang dalam berjuta-juta umat...hmm...aku agak memahami kesengsaraannya tuh)
Ada 4 rukun umrah yang perlu dipatuhi iaitu :
1. Tawaf
2. Saie
3. Tahalul
4. Tertib
Tawaf nih adalah perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. (Ingat ye..hanya di Kaabah je..kalau korang mengelilingi Mid Valley sebanyak 7 kali itu bukan dinamakan tawaf...itu namanya..hmm..sila isi tempat kosong) Orang yang tawaf hendaklah suci dari hadas dan najis x kira la muhaffafah, mutawassitah atau muhallazah. Semua x boleh. Hendaklah menutup aurat. Oh...kalau yang umrah tuh kena pakai ihram lah...(tawaf ada beberapa jenis)
Tawaf hendaklah dikira bermula dari Hajar Aswad (jgn risau..ada lampu hijau bg menandakan bermulanya tempat tawaf) Hendak dibuat dalam keadaan berwuduk, dan apabila berjalan mengelilingi Kaabah bahu korang hendaklah tidak lari dari mengadap kiblat.
1. Tawaf
2. Saie
3. Tahalul
4. Tertib
Tawaf nih adalah perbuatan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. (Ingat ye..hanya di Kaabah je..kalau korang mengelilingi Mid Valley sebanyak 7 kali itu bukan dinamakan tawaf...itu namanya..hmm..sila isi tempat kosong) Orang yang tawaf hendaklah suci dari hadas dan najis x kira la muhaffafah, mutawassitah atau muhallazah. Semua x boleh. Hendaklah menutup aurat. Oh...kalau yang umrah tuh kena pakai ihram lah...(tawaf ada beberapa jenis)
Gambar diambil kat tingkat 2 laluan umrah (untuk yang berkerusi roda)
Tawaf hendaklah dikira bermula dari Hajar Aswad (jgn risau..ada lampu hijau bg menandakan bermulanya tempat tawaf) Hendak dibuat dalam keadaan berwuduk, dan apabila berjalan mengelilingi Kaabah bahu korang hendaklah tidak lari dari mengadap kiblat.
Personally aku agak kecewa ngan Muslim2 yang sedang tawaf disitu. Boleh aku katakan ramai yang selfish, tolak menolak, ada yang berenti kat tengah2 orang sedang buat umrah untuk berselfie dan banyak lagi. Bukan komplen tapi kalau semua umat Islam lebih bersifat toleransi dan kurang berkepentingan individu mesti jadi satu umat yg betul2 kuat dan dihormati...just my personal oppinion lah.
Habis je korang tawaf sebanyak 7 pusingan Kaabah tu adalah disunatkan untuk solat sunat 2 rakaat. Lepas settle semua tuh boleh la gerak ke bukit Marwah untuk melakukan ibadah saie. Tau x mana asalnya tawaf Kaabah nih? Ini apa yg muttawif aku bgtau : kalau korang ingat bila Allah nak jadikan Nabi Adam A.S. sebagai khalifah di mukabumi ni lalu Allah pun berfirman dalam ayat
''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)
Maka malaikat2 itu pun berasa malu dan turun ke bumi dan melakukan tawaf di Kaabah (masa tuh belum lagi ada bangunan...yang dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. kemudiannya.)
Ni bukan di menara Safwa aka Hilton tapi di dalam Masjidil Haram..x percaya?percayalah
Menara jam tertinggi di dunia...lagi tinggi dari KLCC ye...
Ok. Kita teruskan pulak perjalanan ke Bukit Marwah. Haaa...saja nak test korang...ekceli ibadah Saie bermula dari bukit Safa ke bukit Marwah. Satu pusingan dikira bila selesai berjalan dari bukit Safa ke bukit Marwah. Dan dari bukit Marwah ke bukit Safa dapat lagi satu pusingan. Sunat berlari-lari anak bila tiba di lampu hijau.(macam masa kat tawaf jugak ada lampu hijau) Selain itu bila dah cukup 7 pusingan disunatkan solat sunat 2 rakaat.
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 158)
Perjalanan saie dari bukit Marwah ke bukit Safa...Nampak lampu hijau depan tuh? Tu tanda untuk berlari-lari anak...
Tahalul nih namanya pelik sikit tapi sebenarnya memotong rambut. Ini merupakan tanda keluar dari ikhram. Selagi x tahallul maknanya kita masih mengikut pantang larang ihram. Syarat tahallul kena potong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Jadi lepas saie tuh biasanya tahallul di Bukit Marwah. Jadi jangan lupa bawak gunting or pisau cukur. Kalau terlupa jgn risau sebab ramai je yang sudi jadi tukang potong. Andaikata korang memang dah sedia botak, cukuplah melalukan pisau cukur kat kepala sebanyak 3 kali.
Kalau korang tengok ramai je jemaah botakkan kepala...tapi bukan time saie ya...tapi kat kedai gunting...x pasal2 lak nyusahkan tukang sapu kat area tuh...banyak je kedai gunting terutama kat shopping-shopping mall...harga dalam 10 riyal...dan diorang akan cukur kepala korang botak dalam masa x sampai 2 minit...kalau lebih 2 minit tuh kira amatur lagi la tuh...yg wanita jgn botakkan kepala pulak...laki2 ye...
Tertib pulak adalah melakukan ibadah2 nih mengikut urutan...x boleh la tahalul dulu kemudian pegi Saie pastu bila Kaabah dah kurang orang pegi tawaf pulak...xboleh..kena ikut tertib..(amboi..macam muttawif pulak...kalo nak amik den keje muttawif pun xde masalah..)
Sebenarnya ada banyak lagi aku nak story pasal umrah nih...tp maybe blog ni dah x jd blog travel tp jadi blog agama pulak walhal aku bukannya orang yg layak untuk cerita pasal agama...semoga kita semua diberkati Allah...yang baik itu datangnya dari Allah dan semua yg buruk itu datangnya dari diri saya sendiri...peace yall
Bersambung lagi...
No comments:
Post a Comment