Di sekolah inilah dikatakan mayat "Singa Allah" Saidina Hamzah ditemui.
Disini merupakan lokasi terbunuhnya pakcik Nabi Muhammad S.A.W.iaitu Hamzah bin Abd Muttalib RA. Beliau telah dibunuh oleh Wahsyi, seorang hamba kulit hitam. Lalu hatinya diambil dan dimamah oleh Hindun (isteri kepada Sufyan).
Kesemua 70 orang pejuang yang syahid telah dikebumikan disini.
Ini papan info yang menceritakan tentang kejadian perang Uhud nih.
Kalau ikutkan ada lagi lawatan-lawatan ziarah luar kat Madinah nih mcm pergi Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat), Lapangan Magnet dan Kilang Al-Quran. Lapangan Magnet dengan Kilang Al-Quran nih kena bayar tambahan dan kami x pergi sebabnya time tuh Kilang Al-Quran tutup so x berbaloi pegi Lapangan Magnet saja dengan bayaran 20 riyal. Oh..lupa lak nak bgtau yang ziarah kami tuh pada hari Jumaat so nak kena rush in sket la mengejar saf kat Masjid Nabawi.
Venue last bagi mengakhiri ziarah luar di Madinah, kami berhenti dulu di Pasar Kurma bagi memberi peluang kepada jemaah-jemaah bagi mendapatkan kurma untuk dibawa balik ke Malaysia. (kalau Malaysia lah) Dengar cerita kat sini kurmanya lebih murah berbanding dari di ladang kurma yang kami dah lawat tadi.
Shopping pakcik...jgn x shopping
(Dalam peti ais rumah aku ada berlambak lagi kurma-kurma yang dibeli arituh. Dah 2 bulan lebih dah.)
Bak kata muttawif, kalau nak solat Jumaat dalam Masjid Nabawi kena tiba selewat2nya 2 jam dari waktu azan. Kalau tak alamatnya solat kat courtyard luar la jawabnya.x salah solat di luar cuma panas je la..Aku sampai kat masjid dalam sejam setengah lebih awal dari waktu solat dan nasib baik aku dapat jugak duduk dalam masjid cuma dapat di saf-saf hujung dah.
Lanskap sepanjang perjalanan ke Makkah
Selesai solat Jumaat kami diberi masa dalam 1 jam untuk siap2 dan bertolak ke Kota Makkah al Mukarramah. Sebelum memulakan perjalanan kami diminta untuk memakai ikhram sebab kami akan bermiqat di masjid Bir Ali.
NIAT
IHRAM UMRAH
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku
mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
Wanita yang sedang berhaid dan nifas boleh
berniat Umrah dan terpaksa menunggu hingga bersih, barulah boleh melakukan
Tawaf untuk Umrahnya dan menyelesaikan segala amalan amalan Umrahnya yang lain.
Dalam memakai ihram untuk tujuan umrah terdapat beberapa syarat dan larangan yang harus dipatuhi. Kalau x patuh or langgar terdapat hukuman yang perlu dikenakan seperti dam dan sebagainya.
Ni perkara2 yang dilarang dalam ihram ketika menunaikan umrah.
- Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
- Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
- Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
- Memakai minyak pada rambut dan janggut.
- Mencabut bulu atau rambut dari badan
- Memotong kuku.
- Membunuh binatang buruan.
- Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat. (no no no )
- Jimak (bersetubuh)(big no)
Perjalanan dari kota Madinah ke kota Makkah jauhnya lebih kurang 487 km menaiki bas. Kami dibenarkan berenti 2 kali saja iaitu di Bir Ali untuk berniat dan di Wadi Qudaid untuk makan malam. Kami berhenti untuk berehat sebentar di Wadi Qudaid dan juga menikmati hidangan makan malam. Kami dihidang dengan nasik arab berlaukkan ayam dan ikan goreng. 1 talam 5 orang, makan arab style. (sorry...xde gambar...dalam ihram ye)
Selepas itu kami teruskan perjalanan. Perjalanan mengambil masa lebih dari 5 jam kalau x silap aku termasuk berhenti. Itu pun dah termasuk driver bas yang bawak bas laju (kira2 lebih 160km/j mengikut kata kawan aku...xtau la ada apps dia g sukat) Kami tiba di kota Makkah dah malam. Tersangkut pulak dalam traffic jam sebelum pintu masuk Tanah Haram lebih kurang 1/2 hingga 1 jam sebab banyak kenderaan berpusu2 masuk.
Selepas itu kami teruskan perjalanan. Perjalanan mengambil masa lebih dari 5 jam kalau x silap aku termasuk berhenti. Itu pun dah termasuk driver bas yang bawak bas laju (kira2 lebih 160km/j mengikut kata kawan aku...xtau la ada apps dia g sukat) Kami tiba di kota Makkah dah malam. Tersangkut pulak dalam traffic jam sebelum pintu masuk Tanah Haram lebih kurang 1/2 hingga 1 jam sebab banyak kenderaan berpusu2 masuk.
Sunset di padang pasir
Kami sampai agak lewat kira-kira dalam jam 9 malam kalau x silap. Menginap di hotel Malak Taqwa, hotel nih lagi crowded dari yang kat Madinah. Lif pun cuma ada 2 dan lebih dari 6 orang dah overload. X boleh nak complaint sbb kalau nak dok mewah kena ikut pakej Tabung Haji la...Dok kat hotel bawah Safwa Tower.
Selepas letak beg dan solat Isya plus jamak bagi Maghrib kami dibawa untuk umrah pertama kami di Masjidil Haram lebih kurang jam 11 malam. Perjalanan 600 meter harus diharungi dari hotel ke Masjidil Haram atau Kaabah. Wudu' jgn lupa amik di hotel bagi mana2 yang dah batal.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment