Thursday 13 April 2017

Osaka Part II

Hari kedua
Hari enam aku di Kansai tetapi hari kedua dan terakhir aku menggunakan Osaka pass so aku teruskan berjalan-jalan di Osaka tapi kali ini lebih tertumpu di dalam town Osaka itu sendiri. Sambil menggunakan tren sebagai pengangkutan awam no 1 berjalan kaki juga sebagai salah satu alternatif yang sangat baik.

1) Osaka Shinsekai
Disini letaknya Tsutenkaku tower atau juga dikenali sebagai Eiffel Tower Osaka...Haa..tak percaya kan tapi itu yang diorang bagitau kat aku. Di sini korang boleh nampak view sebahagian dari Osaka walaupun menaranya tidaklah setinggi mana iaitu lebih kurang 100meter. Tapi secara personal aku agak suka tempat ni terutama sekali waktu malam sebab kedai-kedai sekeliling tower ini agak old school dimana ia mengambil New York dan Paris sebagai model pembangunannya pada awal kurun ke 20. Yang penting sekali aku suka sebab ianya tak sesak. Cuma kalau malam jangan pergi lewat sangat sebab kedai-kedai kat Jepun tutup awal.






2) Tennoji Zoo
Ini salah satu aktiviti yang aku slot in setelah naik ke Tsutenkaku Tower, bila renung ke bawah aku nampak zoo diseberang jalan. Bila check balik pamplet, Tennoji Zoo ada terdapat dalam senarai free admission. Zoo nya biasa-biasa saja tetapi yang istimewanya adalah penjaga kaunter Tennogi zoo nih memang polite habis. Siap bagitau aku, kalau rasa bosan nanti datang balik zoo ni berapa kali pun takpe, free dia cakap. Zoo ni kira biasa-biasa je tak macam zoo Singapore..boleh cakap lebih kurang zoo Melaka la..






3) Osaka Museum of Housing and Living
GPS aku menunjukkan "You're arrive at your destination" tapi aku macam tak puas hati dengan jawapan henpon aku. So aku setkan balik dan pusing satu round lagi untuk sampai ke tempat ni. Kat sini kalau ikut gambar dari dalam pamplet yang aku dapat, viewnya macam sangat menarik. Rupa-rupanya muzium ini berada dalam bangunan. Tingkat berapa aku tak ingat tapi rasanya cam tingkat 3 ke 4 tah. Kat dalam muzium ni korang boleh merasai suasana Jepun masa zaman Edo dulu. Di sini jugak korang boleh sewa kimono dan berpura-pura hidup zaman itu; macam ada satu geng aweks dari Malaysia nih berlari-lari dari kedai ke kedai untuk shoot video utk apa tah..maybe vlog kut. Takpe..tak kisahlah apa korang nak buat, asalkan bahagia sudahlah. Satu lagi kat sini boleh juga cuba permainan tradisi masyarakat Jepun.





4) Namba walk
Kalau dicari-cari dijalanan seingat aku memang tak jumpa tempat shopping yang bernama Namba Walk ini. Kalau nak berjumpa cari lah di bawah tanah. Namba Walk ini merupakan salah satu shopping street yang berada di antara jalan subway Nippombashi ke Namba JR station iaitu sepanjang lebih kurang 800 meter. Jenama-jenama yang dijual kalau bagi aku sama je apa yang boleh korang dapati di Dotonbori dan Shinsaibashi cuma kalau nak bershopping dengan kurang kesibukan trafik manusia, ini adalah satu tempat yang baik.



 5) Dotonbori
Salah satu shopping street dengan manusia yang beribu-ribu pada sesuatu masa. Kalau nak shopping disinilah tempatnya. Ianya terletak bersebelahan dengan Shinsaibashi iaitu shopping street yang tidak kurang femesnya bahkan ianya boleh dikatakan sejalan. Di Dotonbori ini korang boleh mengambil atau menaiki Tombori river cruise dengan bayaran 900 yen iaitu dalam RM40 je tapi dengan Osaka pass bayaran nya adalah percuma. Cuma malang bagi aku, hari kejadian river cruise ini ditutup dek kerana amaran taufan melanda. So takde nasiblah...







6) Shinsaibashi
Sama seperti Dotonbori, jalan ini adalah salah satu tempat wajib dilawati kalau berada di Osaka sebabnya kat sini korang boleh ber swafoto dengan icon paling femes di Osaka iaitu adboard Glico (orang berlari pakai seluar pendek.-wajib) Orang berada di jalan ini memang beribu-ribu tapi kalau korang kaki shopping mesti korang akan rasa gembira di sini. Konfirm...Kat sini selalu ada sale terutama untuk last pair dan seasonal sale.







7) America-Mura
 Ada salah satu jalan di Osaka yang menjual barang-barang dari America dan ala-ala amerika dan yang paling penting sekali budaya yang dibawa di jalan ini adalah membudayakan jalan di Amerika. Aku lalu jalan ni waktu malam dan jalannya agak sunyi dengan pengunjung, cuma penjual-penjual yang berpakaian ala-ala hip hop USA. (Satu lagi barang-barangnya boleh tahan harga.) Keadaannya lebih kurang macam jalan TAR cuma tak ramai orang.




8) Hard Rock Cafe
HRC memang salah satu lokasi wajib aku kalau kemana-mana. Jarang sangat aku membeli untuk diri sendiri. Biasanya seperti biasalah, pesanan-pesanan dari tanah air. Kalau korang berminat nak pegi...lokasinya agak dekat dengan Shinsaibashi kira-kira 1 tren stesen je iaitu stesen Honmachi..kalau nak berjalan kaki pun aku sangat galakkan.



Bersambung...lagi