Tuesday 21 February 2017

Arashiyama dan Kyoto

Kalau ke Kansai, salah satu tempat yang wajib untuk dilawati adalah Arashiyama dan Kyoto. Salah satu sebab aku memilih kawasan Kansai ini sebagai tempat untuk aku lawati di Jepun disebabkan tempat ini. Di Arashiyama terdapat beberapa tempai menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan yang sungguh tiada tolok bandingnya lagi.



Dari Osaka seperti biasa aku mengambil train dari Umeda station dengan menaiki Hankyu/ Hanshin rail dengan destinasi pilihan, menuju ke Kyoto. Tambangnya percuma sebab telah diambil kira dengan Kansai pass yang aku beli di airport tempoh hari. Perjalanan ke Kyoto mengambil masa lebih kurang 45 minit tetapi kalau mahu ke Arashiyama, korang hendaklah turun di stesen Katsura dan mengambil train transit yang destinasinya menuju ke Arashiyama.





Pada masa aku sampai di Kansai, ribut besar sedang melanda kawasan selatan Jepun dan juga Korea. Ketika itu Busan dan Jeju sedang dilanda ombak besar dan banjir. Cuaca di Kansai juga tidak ketinggalan mengalami efek dek ribut yang melanda. Semalam ketika aku melawat Himeji dan Kobe, cuaca panas terik yang diluar dugaan melanda. Aku melawat Jepun pada musim luruh, maka suhu sepatutnya adalah sekitar 17-24 darjah celcius. Ketika aku di Kobe, cuaca mencecah 30 darjah celcius dan bukan seperti di Malaysia, panasnya di sini berbahang dan melekit.




Hari ini ketika aku ingin melawat Kyoto, hujan melanda sepanjang hari. Ianya bukanlah satu hari yang baik untuk pergi melawat dan mengembara, tetapi apakan daya Kansai pass aku hanya tinggal 1 hari sahaja dan perlu digunakan sebelum tempohnya tamat.



Setelah berhenti di stesen Katsura, korang kena tunggu train dari Arashiyama untuk sampai. Perjalanan ke Arashiyama tidaklah mengambil masa yang panjang, sekitar 15-20 minit sahaja. Tiba saja di destinasi cuaca sejuk bercampur hujan menambahkan lagi kesejukkan hari. Aku yang tiba dalam tengahari ada beberapa lokasi dan destinasi yang perlu diselesaikan hari ini bukan sahaja di Arashiyama malah beberapa lagi di Kyoto.



Untuk menuju ke bambo forest, korang perlu berjalan kaki dalam sejauh 1-2 km kalau tak silap aku dari stesen train. Tapi janganlah risau sangat sebab tak terasa langsung perjalanannya sebab dijamu dengan pemandangan yang menarik. Korang cuba bayangkan...sudahlah dijamu dengan pemandangan menarik..dijamu pula dengan hujan yang kejap gerimis..kejap lebat.





Untuk ke bamboo forest korang perlu melintasi jambatan Togetsukyo yang di bawahnya terdapat sungai Katsura yang jernih sebelum menuju ke pekan kecil dimana terdapat pelbagai kedai-kedai yang menjual makanan dan cenderahati tempatan. Diantara tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati semasa berapa di Arashiyama adalah :

1) Tenryu-Ji Temple
Ini adalah salah satu UNESCO heritage site yang mana merupakan sebuah zen temple yang mempunyai pemandangan yang memukau. Bayaran masuk adalah 500 yen dan aku tak masuk pun ke sini , hanya berdiri saja diluar pintu masuk bangunan.





2) Arashiyama Bamboo Forest
Bayaran masuk adalah percuma, viewnya sangat mengujakan cuma hujan je menghalang untuk mengambil gambar yang menarik.Oh lupa...jangan harap tempat ni sunyi macam dalam gambar wallpaper windows korang ye..Kat sini orangnya dah macam semut...termasuklah aku..ada bahagian-bahagian yang pack sampai berlaga-laga ponggong..tapi overall experience nya masih mengujakan.





3) Monkey Park
Yang ini dengar cerita kat atas bukit. Tak sempat nak pergi..orang ramai berlambak..dan hujan makin kencang so aku terpaksa beredar dengan kadar segera.

4) Sagano romantic train
Ini adalah pada asalnya merupakan salah satu benda yang aku nak buat bila tiba di Arashiyama / Kyoto ini. Sagano railway ini adalah satu laluan keretapi menyusuri tebing sungai Hozugawa diantara Arashiyama dan Kamaeoka. Laluannya dikatakan sangat scenic melalui hutan-hutan macam di Sri Lanka tempoh hari. Cuma hutan di Jepun akan bertukar warna oren ke merah-merahan pada musim luruh. Aku dah beratur depan kaunter tiket yang berada ditengah pekan Arashiyama ni sedang fikir-fikir nak pergi ke tak. Last-last aku terpaksa abaikan sebab ada 2 tempat penting lagi nak dilawati. Lagipun aku nih bukanlah romantik sangat orangnya.

OK..next stop aku adalah suatu tempat yang best jugak..kalau korang pernah dengar namanya Fushimi Inari-taisha..haa..kalau xpernah silalah google. Nak dijadikan cerita aku tertidur dalam train dan sedar-sedar dah berstesen-stesen aku terlajak. Maka terpaksalah aku patah balik. Nasib baiklah pakai pass so terlajak pun tak kena bayar lain.



Untuk ke Fushimi Inari ni korang kena berhenti di stesen Fushimi Inari atau Inari dengan gunakan train Hakyu Kyoto. Perjalanan mengambil masa..er..aku terlajak perahu so takleh nak estimate time..cuma dari stesen keretapi ambil masa dalam 15 ke 20 minit jugaklah menapak sebelum sampai ke pintu masuk. Masuk percuma jadi jangan ragu-ragu lagi.



Fushi Inari shine ini adalah lambakan gerbang tori yang kaler oren tuh dalam perjalanan ke gunung Inari. Dari gate kena menapak jugaklah naik gunung yang tak berapa curam asalnya. Kalau hiking dalam 5-10 minit sampailah ke gerbang tori yang banyak tuh..tapi kat sana manusianya macam makan kenduri. So kalau nak selfie dengan tenang kena hike lebih lagi lah...dalam 15 minit hiking dah kurang orang. Kalau terel lagi boleh la hiking sampai ke puncak Inari..cuma jarak hiking lebih kurang 4km yang mana aku rasa korang tak sanggup sebab tempoh hiking dalam 2 jam 30 minit.



Aku sempatlah hiking kejap kat sini rasanya hampir-hampir separuh jalan lah. Sampai separuh jalan hujan turun bagai nak gila dan untuk perhatian korang, menaiki gunung Inari ini ada tempoh masanya. Maknanya korang kena turun sebelum jam 5 petang kut kalau tak silap aku. So tak sempat sampai ke puncak kalau ikut masa so aku pun turun sajalah ke bawah dan terus menuju ke stesen keretapi dan menuju ke Kyoto.



Sebut pasal Kyoto, aku teringat ada satu band dari Malaysia yang sangat dasat bermain alat muzik yang dikenali sebagai Kyoto Protocol. Namun begitu selain dari band muzik ini Kyoto Protocol sebenarnya adalah satu konvensyen perjanjian Pertubuhan Negara-negara bersatu berkaitan dengan perubahan suhu dunia yang pada masa itu dilangsungkan di Kyoto. Ah..tak penting pun climate change nih kan..so kita teruskan.



Kyoto ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Sebelum kita pergi ke tempat-tempat menarik mari kita belajar sedikit mengenai sejarah Kyoto ini. Takpe..aku janji akan cerita sikit je. Kyoto pernah menjadi ibu negara Jepun dan menjadi daerah kediaman maharaja Jepun pada suatu ketika dahulu. Sebagai makluman korang, Kyoto adalah salah satu lokasi target bom atom pada perang dunia ke 2 tetapi telah dibuang dari list disebabkan terdapatnya terlalu banyak sumber / tempat bersejarah di sini. Namun begitu walaupun tak dijatuhkan dengan bom atom, banyak sekali bahan bersejarah rosak akibat perang. Ok. sikit saja..

Sebut je Kyoto tempat yang mesti lawat adalah Kiyomizudera temple iaitu salah satu world history site kat Jepun. Malang bagi korang..mulai bulan ini main buildingnya akan ditutup sampai tahun 2020 sebab proses repair bumbung. Jangan bersedih...sebab aku tak pergi pun temple ini masa melawat ke Kyoto. 


Tujuan aku ke Kyoto adalah untuk melawat Gion, sebuah jalan yang paling famous dengan geisha district disamping rekabentuk bangunan yang terdapat disepanjang jalan dilakukan proses restorasi menjadikan ia seakan-akan berada pada zaman maharaja Jepun dahulu. Geisha (sebutan Kyoto, Geiko) adalah pelayan perempuan yang pakai kimono sambil hidangkan makanan dan minuman kepada pelanggan.



Banyak sangat tempat yang menarik untuk dilawati di Kyoto dan kalau korang bagi aku seminggu di Kyoto dan tempat sekitarnya memang tak habis. Kobe menarik, Osaka menarik, Nara menarik..so korang pilih la mana yang korang suka..lain padang lain belalang...



Bersambung...