Thursday, 5 March 2020

10 tahun Bali : Part 1

Selepas 10 tahun akhirnya aku kembali ke Bali. Last aku ke Bali adalah pada tahun 2009.  (Tak ingat aku ada up kat sini ataupun tak) Kalau dulu Kami pergi bertiga tapi kali ni aku gi buat solo trip setelah aku ajak kawan-kawan lama tapi diorang dah ada komitmen dan jugak kewangan dah tak berapa tip top sebab keluarga dah besar.



Baru sampai di airport Ngurah Rai...

Penerbangan ke Bali macam biasa..dengan Airasia, everyone can fly..tapi kali nih aku amik pakej AirasiaGo..Lama dah aku tak book guna AirasiaGo nih..last skali kalau tak silap aku adalah masa aku gi Siemreap dulu, yang mana first time aku travel solo dulu. (Skang aku dah tak igt dah berapa kali aku travel solo) Kenapa aku amik pakej nih? Of coz lah sebab murah..korang imejin flight return sekali ngan hotel untuk 5 hari 4 malam, kena dalam RM400++..tapi jgn imejin lah duduk kat Hyatt ke Hilton ke...Agak-agak lah..



Ada pameran apa tah kat airport nih...orang yang baru sampai memang ramai lah

Ok..setelah berada dalam flight lebih kurang 3 jam, semua penumpang turun untuk menghadap imigresyen...Aku tak pasti berapa banyak flight yang turun sekali tapi yang beratur memang ramai giler...tak kurang sejam beratur termasuk kena potong ngan awek2 mat saleh (acah-acah hipster) cam yang aku kena kat Hong Kong aritu..sekali aku lempang kang baru tau camner duk lokap kat Bali...So janganlah kita memandang tinggi ngan omputeh-omputeh nih sangat sebabnya diorang nih sama jugak cam kita...manusia biasa dan selalunya diorang nih poyo lebih dan perasan best..tapi tak semua lah..




Jalan punya jalan udah sampai di Kuta..

Dari airport aku berkira-kira nak naik teksi atau public transport untuk ke hotel yang telah aku book melalui Airasia Go. Jaraknya tak jauh dalam 5 km sahaja tapi cuaca panas tuh yang jadi cabaran utama sebenarnya. OK, mula-mula sekali aku kena keluar terlebih dahulu dari airport sebab rata-rata teksi yang ada dalam airport adalah teksi berkupon (aku rasa lah) dan harganya macam teksi bermeter lah. (lagi mahal) Sebelum merancang apa-apa, first sekali aku pick up dulu sim card aku kat luar airport yang aku dah beli melalui Klook. Harganya RM20 tapi masalahnya simcard tuh kena pasang sendiri..takpelah..kang kat hotel aku buat lah sendiri sebab aku ada bawak besi pencungkil simcard yang aritu aku beli kat Hong Kong aritu...



Ni bilik yang aku book selama aku di Bali..boleh la...basic requirement lah..tv pun takde..untuk budget bawah RM30 semalam, aku takleh komen apa-apa..

Makin lama, makin jauh aku berjalan menuju ke tempat yang hendak aku pergi dan lepas lebih sejam berjalan aku pun sampai di hotel. Peluh jangan cerita lah..Melekit seluruh badan. Urusan hotel agak pelik jugak sebabkan dah lama aku book hotel nih sekali dengan tiket flight (dekat separuh tahun jugaklah kalau tak silap aku) , diorang tak jumpa booking aku. Kenapa pelik, sebab walaupun tak jumpa booking aku diorang tetap benarkan aku menginap di situ.




Bilik koboi habis tapi ada swimming pool...seperti biasa akhirnya aku tak mandi sekalipun kat swimming pool nih...

Lepas mandi, solat dan berehat dalam 1 jam, aku turun semula ke kaunter. Tujuan utama aku nak cari motor sewa untuk perjalanan sepanjang aku di Bali. Banyak je sewa motor kat sini tapi mula-mula aku nak try tanya kat kaunter sama ada diorang ada motor untuk disewa sebab aku kalau boleh tak mau tinggalkan passport aku kat kedai lain, tinggalkan kat hotel lagi senang. Time check out nanti terus amik passport dan cabut. Lagipun aku takut lupa mana lokasi aku sewa motor nanti...kan haru.


Sampai agak lewat di tepi pantai tapi matahari masih lagi ada bersisa...

Aku berjaya dapatkan deal yang bagi aku agak berpatutan dengan kaunter hotel aku. Diorang cas aku sewa motor sebanyak 50k selama 24 jam bagi motor jenis Honda Vario 125cc. Ada jugak aku riki-riki harga sewa motor kat area Kuta nih dan harga biasa bermula dari 80k seharian. Rasanya harga sewa 10 tahun lepas dalam 75k sehari kalau tak silap aku..So bagi aku ianya amat menguntungkan. Kondisi motor dari segi kosmetiknya memang boleh dikatakan agak barai tapi aku test-test, enjinnya agak tip top. Orang kata biar muka barai tapi hati baik. 



Seronok diorang lepak-lepak tepi pantai nih...

Memandangkan hari dah agak lewat...ye lah..dengan ramai orang kat imigresen, jalan kaki lak gi hotel so aktiviti aku hari nih jalan-jalan di tepi pantai aje lah..orang kata at least ada la aktivitas..Jadi aku menaiki motor ke pantai Legian yang berada dalam 2km je dari hotel penginapan aku hari nih..Plan nya aku akan park motor kat Legian dan teruskan berjalan kaki terus menuju ke Seminyak. So dapatlah aku cover pantai Legian, Double Six dan Seminyak sekaligus.




Sunset at Legian...

Personally aku rasa xde beza pun pantai-pantai nih..ramainya manusia boleh katakan memang ramailah walaupun tak seramai di Kuta (aku dah usha masa jalan kaki tadi...sebab tu aku ke Legian) tapi still penuh terutama sekali omputeh. Aktiviti yang ada kat sini macam-macam; ko nak main banana boat? Paragliding, surfing...macam-macam lah..aktiviti yang paling ramai orang buat adalah...lepak tepi pantai sambil minum beer..Aku? Minum teh botol sudah...Haroommm




Time sunset nih la orang berbondong-bondong lepak tepi pantai...At Seminyak...

Tak lama aku kat pantai sebab aku sampai pun dah agak lewat...ngam-ngam abis sunset aku pun cau dari sana. Antara kejadian lawak yang terjadi kat aku adalah aku tak jumpa mana aku park motor aku. Jalan kaki punya pasal mencari motor dah dekat nak sampai ke hotel. Berpeluh jugak lah sebab dalam kepala aku ingat motor aku dah kena rembat. Macam-macam teori ada dalam kepala...kena scam ngan owner motor la (hotel) dan lain-lain lagi. Last-last aku lepak kat tepi jalan sambil isap sebatang rokok sambil berborang dengan guard yang ada kat situ sambil-sambil recall balik mana aku park..Dekat 45 minit jugaklah aku melilau, akhirnya dapat jugak aku bertemu semula dengan motor sewa aku. Rupa-rupanya jauh jugak aku berjalan dari mana tempat aku park motor aku tadi. Pengajaran yang aku dapat hari ini..jangan panik..relek-relek sudah barulah otak dapat berfikir waras..


Balik hotel dulu...berehat sekejap kemudian barulah fikir pasal makanan. Kat Bali nih (bagi sesiapa yang tak pernah datang) untuk yang mencari makanan yang halal, kenalah hati-hati sikit sebabnya majoriti penduduk asal Bali adalah beragama Hindu so makanan ruji atau banyak dijual jugak bukanlah makanan halal. So kena extra careful lah..kecuali kalo korang berminat nak makan babi guling so tak kisah lah.


Sunset lagi..yang nih kat Legian jugak kalau tak silap aku...

OK..jet lag..penat berjalan dari airport..motor misplaced lagi...so aku amik keputusan untuk makan di kedai makan yang berhampiran je. Jadi lepas settle urusan yang sepatutnya, aku jalan kaki ke Mekdi yang berada kira-kira 2.5km (tak dekat pun) dari hotel aku. Malas aku nak bawak motor meskipun penat dari pagi tadi masih lagi berbaki. Penat-penat nanti boleh terus tidur. Lagipun korang tahu lah camana trafik kat Kuta nih..Malam nih aku amik set Bigmac feberet aku...Orang kat Mekdi nih agak ramai jugak..hampir-hampir jugakla tak dapat seat...Settle makan aku balik semula ke hotel..mata pun dah berpinar, kepala dah berat..tetiba aku tak sedarkan diri...

Bersambung











Sunday, 2 February 2020

Kesimpulan trip dan Perbelanjaan Hong Kong

Hong Kong memang menarik tapi sebelum riot berlaku di sana lah...lepas berlakunya riot aku dah tak pasti sama ada keadaan masih sama macam dulu atau tidak digalakkan untuk travel. So far diorang (yang pergi lepas riot) kata macam OK cuma ada tempat-tempat yang tak berapa digalakkan pergi pada waktu-waktu tertentu. Diorang kata macam perhimpunan Bersih..tak tau la camna kan...





Jalan-jalan dari Hong Kong Cultural Centre Promenade ke 1881 Heritage shopping plaza...  

Kat sini aku kongsikan tips-tips bagi korang yang merancang nak melawat Hong Kong berdasarkan pengalaman aku berpeleseran di sini selama 5hari 4 malam untuk rujukan korang semua. Kat sini aku macam biasa akan bahagikan kepada beberapa perkara iaitu:


Makanan

Kat Hong Kong nih makanan halal (aku tak pasti makanan tak halal) harganya memang dahsyat. Mahal nya tak tau nak cakap lah. Macam nih je la nak bayangkan..harga sekeping roti canai / capati adalah lebih kurang RM5 ++ sekeping..tak mahal sangat? Tu tak masuk dengan kuah ye...So ketika aku kat sana aku rasa bersyukur yang amat sebab jadi rakyat Malaysia. (sekarang? Biasanya perasaan insaf nih bertahan seminggu je)



Nasik Beryani ayam, Chungking Mansion style...

Nak cakap banyak tu taklah, tapi makanan halal di Hong Kong tu tak begitu susah untuk didapati sebab kalau korang check website tourism Hong Kong memang diorang dah nyatakan banyak info berkenaan makanan halal nih. Yang paling mudah nak dapatkan makanan halal adalah di masjid. Biasanya di masjid-masjid nih terdapat kantin-kantin makanan halal tapi aku tak pergi la cuba so tak tahu lah harganya macam mana dan waktu kantin bukak. Cuma jangan la time solat Jumaat korang bertenggek kat sana..Musafir pun agak-agak la..



Transportation

Yang ini aku memang puji Hong Kong. Transportation diorang memang tip top..setaraf Jepun dan Korea. Train atau MTR sama macam di Malaysia, adakalanya lengang dan adakalanya sibuk terutama time pergi dan balik kerja. Kalau di Malaysia kita bising pasal terowong bawah tanah terutamanya parti-parti politik tertentu, tapi di Hong Kong, MTR nya sahaja ada minimum 4 terowong yang merentas laut menuju ke pulau dan Lantau island.




Antara mural yang korang boleh dapati di Hong Kong..


Aku naik bas dari airport ke Kowloon, dan juga ke Ngong Ping dan Tai O. Aku dapati bas di Hong Kong nih lebih kurang je dengan Malaysia, bas berhenti di bas stand yang di designated kan dan lain-lain nya kita kena jalan kaki sendiri.  Kalau nak merasa Hong Kong zaman "police story", korang boleh juga belayar dari Kowloon ke pulau Hong Kong dengan menggunakan Star Ferry. Masa yang diambil adalah agak lama dari menaiki MTR, tapi tambangnya lebih murah dan pengalamannya lebih menarik. Nak releks-releks boleh la tapi kalau kejap masa janganlah naik.



Sim Card

Sim card nih bagi aku sangat penting bagi traveler yang banyak naik public transport atau berjalan kaki. Ianya lebih kepada interchange tren dan juga simpang-simpang jalan yang perlu korang lalui. Kalau korang amik travel guide atau travel melalui ejen..tak perlu sangat lah bagi aku.

Aku dapatkan simcard dari Klook (aku bukan ejen dan juga dapat apa-apa komisyen dari Klook) sebabnya ianya berpatutan dengan pakej yang ditawarkan (Harga ada kat bawah) dan mudah urusan. Cuma pergi ke kaunter yang terdapat dalam apps dan korang akan dapat sim setelah scan QR code.




Keadaan dalam Man Mo Temple...


Octopus card

Aku rasa kalau ke Hong Kong nih, korang wajib dapatkan Octopus card. Takde la wajib sangat tapi aku tak berapa pasti sama ada diorang ada amik cash lagi ke tak untuk public transport..teksi ada kut tapi bas atau tren aku seriusly tak pasti. Nak reload pun mudah je..pergi ke 7 eleven dan boleh reload kat sana..dan rasanya kebanyakkan kedai 24 jam pun ada jugak mesin reload tuh. Tak banyak beza ngan Malaysia (Hong Kong guna Octupus kad nih dah lama gak) , ianya lebih kurang Touch N Go gak lah..yang mana kad ni dipakai secara utama untuk public transportation tapi korang juga boleh guna kad nih untuk beli barang di kedai-kedai terpilih. Kad nih aku dapatkan melalui Klook sebabnya harga agak berbaloi tapi kad nih tak boleh di redeem balik lepas tak pakai. (Kalau beli secara conventional ada fee untuk beli kad dan boleh redeem balik harga kad tuh lepas tak pakai)


Tai O fishing village...Takde kena mengena ngan topik kan..biar je la..xde gambo yang sesuai dah


Hotel

Secara personal sebagai seorang budget traveler, aku rasakan untuk mendapat hotel yang agak selesa dengan facilities yang sederhana, bayaran yang korang kena bayar agak mahal lah. Sedangkan aku yang tinggal di "coffin room" pun kena bayar dalam RM80++ semalam inikah pula hotel dengan bath tub dan swimming pool.

Sebagai tips untuk korang nak book hotel, kalau korang tengok je alamat hotel korang tuh kat Chung King mansion, maknanya hotel korang tuh hotel badget la tuh walaupun korang kena bayar Rm150 tapi ia tetap dalam bangunan tersebut. Chung King mansion nih ada positif dan negatif side nya..Negatif dulu yer..Orang ramai dan kawasan tak mewah..agak dodgy..ada je bangla-bangla nak try harass ko (aku tak kena la) Nak naik ke bilik memang beratur panjang, tambahan pulak lif ikut aras..lif untuk tingkat 2,4,6 dll belah kanan..lif utk tingkat 1,3,5 dll belah kiri..tapi kalau lif belah kanan ramai, belah kiri xde orang..aku naik je belah kiri..pastu turun je tangga.. Tapi kalau pick hour memang beratur panjang la..posotif sidenya..mostly apa yang ko nak ada kat sini..makan minum, barang elektrik..tukar duit ada di sini...


Ni lah coffin room aku sepanjang berada di Hong Kong..nasib baik ada attached bathroom...


Keselamatan dan Sosio

Mostly sepanjang aku berjalan berpeleseran ke sana ke sini, takde sapa yang setakat ini mengganggu aku..Ada..tapi bukanlah dari orang local. Dari pemerhatian aku, original orang local tak peduli pun apa yang korang buat  asalkan jangan mengganggu orang lain atau terlampau menarik perhatian. Kalau adapun ianya terdiri dari orang-orang lain (tak mau cakap pendatang) seperti filipino ataupun bangladeshi..Itupun harassment yang tidaklah terlalu keras..just dok tanya-tanya dah book hotel ke belum, dah makan ke belum..tapi aku dengar cerita atau dari pembacaan aku dalam grup-grup fesbuk ada jugak yang kena scam teruk. Bagi aku kalau nak kena scam nih, mana-mana pun ada bahkan scam atau harassment di Kl adalah lebih teruk lagi.

Di Hong Kong nih memang ramai imigrant macam di Malaysia. Banyak yang dilihat adalah Filipino, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain lagi so adakalanya kena super aware lah sikit. So far pengalaman aku, takde apa problem pun yang aku lalui. Bagi aku asalkan kita tak kacau orang, insya Allah orang pun takkan kacau kita.




View Hong Kong (pulau) dari Kowloon


Berikut aku senaraikan perbelanjaan aku kat Hong Kong (ground sahaja)..Kalau ikutkan tak banyak pun sebab ada item yang dalam budget nih adalah cenderamata yang tak sepatutnya aku masukkan...Semoga dapat jadi panduan untuk ke Hong Kong pada masa akan datang... 


Hong Kong budget (ground sahaja)
Lain2
SIM card rm27
Octopus card Rm49

Day 1
Bus ke Bandar 33 hkd (dah masuk Octopus card)
Hotel 4mlm 718hkd
Reload octupus card 200hkd
Beli pin utk henpon 30hkd
Makan 55hkd
Air 15hkd
Overall 1045hkd

Day 2
Beli air 11.50hkd + 10hkd
Pin hrc 95hkd
Dinner 55hkd
Overall 171.50hkd



View Kowloon dari Hong Kong (pulau)


Day 3
Beli air 9.50hkd + 10 hkd
Baju HRC 670 hkd
Dinner 62hkd
Overall 715.5 hkd

Day 4
Beli air 10hkd + 10hkd
Sedekah 4 hkd
Fridge magnet 115hkd
Dinner 50hkd
Overall 189hkd

Day 5
Beli air 11.5hkd + 5hkd (9hkd tolak octopus)
Overall 15.5hkd
Grand total hkd 2,136.50 + RM76

Thursday, 23 January 2020

Hong Kong Part Akhir


Hari nih hari terakhir aku kat Hong Kong bagi trip kali ini. Kalau ikutkan esok, tapi memandangkan fight aku dalam tengahari esok so awal pagi lagi aku kena berangkat menuju ke airport. So hari nih aku nak settlekan perjalanan aku di Hong Kong. Kalau ikut list, (sebenarnya takde list pun) aku dah settlekan semua tempat yang aku nak pergi kecuali tempat-tempat yang perlukan duit belanja yang banyak misalnya Ocean Park (ada dalam pertimbangan sebelum trip tapi aku cancel) dan Disney Land. Jadi perjalanan hari ini lebih kepada free and easy walaupun setiap hari di Hong Kong pun aku free and easy gak.



Tangga ke Kowloon park...bangunan sebelah kiri (yang putih tu) masjid Kowloon.




Anime-anime yang disusun di kedua belah tangga naik dan turun...(belah satu lagi ada jugak)

Aku keluar macam biasa, awal pagi dan destinasi pertama aku hari ini adalah Kowloon Park. Memang agak pelik sebab kenapa lak aku nak lepak kat taman nih. Sebabnya adalah, salah satu section dalam taman nih yang menjadi favorite aku adalah Avenue of Comic Stars. Kat sini terdapat patung-patung komik Hong Kong yang menjadi bacaan utama aku masa kecik-kecik dulu macam Pedang Setiawan, Wira Tunggal, Raja Rimba, dan lain-lain. Kowloon Park nih bukan sahaja ada Avenue of Comic Stars tapi ada juga taman-taman lain seperti fitness trail, sports centre, tree walk, taman burung dan macam-macam lagi.



Inilah tempatnya...tapi sebenarnya ada satu lagi tempat yang macam nih kat pulau..




Penjejak Awan dari Pedang Setiawan....




Wira Wah dari komik Wira Sakti...


Lepas lepak-lepak aku bercadang nak ke pulau sebab dalam Octopus card aku ada lagi duit. Cadangannya nak berpoyo-poyo gi mengambil gambar selfie kat tempat-tempat insta-famous seperti Lok Wah South Estate dan Choi Hung estate. Kalau korang nak tau Hong Kong nih memang banyak tempat-tempat insta-famous (sebenarnya tempat yang view yang sangat menarik) yang patut korang pergi...Dalam perjalanan ke Choi Hung estate, aku membaca satu artikel yang mana berapa menyampahnya penduduk Choi Hung apabila taman permainan mereka dipenuhi oleh pelancong menyebabkan kehidupan rutin harian mereka terjejas. OKlah...untuk tak membazirkan masa korang..at last aku tak naik pun kedua-dua tempat yang aku pergi tuh meskipun pelbagai liku yang aku tempuhi (naik tangga...serius punya tangga dan jalan berbukit bukau).



Ini tempatnya..tempat yang perlu dicari adalah parking bertingkat..good luck




Kawasan persekitaran Lok Wah Housing...aku menapak dari bawahh lagi...


Ok. Sebelum tengahari dan sebelum balik semula ke hotel aku ada satu port lagi nak pergi, iaitu port yang kalau korang ke Hong Kong, ini adalah tempat yang aku galakkan pergi bukan sahaja sebab dia menarik dan femes tapi sebab ianya percuma; iaitu Avenue of Stars. Kat sini terdapat banyak hand print artis-artis terkenal Hong Kong yang mana kebanyakkannya aku tak kenal pun. Antara beberapa yang aku kenal adalah seperti Bruce Lee, Jackie Chan, Chau Sing Chee dan Michele Yeoh. Selain dari itu, kat hujung Avenue of Stars nih terdapatnya patung Bruce Lee yang jadi port amik gambar.



Cuaca panas terik meskipun suhu agak dingin..tp dah nak menjelang panas...




Ada beratus tapak tangan artis-artis berketurunan Cina tak kira China, Hong Kong, Taiwan dan Malaysia...




Patung Bruce Lee antara yang menjadi tumpuan utama kat sini.

Alang-alang dah ada kat Avenue of Stars, aku ambil kesempatan berpeleseran di kawasan persekitaran yang merangkumi kawasan muzium yang kebetulan terletak di tepi laut. Antara tempat menarik untuk dilihat adalah Hong Kong museum of Art, Hong Kong Space Museum, dan Hong Kong Cultural Centre. Kawasan nih sebenarnya aku dah pergi malam pertama di Hong Kong tapi kali nih aku pergi waktu siang pulak. Kat tengah-tengah kawasan lapang depan cultural centre nih ada menara jam yang ikonik bagi Kowloon dan Hong Kong.



Bahagian koridor Hong Kong museum of art...




Menara jam (Kowloon-Canton Railway Clock Tower) yang terkenal di Hong Kong...




Arca seni yang terdapat di Hong Kong museum of art..berdepan dengan clock tower...

Hari ini adalah hari Jumaat so aku kembali ke hotel untuk mandi-manda dan bersiap-siap menuju ke masjid. Kedudukan masjid paling dekat adalah Kowloon masjid and Islamic Centre yang terletak tepi jalan besar depan taman yang aku lawat pagi tadi. Perjalanan tak jauh kira-kira 5 minit sebabnya terpaksa menempuh 2 traffic light yang super lama..macam traffic light kat simpang Shah Alam tuh..(taklah..takde la lama sangat.)



Kowloon masjid and Islamic Centre

First time aku solat Jumaat macam nih. Dewan solatnya di tingkat atas, so kena naik tangga lah walaupun tak silap aku...malam first aku sampai tuh aku solat kat dewan solat bawah. Naik-naik tuh di pintu masuk ada sorang pak aji sedang menyambut semua jemaah satu persatu. Aku tak pasti sapa, sama ada imam atau pengerusi or ajk masjid tapi bukan sahaja dia sambut dan salam semua jemaah yang hadir bahkan ada beberapa orang lagi yang akan susun saf jemaah yang ada. Memang first time aku tengok keadaan macam nih..



Golden Computer Arcade nih nak kata cam Low Yatt pun xde..lebih kurang macam kompleks Yik Foong kat Ipoh kalau korang pernah lepak kat Ipoh la...



Lepas solat aku naik semula ke bilik, tukar pakai kasut dan terus ke jalanan semula. Petang-petang nih dah takde dah nak amik gambar instagram ke apa ke, (last-last aku tak buh pun gambar-gambar Hong Kong dalam IG) aku just nak ikut mana kaki melangkah dan juga carik sedikit souvenir untuk orang kampung.(kalau ada pitih) First tempat aku pergi adalah Golden Computer Arcade. Tempat nih macam Low Yat la tapi kat Hong Kong. Aku nak usha-usha barang komputer jap walaupun sebenarnya aku bukan ada duit pun. (Gile takde macam tourist kan..gi tengok barang komputer)



Panorama di Ap Liu street..pasar karat di Hong Kong.


Petang nih banyak masa untuk aku berpeleseran tanpa hala tuju so seterusnya aku ke satu tempat yang bagi aku agak menarik jugak la (bagi aku menarik tapi tak tentu bagi korang semua) iaitu Ap Liu street..kat sini adalah street market yang menjual barang-barang secondhand dari yang separa baru kepada barang-barang antik atau tak boleh pakai langsung..kiranya Ap Liu street nih lebih kurang pasar karat kat KL (kat Petaling street) atau Loken kat Ipoh. Aku tak tahu nak beli apa..ada yang menarik tapi harga tak kena pulak..ada yang menarik dan harganya kena..tapi tak berbaloi lak nak ngusung sampai dalam flight..Akhirnya..macam biasa aku tak beli apa pun.





Yang nih memang menarik bagi aku tapi harganya cam tak berapa berbaloi...




Ini kat jalan mana pun aku tak ingat...banyak market kat jalan-jalan di area Jordan sampai lah ke Mong Kok.


Aku ronda-ronda ke kawasan sekitar sehingga malam menjelang tiba. Rupanya selain dari Temple street, kawasan sekitar Jordan (1-2 stop dari Tsim Sha Tsui) nih memang banyak night market...boleh dikatakan selang 1-2 jalan ada night marketnya tersendiri. Cuma apa yang dijual tuh boleh dikatakan berbeza-beza . Memandangkan aku ada masa terluang, aku ronda satu persatu night market nih untuk mencari barang souvenir yaitu fridge magnet. Banyak market bukak dari petang sampai ke malam tapi barangan yang dijual takde la yang menarik hati. Lebih kurang uptown je kat KL, yang banyak jual barangan untuk penduduk local misalnya pakaian dan barangan runcit.



Salah satu 3d art yang dilukis pada bangunan..yang nih terletak di Sham Sui Po / Prince Edward (tengah-tengah)


Panorama waktu malam di Hong Kong..

Awal pagi lagi aku dah keluar dari hotel. Barang dah pack malam tadi sebelum tidur dan kat hotel nih tak payah jumpa sesiapa nak check out. Just letak je kunci bilik kat meja kecik tepi katil dan jangan lock pintu. Itu yang minah filipino bagitau aku masa mula-mula check ini arituh. Maknanya, kalau aku nak extend sehari dua selagi takde sapa yang nak masuk bilik aku tuh pun boleh la kut. Tah..tapi takde la aku nak buat camtuh. Tak baik...berdosa..

Matahari belum naik lagi aku dah menunggu bas kat depan balai polis Tsim Sha Tshui..kat situ antara bas stand yang paling dekat kalau nak amik bas ke airport. Dalam 20 minit jugak aku menunggu bas dalam kesejukkan pagi sebelum sambung pulak kesejukkan dalam aircond bas pulak..Perjalanan ke airport dalam 1 jam lebih dan aku tiba agak awal di airport dan nasib baik aku ada bawak bekal makanan yang ada baki malam tadi. So boleh la breakfast sambil menunggu di luar sebelum boarding time. Urusan imigresen berjalan lancar dan mudah sebab tak ramai orang atau sebab aku masuk awal. So kemana next time..aku pun tak tahu lagi...(dah tau tapi tunggu je la next post)

Tamat..