Thursday, 5 April 2018

Myanmar : Prologue

Aku dah lama nak ke Myanmar tapi aku boikot negara ni sebab pergolakkan yang melanda di antara pihak Buddhist dengan Islam rohingnya. Dalam fikiran aku berdasarkan apa yang dipaparkan kat media cetak atau digital, negara ni memang chaotic. Maknanya kalau jumpa je dengan orang Islam maka ko akan kena sembelih macam tuh je kat tepi jalan. (akibat banyak sangat tengok cerita omputeh)

Tapi nak dijadikan cerita satu hari tu ada sorang kawan aku ada datang umah nak pau rokok, dan masa tu dia cerita kat aku yang kawan dia; seorang awek ada pergi Myanmar masa raya haji yang lalu. Sambil2 dia cerita tu so aku mengambil keputusan untuk ke Myanmar bagi melihat dengan mata kepala aku sendiri apa yang berlaku di sana.


Plan asalnya adalah disebabkan flight aku tiba di Yangon pada waktu malam, aku terfikir nak direct amik overnight bus ke Mandalay atau Bagan sesampai aku di sana bagi menjimatkan duit hotel 1 malam. Namun begitu syarat utk mendapatkan visa ke Myanmar, kita perlu sertakan booking hotel yang kita menginap di sana sebagai rujukan. Jesteru itu plan asal telah gagal so aku ke plan kedua...iaitu takde plan. Aku just book hotel di Yangon utk bagi lulus visa aku dan ikut kaki melangkah setibanya aku disana nanti.


Ok..biar aku ceritakan sikit pasal cara-cara nak apply visa ke Myanmar. Myanmar merupakan satu2 nya negara ASEAN yang aku tau kenakan visa terhadap negara ASEAN (sebenarnya negara ASEAN lain dapat visa exemption tapi Malaysia still kena..kenapa?Aku pun tak tahu) yang lain. (Timur Leste aku tak pasti sebab ianya negara baru.) Dan asal nama visa je memang tak murah. Ianya salah satu sebab lain aku boikot negara ni. 

Ada 2 cara nak dapatkan visa. No 1 secara online dan kedua secara bukan online, yakni korang kena pergi sendiri ke pejabat2 yang telah dilantik oleh kedutaan negara terbabit. Aku pilih cara kedua untuk dapatkan visa terbabit. Bukannya apa, aku malas nak buat bayaran benda2 yang tak berapa pasti..Kang termurah takpe...tapi kalau termahal tu yang masalah dan tu yang aku tak mau tu. Bazir duit je...tapi cara kedua tu kena berulang alik ke opis visa tu la..itu masalah lain yang kena hadap la. Bukannya aku tak pernah buat e-visa ni seperti trip aku ke Sri Lanka dan Nepal dulu...tapi kali nih aku malas..and sebenarnya nak belajar perit jerih orang buat visa secara manual. (alasan je ni)



Everfine Services Sdn Bhd adalah kompeni yang secara rasmi di subcon kan oleh kerajaan Myanmar untuk kerja-kerja menguruskan visa di Malaysia. Kompeni lain aku tak pasti tapi Everfine ni yang paling femes kat bandaraya metropulus Kuala Lumpor ni. 

Senang je nak apply visa, caranya pergi ke pejabat Everfine ni (lokasi kat area masjid Jamek..jalan kaki bertentangan dengan arah Dataran Merdeka..opis dia atas KFC.) Bawak sekali dokumen berikut:

1) Pasport original (make sure valid lebih dari 6 bulan dan tak penuh kawasan cop)
2) Gambar visa berbackground putih..kat sana pun boleh amik..tapi bayar la dalam RM20 kalau tak silap.
3) Form imigresyen yang telah diisi
4) Salinan hotel penginapan
5) Tiket flight pergi balik
6)Wang pengeras secukupnya. (sila tengok di gambar yang disertakan)



Aku buat visa pun dalam dua minggu sebelum perjalanan. Baik korang check dulu bila dateline nak buat visa ni. Cara buat visa senang je. Bawak dokumen seperti yang aku mention kat atas tu, bayar Wang pengerasnya Dan bagi passport Yang asal Dan amik semula waktu petang hari Yang buat visa tu. Syaratnya permohanan untuk visa perlu dikemuka sebelum jam 11 pagi...kalau X esoklah siap visa korang Tu..itupun kalau lulus..tapi biasanya xde sebab diorang X bagi visa..bayar bukan kecik anak..boleh bayar bulanan kancil sekenhen tuh..




Perjalanan aku di Yangon bermula dengan penerbangan dari Kuala Lumpur jam 5.20ptg yang delay selama setengah jam. Perjalanan dari KLIA2 ke Yangon international airport mengambil masa dalam 2jam 35 minit seperti yang dihebah juruterbang bertugas. Bertemu tommy, seorang warga Myanmar yang bekerja di Malaysia selama 3 tahun dalam flight. Mamat ni tak tahu baca rumi so aku tolong dia isi white form dalam kapal terbang sebelum mendarat. Mamat ni cerita yang dia balik ke Myanmar for good sebab family dah rindu kat dia, katanya.


Setibanya di airport Yangon seperti biasa proses mengecop passport berlaku. Takde apa yang luar biasanya sebab aku dah ada visa, so ianya satu proses biasa. Keluar dari arrival hall agak havoc sikit di mana ramai driver teksi mula kerumuni aku siap tarik2 tangan lagi. Aku cakap kat diorang relek2 dulu sebab aku perlu tukar duit ngan beli SIM kad dulu.
Rate utk tukar USD ke kyat aku tak berapa check tapi aku tukar dalam 100usd saja. Dapatla dalam 135 ribu kyat utk kegunaan aku sepanjang 8 hari di sana (yang aku rasa memang tak cukup langsung)



Aku amik simcard dengan unlimited internet selama 14 hari kalau tak silap aku dengan harga 12.5 k kyat. Yang buat aku angin tu, minah simcard tu takde duit kecik 500 kyat dan dia buat bodoh je burnkan duit aku macam tu je...kalau kat sini sibuk la tokey kedai gi tukar duit ke apa..kat sana you got no exchange I keep the balance. Amacam? Best tak...rugi singgit setengah. Tak banyak pun tapi aku tak gemar org tipu2 nih.



Akhirnya aku amik gak teksi nak ke bandar. Rata2 nya quote USD 10 dan takleh kurang lansung sebab diorang cakap aku sampai malam so diorang kira harga malam. Aku dah congak2 maps dah perjalanan ke hotel aku dengan berjalan kaki. 17 km beb..boleh je nak redah..tapi dah malam hari dan nak mengusung beg yang besar tu yang membantutkan judgement aku tu. So aku dengan rela hati naik gak teksi. Ada gak driver yang nak try2 nasib. Kalau tak mau bayar 10 USD bagi je diorang RM 50. Sambil tersengih aku cakap yang RM 50 tu lagi banyak dari 10 USD yang diorang mintak tu.


Last-last aku deal jugak ngan seorang teksi driver namanya Kocok.  USD 10 jugak tapi mamat ni kurang songeh nya. Siap suh kengkawan dia amik gambar ngan aku lagi depan airport. Friendly jugak la mamat2 Myanmar ni sebenarnya. Perjalanan dari airport mengambil masa dalam 40 minit ke 1 jam mengikut kesesakan jalan dan meskipun malam hari, kereta kat Yangon memang byk dan jalan boleh tahan sesak jugak lebih kurang KL jugak lah.



Waktu 1jam 30 minit lewat dari Malaysia. Maknanya kalau KL dah kul 9 malam..Yangon baru kul 7.30mlm. So selepas sejam lebih aku sampaila di hotel aku yang terletak di downtown Yangon. Bahagian selatan bandaraya Yangon ni, tak jauh dengan sungai dah. Selepas check in (diorang hantar aku gi cawangan lain yang berada di jalan lain sebab cawangan yang aku book tu tengah buat renovation) aku pun keluar menyusuri area downtown ni. Malas aku nak berjalan jauh2 sebab last day nanti aku still ada kat Yangon n time Tu la aku nak jalan. Mostly downtown ni ada shopping mall yang takde la besar sangat dan byk street food ada di sini. Aku takde la nak try so aku masuk la ke shopping mall. Biasa2 je keadaannya tapi sempat gak aku ke pengurup wang..boleh tukar duit Malaysia rupanya.. maknanya tak payah la tukar duit ke USD dulu. Tapi tak sure satu kedai ni je ke ada kedai lain.


So boring2 aku balik semula ke hotel untuk berehat. Esok pagi2 aku kena cabut dari Yangon sebab dah buang masa 1 hari dah. Kemana hala tujuan? Aku pun belum pasti...hidup aku diperantauan; ikut arah kaki melangkah...



Bersambung...

No comments:

Post a Comment