Tuesday 17 April 2018

Myanmar : Perjalanan dari Yangon ke Inle

Apa yang menarik pasal hotel yang aku book ni dan antara sebab aku amik hotel ni sebab dia murah (antara paling murah walaupun takde la murah sangat) dan dia ada free breakfast. Bak kata kajian, breakfast adalah makanan paling penting seharian. So apa lagi...lanyak la puas2. Antara sebabnya, aku masih belum buat keputusan nak kemana lagi hari ni..kalau aku decide nak ke tempat lain, maka sepanjang perjalanan memang tak makanlah jawapnya. Lagipun sepanjang perjalanan tak tahu bas berhenti di mana dan makanan halal agak susah ditemui. Menunya biasa..nasik goreng, telur dadar, ada coffee and tea, ada roti ngan jem dan jus oren kodial. Okla tu. Harga hotel pun tak murah sangat so memang kena la. Lanyak selanyak2nya mana yang boleh.






Selepas itu aku ke receiption untuk tengok tiket bas apa dan kemana yang ada. Ada 3 destinasi yang ditawarkan iaitu Bagan, Mandalay dan Inle. Ketiga-tiganya destinasi yang memang ada dalam perancangan aku nak pegi so kat situ je dah buat kepala aku pusing jap. So aku tengok balik jadual, bas ke inle lah paling awal sekali iaitu pukul 2 petang. So aku ambil keputusan untuk ke inle terlebih dahulu. Bas ada dua jenis iaitu bas biasa (4 seat per row) dengan VIP (3 seat) so aku amik bas biasa sebab jimat dalam 5 k kip. Dalam RM 15 gak tu beza harganya. Tapi bas tak datang kat town jadi kena bayar lagi 9k kip kat hotel utk teksi ke Aungmingalar bas station yang kira-kira 15-20km dari town Yangon.



Lepas aku dapat tiket baru lah aku tanya mamat receiptionist tu berapa jam perjalanan ke inle. Adui..silap bajet aku..perjalanan ke inle mengambil masa 10 jam perjalanan maka aku akan sampai di Inle kul 1 pagi...so aku kena book gak hotel kat sana. Perancangan nak skip 1 malam duduk hotel tak menjadi. Xkan nak merempat kat jalan tu sementara tunggu hari siang. Receptionist tu cakap perjalanan ke bas station amik masa 2 jam so aku kena standby 11.30 pagi untuk teksi pikap aku di hotel sebab jalan sesak katanya. So aku takleh kemana2 just duduk di hotel mengemas beg sementara tunggu jam 11.30 tuh.



Dalam 11.45 pagi teksi datang amik aku di lobi hotel dan kami pun bergerak ke bas station. Perjalanan takde la seperti yang dijangka iaitu sekitar 1 jam lebih sikit sahaja dari 2 jam yang diorang predict. So termanggu2 la aku di stesen bas tu. Sempat gak aku berjalan-jalan pusing area tu. Aungmingalar bus station ni memang besar. Kalau datang sini sorang2 memang sangat susah nak cari bas yang korang booking. Dia tak sistematik macam stesen bas kat kl. Kat sini dia ada lebih kurang berpuluh lorong dan setiap lorong tu park beberapa banyak kompeni bas. So ada lebih kurang beratus kompeni bas yang korang kena carik satu2 mana bas yang korang book tu. Kalau tak tanya lokal memang tak jumpa punya la. So nak naik bas kena naik kat kedai /opis  bas tu.



Jalan punya jalan jam 1 aku ke kaunter bas yang aku book tu. Setengah jam kemudiannya diorang dah nak gerak. Gerak 1/2 jam awal ada can sampai awal. Lagipun aku belum book hotel lagi ni. Aku jadi pelik sebab dalam bas tu aku sorang je penumpang yang ada. 2-3 kali jugak bus driver ngan kelendan dia tanya kemana hala tujuan aku. Bila aku jawap nak ke inle, diorang cakap betul lah bas ni. So aku takde risau apa lagi walaupun perjalanan diteruskan dengan aku satu2 nya penumpang yang ada. Harapan aku untuk conquer bas tu sorang2 nampaknya tidak kesampaian. Rupa-rupanya bas ekspres biasa ni umpama bas tambang. Ada je orang tahan diorang akan berhenti. Naik dan bayar tambang ikut destinasi mana yang diorang nak pergi. Satu lagi buat aku tak gemar, diorang akan detour dari main road untuk masuk tempat2 yang ada orang kirim barang. Ada tempat2 tu bas ni berhenti setiap 100 meter utk turunkan barang dari bas. Bayangkan kalau ada 3 tempat...so dah rugi 30 minit dalam jarak hanya 300-500 meter sahaja.



Jalan punya jalan, jam menunjukkan pukul 9 malam, dah lebih kurang 8-9 jam di dalam bas, aku check google maps perjalanan baru separuh jalan. Hati aku dah tak berapa keruan. Jam berapa pulak aku nak sampai hotel nih. Tak mau aku berjalan kaki subuh2 ni, tambahan pulak dalam hutan sebab aku tengok maps destinasi aku nak pergi tu dalam 15-20km juga dari jalan besar. So bas berhenti utk kencing break sekali lagi dalam jam 1 pagi dan aku cakap kat driver bas tu yang aku nak berhenti di Nyaung Shwe. Dia kata Ok.



Tengok punya tengok jam dah dekat 3 pagi xsampai2 lagi. Aku dah email ke hotel yang aku book dalam bas tu yang aku akan sampai kul 2 pagi paling lewat. Takut diorang cancel booking aku mampos. So finally jam 4 pagi bas yang aku naiki tu berhentikan aku..aku dah agak dah..diorang berhentikan aku kat tepi jalan besar je. Celaka betul. Turun2 je aku start menggigil..sejuk gile..tadi masa kencing break pun dah sejuk gile..la ni lebih sejuk lagi...aku dah le sepatah baju sejuk pun takde...check weather kat phone...10° siut...macamana ni..dah la nak kena menapak belas2 km ni...Dalam hutan lak Tu...kat Myanmar lak Tu...


Mcm biasa aku nyalakan sebatang rokok dulu supaya tenangkan fikiran tapi nak nyalakan lighter pun tangan terketar2 dek kerana suhu yang maut punya sejuk. Last skali aku rasa sejuk mcm ni masa kat Mount Blanc dulu tapi time tu aku pakai 4 lapis baju lengkap ngan inner dan long john meskipun cuaca mencecah -20°. Yang ni 10° je tapi aku hanya ada sehelai t shirt H&M ala2 baju pagoda yang aku beli kat Osaka aritu. Patutla pakcik2 tua yang naik bas tadi semuanya pakaian ala2 nak ski kat Korea je. Ni semua salah diri sendiri. Memang aku dah check weather sebelum ke sini tapi aku check weather siang je...malam aku tak check..rupanya kat Myanmar ni ada musim siangnya panas melampau manakala malam pulak sejuknya tak boleh tahan. Cuba bayangkan suhu siang 35° tapi malam pulak 10-16°..nampak tak julatnya tu...ok..ni bukan pelajaran geography darjah 3.

Tiba-tiba bahu aku ditepuk dari belakang. Ada seorang mamat Myanmar mengoffer aku perkhidmatan menghantar ke Nyaung Shwe dengan motorsikal tapi bayaran yang dia nak adalah 5 USD. Dalam kesejukkan tu aku takde choice lain selain ambik je offer dia tuh tapi aku cakap bagi aku habiskan rokok dulu. Mamat tu offer jaket dia kat aku tapi sejuk2 mcm tu aku rasa kesian pulak kat dia so aku tolak pelawaan jaket dia tuh. Naik motor sekali mamat tu bawak lagi pulak, menggigil diatas motor kali nih memang dahsyat sekali. Hampir-hampir tak dapat dah aku bertahan tapi sempat jugak mamat motor tuh bersembang ngan aku mengenai bayaran untuk memasuki daerah Inle yang perlu dibayar oleh tourist kalau masuk ke sana. Ada satu pondok bayaran dipertengahan jalan masuk ke Nyaung Shwe tapi aku suh je dia skip sebab bayarannya 12 usd. Dia cakap boleh tapi bagi dia tips sikit sebab dia cakap kalau dia tak singgah kira melanggar peraturan kat sana. Aku cakap Ok so dia teruskan je perjalanan dengan syarat dia cakap jangan bagitau orang lain sebab kalau kantoi dia sekali terjebak. Lebih kurang 15-20 minit kemudian aku sampai di hotel yang mamat motor tuh cakap owner hotel tu adalah member dia. 


Turun motor je aku tak dapat nak berdiri dengan betul, rasa nak pitam maybe sebab sejuk dan penat melampau. Aku hulur kat mamat tu 10 USD tapi dia cakap bayar je dia 10k kip. Aku OK je dan masuk ke hotel. Kebetulan ada 2 orang omputeh baru sampai awal sikit dari aku. So tak payah susah payah aku nak kejut staff yang maybe dah nyenyak tidur. Aku check in dan kemudiannya menuju ke bilik. Badan dah seram sejuk dan lunyai. Memang tak dapat nak cakap apa lagi aku terus ke toilet amik wuduk dan tunaikan solat yang aku hutang sepanjang hari. Harap2 ada kekuatan untuk teruskan perjalanan esok...

Bersambung

No comments:

Post a Comment