Thursday, 17 March 2016

Ke Korea Ke Kita? Seoul part One

Seoul merupakan ibu negara bagi Korea Selatan. Ianya terletak tidak begitu jauh dari Pyongyang iaitu ibu negara Korea Utara dalam kira-kira 200km sahaja. (lebih kurang Kuala Lumpur ke Ipoh). Mungkin itulah sebabnya mereka selalu bergeser, bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.



Lapangan terbang yang menghubungkan di antara Kuala Lumpur ke Seoul adalah Incheon International Airport. Jangan kompius sebab di Seoul terdapat 2 airport yang terletak tidak berdekatan antara satu sama lain. Incheon merupakan lapangan terbang antarabangsa manakala Gimpo International Airport lebih banyak menawarkan penerbangan domestik meskipun ada juga penerbangan antarabangsa berlepas dari sini.

Penerbangan dari Kuala Lumpur international airport ke Incheon international airport mengambil masa kira-kira 6 jam perjalanan. Oleh yg demikian adalah digalakkan untuk bawa apa-apa yg boleh membuang masa anda di dalam flight AirAsia x ini. Apa-apa pun advise aku adalah sila beli makanan dalam flight meskupun mahal sebabnya makanan halal agak payah untuk didapati di Korea. Bukanlah payah sangat (Nanti Aku sharekan list alamat restoran halal di Korea) tapi bukan saja agak susah malah ianya mahal, almaklumlah aku ini seorang kembara bajet berpoket kosong.

Lupa pulak nak bagitau yang trip aku ke Korea selatan adalah pada musim salju sambil ambil feel winter sonata. Untuk ke Korea, Sebagai rakyat Malaysia  kita x memerlukan visa untuk memasuki negara tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. (Syukurlah Malaysia masih aman.) Jadi belanja telah dikurangkan beberapa ratus bagi menampung kehidupan di Korea nanti. 

Ok. Setelah settle isu immigration, pengangkutan selanjutnya adalah untuk ke hotel penginapan. Dari airport terdapat beberapa option pengangkutan utk ke metropulus Seoul. Pilihan yang ada adalah teksi dan menggunakan tren. Bas ada juga kalau x silap aku tp aku x berapa tahu kat mana dalam airport nih nak amik publik transport ini sebab aku awal-awal dah ambil keputusan utk naik tren ke Seoul. Jangan kompius antara Incheon dan Seoul kerana kedua-duanya terletak dalam daerah yang berlainan dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 hingga 1jam setengah bergantung pada jarak di mana lokasi penginapan diambil.



Dari airport aku menaiki tren jenis AREX (airport railroad express) dengan tambang 4250 won menuju ke Seoul station. Seoul station ini adalah salah satu stesen utama di Seoul bagi menghubungkan jaringan laluan transportasi yang lain.(kira macam TBS ataupun KL sentral) AREX ni ada 2 jenis, so jangan tersilap amik tren. 1 daripadanya adalah express Dan 1 daripadanya jenis all stop tren. Perbezaannya lebih kurang macam ERL non stop dengan ERL transit. Tambang bagi AREX ekspess adalah 8000 won, maka bagi menjaga bajet aku pun menaiki pengangkutan yang lebih menjimatkan. Bahkan beza masanya pun x terlalu lama iaitu dalam 15 ke 20 minit saja.



Dalam perjalanan kali ini aku skip aktiviti biasa aku iaitu membeli travel sim card disebabkan ianya mahal dan tidak berbaloi (sebenarnya Ia diluar bajet Aku) Rata-rata yg Aku semak harganya Pakej 1 GB data dalam 30000 won, maka belanja tersebut boleh menampung perbelanjaan transport sepanjang di Seoul.

Aku menginap di Dongdaemon history and culture park (satu stesen dari Dongdaemon) yang Aku perolehi dari Airbnb. bagi yang tidak mengetahui cara Airbnb, ianya adalah seperti menyewa bilik di rumah penduduk tempatan dengan pelbagai kadar harga yang ditawarkan. (Bukan hotel yang sama, bilik yang sama tetapi harga yang berbeza yaaa..)




Lupa pulak Aku nak nyatakan yang Aku travel secara solo, maka segala perbelanjaan ditanggung sendiri; Tak boleh share makan, tempat tinggal Dan lain2. Aku memilih untuk tinggal di Mary and John house sebab harganya lebih kurang RM 50 semalam bagi dorm.  Ianya adalah salah satu hostel yang murah dan terletak di tengah bandar Seoul. (Sebenarnya aku pun tak tahu mana tengah bandar Seoul)



Satu kisah ketika dalam 1 minggu sebelum aku berangkat ke Seoul, pemilik rumah iaitu Ellie menghubungi aku melalui emel menyatakan bahawa beliau tidak dapat menyambut aku di rumahnya dan diganti dengan adik beliau.

Apabila aku sampai didapati rumah beliau dipenuhi oleh pengunjung. Jadi aku cuba tanya salah seorang yang ada di sana dia beritahu yang tuan rumah keluar dan tidak ada di sana. Nasib baik lah ada password wifi ditinggalkan di depan pintu, maka dapatlah aku contact Ellie melalui emel. Dia bagi password pintu dan suruh aku buat macam rumah sendiri. Rupanya aku merupakan penghuni tunggal dalam dormitori berkatil 4 tersebut dan ianya mudah berhubung dengan airbnb ini. Duduk di rumah orang dan gunakan pelbagai kemudahan yang terdapat secara sharing dengan sesuka hati sama seperti tinggal di hostel. 



Aku tiba di Marry n John house ini dalam jam 5 petang lebih dan cuaca mulai gelap. (Biasanya bila winter matahari pagi lewat keluar dan terbenam lebih awal dari biasa. Ini bermakna siang lebih sekejap dari malam dan oleh itu segala aktiviti siang agak terbatas di samping cuaca sejuk di bawah paras beku.


















Oleh kerana kepenatan melampau, dan cuaca sejuk sehingga -2 darjah celcius aku hanya berjalan di sekitar Dondaemun sahaja. Apa yg boleh dilawati disini pada malam hari hanyalah beberapa shopping mall yang mana paling menarik perhatian adalah Dongdaemun design plaza. Dongdaemun design plaza ini adalah sebuah shopping mall dan terdapat pelbagai attraction lain seperti muzium dan exhibition hall. Ianya direkabentuk berkonsepkan modern futuristik yang menarik dan besar. Selain dari itu, juga terdapat night market kecil-kecilan yang mana sebahagian besarnya menjual makanan tempatan yang aku dapati dari jenis yang tidak halal.




Bersambung

32 comments:

  1. mahal kan sim dorg. plus data semua. seb baik wifi senang (walaupun tak senang sgt) hehe

    ReplyDelete
  2. yup..mahal tapi dengar citer super fast connection..kebanyakkan wifi ada password tapi kenkadang ada gak yg ter'free'..

    ReplyDelete
  3. wow you got the whole place for yourself! untung untung. Dulu duduk area Dongdaemun jugak, senang kan sebab subway tuh banyak line connected. Salam singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...subway sangat dekat dalam 100m saja...kira ok overall experience.

      Delete
  4. assalamualaikum...
    kalau nk sewa pocket wifi...berbaloi tak... kira share utk 5 org...?

    ReplyDelete
  5. berbaloi sangat tp check dulu kadar sewa yang berbaloi...kalau kat malaysia aku sewa di www.wiyo.my

    harga agak berpatutan...

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak beza duit kita dan diorang �� masih nggak ku tahuuu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya? tak paham la..kalau betul2 ringgit ada gambar agong, korea pulak gambar pembesar-pembesar diorang...
      Dari segi beza nilai pulak..korean won ni ikutkan gandaan dia dalam 1000 won..maknanya 1000 won tu macam 1 ringgit diorang la..cumanya 1000 won tu bersamaan RM3.85 contohnya...

      Delete
  7. Beli simcard1010 korea murah dlm rm80 unlimited..mmg berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice info..berguna utk dijadikan panduan...

      Delete
    2. Hi nk tnya simkad1010 unlimited tu kat mn nk beli ya?airport ke

      Delete
    3. Tak berapa pasti lah...tapi boleh check kat sini untuk info

      https://hello1010.my/south-korea-annyeong1010-7-sim

      Delete
  8. Hotel atau tempat penginapan lebih sesuai di myeongdong dekat mana ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih sesuai tuh sangat subjective utk setiap orang..ada yg jadikan hotel or hostel sebagai tempat persinggahan atau tidur saja..so dormitori menjadi satu pilihan...kalau yang ada budget lebih sebaliknya..cara yang paling sesuai utk mencari hotel yg sesuai dengan kita dari segi budget dan lokasi adalah dengan layari website-website hotel / hostel provider dan setkan dengan budget dan lokasi mana yg kita mahu.

      Myeongdong adalah kawasan yg agak hype kat sana maka dah tentu bayaran sewa hotelnya pun tak semurah tempat lain. Kalau kat sana aku boleh rekemen Myeongdong Stay Residence sebab nampak cam ok. Kalau nak lebih sesuai silalah buat study dulu dengan check rating dari penginap dan review-review serta komen-komen.

      Delete
  9. Salam. Korea part 2 ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Ada...korea ada banyak part..Seoul saja ada part 3

      Delete
  10. Salam..Hi Miss! Nak tanya, trip u ni pergi bulan berapa? and nak tanya pendapat u, perlu ke beli tiket ke Nami Island secara online atau walk in aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..hi..tapi saya bukan miss..saya mister..trip nih bulan 12..waktu winter..agak awal winter..Nami island boleh je beli secara walk in dan beli di kaunter sebelum naik feri..tak perlu online..kalau pakej iaitu termasuk pengangkutan, tiket dan lain-lain boleh la kut..

      Delete
  11. nak tanya.. kalo smpai sana lewat malam.. 11 ke atas.. pgangkutan apa yg lbih ssuai dri airport ke guesthouse? limit masa tren sampai jam berapa? n kalo naik teksi tahu x berapa rate dia?

    ReplyDelete
  12. Ada few ways dari airport ke seoul...kalau Seoul lah..(airport kat Incheon..Bandar lain dan agak jauh sebenarnya)

    1. Trains- Ada 2 jenis train iaitu arex (ekspres) ngan all stop train (non ekspres).. malangnya arex last train sebelum kul 11...Dan all stop train sebelum kul 11.40pm..so option ni Kira X valid lah..

    2. Airport bus..Yang ni aku xsure last bus kul brapa (mcm 24 jam je) tapi bila sampai boleh check kat kaunter luar je dari arrival hall Tu..harganya Rasa X Mahal sangat.

    3. Van- Yang ni boleh booking..kalau datang ramai berbaloi la sharing tapi sorang2 xyah la kut.

    4. Teksi memang mahal sebab jarak je bandar xkurang 50km dan harga up lagi 20% kalau lepas kul 12. Siap2 la dalam RM 200-300 kalau naik teksi..tapi cuba try tanya dulu kalau dah sampai..tp teksi memang last choice aku la...

    Harap info ni dapat membantu..enjoy koreaaa

    ReplyDelete
  13. Br nk plan solo travel ke cna.bro tiket return brape byr ms tu?nk tanye.agak selamat ke duh hostel/dorm y ad 6-8katil?harga mmg bwh bajet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket return ye...alamak..dah lupa exact figure tapi rasanya kurang RM 600... sebenarnya duduk dorm agak selamat tapi... sebelum book kena tengok dulu facilities yg diorang bagi...carik dorm yang sama gender..kalau pompuan ada dorm utk female je..n carik dorm yg ada locker supaya kalau keluar keselamatan barang2 lain lebih terjaga... sepanjang aku duduk dorm xde masalah langsung kecuali susah sket nak solat and diorang slalu bising ada org suka pasang aircond sejuk2...lain2 semua ok

      Delete
  14. Agak2 bila turun airport susah ke nak cari jalan keluar? Harap2 papan tanda tak mengecewakan . Kalau nak stay dekat airport dalam 2 3 jam ada ke tempatnya sendiri selain lounge, macam sini surau ke tempat nak stay jap sebelum rakan ambil .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah..4 airport di korea yg aku pergi semuanya ada English translation kat signage so xde masalah langsung...sampai di Incheon kan? Kalau di Incheon memang xde masalah utk stay 2-3 jam tapi tgk jugak la bila sampainya...kalau lewat malam ada problem sikit la...kat Incheon memang ada disediakan prayer room...malahan ice skating pun ada...kalau bosan sgt kat situ siap ada panggung wayang lagi...enjoy Korea....

      Delete
  15. Hi bila lagi next trip utk 2018? Saya nk join la. Sbb saya nk ke sana utk beli barang je kt myeongdong. So kalau boleh mmg nk bajet gila2.

    ReplyDelete
  16. Trip ke Korea tahun 2018? Tahun ni Korea xde dalam senarai...boleh ajak kawan2 dalam 2-3 org utk bajet...boleh share everything...cuma...beli barang kat myeondong xde murah sgt kecuali Ada season sale mcm summer sale ke winter sale ke...sebelum ke Sana kalau nak shopping sila check dulu

    ReplyDelete
  17. Post yang menarik.

    Boleh saya tahu bagaimana nak hubungi tuan melalui email?

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pertanyaan boleh tanya di sini je...kalau nak emel juga..boleh emel ke..

      coloursgarden@gmail.com

      tapi kalau boleh jgn lah mintak itinerary..

      Delete
  18. hye mr fiku .
    saya pergi dalam bulan jan 2019 . flight sampai airport dlm kol 11mlm . ad tpt nk stay x dlm airport 2 for free ? smentara nak checkin hotel utk esk ?

    ReplyDelete
  19. Nk tanye bleh ke tdo kt airport ? Sbb sampai sana nnti kol 10 malam lebih dh huhuhu

    ReplyDelete
  20. assalam mr fiku, flight sy on 10.10.2018, sampai dalam 10.20 mlm. dah booking hostel kat Dongdaemun, cuma sy fikir mcm mana nak ke dongdaemun sebab dh lewat malam tu kan? airport bus tu betul 24hrs ke?

    ReplyDelete
  21. Hi tuan blog dan pembaca semua! Kepada yang suka travel boleh lah visit blog saya! TIPS MUDAH : TRAVEL KE KOREA! (BACA DI SINI)

    ReplyDelete