Tuesday, 15 March 2016

Ke Korea Ke Kita? Pengenalan


Harga yang aku dapat untuk ke Korea bagi aku memang murah dan yang bagusnya aku dapat tiket ke Jepun dengan harga yang lebih kurang sama. Aku memang sedar memang kedua-dua lokasi ini memerlukan perbelanjaan yang bagi aku sangat mahal namun begitu aku akhirnya memilih untuk ke Korea memandangkan tambang shinsaken mencecah RM1k untuk perjalanan di Jepun.


Tiket ke Korea aku tempah kira-kira setahun yang lampau ketika Airasia sale adalah dalam lingkungan RM630; Kuala Lumpur - Seoul ; Busan - Kuala Lumpur. Tambah-tambah makanan di dalam kapal terbang (tentulah nasik lemak pak naseer dan nasik ayam uncle chin) jadi harga tiket dalam RM680.


Perancangan asal aku adalah tiba di Seoul, habiskan 3-4 hari di Seoul ; kemudiannya ke Pulau Jeju di selatan Korea dan kemudiannya ke Busan bagi menghabiskan waktu-waktu akhir di Korea Selatan. Kenapa banyak hari di Seoul? Seoul terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik dan perjalanan mengambil masa yang agak panjang.


Di Seoul aku menggunakan sepenuhnya public transport dan kebanyakkannya train disebabkan ia merupakan transport yang paling mudah untuk kemana-mana. Tambangnya juga agak berpatutan (kalau tak dikira dengan tukaran matawang) disamping dapat diskaun sekiranya menggunakan T-Money.(macam touch n go)


Selepas beberapa hari di Seoul, aku meneruskan perjalanan pula ke Jeju Island. Orang kata kalau tak sampai ke Jeju maka tak sah lah lawatan kita ke Korea Selatan. Banyak tempat menarik di Jeju..boleh dikatakan..terlalu banyak. Jadi tak dapat cover semua dapat berjalan 2 hari kira jadilah.






Perjalanan aku bagi trip ini berakhir di Busan. Aku berada di Busan hanya 1 hari setengah sahaja kerana menjangkakan Busan adalah hanya sebuah bandar yang biasa-biasa sahaja tapi aku tersilap sebabnya Busan adalah suatu tempat yang menarik...lain dari Seoul.


Sebenarnya banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Korea Selatan cuma apa yg membataskannya adalah dari segi kewangan dan masa. Kalau ada 2 juta memang setahun aku duduk Korea nih...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment