Wednesday 25 March 2015

Eurotrip : Kisah Blausee & Taman Negara Jungfrau

Seawal jam 8 pagi kami bergerak dari apartment kawan aku nih menuju ke tengah negara Switzerland. Lokasi yang dituju adalah Blausee dan Interlaken. Trip kali nih siap bekal bagai sebab kami akan mengembara dengan kereta selama 5 ke 6 hari berterusan. Blausee ini terletak diantara Kandersteg dan Kandergrund. Perjalanan ke Blausee mengambil masa dalam 3 jam dengan jarak sejauh 250km melepasi Bern yang merupakan ibu negara Switzerland.

Cuaca sepanjang perjalanan.

Salah satu tarikan luar biasa ke Swiss adalah keindahan alam semulajadinya. Kalau diberi pilihan Swiss adalah salah satu tempat yang wajib pergi di eropah. Di Switzerland terdapat pemandangan banjaran Alps yang terbaik, terdapat tasik-tasik yang sungguh mengujakan, bandar-bandar lama rekabentuk eropah kurun ke 17-18 dan yang penting sekali penduduknya yang baik-baik.

Salah satu tempat yang wajib dilawati kalau ke Switzerland adalah taman negara Jungfrau. Jungfrau ini diambil dari bahasa Jerman yang bermaksud dara/virgin. Jungfrau ini merupakan salah satu dari Unesco world heritage site.

Peta perlancongan Jungfrau yang terdapat di stesen keretapi Interlaken OST.

Ini lah rupa pintu masuk tempat nih...Bangunan tuh opis tempat beli tiket dan juga kedai cenderamata.


Bayaran masuk ke Blausee nature park ini adalah dalam 5chf bagi setiap pengunjung. Namun begitu, bayaran hanya dikenakan sepanjang tahun kecuali musim winter. Ok jugak tapi apa yang x seronoknya kedai cenderamata pun ikut tutup semasa winter nih. Sebenarnya kalau mengikut pengalaman orang yang pernah datang ke tempat nih time musim lain, bayaran 5 chf tuh termasuk dengan fee naik bot keliling tasik tuh. Tapi time winter nih memang xde sapa yang nak pusing tasik. Sampan ngan bot parking pun xde..maybe langkah berjaga-jaga kut2 air tasik tuh beku nanti, rosak pulak sampan tuh.

Dari pintu masuk kena berjalan lebih kurang 200 hinga 300 meter untuk sampai ke tasik. Hati-hati berjalan semasa winter..jalannya licin banget.

Ini pemandangan tasik di Blausee nih. Airnya gelap tapi nampak banyak ikan trout bermain-main di dalam air...x sejuk ke?

Kalau di tengok gambar dalam google air tasik ini sangatlah biru pada musim-musim lain. Kalau mengikut member aku, masa yang paling cantik untuk melawat tempat nih adalah pada musim luruh...autumn...ini disebabkan tempat ini jadi terlalu colorful...dengan air tasik yang bewarna biru ditambah pula dengan daun-daun pokok yang kemerahan menambah kecantikan tempat ini.



Walaupun tempat nih superb masa autumn tapi melawat time winter ada kelebihannya tersendiri. Kalau x percaya cuba tengok gambar-gambar yang aku post nih. Ekceli time nih salji turun dengan lebat sekali. Kalau dongakkan muka kelangit rasa macam kena baling ngan snowball je. Lagipun masa winter nih pengunjung agak kurang dari biasa. So boleh la relek2 kat sini lama sikit(kalau tahan lah) tapi suhu memang sangat sejuk.


Sebenarnya disebalik tempat yang cantik nih ada kisah mitos sedih yang pernah berlaku disini...tapi itu cuma mitos je..xpasti akan kebenarannya...ceritanya begini...



Pada zaman dahulu air tasik di Blausee ini sama sahaja dengan air tasik di kebanyakan tasik di eropah. Ketika itu, di sebuah kampung terdapat seorang gadis bermata biru sungguh cantik menawan dan jatuh hati kepada seorang pengembala. Mereka pun berkahwin dan setiap malam mereka akan mendayung sampan di sebuah tasik sambil memerhatikan bintang-bintang berkerdipan dilangit yang gelap.


Nak dijadikan cerita satu hari yang malang..lelaki tersebut telah menemui ajal akibat jatuh dari cenuram semasa bekerja. Wanita tersebut terlalu sedih dengan perkhabaran tersebut dan tidak henti-henti menangis kesedihan. Setiap malam wanita tersebut pergi menaiki sampan sambil menuju ke tempat dia dan suaminya biasa memadu asmara sambil meratapi kehilangan lelaki tersebut. Pada suatu pagi keluarga wanita tersebut telah menemui perempuan tersebut mati lemas di dasar tasik tersebut; tenggelam bersama sampan yang biasa dinaikinya. Pada hari tersebut telah berlaku satu kejadian pelik dimana air tasik tersebut telah bertukar warna menjadi biru...sebiru warna mata wanita yang dalam kerinduan itu...



Amacam...sedih tak...


Setelah sejam dua jam lepak kat Blausee kami teruskan perjalanan ke Interlaken OST, tempat untuk amik tren ke Jungfrau. Ikut route nya dalam 40 km je..tapi dalam sejam jugakla kami (sebenarnya member aku) drive...disebabkan keadaan jalan yang bergunung ganang dan juga cuaca x elok. Risau gak kalau ter slip..sebab indicator keter member aku dah berkelip2 bagi amaran black ice.

Sampai je kami terus park kereta...kalau kat europe nih memang kena pau ngan harga parking je la..sejam 5 chf..cuaca makin teruk..angin makin kuat..kesejukkan makin mencengkam kaki (kasut lembab sebab kena air.)


Pada asalnya kami sepatutnya travel bertiga tapi malangnya seorang lagi member kami terpaksa cancel pada saat-saat akhir disebabkan masalah kesihatan. Jadi budget agak menekan bagi meneruskan rancangan asal; menaiki train dari Interlaken OST sehingga ke Lauterbrunnen dan menginap di sana atau meneruskan perjalanan ke Jungfraujoch. Namun begitu kami teruskan juga memandu sampai ke Interlaken OST iaitu train station bagi menjelajah taman negara ini. Sampai je di Interlaken OST ini kami mencekik dulu memandangkan seharian belum menjamah apa-apa makanan sambil meneliti keadaan cuaca.

Keadaan kat Interlaken OST...x berapa nak ada orang

Inilah tren yang akan membawa korang naik ke puncak..eh..ke tren nih dari Bern..aku pun x tahu..


Kata member aku..."cuaca tak berapa bagus, budget tak berapa ada, view tak berapa cantik so apa kata kita cancel trip nih dan kita ke Como"...Sambil menghirup kapucino yang mahal tuh ambo menjawab"Ok...let's abort mission and move forward our travelife to Como.."

Cuba tengok keadaan luar tuh...

Melantak buffet kat interlaken OST mall...(xde la mall sangat)..15.90 chf x termasuk air..1 meal kongsi 2 orang...jimat...pinggan kecik dan x leh tambah...bukan buffet eh kalo camtuh...

view on the way ke Como...jalan kampung

Disebabkan kekurangan bajet (maklumlah bakal kena GST) kami cancel utk ke Jungfrau...(agak kecewa lah) so kami teruskan perjalanan ke lake Como, Italy...

Bersambung

Wednesday 11 March 2015

Eurotrip : Bandar Geneva yang sunyi dan the Venice of France; Annecy


Annecy merupakan satu bandar kecil yang terletak di tenggara Perancis, kira-kira 35 kilometer dari bandar Geneva. Annecy bukanlah salah satu dari rancangan perjalanan bagi rakyat Malaysia. Bandar ini dikelilingi bandar-bandar pelancongan yang besar lain seperti Paris, Nice dan Lyon. Jadi tidak hairan lah kalau ada yang tidak pernah dengar nama Annecy ni.


Le peuple genevois di jardin anglais merupakan simbol penyertaan Geneva dalam Swiss

Secara jujurnya , aku pun tak pernah dengar tentang Annecy cuma kawan aku bersungguh-sungguh nak bawa aku ke tempat ini. Memandangkan jaraknya sepelaung je dari Geneva why dont buat trip balik hari je. So kami pack barang-barang makan dan teruskan perjalanan. Kenapa balik hari? Sebab keesokkan harinya kami akan memulakan perjalanan long haul driving, so masa untuk packing amatlah diperlukan.

Pre-winter sale sudah bermula...sebenarnya xde la sunyi sangat...boleh tahan la ramai jugak

So hari ini hari last aku di bandar Geneva so sebelum ke Annecy kami buat sedikit membeli belah. Tambahan pada masa tuh ada pre winter sale kat Europe. Pre winter sale nih mengikut kefahaman aku (orang cerita la) hanya sale dalam 20 hingga 30 persent je cuma ada beberapa item sale sampai 50 persent....bila winter sale kemudian baru all out sale utk clearkan stok dan bawak keluar stok tahun baru. Memang bagus kalau dapat shopping time winter sale...cuma masalahnya selalunya time tuh barang-barang macam baju ke seluar semuanya tinggal saiz super besar or kecil sebab semuanya dah kena sebat time pre sale.

Salah satu shopping street kat bandar Geneva

Di Geneva nih banyak butik-butik yang ternama yang terletak di sepanjang jalan. Walaupun x disebut-sebut sebagai salah satu top shopping spot tapi aku enjoy shopping kat sini sebab x ramai orang berpusu-pusu dan harganya boleh tahan. Hasil pemburuan dapat la aku sepasang kasut como zara dengan sebotol perfume zara dengan harga total chf 50 (Rm175). Oklah kan...

Baru je semalam kami dengar tahun ni disaster winter without snow seawal 2 pagi kami dikejutkan dengan bunyi mengetuk di bumbung rumah. Bila tingkap dibuka semuanya putih melepak...Do you want to build a snowman? Salji sudah turun...

Dalam jam 12 ke 1 tengahari kami bertolak ke Annecy. Target perjalanan setengah hari dah tergendala dek terover shopping. (window shopping je lebih belinya 2 barang je) Perjalanan seperti biasa ambil masa dalam 30-40 minit. Tapi memandangkan jalan agak licin akibat salji maka tambah lagi 20 minit. Di Annecy nih xde parking tepi-tepi jalan macam di petaling jaya tapi disediakan parking jenis berpusat macam di shopping complex. Cuma ada satu peringatan...parking di Annecy agak mahal...sangat mahal kut.


Pemandangan sungai dari tasik...tempat park sampan

Ok. Apa yang ada di Annecy nih yang jadi tempat yang sangat di rekemen oleh member aku nih. Pekan kecil di tenggara Perancis menerima jolokan Venice of France merupakan satu kepelbagaian lanskap. French Venice ini adalah satu bandar kecil yang terdapat sungai ditengah-tengahnya. Sungai ini mengalir dari tasik Annecy yang merupakan tasik ketiga terbesar di Perancis. Melalui google, tasik ini adalah tasik terbersih di seluruh eropah.


View dalam gambar nih dah mabeles...kalau tengok dengan mata sendiri lebih mabeles lagi

Apa yang menarik tasik ini dikelilingi oleh beberapa buah gunung yang menambah lagi panorama menarik bagi bandar Annecy. Bagi yang minat membeli belah di sini juga terdapat pelbagai kedai-kedai atau butik-butik seperti bandar-bandar lain. Bandar ini terbahagi kepada 2 iaitu bandar lama dan bandar baru.


Ini orang panggil The Lake

Bandar baru Annecy tidak ada istimewanya dari bandar-bandar yang lain. Ia dipenuhi oleh kedai-kedai dan butik-butik membeli belah dan harganya tidak juga murah dan berbaloi dari kota Paris. Salah satu yang menjadi penarik pelancong tempatan ke bandar ini adalah kota lama nya. Dengan arkitektur dari zaman medieval yang masih lagi dipelihara dengan rapi, ia dijadikan satu pusat perniagaan yang berlainan dari bandar barunya.

Dari tasik Annecy air mengalir ke sungai kecil dan tali air menuju ke bandar lama

Sebahagian besar dari produk yang dipamerkan di bandar lama ini merupakan produk tempatan yang merangkumi barang-barang kegunaan seharian seperti pakaian, cenderahati bahkan barang-barang antik seperti pakaian besi dari zaman dulu kala terdapat disini. Terdapat juga pasar harian yang menjual buah-buahan segar di sini. (bukan musim winter)


The old town of Annecy





Jalan masuk ke old town.

Bangunan pelik ditengah sungai nih adalah Palais de L’isle. Pernah menjadi tempat penerintahan, court dan juga penjara.

Pemandangan Le Thiou; sungai kecil yang menyusur di tengah-tengah bandar 

Banyak kedai tak dibuka atau memang x pernah buka pada musim winter


Kawan aku kata nih kedai perabot local yang hi end...maksudnya..mahal


Dah sampai di penhujung old town


Malam hari ada fun fair di new town.

Selama 3 hingga 4 jam kami berada di Annecy tibalah masanya untuk pulang. Mengambil kembali kereta yang berada di parking bawah tanah, kami dikenakan bayaran parking sebanyak belasan euro untuk tempoh kurang dari 4 jam. Mahal... Perjalanan pulang tidak semudah perjalanan pergi kerana hari telah malam dan kami tersesat jalan keluar dan termasuk ke jalan kampung yang berbukit bukau di tengah-tengah hujan salji yang lebat.