Friday 17 March 2017

Osaka Part 1

Nara sudah, Himeji & Kobe pun sudah, Kyoto pun dah disettlekan..Kansai pass telah pun tamat dan selamat digunakan maka marilah kita beralih ke Osaka pass pula.

Osaka merupakan bandar terbesar dalam Kansai dan merupakan bandar no 2 terbesar di Jepun dengan bilangan penduduk menjangkau 19 juta orang. Namun begitu, dalam ada 19 juta manusia di bandar Osaka, traffik di bandar Osaka tidak sedkit pun sama dengan Kuala Lumpur, apatah lagi Jakarta. Ini adalah kerana pengangkutan awam di Jepun begitu mantap dan pesat membangun disamping cara hidup di Osaka yang bagi aku agak sihat. Misalnya, ramai orang di Jepun pergi kerja menaiki basikal dan tak kurang juga berjalan kaki setidak-tidaknya sehingga ke train station, park basikal di tempat letak basikal yang disediakan dan terus pergi kerja menaiki publik transport yang disediakan.


Jadi dengan sebab itu (tak mau tersangkut dalam kesesakan orang nak pergi kerja dan sekolah), hari-hari pengembaraan aku di Osaka bermula lambat. Lagipun tak ada apa-apa yang nak dikejar disebabkan tourist attraction tak begitu jauh dari jangkauan.

Aku tidak mempunyai target spesifik di Osaka, sekadar mahu menghabiskan free admission pass yang terdapat di dalam pamplet yang disertakan dalam Osaka pass yang aku beli. Selain itu, mengisi kembali ruang-ruang kosong yang ditinggalkan oleh bahan-bahan makanan yang semakin habis dalam backpack.

Diantara tempat-tempat yang agak menarik yang aku pergi semasa di Osaka sebagai rujukan korang dikemudian hari adalah seperti di bawah ini: 

1) Abeno Haruka

Hmm..aku pun xdapat nak beri kepastian kenapa aku ke tempat ini. Sebenarnya Abeno Haruka ni adalah satu bangunan shopping mall tapi berketinggian 60 tingkat dan ianya menjadi satu mercu tanda bangunan di Osaka sebagai bangunan tertinggi di sana. Secara jujurnya aku katakan selain dari view dari luar aku nampak Abeno Haruka adalah sebagai sebuah bangunan shopping complex biasa sahaja. Tapi korang jangan tak pegi lak disebabkan review aku...diorang ada observation tower kat atas tu yang dengar kata macam best...



2) Osaka Castle

Orang kata kalau ke Osaka tapi tak pegi Osaka Castle baik korang pergi Semenyih je tak payah habiskan duit ribu riban pegi Osaka. Namun begitu kalau dah pergi Himeji Castle, korang akan merasa macam tak berapa teruja bila tengok Osaka Castle namun aku pergi sebab di perkarangan Osaka Castle ni ada souvenir shop yang mana ada souvenir keperluan yang bos aku kirim iaitu furin atau wind bell. Tak dinafikan taman dia boleh buat korang releks sambil minum air kopi mesin.






3) Umeda Sky Building

Umeda Sky Building ni adalah salah satu tempat observation yang terkenal di Osaka. Macam KLCC, ia sebenarnya 2 buah bangunan yang dicantumkan kepada 1 dengan jambatan namun begitu jambatannya berada di tingkat atas bangunan tersebut. Kalau korang berada di observation tower tersebut korang boleh nampak pemandangan hampir keseluruhan bandar Osaka dari sini. Bayaran dikenakan kalau tak silap aku 1000 yen per entry tapi dengan menggunakan Osaka pass aku masuk percuma. Kat dalam building nih aku teruja ngan eskelator diorang.Tak taulah korang tapi budak kampung macam aku yang biasa carik kerang kat muara memang kagum.








4) HEP Ferris wheel

Sedang aku berjalan balik dari Umeda Sky Building (dalam 3km jugak la berjalan) aku terpandang sesuatu yang mengkagumkan yang tak pernah aku tengok selama ini. Sebuah ferris wheel besar kaler merah yang keluar dari bangunan shopping. Aku memang tercangak-cangak la terus aku panjat tingkat 8 (ke tingkat 6) HEP shopping complex dan naik Ferris wheel tu. Bayaran...percuma dengan Osaka pass..cuma kena bayar kalau korang beli gambar yang diorang tangkap kat bawah tu...Macam di Umeda Sky Building korang dapat lihat pemandangan Osaka dari puncak ferris wheel nih.




5) Kaiyukan Osaka Aquarium

Aku dah sampai di depan pintu masuk Kaiyukan Osaka Aquarium ini ketika melihat-lihat bayaran masuk terus aku batalkan niat aku untuk masuk. Bayaran masuk adalah lebih kurang RM90 bagi dewasa berumur atas 16 tahun namun begitu alasan lain adalah kerana masa yang agak lewat ketika aku sampai di sana maka bayaran RM90 adalah bayaran untuk rushing dan kelam kabut. So off...



6) Tempozan ferris wheel

Ada 3 benda menarik yang dapat dibuat di Osaka Bay; masuk ke Osaka Aquarium, menaiki kapal Columbus dan menaiki Tempozan Ferris wheel. Sebenarnya aku nak naik replika kapal Columbus tour keliling Osaka bay selama 30 minit nih. Malangnya aku sampai-sampai je kapal dah berlepas (aku sampai tak le lewat sangat tapi GPS handphone aku tak berapa betul so aku berjalan lebih kurang 3km sebelum sampai ke jetty tu..sebenarnya dari stesen tren tak sampai 1 km pun.) Oleh yang demikian, aku pun naik lah ferris wheel sebagai 2nd option walaupun rasa macam dah terkena dengan ferris wheel sicness dah. By the way, Tempozan ferris wheel nih memang besar so view dia lebih happening lagi. Tambahan pula time tu sunset...pernah naik ferris wheel masa sunset? haa..sila cuba..




Bersambung lagi daa...