Monday, 18 August 2014

Madinah - Perjalanan Ke Kota Nabi

Perjalanan ke Madinah mengambil masa dalam 3 jam lebih.Nasib baik flight kira ok...siap dapat souvenir lagi...beg galas mini dengan sejadah (kain nylon je)..jadi la tuh..janji ada...gua salut u Turkish Airline (x sia2 amik Messi ngan Kobe jadi duta)

Terbukak je pintu airplane tuh..terasa bahang panas menggigit2 kulit mugil aku nih...pergh...macam pegi sauna cuma sauna panas dan lembab tapi cuaca kat sini lebih kepada panas dan kering...Turun dari kapal terus tunggu bas untuk pikap kami ke entrance airport Madinah. Disini (airport) proses mengecop pasport dan mengambil bagasi yg super besar tuh berlaku. Airport nih kecik je dan penumpang pun x ramai masa kami check in tapi proses mengecop tuh amik masa jugak sebab staff pun ada 2 orang je.



Untuk masuk ke Arab Saudi, visa adalah diperlukan. Cara-cara nak apply visa senang je. Ada 2 cara nak pohon visa nih..dan kabarnya ada 2 jenis visa utk masuk ke tanah Arab nih iaitu visa bisnes dan visa umrah. Visa umrah nih kalau nak buat sendiri pun boleh cuma leceh sikit la..caranya isi borang dan sertakan 2 keping gambar bawak sendiri ke kedutaan Arab Saudi di KL. Jangan lupa pulak bawak kad medical vaksin Meningitis. Cara kedua melalui agen. Gambar dan kad medical diperlukan jugak manakala hal yang lain2 agen akan uruskan semuanya. Memandangkan aku guna travel agen so senang sikitla...cuma agen pegang pasport aku agak lama so xleh la nak keluar Malaysia dalam tempoh waktu tuh.



Dari airport kami dibawa ke hotel penginapan di Kota Madinah. Di sini kami stay di Mubarak Silver. Hotelnya kira ok la bagi aku dengan fee yang dibayar cuma (ah..banyak komplen lak) lifnya x berapa nak menampung jumlah jemaah yang ramai menginap kat situ. Apa yang bagusnya lokasi hotel nih cuma 200 meter dari pintu Masjid Nabawi. Sampai2 je di hotel kami diberi welcome taklimat ringkas pasal apa program-program sepanjang kami di Madinah. Memandangkan kami tiba tuh lebih kurang time zohor maka kami disuruh check in bilik dulu dan terus turun ke lobi untuk sama-sama berjemaah di masjid.

Makanan yang disediakan kat hotel ni personally bagi aku sangat reasonable. Kira buffet style makan cam asrama kat Malaysia so xde masalah sangat bagi orang2 yg macam aku yg boleh makan semua benda (yg halal sahaja ya). Kalau x lalu or jemu boleh cuba try nasik arab even KFC pun ada jual berdekatan dengan Masjid Nabawi cuma harga dia agak mahal bg jemaah budget style macam aku ni. 


Dalam itinerary kami akan berada di Madinah selama 4 hari 3 malam dan selepas itu akan bertolak ke Kota Makkah menaiki bas. Berikut adalah jadual secara ringkas aktiviti di Kota Madinah :

Hari pertama   : Free and Easy
Hari ke dua     : Ziarah dalam (melawat Raudhah, Makam Nabi dan Perkuburan Baqii)
Hari ke tiga     : Free and Easy
Hari ke empat : Ziarah Luar (Melawat masjid 2 kiblat, ladang kurma, bukit Uhud, Masjid   
                         Quba   
                         Bertolak ke Makkah

Apa yang nak dibuat di Kota Madinah nih? Buat je apa yang kita slalu buat...tapi orang cakap buat baik banyak-banyak, buat jahat jangan sekali...pegi solat, makan2, dan kalau ada budget lebih boleh la shopping kat sini. Walaupun kota nih dipenuhi dengan jemaah ekceli banyak tempat2 untuk membeli belah dalam bangunan2 hotel tuh. Menurut ustaz yang bagi ucapan alu-aluan tuh, adalah afdal bagi kita untuk memakmurkan Kota Rasul ini.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram. 
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.

Ustaz yang muttawif kami nih cakap...semua kebaikan yang dilakukan di Tanah Haram Madinah nih akan dibalas dengan 1000 kali ganda kebaikan atau pahala...namun begitu bukan itu saja...setiap kejahatan juga akan dibalas 1000 kali bahkan kalau kita niat nak buat jahat sekalipun akan tercatit amalan kita tuh...ahah...so kena berhati2 la di tanah haram nih.

Masjid Nabawi nih memang sangat luas dan besar. Kalau ikut en wiki, Masjid Nabawi nih boleh menampung kira2 600 ribu jemaah (mungkin termasuk dengan courtyard kut) dalam satu2 masa dan akan meningkat sehingga 1 juta pada musim haji.  Walaupun cuaca di kota Madinah sangat panas iaitu anggarannya dalam 35 hingga 40 ++ darjah celcius tapi dalam Masjid Nabawi ni sangat dingin mungkin juga disebabkan oleh ventilation dan aircondnya. Air zamzam jugak free flow kat sini dan dalam masjid nih ada rak2 kasut di setiap saf jadi jangan risau la selipar or kasut hilang time solat.






Dibawah kubah bewarna hijau tersebut merupakan tapak rumah Rasul S.A.W dan isterinya Saiditina Aisyah R.A. Dan dibawah kubah ini lah baginda bersemayam setelah wafatnya. Bersebelahan dengan Makam Rasul S.A.W. merupakan makam Abu Bakar As-Sidiq dan Umar Al-Khattab.
 
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم مَنْ زَارَ قَبْرِى وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِى

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku. Hadis riwayat ad-Daruqutni.
 

من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي

Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. Hadis riwayat ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.


Ini adalah pintu untuk masuk ke Raudhah (taman syurga) yang mana merupakan satu ruang terletak diantara rumah Rasulullah S.A.W. dengan mimbar syarif. (search dalam internet) Doa yang diminta di Raudhah ini insyaAllah akan dimakbulkan,namun begitu tempat nih memang ramai manusia berbaris dan beratur untuk solat sunat dan berdoa. Aku pun x berkesempatan untuk solat kat sini sebab mungkin tak diizinkan oleh Allah.

Ekceli aku ada snap juga gambar makam Rasulullah S.A.W. tapi aku rasa better korang pergi menziarahi baginda sendiri .


Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."


Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."


Pandangan personal aku, orang-orang Madinah nih agak peramah. Bukan sahaja peniaga-peniaga Arab yang peramah dan boleh speaking Bahasa Malaysia or Indonesia bahkan orang-orang tempatan pun agak suka menegur dan bergurau senda. (walaupun aku xpaham apa diorang cakap)

Korang tengok sayur-sayur yang peniaga nih jual kat luar Masjid Quba nih.

 Masjid Quba

Masjid Quba merupakan masjid pertama yang Rasulullah S.A.W. dirikan di kota Madinah. Telah diceritakan bahawa Nabi S.A.W. kerap ke masjid ini untuk menirikan solat sunat pada hari Sabtu dan adakalanya pada hari Isnin.




Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan  kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.


Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."



Ini merupakan pandangan dalam kedai menjual buah kurma masa lawatan kami di ladang kurma. Kebanyakan yang datang terdiri dari jemaah2 Malaysia dan Indonesia. Suasana dalam ni memang agak havoc dan time aku datang ni memang berpusu2 orang memborong buah kurma nak bawak balik Malaysia. (Masa ni lagi sebulan nak masuk bulan Ramadhan) Kat dalam tuh ada pagar so xde orang masuk ke dalam ladang kurma tuh, just ambik gambar area2 kedai tu sambil menikmati teh kurma panas secara percuma. Untuk makluman korang, apa yang ada dalam kedai nih boleh dimakan sesuka hati secara percuma (kurma je kut) dan hanya kena bayar kalau korang tapau bawak keluar kedai. So ini la yang dinamakan budget planning.

Bukit Uhud

Bukit Uhud adalah lokasi di mana perang Uhud berlaku. Dalam perang Uhud ni tentera Islam yang diketuai sendiri oleh Rasulullah S.A.W. berdepan dengan tentera kafir Quraisy diketuai oleh Abu Sufyan ibn Harb. Tentera Islam pada asalnya 1000 orang kesemuanya maju ke medan perang tapi hanya 700 orang saja yg berjaya hadir kerana telah terpedaya dengan kata2 ketua munafiq iaitu Abdullah bin Ubai . Maka dengan itu berlakulah perperangan diantara 700 pahlawan gagah Islam melawan 3000 orang tentera kafir Quraisy. Nabi Muhammad S.A.W. telah menempatkan 50 orang pemanah di Jabal Rumat dan memerintahkan mereka supaya tidak sekali2 meninggalkan pos mereka samada menang atau kalah. Panjang la pulak...jadi dipendekkan cerita...hanya 14 orang pemanah yang tinggal manakala yang lain turun bagi mengumpul harta rampasan perang. Ketika ini lah Khalid al- Walid (masa nih beliau belum memeluk Islam lagi) mengepung dan menyerang mereka. Kesudahannya 70 orang tentera syahid dan Rasulullah S.A.W. sendiri telah cedera dan dibawa bersembunyi di Gua Uhud.


Secara jujur aku bgtau bila tiba bumi Madinah ni keinginan aku untuk snap gambar2 jadi kurang. Mungkin niat tuh dah berubah dari melancong untuk melihat negara orang kepada melancong sambil beribadat.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment