Selepas buat umrah, kami diberi 3-4 hari free n easy kat kota Makkah nih. Free n easy nih bukan bermakna korang dok hotel tido n makan je tapi buat la apa yang patut...kalau satu kebaikan dibalas ngan 100 ribu kebaikan, tunggu apa lagi...kan?
Dalam 8 hari kami berada di Makkah, selain dari melakukan umrah, free & easy, kami jugak dibawa untuk melawat tempat-tempat sekitar Makkah. (ekceli kami nak pegi miqat yang dekat dengan Makkah (selain dari Masjid Aisyah) untuk niat umrah ke 2)
Jabal Thur
Bukit yang paling tinggi tuh la tempatnya...kami x naik ke gua...sebab masa diperuntukkan kat sini cuma 15 minit..
Jabal Thur atau Bukit Thur ni merupakan lokasi dimana Rasulullah berlindung semasa menjadi target pembunuhan puak2 mushrik. Hal ni jadi bila puak mushrik atau kafir Quraisy offer Nabi Muhammad S.A.W. untuk tinggalkan menyampai ajaran Allah dan baginda menolak tawaran tuh. Lalu Abu Jahal pun memerintah kaum kerabat kafir Quraisy ni untuk membunuh Nabi. Maka dengan itu, Nabi Muhammad S.A.W. bersama2 dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq menyembunyikan diri di Gua Thur. Gua Thur nih cuma boleh memuatkan 2 orang dewasa sahaja.Ketika kaum kafir Quraisy mendekati gua tersebut terdapat labah2 membuat sarang di pintu gua tersebut dan ketika itu juga terdapat burung merpati bertelur di atas sarang labah2 tuh.
Orang2 yg mencari Rasul pun pelik sebab xkan baginda dan Saidina Abu Bakar boleh sembunyi dalam gua kecik yang ada labah2 buat sarang kat situ. Maka berkecailah harapan orang2 kafir untuk lebih kaya 100 ekor unta yang dijanjikan oleh Abu Jahal.
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah At-Taubah, Ayat 40
Arafah & Jabal Rahmah
Arafah & Jabal Rahmah
Jabal Rahmah atau Bukit Rahmah ni terletak di dalam kawasan Padang Arafah. Perjalanan dari Tanah Haram mengambil masa kira2 setengah hingga satu jam menaiki kenderaan.
Padang Arafah terletak di luar dari Kota Makkah di mana tempat menunaikan rukun wukuf dalam ibadah haji pada 8 dan 9 Zulhijjah. Padang Arafah nih tempat kita menyesali segala dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan. Padang Arafah ni jugak sebagai bayangan Padang Masyar tempat perhitungan nanti.
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Maaidah, Ayat 3

Wahyu terakhir dipercayai diterima oleh Rasullulah di Padang Arafah semasa menunaikan wukuf sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. (tapi ulama' ada berbeza pendapat mengenai hal nih)
Bukit Rahmah ni xde la tinggi sangat. Kiranya orang x berapa fit or veteran pun boleh panjat...tp berpeluh la sikit...
Di Padang Arafah nih juga dipercayai merupakan tempat pertemuan semula Nabi Adam A.S. dan isterinya yang tercinta Siti Hawa setelah dikeluarkan dari syurga angkara hasutan iblis.
Dulu tiang nih kaler putih tapi disebabkan ramai yang gatal tangan conteng so cat balik kaler coklat..tuh pun gagah diorang bawak liquid paper or marker putih nak gi conteng...haih...bukannya orang kenai hangpa pun kalo conteng kat situ...
Kat atas Bukit Rahmah nih ramai yang berjual...bahkan sementara korang nak naik tuh pun ramai yang mintak sedekah. So terpulanglah kalau nak bagi...jgn la terkejut sangat kalau pemintak sedekah tuh boleh cakap melayu...
Nampak x yang hijau-hijau tuh...tuh la namanya Padang Arafah
Sila baca dengan teliti dan praktikkan...
Selain dari tempat2 yg aku dah post kat atas tuh. Kami dibawak pusing2 sementara dalam perjalanan ke masjid Jaranah. Kami ditunjuk tempat2 yg penting (dalam bas je) cam Mina,Mudzalifah, lokasi korban Nabi Ibrahim dan lain2 lagi. (lupa lah)
Jangan risau..khemah nih muttawif cakap siap ada aircond lagi..xtau la
Di sinilah khemah2 penempatan haji yang disediakan ketika melakukan ibadah melontar jamrah.
Jabal Nur & Gua Hiraq
Jabal Nur adalah lokasi di mana terletaknya Gua Hiraq, tempat Rasulullah Nabi Muhamad S.A.W. menerima wahyu dari Allah yang pertama.
Yang nih xde dalam pakej. So untuk pegi ke Jabal Nur nih kami dikenakan bayaran 20 riyal seorang. Yang nih duit transport je ye..naik bukit sendiri-sendiri lah. Dari parking bas nak ke kaki gunung kami dibawak naik van. (driver bas tu jugak yang bawak...cuma 1 van dalam 10 orang kut...siap kat depan 3 orang termasuk driver..) Nasib aritu memang baik betul...dapat pulak driver yang majnun (kepala mebi ada loose sket) dia buat drift lak kat corner2 tuh...hah..nih bukan memain..serius..drift van buruk ngan 10 orang penumpang...kalo drift kat track xpe lagi..ni dengan jalan sempit, rumah2 orang keliling tuh, keter2 parking mcm2 lagi...patutla hampir semua keter kat Makkah ni calar2 n kemik2.
Kul bape yer aritu naik nih...dalam kul 11malam rasanya...Nama bukit Nur ni dapat sebab bukit nih bercahaya pada waktu malam walaupun x diterangi dengan lampu.
Dulu orang cakap nampak kaabah dari puncak nih...tapi sekarang dah kena lindung ngan bangunan
Jabal Nur nih sebenarnya x de la tinggi sangat lebih kurang 300 meter...tapi still pancit jugak la kalau nak naik. Syukur jugak la ada tangga2 yg dibuat oleh orang2 kat sana. Kalau nak panjat batu alamatnya xnaik la...(xprience kinabalu) Cuma kalau x fit cam sukar sket la...Panjatnya dalam sejam boleh sampai ke puncak Jabal Nur nih. Sambil panjat tangga batu tuh korang akan berjumpa dengan sahabat2 yang mintak sedekah...sambil melaungkan 'Malaysia Boleh'. Bukan la x mau bagi sedekah...tp ramai yg amat..tambahan aku punya bajet ciput je..so..abg2 Malaysia Boleh, mintak maap la ye...
Ini yang ada kat puncak Jabal Thur nih...diorang panggil port makan meggi (nih yg aku dengar muttawif2 sembang la)
Sampai kat puncak tuh ada port meggi (kata muttawif) untuk korang rehat2 sambil beli makan minum dan adalak jual souvenir. Gua Hiraq tu lokasi dia di bawah sikit je dari puncak tuh..maknanya korang kena turun balik dalam 20 meter la lebih kurang...ada 2 jalan..satu jalan melalui batu2 dan satu lagi kena hike sket batu2 kat lereng bukit tuh. Personally aku rekemen jalan kat celah2 batu tuh sebab jalan lereng bukit tuh agak bahaya terutama sekali yg gayat cam aku...tambahan pulak agak licin la (time tu ada jemaah Turki sorang tergolek...nasib x jatuh gaung...)
Aku sampai ke mulut pintu tuh je...ramai orang la..ramai yg berbaris nak amik berkat solat dan kat dalam gua tuh...so x dapat la aku nak masuk dalam tuh...Naik balik dan lepak port meggi sambil tunggu brader grup aku sampai..(kami tinggalkan dia tadi..pis bro) Lepas brader tuh naik balik puncak kami pun turun la balik...layan mat Arab majnun tuh drift balik ke bas...terus kami balik ke hotel..dalam kul 3 pagi baru la sampai hotel...
wallahualam
No comments:
Post a Comment