Wednesday 8 April 2015

Eurotrip : Como & Bellagio



Pada asalnya lake Como adalah hanya satu persinggahan dimana ia merupakan lokasi untuk tidur memandangkan lokasinya dah lebih dekat dengan tempat tujuan esoknya. Jarak ke Como dari Interlaken Ost adalah lebih kurang 250 km. Namun begitu cabaran memandu adalah lebih dari tadi. Disebabkan cuaca makin teruk kami terpaksa memperlahan pace kami. Member aku dah fatigue gile so aku terpaksa drive untuk ke Como.  


Apa yang bestnya di Erope nih...semua kereta yang berpendaftaran di eropah x ditahan di imigresen or kastam semasa melintasi sempadan negara. (btw kalau nak tahan..tahan je la sebab aku ada international licence..wau..belagak) Macam kalau nak masuk ke Switzerland pemandu2 yang bawak kereta nih kena beli satu vignet dalam 15 euro utk berjalan kemana saja di Swiss. Ini adalah disebabkan swiss x kenakan tol dan roadtax jalan pun xde..


Dah melalut..sambung balik...Apa yang istimewa nya Como nih? Como terkenal dengan tasiknya yang besar dan dalam...no 3 terbesar di Italy dan salah sebuah tasik terdalam di Eropah..apa? xpeduli? 

Ok. Lake Como nih adalah salah satu tempat perlancongan bagi golongan artis dan orang-orang kaya di Eropah. (ok..now everyone seems to care..haha)Antara orang-orang ternama yang ada rumah kat sini (rumah persinggahan je kut) adalah Matthew Bellamy (nih sapa pulak nih..oo muse), Madonna, George Clooney, Gianni Versace, Ronaldinho dan lain-lain lagi. Maknanya..bukan saja-saja kami nak pegi ke Como nih tapi bersama-sama merasai perasaan seorang artis oversea pergi holiday kat villa masing2..cuma bezanya kami duduk kat hotel harga 20 euro semalam je...tuh pun share 2 orang..(haha...mana ada hotel yg harga 20 euro kat lake como nih)


Aku memandu di Como lebih dari kelajuan yang dibenarkan...60-70km sejam. Had kelajuan di Como adalah 50km/j. Bila tengok balik side mirror dah ada satu garisan panjang kat belakang. Kereta beratur dalam 10 bijik kat belakang. Italian memang bawak kereta laju giler. Walaupun jalan di Como agak merbahaya. Jalannya kecik (half dari jalan kita) dan bersimpang siur. Patut la banyak pemandu F1 datang dari Italy. Tapi apa yang bagusnya diorang nih patuh kat undang-undang jalan raya. Sepanjang aku drive tuh jalan bertentangan sangat lengang xde kereta tapi diorang langsung x potong sebab double line. Dapat je lane memotong terus je diorang berdesup hilang dari pandangan. Terasa mcm berlakon citer italian job pulak...sebagai pak pacak extra...


Kami sampai di Como agak lewat. Lewat tuh kira dah malam dalam jam 10 malam. Apa punca kelewatan ini? Salah satu sebabnya aku yang drive..x biasa wey drive belah kiri. So terpaksa bawak slow2 walaupun kenkadang xsedar aku dah pegi 150-160km/j. Sebab kedua adalah cuaca...salji dah mula cair jadi jalan agak basah. Sebab ketiga, ha..nih sebab sebenarnya...terlalu bergantung pada GPS. Disebabkan kami x setting GPS tuh dengan betul-betul, dia dah bawak kami pegi jalan yang silap. Ada ke pukul 8 malam GPS bawak ke naik feri dekat jeti yang dah tutup. Dah tuh xreti2 nak reculculate jalan lain. Tambah lagi sejam perjalanan dimana kami terpaksa mengharungi jalan oh lorong sebenarnya yang sempit di lake como nih. Sampai je lokasi kami terpaksa mencari di mana lokasi hotel yang telah ditempah. Sebabnya hotel kat sini dibina berlapis-lapis. Maksudnya ada yang berada di gigi air, ada yang sama aras dengan jalan dan ada yang agak tinggi sikit di atas bukit.



Kami stay di Locanto La Fornace yang terletak di pekan Lezzeno. Hotel nih betul2 terletak di gigi air dan ada jeti sendiri. Nasib kami baik sebab kat hotel nih ada private parking, kalau tidak terpaksa berulang naik turun bukit sebab nak angkat barang yang banyak. Kalau mengikut pemerhatian aku, budaya kat sini sangat menarik iaitu hampir semua penduduk kat area nih menjadikan rumah personal diorang sebagai hotel. Kebanyakkannya orang-orang tua (maybe dah pencen kut) yang jadi manager dan budak2 samada sedara mara jadi waiter la bell boy la. So sambil2 menjalani kehidupan seharian dapat juga menjana ekonomi. Diorang stay di tempat yang sama dan makan di cafe mereka sendiri..rasa macam nak buat kat umah sendiri lak..



Malam tuh kami tidur awal (awal la sangat) sebab kat lake como nih langsung xde apa2 yang boleh dilawati. Tambahan pulak cuaca sejuk giler walaupun xde salji. Minus 2 kut. 

So keesokan harinya kami brekfest di hotel (free breakfast) selepas tuh kami berangkat menuju ke lokasi seterusnya iaitu pekan Bellagio. Barulah aku tangkap kenapa member aku ajak tido kat Como nih. Rupanya dia ada agenda lain iaitu beli Italian silk kat sini. 


Melalui pemerhatian aku, orang Italy nih jenis late starter...maksudnya bangun lambat. Pukul 9 pagi kami dah tercangak kat pekan Bellagio nih...satu haprak kedai pun x bukak..memang silap kami jugak sebab gagal membuat kajian mengenai feel italian nih. Kalau x boleh melingkar dulu kat bilik. Perancangan asalnya gerak awal so boleh sampai lagi awal ke destinasi seterusnya.


Lebih sejam kami duduk kat depan Azalea nih. Kat depan kedai tulis bukak pukul 10 pagi...kami tunggu sampai pukul 10.30 pagi haram x bukak-bukak. Dalam trip advisor kedai nih no. 1 kat Bellagio, kualiti, harga dan banyak pilihan. Tapi kami xde pilihan selain pegi carik kat kedai lain.


Pukul 9 pagi pekan nih sunyi sepi bak pekan zombi..manalah tau rupa2 nya malam tadi ada outbreak kat itali..manalah tau kan...


Dapat jugak la member aku tie silk dengan harga 15 euro setiap satu. Pastu dia beli a few lagi yg macam kain selendang untuk kawan2 / aweks2 dia. Aku? Sekupang pun x habis sebabnya memang x minat langsung silk2 nih..dah la x leh pakai..nak bagi orang pun cam xde sentimental value je..so aku pun buat dek je la..Bagi aku x semua orang tahu kualiti sesuatu yang diorang terima..kadang2 xpenah guna sampai reput...baik bagi FM or keychain je..bagi aku la..


Hah..pukul 10 barulah ada sorang berjalan kat jalan raya..lega ati den...



Jam 11.30 pagi banyak lagi kedai x bukak. Azalea pun kami try ronda jalan kaki sekali lagi tapi masih x bukak lagi so..kami meneruskan perjalanan tanpa ada pilihan lagi sebab kami hari nih terpaksa menempuhi perjalanan panjang sejauh 400km. Kami perlu tiba di Florence sebelum malam bagi mengelakkan berlakunya kesulitan...chewah..


Yang ini jeti kat Bellagio nih..rasanya bawak transport nyeberang tasik nih supaya boleh jimat masa.


bersambung lah lagi

No comments:

Post a Comment