Hoi An ke Danang sebenarnya tak seberapa jauh..dalam 30 ke 40 km saja dan perjalanannya aku harungi dengan menaiki bas tambang sahaja. Salah satu sebabnya, duit dah kekurangan dan ditahap kritikal meskipun hanya ada 1 hari saja aku di Vietnam.
Satu hari aku di Danang aku tak buat apa-apa itinerary atau plan nak ke mana-mana destinasi. Maknanya..aku hanya ikut arah kaki melangkah. Untuk mengambil bas dari Hoi An ke Danang aku perlu menapak ke simpang tiga yang berada di jalan besar kira-kira 2 km dari hotel penginapan aku. Sepanjang perjalanan ada juga warga vietnam yang sudi menumpangkan aku ke arah tujuan tapi aku tak berani nak naik sebab takut kalau-kalau dia mintak duit sebagai tambang jesteru aku akan miss soru sepanjang hari memandang bekalan roti juga sudah turut habis.
Danang ini kawasan tepi pantai. Jadi pemandangannya banyak ke arah pokok kelapa, laut dan pantai. Di sini terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati seperti muzium champa dan lain-lain lagi namun disebabkan masalah bajet so aku hanya berjalan kaki mengelillingi My An..seberang jambatan naga yang terdapat di Danang.
Bas dari Hoi An ni ada 2 rate..satu local dan satu lagi untuk foreigner..nasib baik aku dapat rate local..jimat jugakla dalam 20k vnd.
Welkam to Danang
Cau rong yang merentasi sungai Han yang juga dikenali sebagai jambatan naga.
Antara scupture yang terdapat di seberang tanah besar..untuk dijual..sapa masyuk boleh angkat
Yang nih aku just amik gambar di tepi jalan besar..aku tak tahu pun apa nama tokong nih tp arkitekturnya nampak menarik.
Salah satu dari restoran halal yang terdapat di Danang, Mumtaz
Peringatan 100k vnd bersamaan RM20..so pandai2 la convert ye
Makan tengah hari terakhir di Danang
Hotel penginapan aku di Danang..terletak lebih kurang 7km dari airport..harganya RM30 semalam. Champa hotel.
Kalau nak melepak di tepi pantai yang pengunjungnya tak ramai sambil menghirup udara yang nyaman disamping hotel penginapan yang murah, maka Danang la tempatnya. Makanan halal terdapat harga yang sedikit mahal namun bagi aku agak berbaloi sebabnya ianya tenang dan kurang pelancong asing. Chill
No comments:
Post a Comment