Tuesday, 16 February 2016

Hoi Ann


Sampai ke Hoi An matahari telah mengundurkan dirinya. Ditambah pula dengan cuaca yang bertukar ganti dari mendung bersulamkan hujan. Dalam kepekatan malam tersebut, meskipun jam baru menunjukkan jam 700 malam waktu Vietnam aku sudah menapak dari stesen bas (sebenarnya bukan stesen bas tetapi kami penumpang bas semuanya diberhentikan di tepi jalan) ke tempat penginapan aku di pinggir pekan Hoi An. Setelah meneliti google map aku terus menahan tuktuk disebabkan jarak penapakan aku sejauh 6km menuju ke destinasi.


Sleeper bus dari Hue ke Hoi An


Tak sure nama tempatnya tapi gambar ini diambil masa bas berhenti untuk minum

Aku tinggal di Aquarium Villa kira-kira 3km dari bandar Hoi An. Dengan harga lebih kurang RM60 aku dapat bilik yang amat2 selesa, besar dan bersih dengan bath tub di bahagian tandas. Di hotel ini disediakan basikal secara percuma dan ada jual pakej menyewakan motosikal dengan kadar rm25 sehari.

sorry..bilik ni best gile tapi camera masuk air so gambar shaky..sejadah tuh bawak sendiri..tak disertakan ye...

Di Hoi An terdapat 2 restoran halal (tapi masih jual alkohol) sahaja. Jadi aku yang dah skip makan di Hue semalam perlu untuk mencari sedikit karbohidrat utk meneruskan kehidupan ini. Selepas membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, aku turun kembali ke kaunter dan menyewa motor disebabkan hujan turun dengan lebat sekali. (lebih baik naik motor dari basikal dalam hujan di malam hari tapi basahnya sama saja cuma kurang penat)


Makan malam yang aku dapati dari bandar Hoi An..RM40 untuk semua nih..air tak termasuk.

To cut the story short, apa yang aku ingin advise adalah check betul-betul sukatan minyak sebelum sewa motor, jika tidak jadilah macam aku yang terpaksa menolak motor dalam keadaan hujan lebat pada malam hari. Tapi kalau tak ada kesukaran maka mana kita tau hati budi manusia penghuni sesuatu tempat tersebut. Di kala aku sedang menolak motor...lebih kurang 1.5 km ada beberapa orang Vietnam berhenti bertanyakan kabar aku. Ada juga yang offer untuk tolak motor dan juga berkongsi minyak motor mereka dengan aku. Syukur..masih lagi ada sifat kemanusiaan dalam dunia ini.

Berbalik kepada makanan halal. Terdapat 2 buah restoran yang digembar-gemburkan akan kehalalannya dan kedua-duanya merupakan restoran india. Salah satunya Namaste dan satu lagi Ganesh. Untuk makluman, aku cuba mencari restoran Namaste nih berpandukan google maps tapi peta google maps tuh tak boleh pakai. So rugi lagi 1.5km aku meredah jalan kaki (motor dah abis minyak) dalam hujan lebat.


Restoran Ganesh terletak di tengah pekan Hoi An


Restoran Ganesh terletak di tengah-tengah bandar Hoi An, senang dan mudah untuk ditemui namun begitu pengunjungnya sangatlah ramai. So ada 2 pilihan, 1. datang awal. 2. datang lewat 3. tapau saja makanan itu. (Bersama-sama ini disertakan senarai harga makanan untuk rujukan korang. 100k VND lebih kurang RM20.)



Rancangan asal aku adalah sewa motor, awal pagi bertolak ke tapak UNESCO My son, selepas itu petang ke Marble mountain berhampiran Danang dan malam di Hoi An dan sambung lagi explore Hoi An keesokan paginya sebelum meneruskan perjalanan. Bak kata omputeh, malang x berbau. Hujan dah 3 hari turun tak berhenti jadi ketika aku sedang menunggang menuju ke My Son, ada seorang makcik bermotorsikal suruh aku berpatah balik. 



Jalan putus menyebabkan aku patah balik ke Hoi An

Aku tak paham apa dia cakap so aku teruskan jua perjalanan. Rupa-rupanya makcik tu nak bagitau aku yang jalan menuju ke My Son telah putus akibat dari banjir. Hujan masih tak berhenti maka aku cancel perjalanan aku ke Marble Mountain dan roaming sahaja di pekan Hoi An.




Untuk memasuki pekan lama Hoi An ini terdapat fee yang perlu dibayar. Sebanyak vd 120k yuran yang perlu dibayar untuk tujuan konservasi atau pemuliharaan kawasan bersejarah ini atau sebagai tax dari kerajaan Vietnam.Kebanyakan pelancong dari negara barat tidak bersetuju dengan bayaran dikenakan ini melalui reaksi mereka bila tidak dibenarkan masuk ke tempat-tempat yang perlukan tiket. Bayaran sebanyak lebih kurang RM 24 ini merangkumi bayaran masuk ke beberapa kuil atau tokong, muzium dan melalui Japanese bridge.


Salah satu dari peringatan untuk pengunjung adalah, pekan lama Hoi An ini adalah pekan bebas dari kenderaan bermotor. Mulai jam 9 pagi tiada kenderaan bermotor dibenarkan untuk masuk dan melalui pekan lama ini. Bukan itu saja, sebarang kenderaan (biasanya motorsikal juga tidak dibenarkan untuk meletak kenderaan di kawasan ini.) Pengajaran buat aku yang tak tahu pasal undang-undang ini, motor aku dialihkan oleh kakitangan pekan lama ini lebih kurang 100 meter dari tempat aku parkir. Sempat jugalah aku menggelabah beruk memandangkan motor sewa aku tiada di tempat aku park. Apa lah nak menjawap ngan tuan punya motor kalau hilang. Jadi sila baca peraturan-peraturan dahulu sebelum masuk.




Japanese bridge...bukan yang pakai skirt pink tuh







Antara kuil-kuil yang ada di pekan lama Hoi An









Secara jujur, kalau tanya pendapat aku tak berbaloi untuk bayar entrance fee masuk ke pekan lama Hoi An ni disebabkan apa yang menarik tentang Hoi An ini adalah kedai-kedai yang terdapat disepanjang sungai tersebut sebab kuil-kuil atau muzium yang terdapat disini adalah bagi aku biasa-biasa sahaja tapi terpulanglah sebabnya pendapat aku tak semestinya betul.



Breakfast aku di Aquarium Villa..included dalam harga bilik

inilah hotel sepanjang 2 hari di di Hoi An..recomended..tapi siapkan transport anda..

Ok..aku bagi tips sikit..nak lepak free kat pekan lama Hoi An; sambil mengambil gambar tanpa ada orang ramai berbondong-bondong mengganggu korang nak selfie...datanglah awal pagi. Kebanyakkan pengunjung adalah jenis late starter..kedai-kedai juga dalam 830 pagi baru start so korang ada dalam 30 minit untuk roaming free. Ekceli tempat nih open place sebenarnya. Takde masalah untuk berjalan free tapi nak lalu Japanese bridge korang kena tunjukkan tiket...kalau nak gamble pun boleh. Ramai je mat salleh kantoi dan tak dibenarkan masuk..so up to u..tapi jgn cakap aku tak payung lak..

bersambung

No comments:

Post a Comment