Showing posts with label hue. Show all posts
Showing posts with label hue. Show all posts

Friday, 26 February 2016

Tips dan tricks Danang, Hue dan Hoi An

1. Perbelanjaan dapat dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu:
a. Pengangkutan
Ada beberapa jenis pengangkutan awam yang terdapat di sini. Antaranya adalah bas, train, teksi dan motor teksi (yang nih aku sebut je sebab tak tahu nama panggilan diorang) Tambang pengangkutan bagi pendapat aku agak reasonable dan selesa terutama sekali kalau dapat naik sleeper bus. Orang cakap kalau naik train dari Danang ke Hue dapat memerhati pemandangan yang sangat scenic yang aku tak dapat penuhi sebab masalah masa. Kalau ada peluang cubalah..

b. Makanan
Makanan kalau di Vietnam memang berlambak tapi untuk mendapatkan makanan halal di bandar-bandar yang kurang besar agak payah dan mahal. Purata setiap meal diperoleh dari kedai makanan India berharga lebih kurang Rm 20 satu meal sekurang-kurangnya...kecuali kalau makan buah-buahan atau roti dari kedai 24jam.

c. Tempat tinggal
Tempat tinggal atau penginapan atau hotel memang banyak dan bersepah. Boleh pilih ikut kemampuan dan keselesaan. Kebanyakan hotel di Vietnam agak berpatutan dan boleh dikatakan murah. Misalnya bilik queen bed dengan tandas private boleh didapati dengan harga RM30; berkemungkinan sukar didapati di negara-negara asean.

d. Lain-lain
Lain-lain tu aku simpulkan macam kudap-kudap, barangan keperluan tambahan macam rokok dan lain-lain serta souvenir. Bagi aku barang-barang keperluan ini banyak terdapat di sekitar hotel dan harganya standard kecuali rokok hanya 30% harganya dari di Malaysia; iaitu dalam RM4 saja. Souvenir tak banyak choice; sama seperti yang boleh didapati di Ho Chi Minh dan harganya lebih kurang.



2. Bagi sesiapa yang suka berjalan-jalan tanpa kesesakan semasa berkunjung ke tempat-tempat heritage atau menarik, seeloknya bergerak ke lokasi awal. Tapi check lah dulu masa buka dan masa tutup sebab kebanyakkan tempat yg aku kunjungi memang sangat lengang pada awal pagi. Maka dengan itu bolehlah mengambil gambar dengan view yang lebih baik lagi.


3. Hai Van pass adalah satu dari lokasi scenic yang terdapat di Vietnam. Kalau ada kesempatan orang cakap (tak tahu kebenarannya) naiklah train dari Da Nang ke Hue untuk menikmati keindahan alam itu semaksimanya. Kalau naik bas pun boleh juga ataupun sewa motor lah kalau berani.

4. Menunggang motorsikal di Vietnam khabarnya illegal meskipun kita mempunyai lesen memandu antarabangsa. Hanya lesen yang diperoleh dari kerajaan Vietnam sahaja yang diiktiraf dan dibenarkan. Tapi kedai-kedai menyewakan motorsikal amat banyak sekali di situ. (Aku bawak je motor sewa tu...tp jangan la bgtau orang lain)


5. Trafik di bandar-bandar yang aku lalui tidaklah sibuk kecuali di Da Nang; itupun tidak sampai separuh dari di Ho Cho Minh. Namun begitu, bagi sesiapa yang masih belum master dalam membawa motorsikal adalah sangat-sangat tidak digalakkan untuk menunggang motor kerana meskipun tidak begitu sibuk, banyak motor lain adakalanya tidak patuh lampu isyarat, memotong dengan sesuka hati dan laluan bersimpang siur. Ini bukan apa..untuk keselamatan korang juga.


6. Back to basic. Cuaca memainkan peranan penting dalam pengembaraan. Cuaca yang lebih baik maka lebih banyak tempat yang boleh dilawati. Namun begitu, kebanyakkan tiket penerbangan dijual murah ketika cuaca tak menentu atau semasa perubahan musim. Apa yg perlu adalah, bawa bersama sebarang peralatan seperti baju hujan, payung, jaket, sun block atau lain-lain. Perjalanan aku di Vietnam kali ini hujan hampir keseluruhan hari. Mujur juga telah check cuaca beberapa hari sebelum bertolak. Dapat juga kurangkan belanja di tempat orang selain dapat elakkan dari basah kuyup.





7. Bayaran masuk di Hoi An. Cuba semak balik pengalaman pengembara lain mengenai keberbaloian untuk masuk ke tempat-tempat yang dikenakan tiket di pekan lama Hoi An. Walaupun bayaran tidaklah mahal sangat namun keberbaloian itu yang penting.

8. Ada beberapa tempat lagi yang patut korang consider untuk pergi yang mana aku x sempat luangkan masa sebab cuaca yang teruk. Antara tempat-tempatnya adalah :

-Tomb of Khai Dinh, Hue
-Marble Mountain, Da Nang
-Ba Na Hill, Da Nang
-My Son
-Museum of Cham scupture, Da Nang




Thursday, 28 January 2016

The Imperial City, HUE


Pengembaraan solo aku bukan sahaja tamat di Sri Lanka malahan ada beberapa tiket lagi telah lama aku peram bila tiba saja Airasia sale. Sudah lama Airasia menghentikan perjalanan ke Danang dan kesempatan tak aku lepaskan bila mereka membuka kembali laluan ke sana. Agak lama gak post aku nih terbengkalai tetapi rasa-rasanya sebahagian dari kisah dan tips nih masih berbaloi sebagai rujukan bersama , kut.


Danang International Airport

Penerbangan ke Danang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan dari KLIA 2. Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Danang, jam telah menunjukkan 12 tengahari. Waktu di Vietnam awal 1 jam dari di Malaysia iaitu +7 dari meridian greenwich. Setelah pelbagai urusan imigrasi dan lain-lain seperti membeli sim card, akhirnya aku keluar dari airport lebih kurang jam 1 petang. Untuk mendapatkan sim card vietnam adalah mudah, cuma beli di lapangan terbang (ada banyak telco yang menawarkan perkhidmatan) sambil tunjukkan pasport anda. Si gadis cantik penjual akan install card serta setup henpon anda sehingga berfungsi.Harganya memang sangat murah...kalau xlupa dalam USD 5 dan ada yg USD 10 sebagai pilihan.

Route yang aku pilih adalah dari airport aku teruskan perjalanan ke Hue terlebih dulu...lepas tu baru pikir. Ah..tipu je..sebenarnya aku dah book hotel di Hue..cuma aku x pasti berapa lama aku nak duduk sana, bergantung kepada ke best an tempatnya. Dari airport ke bandar Hue terdapat 2 jenis pengangkutan yang boleh dicuba. No 1 teksi direct dari airport ke Hue dengan bayaran dikenakan sebanyak 850k dong bersamaan lebih kurang RM160-170.

Dalam forum aku banyak membaca (kali nih kena baca forum sebab banyak masalah di Sri Lanka hari tu) terdapat perkhidmatan bas dari airport direct ke Hue tapi sebenarnya mitos atau dah tak ada sbb jenuh aku bertanya semua orang diorang cakap memang x ada perkhidmatan camtu. Apa yang perlu dibuat adalah, ambil teksi ke stesen bas yang berdekatan (tambang dalam 12k) kemudian amik bas (kecik cam coaster) di stesen bas tersebut. Sebenarnya bukan stesen bas pun cuma bas tu berenti di tepi jalan. Tambangnya 60k dan perjalanannya mengambil masa dalam 3 jam.



Sebelum merancang mengembara, biasanya check dulu cuaca ataupun monsun tempat yang kita nak lawati tu. Aku biasanya mengabaikan saja perkara ini sebab tiket murah jadi hadap saja lah. Semasa aku tiba, hujan tak berhenti sepanjang hari. Apa nak buat,..nasib aku dah beli baju hujan ala-ala ponco bagi menghadapi segala kemungkinan yang ada.


Dari stesen bas di Hue perjalanan aku ke tengah Hue menaiki teksi dengan tambang 10k seterusnya check in di hotel yang telah aku book dengan agoda dengan kadar RM27 semalam. Setelah mandi manda dan solat aku keluar roaming bandar /pekan Hue dan menapak ke citadel Hue (tempat wajib pergi) dalam lebih kurang 3km perjalanan sehala. Dengan hujan menitis laju dan hari menjelang malam maka tak ada banyak benda yang dapat aku buat selain melihat pintu pagar yang telah tutup. Pintu masuk lain masih buka tapi aku dihalau oleh penjaga pintu sebab disalah ertikan sebagai mamat Vietnam yang nak masuk free dikala pintu istana akan tutup tak berapa lama lagi.






Bagi yang mendambakan makanan halal boleh dikatakan tiada kedai menjual makanan yang halal di Hue kecuali 1 yang aku dapati hanya satu restoran yang berada di salah satu hotel di tengah bandar yang menawarkan makanan jenis vege kepada pengunjungnya. Status kehalalan toyiban nya tidak dapat dipastikan. Sepanjang berada di Hue aku hanya makan bekal roti perisa strawberi yang dibawa dari tanah air. Setelah meneliti beberapa faktor, maka aku mengambil keputusan untuk berada di Hue hanya 1 malam sahaja.


Keesokkan harinya aku sekali lagi menapak ke Hue Royal palace seawal pagi supaya dapat menghabiskan masa yang lebih di tempat wajib lawati itu. Bayaran masuk ke istana lama ini adalah sebanyak 150k VND tetapi ada pakej diskaun lain sekiranya berminat untuk berkunjung ke beberapa tempat menarik lain. Hue Royal palace a.k.a. imperial city ini bagi aku agak luas. Mengikut pembacaan aku ianya berada dalam pagar yang perimeternya sepanjang 2.5 km. Disini kalau bagi sapa yang rajin membaca, boleh lah membaca dan memahami sejarah mengenai keturunan dinasti vietnam dari Gia Long hinggalah ke raja terakhir. Banyak bahan bersejarah dan bangunan-bangunan yang dipengaruhi oleh pengaruh senibina China.

Royal palace a.k.a. imperial city (pintu masuk utama)













Mujurlah aku gerak ke sini awal sebab kebanyakan pengunjung adalah dari jenis late starter maka dapat lah aku mengunjungi bangunan-bangunan di imperial city ini tanpa perlu bersesak. Menjelang berakhirnya masa aku di imperial city ini barulah ramai pengunjung tiba dengan kadar yang begitu banyak sekali. Hujan pula mulai mencurah-curah turun maka aku kenakan ponco aku dan bergegas untuk pulang ke hotel bagi mengemas barang untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu pekan bersejarah Hoi An.






Meriam yang terdapat tepi jalan menuju ke imperial city


Tempat ni terletak di luar imperial city