Memandangkan kami semua tidur agak awal semalam jadi perjalanan hari ni bermula awal. Supir dah bagitahu semalam, seawal 8 pagi kami dah kena gerak dari hotel untuk elak macet dan perjalanan juga mengambil masa yang agak lama dan panjang. Hotel yang kami duduk (Fave Padang) bayarannya dah siap dengan buffet breakfast, so pepagi dalam kul 7 am kami dah melantak kat restoran cuma yg agak payah nak menyiapkan bebudak. Ada yg ngantuk lg dan xde mood nak makan dan macam-macam lagi la.
Pandangan dari tingkap bilik hotel aku pada waktu pagi, sebelum macet melanda.
Dalam jam 8 kami semua turun ke coaster yang dah siap siaga menunggu kami di parking kenderaan. Destinasi hari ni adalah ke Kota Bukit Tinggi , mostly untuk shopping. Jarak ke Bukit Tinggi dalam 120km tapi perjalanan akan amik masa dalam 3-4 jam jugak termasuk dengan singgah kat mana-mana destinasi sepanjang perjalanan nanti. Jesteru itu, air mineral dan kudap-kudapan memang dah kami siapkan untuk mengharungi perjalanan panjang nanti.
Pemandangan persekitaran kawasan yang kami singgah dokek Istano Minang.
Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi tetap menggunakan jalan yang sama seperti semalam. Kalau ikutkan memang agak membazir masa sebab terpaksa mengharungi 60km jalan yang sama (separuh perjalanan) tapi nak buat camner sebab itulah jalan yang paling hampir untuk ke Bukit Tinggi.(ada jalan lain tapi lagi jauh.) Apa yang menariknya, sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan gunung dan juga sawah padi tapi sekejap je sebab selepas tak sampai 30 minit masing-masing dah lena diulit intan dah.
Tompek shopping kami yang pertamo hari nih..
Destinasi pertama kami dalam perjalanan untuk hari kedua ini adalah sebuah kedai bernama Istano Minang yang terletak di Pandai Sikek. Pandai Sikek ni adalah satu kampung di daerah dalam tanah Sumatera yang terletak berdekatan dengan Bukit Tinggi yang terkenal dengan hasil tenunan nya. So kat sini boleh dapat kain-kain songket yang bermutu tinggi atau pun paling kurang elok dilihat. Harga nya aku takleh nak komen sebab aku masuk kedai tuh dalam 5-10 minit je sebab harga barang yang aku nak diluar kemampuan poket aku. Lama jugak kami kat sini, dalam sejam jugak lah sebab kedai nih memang banyak jugak barangan yang agak kacak untuk dilihat. Aku hanya lepak kat luar memandangkan cuaca kat sini agak nyaman jugak dan pemandangan persekitarannya memang superb dengan sawah padi menghijau.
Pemandangan Gunung Marapi atau Singgalang, den pun tak brapo pasti deh..
Lepas settle shopping, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi utama kami iaitu Bukit Tinggi dengan hati yang ceria bersama hasil borongan. Aku pun tak tahu berapa damagenya kat kedai tadi tapi bukan sikit-sikit jugak la. Aku cam biasa la..masuk kedai lenggang kangkung..keluar pun macam tuh gak..ada gak yang berkenan di hati tapi harganya cam overated jugak la. Dalam perjalanan kami berhenti sekejap di tepi jalan. Tujuannya adalah untuk merasa makan tradisi di kampung nih iaitu Bika Talago. Nama makanan tuh bika dan talago tuh telaga..Aku tak tahu apa signifikan nya tapi itulah kenyataannya. Bika nih ada dua jenis iaitu bika gula putih dan bika gula merah. Rasanya? Rasa macam makan tepung dengan kelapa parut. Lebih kurang macam makan putu piring kut. Lebih kurang la.
Bika (nama makanannya nih) yang kodainya tuh belakangnya ado tolago..so jadilah nama dia Bika Tolago.
Ok. Settle mencekik kami teruskan perjalanan. Tempat menarik di Bukit Tinggi tentulah menara jam yang terletak kat tengah bandar tu. Bak kata supir aku, ianya adalah diantara dua menara jam ikonik di dunia. Satu menara jam London dan satu lagi yang terdapat di Bukit Tinggi ni lah. Hmm..sukati ko lah. Dia belum tengok menara jam teluk anson lagi tuh, tapi menara jam Gadang nih memang tinggi dan agak iconic.
Kawasan persekitaran jam gadang sedang dalam pembinaan
Sepatutnya kedai-kedai shopping terletak kat bersebelahan menara tuh yang lebih dikenali dengan nama pasar Atas tapi malangnya masa kami tiba, Pasar Atas tuh terbakar tak lama dulu dan kerja-kerja buat bangunan baru sedang giat dijalankan. Kalau ikutkan ada 2 pasar kat tengah-tengah Bukit Tinggi nih; satu pasar Atas, satu lagi pasar Bawah. Pasar bawah tuh supir kami tak rekemenkan untuk pergi sebab ianya lebih kepada pasar atau deretan kedai yang kebanyakkan nya menjual barang-barang keperluan harian
Dari parking, kami kena berjalan agak-agak dalam 300-400 meter jugak nak ke bazar membeli belah yang terletak di deretan kedai berdekatan dengan menara jam. 300-400 meter bagi aku OK je..tapi kalau untuk warga emas dan juga nak bawak bebudak agak payah juga sebabnya trafik agak sibuk. Selain dari tuh...macam-macam la barang-barang yang dijual sepanjang jalan tuh yang bebudak nih nak. Ada yang muncung sampai ke lutut dan tak kurang jugak berguling-guling di lantai. Tabah je lah.
Bagi aku, barangan yang dijual di bazar Bukit Tinggi nih kualitinya agak jauh lebih low dari kedai yang kami singgah dalam perjalanan tadi. Harganya boleh la tahan kalau ko pandai tawar tapi kalau ikutkan rasa cam shopping kat downtown je. Kualitinya pun lebih kurang dengan pasar malam je. Yang nih pemerhatian aku pada t shirt yang digantung di kedai-kedai. Bukannya aku nak kondem, tapi takut pakai sekali dua dah koyak rabak. Lagi la membazir. So aku tinggalkan orang lain membuat aktiviti sendiri. Banyak gak aktiviti kat sini selain shopping; ada yang menunggang kuda (naik keter kuda), main belon dan macam-macam lagi. Kalau aku tak melarikan diri memang aku la yang akan kena payung tuh.
Pintu gerbang nih kat hujung jalan area pasar. Sebenarnya gerbang nih adalah pintu masuk taman haiwan a.k.a zoo.
OK. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang sepatutnya kami lawati; sebagai contohnya Nagarai Sianok (Sianok valley), Tasik Maninjau, dan Tasik Singkarak. Namun begitu, semuanya kami terpaksa cancel sebabnya no 1, terlampau banyak masa yang diambil untuk shopping. No 2, sebaik sahaja kami menaiki bas, hujan turun dengan selebat-lebatnya. So destinasi yang berdekatan adalah Sianok Valley, dekat je ngan jam Gadang tapi memandangkan hujan, kami tengok dari bas je la. Di Sianok Valley nih juga terdapatnya lubang jepang iaitu sebuah terowong yang dibina dan digunakan oleh tentera Jepun semasa pendudukan mereka di Bukit Tinggi.
Kedai makan tengahari kami di Bukit Tinggi hari ini. Masakan Padang lagi..dah kat daerah Padang..takkan nak makan ke ep si kut...
Turun je dari Pasar Atas, kami pergi sebentar ke Pasar Bawah sebab nak tengok betul ke barang-barang kat Pasar Bawah nih tak best. Setelah tunjukkan sedikit keadaan Pasar Bawah, kami sambung perjalanan kami. Kali ini hujan dah berenti dan kami pulak nak berhenti untuk makan tengah hari kat sebuah restoran nasi padang on the way balik. Takde apa yang baru tentang lunch hari nih. Bak kata orang, standard modus operandi; apa yang dihidangkan di meja lanyak sahaja selagi ada.
Tempat shopping seterusnya, kedai menjual makanan tradisional.
Settle makan kami meneruskan perjalanan. Destinasi seterusnya adalah gedung ole-ole Umi Aufa Hakim. Nama gempak kan? Ianya sebuah kedai yang menjual barang-barang makanan, kerepek, pes-pes masakan, biskut dan lain-lain lagi yang mostly berasaskan makanan tempatan. Memang banyak jugak lah jenis-jenis makanan dan pes nak memasak makanan minang yang boleh korang dapati di sini. Sambal bolado, biskut-biskut macam-macam lah. Tapi apa yang spesel kat sini adalah kerepeknya sebab fresh lagi. Goreng kat tepi kedai, seterusnya di pack terus dan dijual di kedai.
Staff kedai sedang menggoreng kerepek ubi..
Usai urusan shopping makanan tradisional, kami berangkat pulang semula ke hotel. Kami tiba di hotel pada waktu malam setelah selesai makan malam di restoran di Padang. Secara jujur aku cakap yang personally aku agak kecewa gak sebab banyak tempat yang terpaksa kami skip sama ada sebab hujan atau pun sebab tak cukup masa. Memandangkan ini memang satu trip shopping terpaksalah aku hadap walaupun pahit.
Bersambung...
Salam bro..ada 2 tempat paling cantik pada aku di Bkt Tinggi, Padang, Tasik Maninjau dgn air terjun di paya kumboh
ReplyDeleteSalam..ya betul..tak salah lagi..Tasik Maninjau tuh sebenarnya ada dalam itinerary tapi tak dapat pergi sebab hujan plus tak cukup time...itulah...kalau ada kesempatan kena buat trip solo lain kali...
DeleteSalam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak merancang melancong kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
ReplyDeleteWassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com