Ini merupakan trip terakhir aku dengan almarhum mak aku yang pulang ke rahmatullah pada bulan puasa tempoh hari. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Terima kasih atas segala kenangan dan kasih sayang. Allahuakbar..dari Dia kita datang dan kepadaNya juga kita akan kembali.
Selamat datang Padang dan Bukit Tinggi.
Boleh kata selang sehari dari aku touch down dari Maldives, aku berangkat pula ke Padang di Indonesia. Kali ini bukan trip solo macam kebiasaan tapi trip family yang dah dirancang kira-kira beberapa bulan yang lalu. Kalau dah nama trip family of cause lah kami amik pakej sebab lebih mudah untuk menguruskan jemaah yang kira-kira 12 orang kesemuanya. Semuanya adik perempuan aku yang uruskan sebabnya dia dah biasa amik pakej kalau travel ngan family dia. Pakej di sini bukannya bermaksud amik pakej dari agensi yang ada kat Malaysia sebabnya harganya sangat mahal (bagi aku lah) dan tak berbaloi tapi lebih kepada travel planning.
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Indonesia.
Maksudnya tiket flight beli sendiri, arrange sendiri hotel kat Padang dan contact supir2 yang boleh bagi pakej dan harga yang berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Semuanya adik aku settlekan so aku goyang kaki je lah. (Korang jgn tanya aku lak no supir tu..semuanya ada dalam Instagram...pilih je la)
Coaster kami sepanjang trip di Padang dan Bukit Tinggi.
Perjalanan dari Klia2 ke Padang tak lama sekitar 1 jam sahaja. Bebudak ni yang jarang naik flight menggelupur dalam flight tu. Nasib baik sejam, kalau 12 jam cam gi Paris mau pitam aku melayan kerenah sekor-sekor. Sampai di airport, kami semua terlebih dahulu menguruskan perihal bagasi dan juga hal2 immigration. Semua hal2 di airport tak susah sebab airport Padang tidaklah sibuk macam di Jakarta, Bali ataupun Surabaya. Setelah settle urusan, kami dijemput oleh supir yang dah menunggu di pintu keluar airport. Supir atau tour team yang akan membawa kami sepanjang trip terdiri dari 2 orang iaitu driver yang juga berfungsi sebagai main tour guide dan kelendan nya merangkap photographer sepanjang trip.
Antara menu santapan tengahari.
Terlebih dahulu kami dibawa oleh abang supir menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan airport. Hidangan yang disajikan umpama raja. Dalam 3-4 meja penuh dengan lauk dan nasi. Air je kena order sendiri. Maknanya kena tambah duit la kalau tak berapa berkenan dengan air kosong yang dihidangkan secara percuma. Walaupun meja penuh lauk tapi jangan terpedaya sebab setiap pinggan Ada seketul je lauk, tapi banyak jenis so boleh pilih-pilih la. Standard nasik Padang la. Rasanya? Boleh la..takde la tak sedap cuma aku pernah rasa yang lagi sedap.
Usai makan kami di bawa terus menuju ke Bukit tinggi sebelum kami sempat check in hotel. Kalau ikut itinerary nya kami akan dibawa ke Istana pagar ruyung yang agak jauh perjalanannya. Dalam perjalanan Kami singgah dulu di lembah anai, iaitu satu air terjun yang terletak dalam perjalanan. Bayaran masuk ke air terjun ni dah termasuk dalam pakej so aku tak pasti berapa bayarannya. Tapi tak Mahal la. Air terjunnya memang tinggi tapi pemandangannya biasa-biasa je. Maybe sebab jarang-jarang Ada air terjun yang berdekatan so ianya menjadi Salah satu tarikan menarik kat sini. Kalau nak tahu, Lembah Anai nih bukan satu nih je air terjun dia. Kalau tak silap aku sungai yang mengalir iaitu Sungai Batang Lurah yang turun dari Gunung Singgalang dan ianya pecah kepada 3 air terjun. Hanya air terjun Lembah Anai ini saja yang biasa dilawati memandangkan lagi 2 buah air terjun yang turun dari sungai yang sama terletak jauh dalam hutan dan menyukarkan akses ke sana.
Tak ada sebarang aktiviti kat sini kecuali mengambil gambar di sini tapi personally air terjunnya biasa-biasa je (air terjun sipiso-piso di Tongging jauh lebih cantik) tapi pemandangan persekitarannya agak menarik terutama jambatan rel keretapi lama yang terletak kampung dibawahnya. Kabarnya dulu pernah terjadi hujan lebat berterusan menyebabkan air terjun Lembah Anai ini melimpah sehingga ke jalan raya dan menghanyutkan kereta yang sedang lalu lalang di sana.
Selepas settle di lembah anai, kami meneruskan perjalanan ke Pagar ruyung. Kat sini ada drama sikit. Supir kami ingat kami akan menginap di Bukit Tinggi tapi sebenarnya kami dah book hotel di Padang sepanjang trip kami di sini. So dia kata tak sempat nak ke Pagar Ruyung memandangkan hari dah agak lewat sekiranya kami meneruskan perjalanan ke Sana. Terkedu hampir semua kat dalam coaster tapi last-last kami pakat-pakat setuju untuk ke lokasi cadangan iaitu Pusat Dokumentasi dan informasi kebudayaan Minangkabau (panjang betul nak nyebutnya) yang terletak kat Padang Panjang, kira-kira separuh jalan dari nak ke Pagar Ruyung.
Kat sini agak lama gak Kami stay sebab dah ramai-ramai ni memang banyak la aktiviti nak dibuat. Dengar info yang diberi oleh staff kat sana, try baju traditional orang minang dan yang paling banyak adalah sessi bergambar. Di pusat ni (malas nak taip panjang-panjang sbb tak mau susahkan korang baca) terdapat rumah gadang yang agak godang jugak tapi tak pasti besar sama ngan Istana pagar ruyung ke tak dan didalamnya macam muzium, penuh dengan info pasal Minangkabau. Larat tak larat je baca. Dalam sejam dua gak kami kat sana. Kat sini tak ramai sangat pengunjung dan aku rasa ramai pengunjung yang berkunjung ke Pagar Ruyung memandangkan ia adalah salah satu tarikan utama di Padang-Bukit Tinggi. Bagi aku sama je sebab bagi aku yang penting adalah sedikit pengetahuan mengenai adat pepatih yang berasal dari tanah minang nih yang mana dikabarkan anak perempuan yang mewarisi harta pusaka, yang mana bercanggah dengan ajaran Islam.
Abis aktiviti di pusat ni kami dibawa kembali ke Padang untuk ke hotel penginapan. Perjalanan mengambil masa lebih dari 2 jam. Perjalanan ni rasanya antara perjalanan 60km paling lama dalam hidup aku. Kami sampai di Padang dah masuk waktu Maghrib so supir membawa kami makan terlebih dahulu. Tak logik la kalau check in hotel dulu pastu nak keluar balik untuk makan. Sure budak-budak ni dah tak mau keluar dah.
So malam kami makan kat satu restoran bakar-bakar. Macam-macam ada tapi kami semua dah penat gila so tak berapa nak appreciate makan tu sangat. Bebudak ni ada yang makan sambil tidur tapi makanan tetap jugak habis. Lapar beb. So lepas makan misi nya adalah mencari pop mi utk standby kalau ada yang lapar lagi (dah makan sambil tidur tadi.) Settle popmi kami semua balik hotel utk check ini kat Fave hotel Padang. Hotelnya ok tapi lobi ngan lift nya agak kecikla untuk menampung guess yang datang ramai tetiba.
Sempat jugak aku melihat menu dinner kami sedang dimasak / dibakar.
Antara makanan malam ini iaitu cumi bakar ala Padang.
Settle check in, masuk bilik semua dah X sedarkan diri. Biasa aku travel solo takde la rasa penat cenggini. Zzz..
Bersambung..
Thanks for sharing...
ReplyDeleteTq for reading..
DeleteSalam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Bandung.
ReplyDeleteDriver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
Makanan yang dijamu juga enak.
Pokoknya,kalau mahu ke Bandung hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
Makasih ya empunya blog
Facebook: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi