Sunday, 16 June 2019

Kesimpulan trip, trick and tricks dan perbelanjaan di Maldives

Maldives memang satu negara yang menarik tapi ianya merupakan sebuah negara yang terdiri dari 26 atoll ( kepulauan yang berbentuk cincin.) dan mempunyai ribuan pulau keseluruhannya. Apa maknanya? Maknanya untuk nak menjelajah di setiap pulau di Maldives akan mengambil masa dan kewangan yang banyak sekali; dan jaraknya bukan calang-calang anak. 



Sunrise in Maldives

Secara jujurnya aku katakan yang Maldives bukan untuk aku. Maybe stay 2-3 malam dah cukup sebabnya Maldives nih lebih sesuai untuk orang-orang yang nak betul-betul berehat dengan suasana yang amatlah lay back, bermalas-malasan dan membuat aktiviti-aktiviti yang ringan dan santai. Pantainya memang sangat superb, lautnya apatah lagi jernih sampai kadang-kadang korang pun tak tahu berapa dalam dasarnya.


Budaya dan sosio ekonomi

Maldives nih sebenarnya sangatlah berbeza dari apa yang aku imagine sebelum ini. Sebagai contoh, kalau korang taip carian dalam insta atau di mana-mana, kalau Maldives je mesti gambar yang banyak keluar selain dari gambar air jernih serta resort-resort mewah di pulau-pulau adalah awek mat saleh separuh bogel tayang punggung kat lensa kamera  tapi realiti sebenarnya adalah sedikit berbeza.


Menara masjid terbesar di Maldives

Penduduk Maldives nih sebenarnya kalau tak semua, 90-100% adalah beragama Islam. Berdasarkan beberapa peraturan yang dikenakan di Maldives seperti larangan membawa daging babi (sama macam Malaysia) dan alcohol ke Maldives menunjukkan Islam di Maldives adalah lebih moderate dari negara kita. Arak juga tidak dibenarkan dijual secara open di kedai-kedai di Maldives kecuali di private island dan resort-resort.

  

Masjid Sheikh Qasim bin Al-Thani atau masjid Hulhumale

Selain dari itu, kalau korang berjalan atau menyusuri pulau-pulau besar yang berkependudukan tinggi seperti Male dan Hulhumale, korang akan dapati yang kurang terdapat tourist (terutama yang boleh dilihat dari jauh seperti mat salleh) yang mengenakan pakaian yang agak terdedah seperti bikini; bukan sahaja di bandar namun di public beach juga. Bahkan di setiap pulau (tak termasuk private island) , korang tak dibenarkan berbikini di merata-rata tempat. Ada designated area untuk korang berbikini (nih yang Siti Kassim marah sangat nih..menghalang kebebasan / hak asasi wanita mendedahkan aurat katanya) di setiap pulau yang berpenghuni. Bak kata staff bot snorkeling aku, "the local don't want to see your ass". So ini juga satu hak asasi yang juga perlu dihormati.


Hulhumale Central Park

Kedai-kedai di pulau-pulau tutup agak awal dalam jam 9-10 malam tapi aku tak pasti di Male. So kalau nak beli apa-apa kena pergi sebelum waktu tuh la. Cafe-cafe maybe tutup lewat sikit tapi nak beli barang-barang keperluan harian nampaknya agak terbatas.

Dari segi ekonomi, harga barangan dan makanan di Maldives agak lebih tinggi dari di Malaysia. (kalau nak compare dengan Malaysia lah) Tapi apa yang membuatkan ianya menjadi sangat mahal (bagi pengembara miskin cam aku) adalah tukaran duit Malaysia berbanding Maldives.


Transportation

Bot atau feri adalah pengangkutan yang utama di Maldives disebabkan keadaan muka buminya yang dibezakan oleh laut. Namun begitu terdapat beberapa jenis pengangkutan lain yang boleh didapati di pulau-pulau yang besar seperti Male dan Hulhumale seperti bas dan juga teksi. Kalau tiba di airport dan bercadang untuk menginap di Hulhumale, bas atau teksi adalah pengangkutan yang paling sesuai untuk ke sana. Bagi sesiapa yang menginap di hotel-hotel atau resort-resort mewah, biasa pengangkutan ke hotel telah disediakan bagi memudahkan pelancong namun bagi yang duduk secara budget boleh je naik bas bagi yang tak berapa ada budget lebih dan teksi bagi yang lebih berkemampuan. Sebenarnya bayaran untuk teksi takde lah mahal sangat pun dan aku akan recomend pada korang sekiranya korang mempunyai barang yang agak banyak ataupun korang travel berkumpulan, lebih baik korang naik teksi je.


Yang biru tuh public ferry manakala yang putih tuh speed boat.

Kalau ada budget lebih ataupun korang book hotel di pulau-pulau yang agak terpencil, salah satu choice yang boleh dicuba adalah seaplane. Harganya jangan ditanya la..kalau di google dapatlah jugak idea berapa yang nak kena bayar tapi ianya tak murah lah. Cuma tak semua traveler yang badget ciput cam aku..Ada yang macam Nilopa atau anak tan sri dalam citer melayu time maghrib boleh la cuba. Adakalanya tempoh perjalanan ke destinasi resort yang korang booking tuh maybe mengambil masa yang sangat lama, so seaplane nih memang satu alternatif yang boleh dipertimbangkan.


Hotel

Ada beratus atau beribu-ribu hotel di Maldives (lebih kurang la) dan ianya  terdiri dari pelbagai jenis bergantung pada service yang disediakan dan juga harga. Kalau resort yang mahal memang banyak facilities dan service yang disediakan. Contohnya bilik besar, ada swimming pool dalam bilik, dari balcony boleh direct terjun ke laut, free flow drinks, buffet breakfast, lunch atau dinner dan free transfer dari airport. Ini adalah contoh-contoh apa yang resort atau hotel mahal yang dapat offer korang. Sebab tuh harganya kalau fikirkan memang tak masuk akal. 

Namun begitu kalau korang tak berapa nak loaded tapi nak menikmati gaya hidup rich and famous tanpa perlu menginap di sana, caranya adalah dengan mengikuti trip resort day trip ataupun resort excursion di mana korang bayar sejumlah wang dan korang akan dibawa ke resort yang korang pilih. Disana korang akan diberi 1 hari untuk lepak di resort tuh, free buffet lunch dan free flow air (biasanya air bergas) So boleh la korang berpeleseran sepanjang hari di private island dan menggunakan facilities resort seperti yang telah dipersetujui.


Pemandangan Male dari tepi laut..mostly hotel area nih terdiri dari hotel yang mahal-mahal sebab view nya yang menarik.

Kalau duduk hotel budget cam biasa la..Kadang-kadang breakfast pun takde. Bukan setakat free breakfast, kadang-kadang tu dapur pun diorang takde. Tapi jangan memandang rendah akan budget hotel sebab adakalanya service yang diberikan agak bagus tapi yang diorang lack adalah kekurangan dari segi facilities. Harga hotel budget pun xde la budget sangat kalau di Maldives. Ini disebabkan kadar ringgit yang lemah berbanding USD dan maldives ruffiya. Disamping itu, harga lebih tinggi disebabkan oleh tax yang dikenakan oleh kerajaan sebagai contohnya salah satu hotel yang aku booking, harga hotel asal adalah 50 usd tapi aku kena bayar environmental tax sebanyak 6usd, service charge 6 usd dan VAT (value added tax) sebanyak 6usd. So rata-rata harga hotel paling murah adalah dalam RM150-RM200. Jangan silap baca ye...ini yang paling murah.


Keselamatan

So far aku berada di Maldives selama 5 hari (5 hari takleh la sembang macam duduk 10 tahun) aku dapati Maldives ni memang selamat; maksud aku dari segi sosialnya. Kalau berjalan waktu malam (aku hanya berjalan di Maafushi dan Hulhumale sahaja) tiada sebarang gangguan yang akan korang tempuhi. Namun begitu kalau korang ke Male, sila lah berhati-hati dengan keadaan trafik yang tinggi. Diorang nih kalau bawak motor boleh tahan juga tak bertimbang rasa nya.

Sepanjang 5 hari aku di Maldives, rata-ratanya semua yang aku temui adalah baik-baik belaka tapi mustahil lah semua orang baik sebab kat Maafushi pun ada penjara. Di Maldives ada ramai pekerja asing, macam di Malaysia jugak rata-rata nya bangladesh. Aku tak sure dalam bidang pekerjaan yang lain tapi ada beberapa staff hotel yang aku temui rata-ratanya abangla.



Nampak tak motor yang banyak-banyak tengah beratur tuh? Diorang tengah berbaris nak isi minyak.

Makanan

Makanan aku rasa keseluruhan Maldives menawarkan makanan halal tanpa was-was sebab ratanya penduduknya Muslim. Kalau bagi non muslim lagi lah takde halangan nya cuma kalau nak makan bakuteh tak dapat la kat sini. Makan kat Malaysia sudah. Aku sendiri tak tahu apa makanan tradisi orang Maldives nih. Makanannya boleh dikatakan lebih kurang Malaysia je; nasik goreng, mee goreng, even nasik lemak pun aku ada jumpa signboardnya. (tak makan lah..baik aku makan kat kampung) Cuma kebanyakkan hidangannya lebih berkisar tentang ikan dan makanan laut yang lain.



Nasik goreng ikan salmon kalau tak silap aku dengan papodom.

Contohnya, nasik goreng ikan salmon panggang, nasik putih dengan ikan sardin bakar, sting ray bakar special dan lebih kurang camtuh la makanan nya. Ayam? Kalau korang boleh makan octopus masak merah kat Maldives, buat apa korang nak order ayam goreng? Tapi last day ari tuh aku makan briyani ayam kat airport, bila fikirkan balik terasa looser nya jadi orang miskin.




Tips and Tricks

1) Kalau nak ke pulau-pulau lain boleh naik public ferry atau speed boat
Public Ferry - murah tapi lambat (slow)
Speed boat - mahal tapi cepat
Seaplane - sangat cepat tapi sangat mahal (bagi aku la)

2) Sim card (optional)
Ada 2 provider yang terkenal iaitu Ooredoo dan Dhiragoo. Pakej sim traveller bermula USD 11 hingga USD 50.  Boleh pakai wifi hotel je kalau tak mahu beli sim cuma setiap wifi ada password dan jarang jumpa yang free.

3) Better book hotel secara online terlebih dahulu sebab boleh dapat lebih murah dari walk-in.

4) Check cuaca sebelum booking tiket flight. Better pergi time cuaca cerah.

5) Bagi yang non-muslim better jangan ke Maldives time bulan Ramadan (puasa) sebab choice untuk makanan di siang hari agak terhad.

6) Check betul-betul tax dan kos-kos tersembunyi terutama sekali bila booking hotel. Sebab mostly setiap hotel ada sahaja tax yang berbeza-beza. Makan pun sama. Misalnya dalam menu tulis 100 rufiya last-last bil datang korang kena bayar dalam 120 rufiya. Contohnya..

7) Semak dulu harga pakej yang ditawarkan. Kadang-kadang korang boleh dapat diskaun lagi dari apa yang ditulis dalam broshure. Tapi janganlah mendesak sangat.

8) Bawa USD untuk tukaran. Boleh tukar rufiya di airport atau di Male atau Hulhumale.





Harga sim card yang terdapat di Velana airport (Male / Hulhumale airport)

Berikut seperti di bawah ini, aku listkan perbelanjaan aku seadanya di Maldives untuk perhatian korang semua..Semoga memberi manafaat.



Maldives budget 

Flight tiket rm735 
Makanan rm20 (airasia)
Overall rm755

Day 1 
Hotel rm 160 
Bas ke hotel usd 2
Air usd 1 + 10 rufiya 
Total USD 3 (rm12.60) 10 ruff (rm2.70) Rm175.30 

2nd day 
Free breakfast 
Beli air 25 rufiya 
Feri ke male 5.5 rufiya 
Feri male ke maafusi 22 ruff 
Hotel x 2 malam usd 69 
Shark bay usd 45 
Tips usd 1 
Dinner 189 ruff 
Total day 2 Usd 115 (rm483) Ruff 241.50 (rm65.20) Rm 548.20 

3rd day 
Free breakfast 
Free lunch 
Buffet dinner 185 ruff 
Overall rm 49.95 

4th day 
Free breakfast 
Souvenir 355 ruf 
Speed boat usd 25 
Hotel usd 43.50 
Lunch 90 ruf +15 ruf tax 
Bas to Hulhumale 20 ruf 
Beli air 25 ruf 
Air Milo 7 ruf 
Dinner 100 ruf 
Overall 612 ruf (165.24) Usd 68.50 ( 287.70) Rm 233.75 

5th day 
Minum pagi 15 ruf 
Breakfast takde 
Bus to airport 20 ruf 
Simpan beg usd 6 
Public ferry airport to male 10 ruf 
Muzium 110 ruf 
Air kapucino 15 ruf 
Lunch 155 ruf 
Boat to airport 10 ruf 
Overall 335 ruf (90) Usd 6 (25.20) Rm 115.20 

Total overall RM1877.40 
Plus chocolate frappe usd 3.5 
and mineral water 30 ruf 



No comments:

Post a Comment