Showing posts with label maldives. Show all posts
Showing posts with label maldives. Show all posts

Sunday, 16 June 2019

Kesimpulan trip, trick and tricks dan perbelanjaan di Maldives

Maldives memang satu negara yang menarik tapi ianya merupakan sebuah negara yang terdiri dari 26 atoll ( kepulauan yang berbentuk cincin.) dan mempunyai ribuan pulau keseluruhannya. Apa maknanya? Maknanya untuk nak menjelajah di setiap pulau di Maldives akan mengambil masa dan kewangan yang banyak sekali; dan jaraknya bukan calang-calang anak. 



Sunrise in Maldives

Secara jujurnya aku katakan yang Maldives bukan untuk aku. Maybe stay 2-3 malam dah cukup sebabnya Maldives nih lebih sesuai untuk orang-orang yang nak betul-betul berehat dengan suasana yang amatlah lay back, bermalas-malasan dan membuat aktiviti-aktiviti yang ringan dan santai. Pantainya memang sangat superb, lautnya apatah lagi jernih sampai kadang-kadang korang pun tak tahu berapa dalam dasarnya.


Budaya dan sosio ekonomi

Maldives nih sebenarnya sangatlah berbeza dari apa yang aku imagine sebelum ini. Sebagai contoh, kalau korang taip carian dalam insta atau di mana-mana, kalau Maldives je mesti gambar yang banyak keluar selain dari gambar air jernih serta resort-resort mewah di pulau-pulau adalah awek mat saleh separuh bogel tayang punggung kat lensa kamera  tapi realiti sebenarnya adalah sedikit berbeza.


Menara masjid terbesar di Maldives

Penduduk Maldives nih sebenarnya kalau tak semua, 90-100% adalah beragama Islam. Berdasarkan beberapa peraturan yang dikenakan di Maldives seperti larangan membawa daging babi (sama macam Malaysia) dan alcohol ke Maldives menunjukkan Islam di Maldives adalah lebih moderate dari negara kita. Arak juga tidak dibenarkan dijual secara open di kedai-kedai di Maldives kecuali di private island dan resort-resort.

  

Masjid Sheikh Qasim bin Al-Thani atau masjid Hulhumale

Selain dari itu, kalau korang berjalan atau menyusuri pulau-pulau besar yang berkependudukan tinggi seperti Male dan Hulhumale, korang akan dapati yang kurang terdapat tourist (terutama yang boleh dilihat dari jauh seperti mat salleh) yang mengenakan pakaian yang agak terdedah seperti bikini; bukan sahaja di bandar namun di public beach juga. Bahkan di setiap pulau (tak termasuk private island) , korang tak dibenarkan berbikini di merata-rata tempat. Ada designated area untuk korang berbikini (nih yang Siti Kassim marah sangat nih..menghalang kebebasan / hak asasi wanita mendedahkan aurat katanya) di setiap pulau yang berpenghuni. Bak kata staff bot snorkeling aku, "the local don't want to see your ass". So ini juga satu hak asasi yang juga perlu dihormati.


Hulhumale Central Park

Kedai-kedai di pulau-pulau tutup agak awal dalam jam 9-10 malam tapi aku tak pasti di Male. So kalau nak beli apa-apa kena pergi sebelum waktu tuh la. Cafe-cafe maybe tutup lewat sikit tapi nak beli barang-barang keperluan harian nampaknya agak terbatas.

Dari segi ekonomi, harga barangan dan makanan di Maldives agak lebih tinggi dari di Malaysia. (kalau nak compare dengan Malaysia lah) Tapi apa yang membuatkan ianya menjadi sangat mahal (bagi pengembara miskin cam aku) adalah tukaran duit Malaysia berbanding Maldives.


Transportation

Bot atau feri adalah pengangkutan yang utama di Maldives disebabkan keadaan muka buminya yang dibezakan oleh laut. Namun begitu terdapat beberapa jenis pengangkutan lain yang boleh didapati di pulau-pulau yang besar seperti Male dan Hulhumale seperti bas dan juga teksi. Kalau tiba di airport dan bercadang untuk menginap di Hulhumale, bas atau teksi adalah pengangkutan yang paling sesuai untuk ke sana. Bagi sesiapa yang menginap di hotel-hotel atau resort-resort mewah, biasa pengangkutan ke hotel telah disediakan bagi memudahkan pelancong namun bagi yang duduk secara budget boleh je naik bas bagi yang tak berapa ada budget lebih dan teksi bagi yang lebih berkemampuan. Sebenarnya bayaran untuk teksi takde lah mahal sangat pun dan aku akan recomend pada korang sekiranya korang mempunyai barang yang agak banyak ataupun korang travel berkumpulan, lebih baik korang naik teksi je.


Yang biru tuh public ferry manakala yang putih tuh speed boat.

Kalau ada budget lebih ataupun korang book hotel di pulau-pulau yang agak terpencil, salah satu choice yang boleh dicuba adalah seaplane. Harganya jangan ditanya la..kalau di google dapatlah jugak idea berapa yang nak kena bayar tapi ianya tak murah lah. Cuma tak semua traveler yang badget ciput cam aku..Ada yang macam Nilopa atau anak tan sri dalam citer melayu time maghrib boleh la cuba. Adakalanya tempoh perjalanan ke destinasi resort yang korang booking tuh maybe mengambil masa yang sangat lama, so seaplane nih memang satu alternatif yang boleh dipertimbangkan.


Hotel

Ada beratus atau beribu-ribu hotel di Maldives (lebih kurang la) dan ianya  terdiri dari pelbagai jenis bergantung pada service yang disediakan dan juga harga. Kalau resort yang mahal memang banyak facilities dan service yang disediakan. Contohnya bilik besar, ada swimming pool dalam bilik, dari balcony boleh direct terjun ke laut, free flow drinks, buffet breakfast, lunch atau dinner dan free transfer dari airport. Ini adalah contoh-contoh apa yang resort atau hotel mahal yang dapat offer korang. Sebab tuh harganya kalau fikirkan memang tak masuk akal. 

Namun begitu kalau korang tak berapa nak loaded tapi nak menikmati gaya hidup rich and famous tanpa perlu menginap di sana, caranya adalah dengan mengikuti trip resort day trip ataupun resort excursion di mana korang bayar sejumlah wang dan korang akan dibawa ke resort yang korang pilih. Disana korang akan diberi 1 hari untuk lepak di resort tuh, free buffet lunch dan free flow air (biasanya air bergas) So boleh la korang berpeleseran sepanjang hari di private island dan menggunakan facilities resort seperti yang telah dipersetujui.


Pemandangan Male dari tepi laut..mostly hotel area nih terdiri dari hotel yang mahal-mahal sebab view nya yang menarik.

Kalau duduk hotel budget cam biasa la..Kadang-kadang breakfast pun takde. Bukan setakat free breakfast, kadang-kadang tu dapur pun diorang takde. Tapi jangan memandang rendah akan budget hotel sebab adakalanya service yang diberikan agak bagus tapi yang diorang lack adalah kekurangan dari segi facilities. Harga hotel budget pun xde la budget sangat kalau di Maldives. Ini disebabkan kadar ringgit yang lemah berbanding USD dan maldives ruffiya. Disamping itu, harga lebih tinggi disebabkan oleh tax yang dikenakan oleh kerajaan sebagai contohnya salah satu hotel yang aku booking, harga hotel asal adalah 50 usd tapi aku kena bayar environmental tax sebanyak 6usd, service charge 6 usd dan VAT (value added tax) sebanyak 6usd. So rata-rata harga hotel paling murah adalah dalam RM150-RM200. Jangan silap baca ye...ini yang paling murah.


Keselamatan

So far aku berada di Maldives selama 5 hari (5 hari takleh la sembang macam duduk 10 tahun) aku dapati Maldives ni memang selamat; maksud aku dari segi sosialnya. Kalau berjalan waktu malam (aku hanya berjalan di Maafushi dan Hulhumale sahaja) tiada sebarang gangguan yang akan korang tempuhi. Namun begitu kalau korang ke Male, sila lah berhati-hati dengan keadaan trafik yang tinggi. Diorang nih kalau bawak motor boleh tahan juga tak bertimbang rasa nya.

Sepanjang 5 hari aku di Maldives, rata-ratanya semua yang aku temui adalah baik-baik belaka tapi mustahil lah semua orang baik sebab kat Maafushi pun ada penjara. Di Maldives ada ramai pekerja asing, macam di Malaysia jugak rata-rata nya bangladesh. Aku tak sure dalam bidang pekerjaan yang lain tapi ada beberapa staff hotel yang aku temui rata-ratanya abangla.



Nampak tak motor yang banyak-banyak tengah beratur tuh? Diorang tengah berbaris nak isi minyak.

Makanan

Makanan aku rasa keseluruhan Maldives menawarkan makanan halal tanpa was-was sebab ratanya penduduknya Muslim. Kalau bagi non muslim lagi lah takde halangan nya cuma kalau nak makan bakuteh tak dapat la kat sini. Makan kat Malaysia sudah. Aku sendiri tak tahu apa makanan tradisi orang Maldives nih. Makanannya boleh dikatakan lebih kurang Malaysia je; nasik goreng, mee goreng, even nasik lemak pun aku ada jumpa signboardnya. (tak makan lah..baik aku makan kat kampung) Cuma kebanyakkan hidangannya lebih berkisar tentang ikan dan makanan laut yang lain.



Nasik goreng ikan salmon kalau tak silap aku dengan papodom.

Contohnya, nasik goreng ikan salmon panggang, nasik putih dengan ikan sardin bakar, sting ray bakar special dan lebih kurang camtuh la makanan nya. Ayam? Kalau korang boleh makan octopus masak merah kat Maldives, buat apa korang nak order ayam goreng? Tapi last day ari tuh aku makan briyani ayam kat airport, bila fikirkan balik terasa looser nya jadi orang miskin.




Tips and Tricks

1) Kalau nak ke pulau-pulau lain boleh naik public ferry atau speed boat
Public Ferry - murah tapi lambat (slow)
Speed boat - mahal tapi cepat
Seaplane - sangat cepat tapi sangat mahal (bagi aku la)

2) Sim card (optional)
Ada 2 provider yang terkenal iaitu Ooredoo dan Dhiragoo. Pakej sim traveller bermula USD 11 hingga USD 50.  Boleh pakai wifi hotel je kalau tak mahu beli sim cuma setiap wifi ada password dan jarang jumpa yang free.

3) Better book hotel secara online terlebih dahulu sebab boleh dapat lebih murah dari walk-in.

4) Check cuaca sebelum booking tiket flight. Better pergi time cuaca cerah.

5) Bagi yang non-muslim better jangan ke Maldives time bulan Ramadan (puasa) sebab choice untuk makanan di siang hari agak terhad.

6) Check betul-betul tax dan kos-kos tersembunyi terutama sekali bila booking hotel. Sebab mostly setiap hotel ada sahaja tax yang berbeza-beza. Makan pun sama. Misalnya dalam menu tulis 100 rufiya last-last bil datang korang kena bayar dalam 120 rufiya. Contohnya..

7) Semak dulu harga pakej yang ditawarkan. Kadang-kadang korang boleh dapat diskaun lagi dari apa yang ditulis dalam broshure. Tapi janganlah mendesak sangat.

8) Bawa USD untuk tukaran. Boleh tukar rufiya di airport atau di Male atau Hulhumale.





Harga sim card yang terdapat di Velana airport (Male / Hulhumale airport)

Berikut seperti di bawah ini, aku listkan perbelanjaan aku seadanya di Maldives untuk perhatian korang semua..Semoga memberi manafaat.



Maldives budget 

Flight tiket rm735 
Makanan rm20 (airasia)
Overall rm755

Day 1 
Hotel rm 160 
Bas ke hotel usd 2
Air usd 1 + 10 rufiya 
Total USD 3 (rm12.60) 10 ruff (rm2.70) Rm175.30 

2nd day 
Free breakfast 
Beli air 25 rufiya 
Feri ke male 5.5 rufiya 
Feri male ke maafusi 22 ruff 
Hotel x 2 malam usd 69 
Shark bay usd 45 
Tips usd 1 
Dinner 189 ruff 
Total day 2 Usd 115 (rm483) Ruff 241.50 (rm65.20) Rm 548.20 

3rd day 
Free breakfast 
Free lunch 
Buffet dinner 185 ruff 
Overall rm 49.95 

4th day 
Free breakfast 
Souvenir 355 ruf 
Speed boat usd 25 
Hotel usd 43.50 
Lunch 90 ruf +15 ruf tax 
Bas to Hulhumale 20 ruf 
Beli air 25 ruf 
Air Milo 7 ruf 
Dinner 100 ruf 
Overall 612 ruf (165.24) Usd 68.50 ( 287.70) Rm 233.75 

5th day 
Minum pagi 15 ruf 
Breakfast takde 
Bus to airport 20 ruf 
Simpan beg usd 6 
Public ferry airport to male 10 ruf 
Muzium 110 ruf 
Air kapucino 15 ruf 
Lunch 155 ruf 
Boat to airport 10 ruf 
Overall 335 ruf (90) Usd 6 (25.20) Rm 115.20 

Total overall RM1877.40 
Plus chocolate frappe usd 3.5 
and mineral water 30 ruf 



Monday, 10 June 2019

Maldives : Episod 5 (Last but not least)

Hotel aku last day nih tak menyediakan sebarang free breakfast macam hotel-hotel sebelum ini. (Patutla harganya murah) Jadi waktu pagi aku berjalan agak terhad tambahan pula aku dah cover hampir sebahagian besar Hulhumale semalam dan juga 2nd day aku di Maldives. Pagi weekends di Hulhumale memang pelik. Cafe-cafe yang terdapat di tepi pantai kebanyakkannya tak bukak; kalau bukak pun xde sebarang makanan, hanya minum sahaja. Itu yang aku terkena pagi-pagi dah minum coke kat tepi laut. Kuih atau kek pun xde..sedih betul la. Ada..tapi aku malas nak berjalan jauh dari hotel, ingatkan nak lepak-lepak tepi pantai sambil melihat pemandangan rupanya gagal.


Lepak-lepak di tepi pantai sambil2 minum coke di pagi yang sepi.

Naik kembali di hotel, takde apa aktiviti menarik yang dilakukan selain dari mengemas beg dan tidur-tidur ayam. Dalam jam 11 pagi, aku check out dari hotel. Dalam keadaan lapar dan dahaga, aku terlebih dahulu ke shopping mart untuk membeli sedikit bekalan perjalanan nanti. (bukan beli apa pun, coke besar sebotol) dan seterusnya berjalan kaki menuju ke bas stand. Aku tak sure sama ada bas di Hulhumale ada route yang berlainan antara satu sama lain sebab bila aku berada di bas stand, ada beberapa jenis (nombor bas) yang berlainan. Dalam 20-30 minit menunggu, akhirnya bas yang dinanti-nantikan telah tiba. Ya..agak lama gak menunggu tapi kalau takde sebarang benda rushing yang nak dibuat memang aku rasa ok je pun. Perjalanan menaiki bas macam biasa, sebab dah 3 kali aku naik bas nih dan jaraknya tak jauh pun cuma kali bas hampir penuh dengan penumpang.



Jeti public ferry airport Hulhumale

Sampai di airport aku segera simpan backpack aku di luggage storage yang terdapat di sana. Tak dikenakan sebarang bayaran, tapi dapat tiket yang perlu disimpan dan diserahkan semula masa nak amik balik beg tuh yang mana bayaran akan dikenakan semasa mengambil beg nanti berdasarkan hari beg disimpan di dalam locker atau bilik simpanan beg. OK..settle satu hal so aku dengan daily pack aku bersedia untuk menjelajah Male (lagi). So aku dengan daily pack aku bergerak menuju ke bangunan jeti public ferry ke Male. Tak jauh pun, tak sampai 200 meter dari tempat aku simpan beg. Feri ke Male dari airport kalau tak silap aku kekerapannya agak tinggi jadi tiada masalah kalau tertinggal feri.



Pemandangan bandar Male sebaik sahaja mendarat dari feri.

Perjalanan dari jeti airport ke Male dalam 10-15 minit sahaja dan tambangnya murah sahaja kalau naik public feri.Feri nya tidak sebesar public feri ke Maafushi dan penumpang nya pun tidak ramai. So suasana dalam feri tuh agak selesa dengan angin yang bergerak lancar membuatkan perjalanan agak nyaman. Dari jeti Male aku menapak lebih kurang dalam 600 - 700 meter bagi ke destinasi seterusnya. Tempat pertama yang aku lawati di Male ialah Hukuru Miskiy. Ia merupakan antara masjid yang tertua di Maldives.  Sebenarnya dari hari kedua lagi aku mencari Hukuru Miskiy nih sebabnya ada orang silap tag di dalam google map yang masjid nih terletak di Hulhumale. Berpeluh aku mencari kedudukannya di Hulhumale tapi apa yang dinyatakan dalam google adalah masjid yang lain yang berbentuk unik gak tapi tak macam Hukuru Miskiy nih.



Minaret masjid yang terletak di tepi jalan. Jauh jugak dari bangunan masjid.

Apa yang menarik mengenai masjid nih adalah sebahagian dari masjid nih dibina dari batu karang dan juga coral yang terdapat pada masa tersebut. So itulah sebabnya yang aku beria-ia nak melawat masjid nih sebabnya nak melihat sendiri rekabentuk unik yang terdapat di Maldives ini. Lagi satu ianya juga tersenarai dalam UNESCO world heritage site di Maldives. (Oppss..sori..bekas..dah kena tarik balik tahun 90an) Bangunan utamanya dibina dari kayu keras dan banyak dihiasi oleh ukiran-ukiran yang bermotifkan flora dan juga terdapat ukiran yang berciri Islam dari kayu dan juga coral pada bahagian bawah bangunan.(Dari tanah ke tangga)



Kubur-kubur lama yang terdapat di perkarangan masjid.




Bahagian dalam masjid. Sori..kamera macam hampeh bila low light. Dalam masjid nih memang gelap gulita time bukan waktu solat.

Next destination adalah istana rasmi presiden Maldives yang terletak betul-betul seberang jalan dari Hukuru Miskiy. Sebenarnya aku tak tahu pun ada istana / kediaman rasmi presiden dekat-dekat sini tapi memandangkan dah terjumpa so aku pun ambil sikit masa untuk amik gambar di depan gate je sebab istana presiden kalau boleh masuk suka hati, esok aku jadi king of Maldives lah. Istana nih tak dibuka kepada orang awam dan kawalan keselamatannya memang ketat so amik gambar saja lah.




Pagar kediaman rasmi presiden Maldives. Tak macam kediaman PM atau raja kita kan?

Kaki berjalan membawa aku ke tengah-tengah November 3 memorial. Memorial ini dibina pada  untuk mengenang tragedi serangan tentera asing terhadap Maldives pada 3 November 1988 yang mana pengganas tamil elam hampir-hampir berjaya untuk menjatuhkan kerajaan Maldives pada masa itu. Memorial nih simple je tapi ianya dikawal oleh beberapa orang askar yang lengkap bersenjatakan mesingun. (tak pasti jenis apa..tak main Pubg)



November 3 memorial.

Bersebelahan dengan November 3 memorial ini terletaknya masjid yang terbesar di Male iaitu Masjid al-Sultan Muhammad Thakurufaanu Al Auzam yang juga berfungsi sebagai Islamik centre di Maldives. Ia juga dikenali sebagai Grand Friday mosque boleh menampung kira-kira 5000 orang jemaah pada satu-satu masa merupakan salah satu dari masjid yang terbesar di asia selatan. Pelancong dibenarkan untuk masuk ke dalam perkarangan masjid ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali waktu solat. Antara yang menarik mengenai masjid ini selain dari rekabentuk senibinanya, ia dibina hasil bantuan negara-negara teluk, Pakistan, Brunei dan juga negara kita Malaysia. Bangga tak?



Islamic centre di Maldives. Tak masuk pun, just amik gambar dari luar.

Aku teruskan berjalan tanpa ada tujuan tertentu. Kaki akhirnya membawa aku di hadapan National Museum of Maldives. Aku macam berminat nak masuk tapi tak sure bukak ke tak memandangkan hari ini hari Ahad. So aku cuba-cuba mengintai dari pintu utama dan tetiba aku ditegur oleh tukang sapu yang sedang menyapu di laman muzium yang menyatakan hari ini muzium buka dan ianya tutup hanya pada hari Jumaat sahaja. So dah takde alasan aku tak masuk.



Maldives National Museum dari luar.

Bayaran masuk adalah lebih kurang RM30 bagi dewasa, kanak-kanak aku tak pasti. Sebelum masuk korang akan melalui 2 pintu dimana korang akan di scan sebelum masuk oleh petugas yang berada disana. Nampak cam canggih. Bila masuk aku tertanya-tanya sama adakah ini sebuah muzium yang kena bayar lebih kurang RM30 per entry? Artifaknya tak cukup banyak dan boleh dikatakan biasa-biasa saja dan tidak banyak info serta susunan artifak tuh tak menggambarkan sejarah Maldives secara keseluruhannya. Asik kecam je aku nih kan. Gen melayu tuh kuat dalam diri; kalau tak kecam tentang semua kejadian yang berlaku dalam dunia nih bukan melayu lah namanya.



Antara artifak-artifak yang ada dipamer di sini.

Secara jujurnya aku tak pasti sama ada nak rekomen korang untuk masuk ke muzium ini atau pun tidak. Beginilah, pada pandangan aku; dari segi konsumerisme ianya adalah sangat tidak berbaloi untuk membayar sejumlah wang yang agak mahal bagi menyaksikan satu koleksi yang tidak lengkap (bagi aku) dan tidak menceritakan sejarah yang penuh dan lengkap. OK, tak habis lagi..kalau korang nak support kerajaan Maldives dalam maintain museum nih dan sejarah negara Maldives itu sendiri, maka korang memang wajib melawat ke muzium nih. As simple as that. By the way, muzium nih pernah diceroboh oleh pemprotes semasa tunjuk perasaan pada tahun 2012 dan banyak juga artifak yang dirosakkan atau dihancurkan.



Pemandangan di tepi laut di Male. Bot yang bersusun di tepi laut tuh adalah jeti.


Lepas melawat national muzium of Maldives aku kembali ke jalanan tanpa tujuan. Sebabnya Male adalah satu tempat yang tidak begitu banyak tempat bersejarah untuk dilawati jika dibandingkan dengan negara-negara asia selatan yang lain macam India, Sri Lanka ataupun Nepal. Yang menariknya di negara Maldives ini adalah pantai dan lautnya yang superb. Dan ianya bagi aku sangat bersih walaupun berada di tengah-tengah bandaraya yang begitu sesak kalau dibandingkan dengan New Delhi dan Kathmandu, memang boleh dikatakan langit dengan bumi bezanya.



Pasar bahan mentah di Male. Tempat menjual ayam atau barangan lain tak nampak pulak. Mungkin kat seberang jalan menghadap laut.

Male nih adalah sebuah bandaraya yang sesak, penuh dengan manusia, dan juga kedai-kedai yang menjual pelbagai benda. (Kalau korang tak caya cuba tengok stesen minyak dia..hari biasa dah cam hari raya kat Malaysia) Aku tak nampak sebarang perumahan di pulau ini so aku assume yang penduduk di sini sama ada tinggal di Hulhumale ataupun diorang tinggal kat tingkat atas kedai atau bangunan bertingkat yang terdapat di sana. Aku kemudiannya melawat ke pasar basah yang terletak di hadapan jeti menangkap ikan yang terletak di tepi laut bersebelahan dengan jeti no. 1. Pasarnya tak besar sangat (tak besar pun) tapi ikan yang dijual memang besar-besar.



Republic Square merupakan tempat lepak-lepak waktu santai. Nampaknya cam xde apa aktiviti di sini selain melepak. Macam kat dataran merdeka jugak lah.

Dalam jam 4.30 petang aku kembali semula ke jeti di Male untuk menaiki public feri menuju ke airport. Dalam perjalanan sempat aku melepak sebentar di dataran Republic square yang terdapat di tengah bangunan kerajaan yang juga terletak di tepi pantai. Republic square nih macam Dataran Merdeka lah kalau kat Malaysia. Petang-petang ni ramai juga yang melepak tak buat apa kecuali bersembang di situ. Cuaca Ok, angin sepoi-sepoi bahasa; apa yang kureng sikit kat Republic Square nih adalah tempat duduknya / bench banyak dipenuhi tahi burung.



Keadaan dalam public ferry dari Male ke airport.

Nak ke airport menaiki public ferry, terminalnya adalah di airport jetty dan bukannya terminal ferry Hulhumale ye. Sepanjang pesisir laut di bahagian utara (bahagian yang korang mula-mula sampai dari Hulhumale / airport) terletaknya dalam 8 jetty yang berlainan bergantung kepada lokasi kemana korang nak pergi. Apa yang menariknya adalah hampir kesemua jetty nih tak ada sebarang papan tanda pun. (Dalam maps yang tunjuk) Ianya sekadar speed boat parking dan korang perlu tanya di mana letaknya bot yang dapat membawa ke mana korang nak pergi. Cuma nasib baik airport ferry nih lagi mudah nak cari sebab dia ada tiket kaunter yang terletak di tepi jalan. So kalau korang ke Male dan nak naik ferry ke airport, cari lah tiket kaunter dan public ferry nya park betul-betul depan kaunter tuh.



Makanan aku sepanjang hari ini (sampai petang) Nasik beriyani (Maldives style) dengan air coke dan mineral water.

Akhirnya aku sampai juga di jetty airport. (walaupun airport nih duduk kat Hulhumale, tapi ianya nama jetty airport dan ada satu lagi jetty di Hulhumale; yang aku naik second day dulu.) Seharian tak makan membuatkan perut aku pedih meminta makan. Check wallet masih banyak lagi bakinya cuma apa yang menggusarkan aku adalah jap lagi dalam flight dah order nasik lemak pak Nasser dah. Ah..belasah je la. So aku cuba nasib kat building jetty airport. Kat atas tuh ada beberapa restoran makanan segera yang boleh dikatakan femes jugak lah. Antaranya KFC dan Secret Resepi dan beberapa lagi yang aku tak kenal. Nak jugak merasa makan KFC Maldives style tapi check harga, aku turun semula dari bangunan tuh.

Misi aku adalah mencari cafe bagi pekerja-pekerja airport makan yang mana harganya adalah harga yang agak marhaen dari standard airport. Berjaya jugak aku cari cafe marhaen yang terletak bersebelahan pelepasan domestik. (Bangunan lain) So, makanan terakhir di Maldives ; aku amik la yang mahal sket (lagi murah dari KFC snack plate) iaitu nasik briyani ayam dengan air coke dan mineral.



Selamat tinggal Maldives.

Sebelum masuk ke airport sempat lagi aku mengambil gambar sunset di Maldives nih. Aku rasa ini sunset paling cantik sepanjang aku di sini. So setakat itu sahaja pengalaman aku di Maldives. Takde apa lagi aktiviti selain dari amik beg dan check in masuk ke dalam flight. Tamat sudah perjalanan aku di Maldives; by the way, it was a nice experience walaupun tak seperti yang aku expect. 

Bai bai


Saturday, 25 May 2019

Maldives : Episod 4

Sesudah memulangkan snorkel dan fins, waktu ketika itu dah menunjukkan jam 3 lebih. Aku naik ke bilik untuk settlekan apa yang patut. Dah settle segala urusan aku keluar semula dan pusing sekali lagi Maafushi island ni. Memang layback habis kat pulau nih sampai aku pun tak tahu nak buat apa dah. Lepak bilik sampai kejung  kebosanan, aku turun ke lobi tgk pakej apa yang ada untuk hari esok, tapi takde yang berkenan di hati. Nak repeat pakej whale shark macam malas lak, nak ke resort mewah sambil berlagak2 mcm duduk kat sana lak bukan aku style so aku pusing Island dgn goggles aku tengoklah kalau ada mood nak mandi manda dan kamera disandang di bahu. (macam biasa)



Pakej yang korang boleh cuba bila di Maafushi or Maldives.

Kesekian kali aku tawaf pulau ini dan cuba untuk meneliti kehidupan penduduk local di sini. Pemerhatian aku dapati yang kaum lelaki biasanya keluar bekerja dan bila balik diorang akan lepak di kedai-kedai kopi atau restoran. Maknanya lepas penat bekerja diorang akan santai-santai lepak ngan kengkawan sampai lah waktu maghrib. Manakala kaum perempuan pula sepanjang pemerhatian aku, kebanyakkannya adalah suri rumah tangga yang menjadi minister of housing dan child care. Biasa aku nampak diorang nih waktu pagi bawak anak-anak mandi manda di laut dan menyapu sampah di halaman rumah. So tak hairan lah kenapa keseluruhan pulau ni sangatlah bersih meskipun takde alam flora atau lori sampah dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini. Sebenarnya kalau kita nih pembersih dan rajin, tak payah tukang angkut sampah pun rumah kita kekal bersih. (mutiara kata hari ini)


Maafushi time sunset; kat bikini beach..

Kalau bagi sesiapa yang pernah datang ke Maafushi, sama ada korang perasan atau tak sebenarnya terdapat sebuah penjara yang terletak di bahagian hujung pulau yang agak terkenal di gugusan kepulauan di Maldives ini. Tapi walaupun ada penjara tapi pulau nih tetap tenang seperti biasa di samping di bahagian tepi penjara tuh ada gelanggang hoki (kalau tak silap aku) yang masa aku lalu tuh dipenuhi oleh awek-awek tempatan.


Yup..ada penjara di tepi rumah-rumah orang dan juga villa.

Hari ni aku target nak makan dinner buffet kat hotel yang aku dah recce semalam. Kali ni tak boleh tidak sebab harga buffet lagi murah dari harga yang aku bayar kat hotel semalam. Lagipun boleh belasah sebanyak mana makanan yang ada dan boleh juga cuba macam-macam jenis makanan yang ada di sana. Aku cuba lambatkan untuk dinner supaya lagi lewat aku makan lagi lambat la aku lapar balik. So usai isya aku keluar untuk dinner. Rupa-rupanya buffet dinner kat hotel tu habis awal. Aku tiba lagi setengah jam buffet dinner nak tutup, tapi aku tetap teruskan sebab alang-alang dah sampai. Lauk pauk pun ada yang dah habis dan diorang dah tak top-up dah. Takpe lah...Yang dah habis tu kira takde rezeki lah. Menu kat hotel ni takde la banyak macam buffet ramadhan kat hotel mewah di Malaysia. Adalah dalam 10-15 hidangan yang tersedia termasuk desert dan buah-buahan. Sebenarnya ada satu lagi hotel yang sediakan dinner buffet nih dan boleh je kalau aku nak ke hotel satu lagi tuh, tapi takut yang sana pun dah nak tutup aku teruskan je makan di sini. Takut-takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Meskipun ada beberapa lauk dah habis dan tak ditambah, tapi beberapa kali jugak aku tambah tak termasuk air lagi. Kiranya dinner buffet malam ini agak berbaloi-baloi la jugak.


Menu buffet malam nih. Pinggan pertama dari pinggan-pinggan yang seterusnya.

Aku bangun pagi mcm biasa tapi hari ni aku keluar lewat sikit dari biasa. Dalam sejam dua selepas breakfast baru aku keluar. Tujuan utamanya adalah untuk mencari sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke tanahair nanti. Aku target nak check out hotel hari ini dan cabut dari Maafushi cuma belum tahu nak kemana. Aku malas nak fikir lagi so aku pun keluar dari hotel dan menuju ke kedai cenderahati yang terletak berdekatan dengan bikini beach. Kedai cenderahati tu adalah kedai yang aku nampak paling besar tapi harga barang-barang yang dijual agak di luar dari kemampuan aku. Tambahan pula kualiti barang-barang tidak setimpal dengan harga yang ditawarkan. So aku amik keputusan untuk tak membeli kat kedai tu dan teruskan perjalanan.



Souvenir shop paling besar di Maafushi. Aku amik gambar nih time malam sebelum.

Sedang aku berjalan-jalan memerhatikan souvenir kat kedai-kedai lain, tetiba ada seorang mamat Bangla tegur aku dalam Bahasa melayu. Dia cakap dia boleh bagi harga special kat aku. So aku sempat sembang-sembang dengan mamat Bangla tu. Dia cakap dia belajar Bahasa dari pelancong Malaysia yang datang kat Maafushi. Dahsyat puak-puak ni. Dengar-dengar dan prektis camtu je dah terel. Walaupun aku agak teruja dengan offer mamat tuh tapi aku jalan dulu ke kedai-kedai yang berhampiran untuk tengok sama ada kedai lain dapat beat offer yang dia bagi. Dua tiga kedai jugak aku ushar, so far harga kedai mamat Bangla cakap melayu tu jugak paling murah,so aku pun beli la kat kedai mamat Bangla cakap melayu tu. Banyak jugak aku habis walaupun harga dah offer. Dekat ratus jugak la.



Jetty Maafushi...kecik tapi functional..yang nih jetty tourist; ada satu lagi jetty untuk nelayan.

Settle urusan jual beli, aku ke jeti untuk mencari tiket feri untuk ke Male. Kat mana nak carik? Kat depan jeti Maafushi tuh ada 2-3 kedai yang buat diving courses atau trip, kat sana lah tempatnya. Cadangan asalnya nak cari public feri tapi ushar-ushar macam takde. Orang kata satu hari ada dua kali je publik feri ke Male dari Maafushi nih tapi tak pasti jam berapa. Bila ditanya orang local pun diorang pun sama ada tak tahu atau macam tak tahu. So aku takde choice lain kecuali amik speed boat. Lagipun aku macam nak cuba naik speed boat pulak dan bandingkan dari segi keselesaan. (Harga of course lah mahal) So aku beli jugak tiket ke Male yang dijangka bertolak pada jam 2 petang. Dah beli tiket aku kembali semula ke hotel untuk pack beg dan yang penting sekali nak booking hotel untuk penginapan aku malam ni.


Selesai pack baju dan booking hotel yang paling murah di Hulhumale (lagi) aku pun check out dari hotel. Memandangkan waktu masih awal (check out time dalam jam 11 pagi) aku sempat sembang-sembang dengan manager hotel. Dalam sembang-sembang tu dia sempat jugak offer aku harga bilik kat situ untuk aku stay semalam lagi. Dia siap cakap yang dia boleh cancelkan atau tukarkan tiket speed boat aku supaya aku stay di hotel tuh satu hari lagi tapi memandangkan aku pun tak tahu nak buat apa lagi di Maafushi, dan disebabkan aku juga dah book hotel di Hulhumale, aku terpaksa tolak offer dia tuh. Lagipun offer dia tak berapa cost effective untuk aku. (harga bilik di Hulhumale lebih murah dari offer dia..but nice to try)



Dah sangkut dengan budaya orang Maldives yang suka lepak di cafe...

Dalam jam 12 tengahari, aku dah tercongok di jeti menunggu speed boat untuk tiba. Acah je, speed boat punya timing dah ada, aku dok lepak kat cafe / restoran depan jeti tuh. Plan asalnya nak minum-minum sambil sedut wifi, last-last aku tewas juga dan order sekali makan walaupun aku dah makan pagi tadi. Oklah tuh..check wallet ada lagi duit yang boleh digunakan, baki beli souvenir tadi. Makanan yang aku order biasa-biasa je iaitu nasik goreng, papadom dengan air coke, cukup untuk isi perut sebelum berangkat dan kemudiannya berpeleseran di Hulhumale nanti. Lebih kurang sejam aku lepak akhirnya masa untuk berangkat telah tiba. So aku ke jeti untuk melaporkan diri pada staff boat dan kami pun berangkat pergi. Memang berbeza sangat pace speed boat kalau nak dibandingkan dengan local ferry ditambah pulak dengan naik speed boat nih, angin dia memang masyuk...maknanya perjalanan amat menyegarkan kalau banding bersesak dan berpanas dalam local ferry. Cuma korang kena ready lah ongkosnya yang lebih.





Jetty speed boat depan airport Hulhumale.

Setelah mengharungi perjalanan kira-kira 30-45 minit aku sampai semula di jetty speed boat yang terletak di hadapan airport di Hulhumale. (Diorang singgah Male dulu turunkan penumpang) Ada beberapa perkara yang aku perlu lakukan kat sini yang menentukan sama ada aku nak ke Male atau stay di Hulhumale sahaja hari ini. Pertama, aku nak check sama ada di airport terdapat tempat untuk simpan luggage dan berapa harganya. Aku berlegar masuk ke airport dan alhamdulillah memang terdapat tempat simpan luggage dan harganya berpatutan. So hari ini aku akan stay sahaja di Hulhumale dan keesokkan hari baru lah aku ke Male selepas simpan beg aku di airport. Kedua, aku nak cari dimana jetty local ke Male yang terletak di area airport nih. Jadi keesokkan harinya aku akan letak bagasi aku di sini dan naik feri local ke Male. Rupa-rupanya jetty local bagi ke Male terletak di bangunan lain, iaitu bangunan bersebelahan sahaja dengan bangunan airport nih.


Bangunan airport Male...

OK. Settle semua persoalan aku, sekali lagi masa untuk berangkat ke pekan dengan menaiki bas. Kali ni barulah aku tahu kedudukan bas stand sebenar. (Masa aku sampai dulu aku main tahan je bas kat tepi jalan di airport tuh) Perjalanan macam biasa, slow and steady sebab hari ni takde apa yang nak dikejarkan pun. Turun sahaja dari bas, aku terus menuju ke hotel yang telah aku tempah pagi tadi. Secara visual dalam kepala aku dah boleh agak di mana kedudukan hotel itu sebabnya ia terletak 1 blok lebih jauh dari hotel yang aku duduk hari pertama sampai di Maldives tempoh hari. 

Aku sampai tepat waktu untuk check in, tapi bilik aku masih lagi belum siap untuk diduduki. Banyak drama kat kaunter sebab ada geng mat salleh dok travel ramai-ramai dan ada yang tak bayar bilik lagi. Jadi duduk la aku kat kaki lima depan hotel tuh sambil menyedut wifi dari hotel dan juga rokok di jari. So dalam setengah jam, akhirnya berjaya juga aku check in hotel, aku park beg dan uruskan hal-hal yang perlu dilakukan sebelum menunggu matahari sedikit reda sebelum berjalan-jalan menyusuri Hulhumale. Bilik hotel yang aku book nih tidak mewah dan tak rasa cam bilik hotel langsung tapi lebih kepada macam bilik aku kat rumah. (cuma bilik rumah aku lebih bersepah la) Biliknya biasa-biasa je tapi pemandangan yang boleh dilihat dari balcony adalah marvelous. (Balcony sharing)



Pemandangan dari balcony sharing aku. Menghadap laut beb..




Bilik aku kat Hulhumale. Ada freezer kecik yang syok tuh..boleh simpan air.

Mengapa Hulhumale dan bukannya Male. Antara sebabnya adalah aku nak tinggalkan the best for last. (Konon-kononnya lah) Memandangkan flight aku malam esok, maka ada beberapa jam terakhir di Maldives untuk menyusur ke bandar Male sebelum bertolak pulang. Lagipun kalau korang pernah ke Maldives, Male dan Hulhumale adalah dua bandar yang terletak dalam satu pulau dan kedua bandar nih memang amat berbeza sekali. Aku memilih untuk tinggal di Hulhumale walaupun hari pertama dan kedua semasa sampai tempoh hari aku dah berada di sini. Ianya adalah satu tempat yang bagi aku agak tenang jika berbanding dengan Male. Lagipun esok aku ada sela masa yang panjang dari check out hotel sampailah boarding time kira-kira 7-8 malam ke Kuala Lumpur. Aku bercadang untuk meneroka Male (walaupun aku dah berjalan separuh Male masa cari jetty local feri haritu) dan selesai sahaja berpeleseran di Male nanti, aku terus sahaja amik bagasi dan terus masuk ke airport. Tu plannya yang aku sempat fikirkan masa dalam speed boat tadi.



Salah satu kedai makan yang terdapat dalam building di depan Centro mall. Nama mamak tapi nampak cam fast food. Tak pasti lah sebab tak masuk pun.

Lepas asar, dalam jam 4 petang aku start keluar dari hotel untuk berpeleseran di Hulhumale. Dari hotel aku berjalan-jalan tanpa tujuan. Aku melawat macam-macam tempat di sini, rata-ratanya untuk melihat kehidupan rakyat Maldives yang marhaen. Melalui pemerhatian, apa yang aku dapati Hulhumale ini merupakan penempatan yang agak teratur. Hampir kesemua yang tinggal di Hulhumale ini tinggal di apartment yang nampaknya lebih kurang sama je pattern nya seperti yang terdapat di Singapura. Mungkin apartment nih dibina oleh kerajaan, aku pun tak pasti tapi kalau nak dilihat, keluasan dan rekabentuknya seakan-akan sama. Aku melawat pasar kering dan berjalan kemana sahaja kaki melangkah. Kehidupan di sini nampaknya sederhana, ramai yang menunggang motorsikal dari yang berkereta tapi jalan raya tetap sibuk cuma kalau bandingkan dengan Male memang kepadatannya jauh lebih kurang.



Suasana di pasar kering di Hulhumale. Barangan yang dijual kebanyakkannya adalah buah-buahan dan sayuran.

Waktu berjalan-jalan aku terjumpa sebuah shopping mall di tengah-tengah pekan / bandar Hulhumale yang dikenali dengan nama Centro mall. (kat Malaysia kalau tak silap aku ada gak Centro mall nih) Shopping mall di Maldives nih beza dengan Malaysia memang macam langit dengan bumi. Jangankan KLCC, Midvalley ataupun One utama, Giant pun lagi happening dari Centro mall Hulhumale nih. Sunyi dan lengang, kalau tak silap aku, ada beberapa kedai yang terdapat kat shopping mall yang ada 4 ke 5 tingkat tuh tuh dan ada satu kedai baju kat tingkat 1 dan yang paling menarik ada Manhattan Fish Market kat tingkat paling atas dan korang boleh tengok view Hulhumale dari sana. Kalau kaki shopping sejati di Malaysia memang akan kemurungan kalau hidup di Maldives dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Mane idok nye..pasaraya kat Gerik nu lagi besor..



Panggung wayang yang terdapat di Maldives.




Shopping mall paling hip kat Hulhumale.

Walaupun pasaraya atau mall di Hulhumale nih tak lah besar atau sebesar di Malaysia, tapi sebenarnya bagi yang mencari kehidupan sederhana di sini memang terbaik. Lupakan segala brand Versace atau Calvin Klien, dan pakai apa sahaja yang takde brand terjual di mana-mana kedai di seluruh bandar. Nak bergaya sakan pun nak ke mana tuh. Kat Hulhumale nih ada juga terdapat panggung wayang walaupun terletak agak hujung dan hanya menawarkan 2-3 tayangan sehari tapi ok lah dari takde kan? Kehidupan kat sini nampaknya macam ok dan sederhana; ramai yang menaiki motorsikal tak berhelmet tapi jangan pada enteng pada orang-orang di Maldives nih. Walaupun diorang naik motor tak pakai helmet, tapi di telinga masing-masing ada terselit airpods. (Tak pasti original ke tak)




Suasana pantai di depan hotel aku.

Jadi aku pusing Hulhumale sampai ke penghujung pulau; yang mana masih lagi dalam proses pembinaan. Dah takde lagi tempat nak dituju, aku kembali semula ke hotel tapi kali ini dengan mengikuti jalan pantai dan akhirnya aku stuck di tepi pantai betul-betul di hadapan hotel aku. Memandangkan ianya publik beach, maka memang ramai la orang melepak lebih-lebih lagi di hari minggu dengan cuaca yang agak baik. Kebetulan ada wedding hari tuh dan majlisnya diorang buat di tepi pantai. Rasanya kenduri je kut sebab tak nampak pulak acara ijab kabulnya kat situ, tapi suasana still meriah dengan tetamu ditambah pula dengan pengunjung-pengunjung yang lain. Aku lepak mengambil gambar sampai bosan dan kemudiannya balik ke hotel untuk berehat. Benda boleh tengok dari balcony hotel, nak buat apa lepak pantai.



Suasana pantai di Hulhumale sewaktu hari minggu.




Antara kedai yang terletak berhampiran hujung pulau.

Waktu malam di Hulhumale nampaknya sangat sibuk hari ini. (Malam minggu) Berpusu-pusu orang di jalanan; itu tak termasuk lagi dengan kenderaan di jalan raya. Tak sesibuk di Male tapi boleh tahan juga lah. Kebetulan pulak terdapat pasar malam kat tengah-tengah Hulhumale. Ramai juga orang yang berkunjung kat situ. Rata-rata pelbagai jenis barangan yang dijual, lebih kepada barangan keperluan harian di rumah dan juga pakaian. (Ikan emas ngan ikan laga pun ada jual kat sini) Tujuan aku di sini asalnya nak carik cafe yang tayangkan bola kat skrin besar, last-last tersangkut kat pasar malam nih. Aku berharap-harap kat pasar malam nih ada jual street food atau makanan tradisi Maldives (dapat apam balik Maldives pun cukup lah.) tapi tak kesampaian sebab takde makanan dijual di sini.



Antara barangan yang dijual di pasar malam di Hulhumale.

Kecewa dengan pasar malam dan jugak cafe bola, aku kembali ke hotel dan mencari-cari restoran yang terdapat di tepi laut di hadapan hotel penginapan aku. Tujuannya adalah untuk makan malam disamping boleh menyedut wifi dari hotel. Dapat jugak makan sambil membaca posting-posting berbaur politik dari tanah air atau yang sibuk mengecam artis. Makan malam nih agak mewah sikit dari biasa, dua hidangan dengan air koko kola menjadi pilihan untuk last dinner di Maldives. (Duit ada sikit lagi) Makan malam memang sedap tambahan pulak perut dah kelaparan tapi kebetulan aku sakit gigi malam tuh membantutkan sikit selera. Melepak malam-malam di tepi laut memang agak menarik kecuali nyamuk.
Kuang asam punya nyamuk...



Makanan mewah aku di Maldives. Nasik goreng seafood, onion rings dan air mineral sejuk..nyaman sik boleh madah weh..


Bersambung...