Monday, 12 August 2019

Padang Dan Bukit tinggi part 3

Hari ini macam biasa, breakfast di hotel. Aktiviti hari ini lebih kepada aktiviti leasure terutama sekali bagi budak-budak. Kami akan menuju ke satu tempat dan dari sana kami akan menjalankan aktiviti island hopping dan juga snorkeling. Hari ini macam semalam jugak, kami siap-siap breakfast sebelum turun ke bawah menemui supir kami yang sedang menunggu.



Pemandangan sepanjang perjalanan. Tak berapa nampak kabus dari lensa kamera. (kamera murahan)

Destinasi kami hari ini adalah Kawasan Wisata Mandeh, satu kawasan perlancongan yang terletak kira-kira 70km selatan dari Padang. Aku tak pernah dengar pun kawasan ini, mungkin ianya adalah satu kawasan yang terkenal bagi pelancong lokal sebab kalau Padang dan Bukit Tinggi, kalau tak Menara Jam sudah pasti Rumah Gadang yang menjadi tarikan utama.



Kawasan sekitar kami melepak sementara tunggu bos diisi minyak.




Pondok sebelah kanan tuh adalah rumah orang / kedai jualan kudap-kudapan.




Kebanyakkan bot yang ada di sini adalah bot pelancongan dan juga bot nelayan.

Perjalanan ke jeti Mandeh mengambil masa kurang dari 2 jam. Masa kami sampai di kawasan jeti tuh cuaca masih lagi sejuk dan sebelum bertolak sempat lagi kami makan popmi dan pekena kopi di warung-warung yang terdapat di tepi jalan sekitar kawasan jeti sementara menunggu awak-awak bot mengisi minyak. Tempat nih memang nyaman dan suasana tuh masih lagi mendung dan agak sejuk  meskipun kami tiba sebenarnya takde lah awal sangat..dalam jam 10 lebih kami tiba, kawasan persekitaran masih lagi berbaki kabus pagi tadi. Cuba imejin cuaca pagi kat sini. Persekitaran jeti ini dipenuhi oleh rumah penduduk lokal yang kebanyakkannya di convert menjadi kedai runcit menjual barang-barang makanan dan kudap-kudapan.



Kami naik bot di sini. (Jeti Mandeh)




Tiba di Pulau Setan. Pulau nih bukannya ada setan atau mistik pun.

Setelah siap dengan peralatan dan keperluan bot, kami mula bergerak menuju ke destinasi pertama kami hari ini, iaitu sebuah pulau yang terletak tak jauh dari jeti iaitu Pulau Sutan atau Pulau Soetan (rasanya la nama dia). Aku pun tak tahu kenapa namanya Pulau Setan..mungkin boleh google lah..Ianya pulau kecik yang banyak teduhan berupa tumbuhan kelapa dan aktiviti utama nya adalah berehat sambil berkelah di tepi pantai. Dalam sejam lebih kami kat sini, sambil-sambil mandi di tepi pantai...sambil makan tengahari berkelah di tepi pantai. Makanan berupa makanan kampung termasuk ikan goreng dan keropok adalah termasuk dalam pakej. Air kelapa je kena bayar lain..



Pulau Soetan a.k.a. Pulau Setan..tempat kami berkelah.

Siap makan kami dibawa menuju ke laut untuk aktiviti seterusnya iaitu snorkeling. Lokasinya adalah berhampiran Pulau Cubadak (bukan cucur badak ye) yang terletak tak berapa jauh dari Pulau Setan. Agak lama jugak kami ber snorkeling kat sini. Airnya tak jernih sangat tapi banyak ikan kecik-kecik kat area tuh membuatkan budak-budak agak teruja berenang. Memandangkan aku baru je balik dari Maldives 2-3 hari lepas, so aku tak turun ke air dan hanya jadi tukang campak budak dan amik balik sesiapa nak naik. Setelah berenang dengan jaws kat Maldives, takde hati aku rasa nak berenang dengan ikan kecik-kecik kat Padang nih..Mentang-mentang baru turun dari Maldives, sombongnya bukan main lagi..acah je..sebenarnya luka kat kaki aku yang eksiden 3 hari sebelum ke Maldives berdarah balik, so kang kena gigit ngan ikan kecik-kecik tuh lagi naya. So terpaksa lah aku jadi coast guard je.



Kawasan snorkeling kami hari ini.


                                      

Ikan-ikan ganas yang makan biskut yang kami bagi. Kaki orang berenang pun jadi mangsanya.

Sesudah bergumbira dan masing-masing dah kecut disebabkan kesejukkan, kami masing-masing naik ke bot dan bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya. Destinasi seterusnya tak jauh..ianya terletak di Pulau Cubadak tapi perjalanan tuh yang menarik sebab bot menyusur melalui sungai kecik dan hutan bakau sebelum tiba di sebuah air terjun. Air terjun nih taklah tinggi sangat macam Lembah Anai tapi agak menarik jugaklah sebab airnya terjun terus ke muara sungai seterusnya menuju ke laut.



Bot menyusuri kawasan bakau untuk ke jeti di Pulau Cubadak.




Hampir tiba di jeti berhampiran air terjun

Bot kemudiannya berhenti di jeti dan kami berjalan kaki naik ke kawasan air terjun yang tidak curam supaya dapat berenang dan mandi manda. Jalan naik ke atas tidaklah begitu curam tetapi ada beberapa kawasan yang bertangga yang perlu dihadapi. Kami berjalan kaki dalam 50 meter sebelum jumpa tempat untuk mandi. Kiranya air terjun ini adalah untuk membilas air laut tadi. Airnya sejuk disamping hanya kami saja yang berada di sini. Apa yang kurang kat sini adalah tak ada sebarang proper toilet atau changing room untuk tujuan melepas atau menukar baju. Yang ada adalah tandas dan changing room buatan sendiri hasil dari penduduk tempatan yang mana kalau nak masuk akan dikenakan bayaran yang boleh tahan juga mahalnya.



Air terjun yang terdapat disini. Khemah yang kat hujung tuh adalah warung kopi.




Mandi manda di air terjun.

Memandang hari dah nak petang, kami semua balik ke bot setelah menukar baju yang basah kepada yang sebih sesuai di jalanan. Setelah selesai semua urusan, kami mula bertolak semula ke jeti Mandeh dan kemudiannya menuju ke coaster yang sudah sedia menunggu. Dalam perjalanan pulang kami berhenti sebentar di Puncak Mandeh iaitu satu tempat untuk melihat sunset view. Asalnya pak supir bagitahu agar berhenti sekejap sahaja tapi last-last lama jugak kami lepak di sana sebab budak-budak nih semuanya lapar dan dah start mintak popmi.



Kembali ke Jeti Mandeh untuk pulang ke Padang.

Kami sampai di Padang menjelang malam dan bertolak mencari tempat makan malam. Memandangkan ramai yang dah jemu dengan nasik padang dan juga makan makanan bakar-bakar so kami semua mintak pak supir agar tukar tempat makan ke restoran biasa-biasa sahaja. So pak supir membawa kami ke restoran yang tak menyediakan makanan yang telah tersedia. Restoran biasa-biasa je...order pakai menu. Makanan yang dijual di sini macam nasik goreng, mee goreng dan lain-lain lagi. Bak kata aku tadi, restoran biasa-biasa macam kat Malaysia jugak.



Pemandangan dari Puncak Mandeh.

Usai makan kami kembali semula ke coaster tapi kebetulan ada satu butik kat sebelah restoran yang kami makan tadi so kami singgah sebentar untuk melihat-lihat apa yang ada dijual di butik tersebut. Dari melihat-lihat akhirnya berbondong-bondong yang dibawa balik dari butik tuh. Aku adalah salah seorang yang berjaya mendapat sehelai baju batik dari butik tersebut. Kualitinya jauh lagi baik dari apa yang boleh didapati dari Pasar Atas Bukit Tinggi. Harganya pun mantap, sehelai baju batik dengan harga 50k (RM 15) dan disebabkan belian yang agak banyak, dapat lagi diskaun 5k. Plis jangan tanya aku lokasi butik nih sebab aku langsung tak tahu. (itula sebab aku suka travel secara D.I.Y. sebab semua lokasi ada dalam catatan aku) Lepas shopping kami dihantar pulang ke hotel. Walaupun malam masih awal, kami ada kerja berat yang kena buat : packing beg untuk balik esok.

Bersambung.

3 comments:

  1. bestkan? kita pun baru balik dari kampung few weeks ago..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..kampung di Padang ye...Sejujurnya bagi aku, tempat wisatanya biasa-biasa...tapi bagi ibu-ibu dan anak-anak..mereka gembira sekali sebab dapat shopping dan berenang di laut..

      Delete
  2. Salam..izin promot kat laman ni,kami sinar alam wisata tour and travel di padang bukittingggi indon,bila tuan/puan nak merancang melancong kat padang bukittinggi kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan berbaloi.
    Wassap +6285356000747
    Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
    Website www.sinaralamwisata.com

    ReplyDelete