Wednesday, 1 May 2019

Maldives : Episod 3

Awal pagi (takde la awal sangat) aku dah turun ke lobi. Hari nih aku akan berenang dengan shark dan juga dolphin. Memandangkan ianya pengalaman pertama (biasa diving tapi takde shark ngan dolphin...nemo tuh banyak la) so dia punya excited tu lebih sket. Sebelum aku jadi over excited, aku terlebih dahulu keluar bilik. Tujuannya mencari sunrise, tapi sebelum keluar aku jumpa dulu ngan staff hotel untuk order breakfast. Sebabnya by the time aku balik dari mengejar sunrise, breakfast aku dah ready untuk dilahap je.


Sunrise di Maafushi...

Maafushi yang macam aku ceritakan dalam post terdahulu, ialah sebuah pulau yang tidaklah begitu besar. Dalam 20-30 minit je korang boleh habis pusing pulau ini dengan berjalan kaki. So petang semalam semasa aku pusing pulau, aku dah spot tempat untuk melihat sunrise pagi ini. Suasana pagi di Maafushi agak tenang dan damai. Tak ramai yang keluar time pagi nih, yang ada beberapa pelancong mcm dari China, beberapa orang omputeh dan selebihnya adalah orang tempatan. Setelah mengambil beberapa keeping gambar, aku pun pulang ke hotel untuk menikmati breakfast percuma di hotel.


Sunrise di Maafushi part 2

Tiba di hotel, makanan aku dah siap di sediakan. Kebetulan semua penghuni hotel ada dilobi sambil menikmati hidangan. Ada satu couple omputeh, couple Taiwan dan aku. Tak ramai rupanya yang duduk di sini. Sebelum berangkat, kami (aku ngan couple dari Taiwan) nih terlebih dahulu memilih fins dan jugak goggle. Meskipun aku dah ada goggle yang aku beli kat decathlon yang harganya tak sampai RM15, tapi aku tetap amik juga goggle yang disediakan oleh pihak hotel, sebabnya yang hotel punya dah siap ada snorkel bagi memudahkan untuk berenang nanti.


Antara gelanggang bola sepak dan bola tampar di Maafushi nih..

First trip kami akan berenang bersama jerung terlebih dahulu. Perjalanan ke tempat yang dituju tidaklah begitu jauh dalam sekitar 15-20 minit je dari jeti Maafushi. Dalam tempoh itu kami pun tiba berdekatan dengan salah satu dari resort mewah yang terdapat di area tuh. Untuk tak exaggerate, sebenarnya kami berenang dengan nurse shark dan bukannya great white shark cam dalam citer jaws tuh. Kalau shark yang tuh x pasti abis snorkeling nanti berapa jari tangan yang tinggal. Ok..biar aku ceritakan sikit pasal nurse shark nih mengikut apa yang aku tahu. (tak sampai level nat geo lah)



Orang Maldives memang gila bola..ini salah satu mural yang diorang lukis kat bangunan rumah orang..

First masa kami semua tiba, aku ingatkan nurse shark yang kami semua nak snorkeling nih adalah yang dibela, tapi sebenarnya tidak. Habitatnya biasa di kawasan yang agak cetek di laut dan adalah ikan jenis nocturnal, bermakna siang dia tidur atau bermalas-malasan. Salah satu yang membezakannya dari ikan yu yang lain adalah dia ada sesungut kat mulut dia dan ada bintik-bintik kat kulit. Setakat ini sajalah pelajaran sains kita hari ini.


Kami park boat area resort mahal...Dan ada yang extra kaya siap datang naik sea plane...kalau kaya takde hal punya lah...

Selepas park bot je, kami tak terus terjun dalam air sebab xde ikan yu yang dinanti-nanti. Staff bot tuh pun campak daging-daging untuk memanggil ikan yu (jerung ke jaws ke sama je). Tak berapa lama lepas daging-daging tuh dicampak dalam laut, muncul kelibat bergerak-gerak di dalam air. Ada dalam 4-5 ekor shark yang berenang disekitar bot kami. Dengan kelibat yang dilihat di bawah bot, kami semua sudah tak sabar lagi. Ada yang mengenakan life jacket manakala sebahagiannya hanya memakai fins.


Dia datang dengan senyum simpulnya...kelibat jaws muncul selepas daging-daging dicampak ke dalam laut...

Antara moment yang paling lawak + lucu dalam bot kami adalah ada sorang mamat nigger yang acah-acah sado (lengan muscle tapi perut buncit) yang dari jetty lagi tak berbaju menggelupur takut bila nampak shark yang sedang berenang-renang di gigi air sampai la crew boat tarik dia dan campak mamat nigger tuh ke dalam air. Mamat sado nih bukan setakat menggelupur di atas bot sahaja, bahkan di dalam air pun dia menggelupur gak. Abis semua orang yang berenang dekat dia terjah sampai ada muka-muka yang terkena fin mamat tuh..Ya..mamat tuh memang lawak dan sesuai dijadikan hiburan di saat berenang.


Mommy shark doodoodooo...

Tiada sebarang time limit bagi kami berenang. Biasanya sampai puas ataupun jemu tapi kalau berenang dengan shark memang takde rasa jemu cuma rasa kecut dan sejuk je. Ada dalam tak sampai 10 ekor nurse shark di tempat kami berenang. Rata-ratanya nampak jinak tapi jangan percaya sangat dengan shark nih sebab ada juga kejadian yang nurse shark menyerang manusia, rata-ratanya sebab mempertahankan diri dari manusia yang cuba nak pegang-pegang atau tarik ekor dan macam-macam lagi kat shark nih.


Kalau tetiba dia gigit kaki macamana?

Lepas semua snorkellers naik ke bot, kami bergerak ke tempat lain iaitu ke salah satu pulau yang berada berdekatan untuk aktiviti seterusnya iaitu feeding the sting ray. Sementara perjalanan ke pulau yang hendak dituju, staff bot menyuruh semua peserta perempuan supaya memakai seluar yang agak sopan (yakni tidak berbikini) sebab menurut staff bot tuh orang-orang kampung di pulau tu adalah muslim yang taat dan tak suka tengok pelancong berbikini. Kata dia " The people there doesn't want to see your ass". So minah-minah saleh dan nigero tuh pun pakai la pakaian yang agak sopan sikit (sikit je pun) dan kemudiannya turun di pantai sebuah pulau kecil berdekatan.


Sessi memberi makanan...

Apabila bot diberhentikan kami pun turun dan ke tepi pantai di mana terdapat beberapa kumpulan yang terlebih dahulu tiba dari kami. Kami masing-masing di berikan perut ikan untuk diberikan kepada sting ray yang berada di pesisir pantai. Walaupun dah beberapa group awal dari kami dah bagi makan sting ray tu, tapi ia tetap rakus melantak apa yang diberikan kepada diorang. Saiz sting ray yang terdapat kat situ rata-ratanya sebesar periuk kawah kenduri untuk tetamu lebih kurang 500 orang. Serious weh. Kadang-kadang bila terfikir yang crocodile hunter mati sebab kena sengat sting ray yang macam ni membuatkan aku agak seriau nak bagi diorang makan. Tapi apa-apa pun it is a nice experience lah.


Cuba tengok saiz tuh..kalau makan 4-5 orang rasanya cam tak habis...

Selepas memberi sting ray makan di pesisir pantai, kami dibawa naik ke pantai untuk lunch. Yup. Pakej kali ni termasuk dengan lunch. Bayar Usd 45 termasuk lunch dan snorkeling gear bagi aku kira berbaloi la jugak memandangkan harga makanan di Maldives boleh tahan juga memantul nya. Menu nya tak lah mewah sangat, iaitu spegetti carbonara dengan lauk sepotong ikan salmon. Boleh la untuk makan dalam keadaan darurat dan kami diberi seorang sebotol air mineral untuk melawaskan spegetti tersebut.


Lunch hari ini...spagetti lauk ikan salmon grill with tomato sauce...

Selesai makan, kami diberi dalam 1 jam untuk berpeleseran di sekeliling pulau. Jadi ada yang snorkeling di tepi pantai dan ada juga ramai yang macam aku..buat hal sendiri dan berjalan mengelilingi pulau melihat apa yang ada di sana. Mostly ianya adalah pulau yang kecil dan sunyi dan kebetulan pulak hari tuh hari Jumaat, maka yang lelaki semua ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.


Salah satu resort yang ada di pulau kecil nih...termasuk jugak dive operator..Cuba bayangkan kalau di Maafushi tuh pun aku dah bosan..kat pulau nih macamana pulak..ini adalah untuk orang-orang yang jenis layback je nih...


Lepak santai di tepi pantai..tengahari rembang camnih memang takde orang...

Kemudian kami dibawa ke sandbank yang berada dalam 15 minit perjalanan. Kata staff boat, sandbank yang kami nak pergi tu adalah salah sebuah sandbank yang terbesar Di Maldives. Sandbank adalah sebuah pulau yang tidak berpenghuni yang timbul bila air surut manakala akan tenggelam bila air pasang. Sandbank yang kami pergi ini lebih kurang 100 meter jugak panjangnya tapi tidak begitu lebar. Pasirnya sangat putih dan bersih manakala air di sekeliling sandbank sangat bersih dan membiru. Takde apa yang boleh dilihat di sandbank ni kecuali batang pokok besar yang hanyut dan juga burung-burung camar dan undan melepak dan kemudiannya beterbangan pergi. Cuaca yang semakin membahang menyebabkan aku hanya lepak di atas sandbank dalam 15-20 minit sebelum naik semula ke bot sambil menunggu pelancong lain usai photoshoot diorang.


Ya...panjangnya sandbank nih sampai hujung sana tuh..sejauh mata memandang...


Selain melihat burung-burung..jalan santai je aktiviti yang boleh dibuat di sini...

Destinasi kami yang terakhir adalah berenang dengan dolphin. Walaupun kepenatan tapi ada sedikit exited di wajah semua orang. Dalam 10 minit kami tiba di destinasi yang ingin dituju. Staff bot mencari-cari kelibat sang dolphin namun begitu dolphin yang dicari gagal ditemui. So staff bot menyatakan yang program terpaksa dibatalkan namun begitu diorang gantikan dengan dolphin watching di site lain. Walaupun agak kecewa tapi rata-rata pelancong agak berpuas hati dengan dolphin watching di mana agak banyak jugak dolphin yang timbul dan macam-macam pertunjukkan akrobatik yang boleh disaksikan. Dalam 20 minit juga kami di sana dan kemudiannya kami dibawa pulang ke jetty di Maafushi. Keletihan.


The dolphin is coming...jangan risau..bot tuh tak langgar dolphin yang sedang berenang...


Takyah gi sea world pun boleh tengok dolphin beraksi...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment