Tuesday, 2 April 2019

Maldives : Episod 2

Kalau ikutkan aku hanya book hotel untuk malam pertama je di Maldives. Itu pun sebab aku nak dapatkan visa (VOA) , sebabnya aku masih belum plan nak buat apa kat Maldives ni. Jadi memandangkan aku dah amik keputusan nak ke Maafushi, so malam ketibaan aku kat Hulhumale baru aku book hotel di destinasi perjalanan aku seterusnya. Malam di Hulhumale takde apa yang aku buat kecuali rehat-rehat di bilik dan tidur. Mungkin sebab penat yang melampau atau jetlag so aku tak keluar menyusuri bandar malam tuh. Ala..ada lagi beberapa malam untuk aku ekspore Maldives nih.


Jeti Maafushi..em..lebih kepada tempat bot parking..


Keesokkan harinya (hari aku nak gerak ke Maafushi) , aku dapat mesej dari staff hotel yang aku book (melalui booking.com) sama ada aku confirm akan datang duduk di hotel dia atau tak. Dah book tentulah nak duduk. Kang kalau no show, kena deduct lak credit card aku. Setelah aku send reply aku, tak lama kemudian dia reply mesej aku kat booking apps tuh yang menyatakan dia tak dapat nak baca reply aku. (Dia cakap keluar tulisan cacing..ada apps problem la tuh) Dah beberapa kali aku reply tapi masalah sama muncul. Memandangkan aku dah confirm, so aku abaikan je la mesej mamat tuh.



Entah simbol apa nih..macam ilimunati pun ada..

Sesampai aku di jetty Maafushi (tak nampak cam jetty pun), ada staff hotel aku menginap dah tunggu aku dengan tangan yang memegang kadboard bertulisan nama hotel. Aku terus melaporkan diri pada mamat tuh dan terus dia membawa aku menuju ke hotel bersama-sama dengan tandu beg (ala..macam yang ada kat belakang kereta lembu tuh) dengan beranggapan yang aku bawak beg yang banyak macam mat saleh, walhal aku bawak satu backpack je. Last-last aku yang tolong dia tolak tandu tuh, sambil tersengih-sengih mintak aku jangan tolong dia. "It's my job sir" katanya. Ok..lantak kau la..




Yeah..welkam to Maafushi island..enjoy your stay here

Sampai je di lobi hotel aku disambut oleh manager hotel tempat aku akan menginap tuh. Ali namanya. Kalau diikutkan dalam mesej yang dihantar kat aku, bunyi macam nak bergaduh je..tapi rupanya mamat nih Ok je kalau jumpa depan-depan. Patutlah si Ali nih beria-ria pm tepi aku...rupanya dia dah let go bilik yang aku booking tuh kat orang lain. Haram J betul la.. Tapi dia cakap dia akan ganti bilik aku tuh kat hotel member dia. Sebelum tuh aku kena isi dulu beberapa form sebelum bertolak. Kami bersembang-sembang terlebih dahulu so salah satu soalan yang ditanya adalah "Seronok tak tukar kerajaan?" Rupanya si Ali nih dulu belajar kat Help kolej kat KL masa tahun 1997, tahun reformasi bermula. Macam-macam la kami sembangkan memandangkan Ali nih agak familiar dengan Malaysia sampaikan macamana bosskurr dapat duit berjuta-juta rufiya yang jumpa dalam almari kat umah dia pun si Ali nih cerita. Memandangkan ini blog travel so cerita tuh sampai di sini sahaja.



Bikini beach..di Maafushi, ini sahaja tempat yang boleh mandi dengan pakai bikini..

Aku disambut oleh manager hotel Narnia dan diberi welcome drink (sekali lagi). Sambil-sambil minum dan menunggu untuk check in bilik (bilik belum ready lagi sebab dalam proses mengemas.) sempat aku belek-belek package yang ada. Ingatkan nak amik package memancing tapi sebabkan aku tiba agak lewat, bot yang bawak trip memancing pun dah jalan. So ada beberapa trip yang menarik untuk dipilih. Memandangkan aku tak minat trip execution ke resort-resort mewah, maka ada 2 sahaja pilihan bagi aku iaitu berenang dengan whale shark dan manta ray atau berenang dengan shark dan dolphin. Harga untuk whale shark agak keras iaitu  100usd dan manager tuh cakap perjalanan agak jauh dan adakalanya whale shark cuti / takde kat tempat tuh. Hati aku masih lagi nak berenang ngan whale shark jugak tapi manager tuh berjaya tukar fikiran aku bila dia cakap dia akan bagi diskaun 5 usd bagi package berenang ngan dolphin. So package yang tulis dalam menu tuh sepatutnya 60 usd, dia bagi special price kat aku iaitu 50 usd dan ditambah pulak ngan diskaun 5 usd jadi overall yang aku kena bayar hanya 45 usd. On..terus aku confirmkan ngan manager tuh dan buat pembayaran.



Sunset di Maafushi petang nih..tak menawan kalbu langsung..

Selesai je aku bayar package tuh, tup tup bilik pun ready untuk diduduki..Haha..hebat gak permainan manager nih, tapi memandangkan package istimewa dengan diskaun RM60, aku OK je. So lepas bersalaman dan ucapkan goodbye ngan Ali, aku pun naik ke bilik dan mandi-manda serta selesaikan solat-solat yang tertangguh. Usai semua perkara aku keluar semula sebelum senja untuk meneliti berapa besarnya pulau Maafushi yang menjadi salah satu tarikan diantara pulau-pulau yang terdapat di Maldives ini. Bilik yang aku dapat nih memang cun..aku rasa jauh lagi cun dari bilik yang aku book ngan Ali. Kan Allah dah ganti sesuatu yang korang tak berjaya dapati tu dengan sesuatu yang lebih baik. Nikmat apa lagi yang kamu dustakan?



Yeah..bilik aku selama dua malam di Maafushi...




Tempat pembuangan juga stylee..

Pengalaman aku di pulau di Maldives adalah lebih kurang di pulau-pulau lain di mana-mana kecuali pulau-pulau yang menjadi tumpuan pembangunan pesat macam Penang. Mostly orang ke pulau untuk menenangkan fikiran dan berehat. Begitu juga di Maafushi nih. Di sini takde kereta dan motor pun boleh dikira dengan jari. So suasana di sini agak sepi dan tenang. Kalau bunyi bising pun adalah dari aktiviti hotel, kerja-kerja yang dilakukan kat jeti dan juga budak-budak bising sebab syok mandi laut.
So pandangan aku, ini adalah satu tempat yang chill untuk korang semua berehat minda dan fizikal.



Kat booth-booth kat depan hotel 4-5 bintang je korang boleh dapat minuman keras dijual secara open..tapi aku prefer orange jus tuh..



Antara souvenir shop yang besar ada kat Maafushi..harganya agak kapak jugak..


Waktu senja aku berpeleseran sekitar pulau. Takde apa yang nak dibuat selain bawak kamera dan juga goggle kat leher dan mana-mana tempat menarik (air jernih) terus terjun swimming, memandangkan matahari sunset pada petang tu tak berapa menarik di Maafushi. Aku berjalan-jalan sehinggalah azan maghrib berkumandang di corong masjid. Kebetulan aku tiba di pintu masjid semasa muazin melaungkan qamat. Aku terus mengambil wuduk dan menyertai jemaah meskipun luka kat kaki aku masih belum kering. (eksiden 2 hari sebelum ke Maldives.) Ramai jugak jemaah di pulau kecil ini. Separuh dari surau penuh dan terdapat 2 buah surau atau masjid di Maafishi ini kalau tak silap aku. Selesai solat aku kembali berpeleseran mencari sesuap nasik untuk dijamah pada hari ini. (seharian tak jumpa nasik..aku tipu je..breakfast tadi pagi kan dah makan nasik goreng.) Baru saja aku nak ke hotel yang terletak dengan jeti (kat sana ada buffet dinner) tetiba hujan turun dengan selebat-lebat alam.



Ini best sunset aku boleh dapati petang nih..Ok la tuh

Lebatnya hujan nih bukan alang-alang, tak sampai 5 minit hujan air dah penuh kat jalan sampai lecak habis kasut aku. Mujur aku bawak croc untuk trip kali ini, tapi tetap jugak aku terperangkap di balik tingkap rumah orang. Agak lama jugak dalam 20-30 minit aku terperangkap dan ketika nampak hujan reda aku terus berlari. Kali ini bukan ke buffet hotel tapi ke hotel aku sebabnya baju ngan seluar aku dah basah kuyup. Tengah-tengah berlari tetiba hujan kembali membadai memaksa aku berteduh di salah sebuah booth berbumbung berdekatan dengan jeti. Sambil berusaha menghidupkan rokok yang basah dek air hujan, tetiba datang kelibat orang berlari ke arah aku dari bot yang baru sahaja tiba. Sambil meminta lighter dari aku mamat nih bertanyakan pada aku "Are you local here?" Terkelat-kelat lidah aku nak menjawapnya. Mungkin keadaan malam yang samar-samar menyebabkan mamat tuh gagal mengamati muka aku atau rupa aku yang dah mirip dengan orang Maldives, otak aku pun gagal untuk memprosesnya.



Sunset bertukar mendung..tak tahu lak hujan nak turun...

Agak lama jugak aku kat situ. Disebabkan angin yang bertiup kencang, aku ambil keputusan untuk redah sahaja hujan sebab kesejukkan suhu memang dah tak dapat dibendung lagi. Tambahan pulak kelaparan pun dah tak dapat ditahan-tahan. Aku tiba di hotel dalam keadaan basah kuyup. Kalau tak pikirkan henpon ngan beg kamera yang aku sandang, dah lama aku redah je hujan lebat tuh. Sampai-sampai hotel je aku terus mendapatkan staff hotel sambil meminta dia bagi aku menu untuk makan malam hari itu. Setelah order nasik goreng ikan tuna (Maldives style) dengan air coke, aku naik ke bilik terlebih dahulu. Mandi dan solat isya sambil menjemur pakaian di walkway di depan bilik aku. Selesai semua urusan aku kembali ke cafe (kat lobi) dengan berkain pelikat dan t shirt sahaja. (baju seluar dah abis basah) Maldives style...Kebetulan makan malam yang aku order dah siap dihidang so apa lagi..belasah je. Makanan paling sedap yang pernah aku nikmati hari ini..





Lobi hotel aku merangkap cafe...Chic gak kan




Makan malam aku...nasik goreng ikan tuna, tulur mata dengan air coke kecik...

Settle makan malam sempat aku bersembang dengan staff hotel sambil melayari internet yang ada di lobi sambil menghisap beberapa batang rokok sebelum naik tidur. (Kat bilik tak leh isap rokok) Disebabkan nyamuk semakin menggila mengetip betis bunting padi aku, aku mengambil keputusan untuk naik sahaja ke bilik. Aku ke kaunter untuk membayar harga makanan yang aku order tadi...memerhatikan bil yang terhidang di depan mata, dalam hati aku berkata..

patutnya aku gi makan buffet tadi...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment