Tuesday, 30 October 2018

Golden triangle of india : Agra part 2

Pagi Jumaat. Sebelum jam 7 pagi aku dah turun ke jalanan. Hari ni plannya free and easy (hari-hari pun sama) sebab Taj Mahal tutup hari Jumaat so jalan la mana-mana yang boleh. Mehtab Bagh dan Agra Fort destinasi pilihan waktu pagi walaupun kat Agra nih sebenarnya berlambak tempat-tempat menarik untuk dilawati kalau korang ada masa yang terluang. (dan juga fulus)



Kalau korang terjumpa mamat nih dengan ular..ketuk kepala mamat nih dulu...

Keluar je di jalanan ada driver tuk tuk menyapa aku sambil mengoffer perkhidmatan menghantar kemana sahaja aku nak pergi.(of course lah dengan bayaran pengeras) So aku nyatakan plan aku pagi tuh. Aku cakap kat mamat tuk tuk tu yang aku nak ke Mehtab Bagh dan lepak sana dalam 30 minit dan lepas tu aku nak ke Agra Fort dan lepak di Agra Fort dalam sejam dan kemudian balik ke hotel. So dia cakap keseluruhan perjalanan akan ambil masa dalam 3-4 jam. Mamat tuk tuk nih quote aku 400 rupee untuk whole pakej termasuk tunggu aku selesai tour. Aku cuba untuk mintak kurangkan bayaran sebab bagi aku harga tu agak mahal jika dilihat dari jarak dan masa tapi mamat tuk tuk tuh berkeras tak mau turunkan tambang. So aku cakap kat mamat tu yang tambang dia mahal dan mulai beredar dari situ. Mamat tuktuk tuh menahan aku dari beredar sambil bertanya pada aku "how much that you want?". Aku pun nyatakan 300-350 rupee dan dia berkeras nak 400 rupee jugak. So aku abaikan dan beredar semula. So perkara sama berulang kembali; aku nak gerak, mamat tuh tahan dan cakap boleh runding, aku runding, dia tetap nak harga dia, aku nak belah, dia tahan dan benda yang sama berulang 3-4 kali. Kalau kalau takde sapa yang nak mengalah, ianya mungkin mengambil masa 2-3 hari untuk diselesaikan so aku last sekali aku terpaksa akur jugak.


Tiket Mehtab Bagh..untuk foreigner..valid sehari je..

Sepanjang perjalanan sempat jugak aku bersembang dengan driver tuk tuk tu. Banyak topik jugak yang kami sembangkan tapi apa yang aku nampak apa yang dia "concern" adalah plan aku sepanjang hari di Agra. Ada kemungkinan dia cuba nak "membantu" aku untuk trip aku sepanjang di Agra hari ini. So aku pun ceritakan plan aku setengah hari pada driver tuk tuk yang mana termasuklah solat Jumaat di perkarangan Taj Mahal. (komplex Taj Mahal ini termasuk dengan masjid Kau Ban yang nampak macam gerbang ke Taj Mahal..yang fotografer selalu amik gambo fotogenik tuh) Driver tuk tuk cakap sejak perdana menteri sekarang nih take over India, tourist atau rakyat asing dilarang untuk solat di Kau Ban disebabkan terlampau ramai jemaah di sana. Hadui..punah harapan aku..antara sebab aku datang ke Agra dengan kadar terburu-buru salah satunya adalah nak mengejar hari Jumaat nih la..Ok..plan telah gagal. Bak kata orang gagal merancang, merancang kegagalan..dan Dia lah sebaik-baik perancang...


Sebenarnya nak amik gambo reflection Taj Mahal tapi tak berjaya..

Driver tuk tuk yang membawa aku berhenti dan park tidak jauh dari Mehtab Bagh. Disamping dia bawak aku ke gate dan teman aku masuk ke dalam taman yang bagi aku adalah agak marbeles la jugak tambahan pula suasana pagi semasa matahari baru nak up. Namun kalau di India, semua tourist attraction tak sah kalau tak dikenakan pengerasnya. Untuk masuk ke taman ini, bayaran pengerasnya adalah 300 rupee bagi foreigner (aku lah tu) manakala local dicas 25rupee. Ini bayaran latest, rasanya masa aku pergi dulu 200 rupee kalau tak silap aku. (beberapa bulan lepas) Apa yang menarik kat Mehtab Bagh ni adalah tamannya yang menarik. Kat tengah taman nih ada satu kolam yang mana korang boleh amik gambar reflection Taj Mahal. Selain dari itu, of course lah view Taj Mahal itu sendiri. Aku cadangkan kalau korang nak ke sini, silalah pergi awal pagi atau waktu sunset supaya korang dapat tengok view yang lebih mengujakan dengan pengcahayaan yang superb.


Pagi tak ramai sangat orang kat sini..yang paling penting pagi cuacanya tak panas leting lagi

Mehtab Bagh juga dikenali juga dengan moonlight garden sekiranya di translate dari bahasa Hindi  adalah satu taman yang terletak di seberang Sungai Yamuna. Ia merupakan salah satu view point untuk melihat Taj Mahal selain dari masuk ke dalam Taj Mahal itu sendiri. Satu lagi view point adalah yang aku dah pergi semalam iaitu di tebing Sungai Yamuna itu sendiri. Mengikut mitos, Mehtab Bagh ini merupakan lokasi The Black Taj (boleh google mitos ini ye) dimana sepatutnya satu lagi Taj Mahal berwarna hitam dirancang untuk dibina di lokasi ini oleh Shah Jahan sebagai kuburnya namun tak kesampaian sebab dia telah ditangkap dan dipenjarakan oleh salah satu dari anak dia sendiri. Ini hanyalah mitos yang aku baca pada papan infomasi yang berada tak jauh dari Taj Mahal itu sendiri. (Ini cerita petang nanti)


Dari Taj Mahal menuju ke Agra Fort lak..belah kanan tuh Agra Fort

Sambil-sambil menyaksikan view Taj Mahal pada pagi hari, aku berfikir sendiri andaikata Taj Mahal nih terletak di Malaysia ataupun spesifiknya di KL. Aku berfikiran antara benda-benda yang akan terjadi pada monumen ini adalah, salah satunya ianya akan dirobohkan dan dan dibina bangunan 100 tingkat; Ataupun sebahagian besar bangunan nih diubahsuai untuk dijadikan hotel 5 bintang atau shopping mall bertaraf pavilion ke..atau sekelilingnya akan dibina condo-condo dan diiklankan dengan iklan "With Taj Mahal view" dengan harga 10 juta dan disewakan pada pak Arab. Paling tidak pun, sekeliling jalan ke Taj Mahal tu mesti ada orang jual goreng pisang, atau burger dan paling tidak pun air jagung ketagih atau teh air bangkok power dan macam-macam lagi. Tak percaya boleh tengok Penang dan Melaka ataupun stesen keretapi Ipoh atau bangunan Sultan Abdul Samad dan lain-lain lagi..tapi itu semua hanyalah imiginasi aku sahaja..


Counter tiket Agra Fort..takde orang pun pagi-pagi nih..kalau amik gambo (selfish) memang terbaik

Tak lama aku kat sini, dalam 30 minit je, pastu aku beransur ke tempat driver tuktuk tu parking. Cari punya cari, driver tuh tengah minum chai. So aku pun suruh dia lepak-lepak dulu habiskan minuman dia. Takde apa yang nak di rushing pun pagi nih. Lepas dia habiskan minuman dia, kami pun gerak menuju ke destinasi seterusnya. Baru je aku nak puji service brader tuktuk nih, tetiba dia tegur-tegur awek mat salleh kat tepi jalan dan offer naik sekali tuk tuk ngan aku. (of course lah dengan bayaran) Rasanya aku dah book tuktuk nih untuk pagi nih. Tapi takpe lah; masalahnya duduk lah kami berhimpit bertiga kat belakang walaupun tuk tuk nih paling ramai sepatutnya muatan untuk 2 orang sahaja. Memandangkan tempat yang awek mat salleh ngan mak dia nak pergi tu tak jauh, so driver tuh hantar diorang dulu. (kalau jauh pun kena hantar diorang dulu gak kut) Lepas hantar minah saleh ngan mak nya kami menuju ke Agra Fort yang mengambil masa kira-kira 15 minit.

Salah satu lokasi wajib amik gambo di Agra Fort..tapi aku takde rejeki

Sampai kat depan gate Agra Fort, driver tuk tuk aku start buat drama. Dia cakap dia tak mahu tunggu aku kat Agra Fort walaupun janjinya lain. Dia cakap tadi dia janji nak tunjukkan aku Agra Fort dan bukannya tunggu aku masuk dan sampai aku habis tour kat situ dan dia cakap aku boleh balik naik tuk tuk lain. Aku tak kisah sangat sebab boleh je nak amik tuktuk lain tapi masalahnya dia mintak full payment seperti yang dijanjikan macam pagi tadi dari aku. Hahaharam tul..Betul-betul potong mood aku nak jalan hari nih. Dah puas bertekak, aku mengalah...dah kat tempat orang, tak boleh buat gedebe sangat..nanti ada yang balik Malaysia jadi mayat kang. Aku mintak kebenaran nak ambil beberapa keping gambar kat depan gate tuh. Sedang aku mengambil beberapa keping gambar tuh la dia jerit suruh cepat settlekan urusan aku.


Gate Agra Fort..mamat kat pagor tuh offer nak jadi tourist guide aku kat Agra Fort nih

Disebabkan driver tuk tuk tu semakin annoying jadi aku membatalkan segala perancangan aku pagi nih dan bergerak pulang ke hotel. Lepas buat payment kat driver tuk tuk aku terus naik ke rooftop untuk breakfast + lunch a.k.a bruch. Menu simple je..sandwish dengan lassi supaya tak tertidur masa kemas baju untuk check out nanti. Dalam jam 11 pagi aku check out dari hotel. Sebelum menuju ke hotel yang aku book masa kat dalam bilik tadi, bersama beg galas aku ke gate Taj Mahal untuk kompom kan apa yang driver tuktuk cakap tadi. Sampai di gate, suasana lengang bermakna Taj Mahal memang tutup pada hari Jumaat. So aku pun bertanya sama ada boleh solat Jumaat di dalam tu, dia no friday prayer. Jadi dengan kekecewaan (takde la kecewa sangat) , aku pun membawa beg aku keluar dari perkarangan Taj Mahal menuju ke hotel baru aku hari tu. Aku menginap di Sai Palace, terletak kira-kira 50 meter dari hotel lama. Aku tukar hotel sebab hotel yang aku duduk ni takde bilik kosong, dan kalau ada pun harganya lebih mahal masa aku book semalam. So nak tak nak aku terpaksa cari hotel yang affordable dengan budget aku yang tak berapa besar.

Red bricks @ Agra

Sai Palace yang aku book nih secara jujurnya adalah hotel budget dengan keadaan sebahagian dari hotel itu agak run down jugak. Di lobi dipenuhi dengan bau setanggi atau colok. Memandangkan bilik aku belum sedia, aku pun ambil keputusan untuk beli tiket bas ke Jaipur esok hari di tour agent yang terletak di hadapan hotel. (Staff hotel tolong call mamat tour agent tuh suh amik aku kat hotel...jalan kaki je) Kenapa dia tolong? Sebabnya dia takde duit kecik nak pulangkan balance bayaran hotel aku..Bijak kan? 

So selesai urusan tiket bas ke Jaipur, aku kembali semula ke hotel bersama duit tukar bayaran hotel. Sampai je dipintu hotel, aku ditegur oleh orang. Rupa-rupanya driver teksi aku pagi tadi. Dia tanya apa plan aku petang nih..jadi dengan segala drama pagi tadi apakah mungkin aku akan amik service dia lagi? Sambil-sambil tuh dia cuba nak sentap tiket bas dari tangan aku tapi berjaya aku larikan. Dia tanya aku esok jam berapa bas aku tapi aku cakap kat dia yang aku akan cari tuktuk lain. Settle urusan bas, lepas aku lepak-lepak kat cafe area roof top sambil minum fanta oren, akhirnya bilik aku pun siap.


Entah berapa lama aku tertidur, akhirnya aku bangun lalu bergegas keluar dari hotel. Tak ada hala tujuan dan ikut sahaja kaki melangkah dan akhirnya aku sampai ke satu lagi pintu Taj Mahal iaitu west gate. Sunyi sepi sebab ianya monument ini tidak dibuka hari ini tetapi apa yang menarik di sini terdapat satu masjid tua iaitu Fatehpuri masjid. Masjid ini dibina bagi mengingati Fatehpuri Begum (salah satu dari isteri Shah Jahan) pada tahun 1650. Senibinanya menarik perhatian aku sebabnya kebanyakkan dari strukturnya dibina dari bata merah.


Bukan Taj Mahal je tutup..kedai-kedai sepanjang western gate nih pun tak bukak



Western gate of Taj Mahal

Kebetulan pulak masa aku lalu tuh dah masuk waktu Asar bagi Agra dan kawasan yang sewaktu dengannya. Aku naik ke masjid dan disambut oleh seorang pakcik yang sedang menyapu sampah. Dia menyapa aku datang dari mana dan bila aku jawab Malaysia je, jawapan dia "Masha Allah..muslim"...sambil menunjukkan kawasan persekitaran. Masjid Fatehpuri nih memang hebat senibinanya di tambah pula dengan nilai sejarahnya yang hebat. Malangnya keadaan masjid nih agak uzur dan kebersihannya amatlah menyedihkan. Jemaah yang hadir solat asar pun tak ramai, tak sampai berpuluh orang tapi tak beza jugak la ngan Malaysia.


Nih bahagian jalan...pintu-pintu kecik tuh yang akan bawak korang masuk ke masjid (kena naik tangga)


courtyard nih aku rasa tempat solat time orang ramai..hygienic? aku rasa tak.. kubah depan tuh dah masuk dalam pagar Taj Mahal..


 Ini je prayer area yang ada di bawah bumbung...

 So selepas asar, aku teruskan perjalanan entah kemana kaki membawa aku melangkah sehingga penat atau pun malam menjelma; mana yang datang dulu. So jalan punya jalan akhirnya kaki aku membawa aku sampai ke Taj Mahal garden. Tak berapa jauh dari masjid tadi tapi taman tuh tutup jadi aku mengambil peluang dengan membaca sejarah berkaitan Shah Jahan, Mumtaz dan juga Taj Mahal yang dicatat pada papan kenyataan berbentuk batu yang terdapat di tepi jalan. Aku jalan sampai la ke bazar ke kedai-kedai yang nampaknya macam tutup so aku patah balik menuju ke hotel sebab hari dah semakin menjelang malam.


Tiang-tiang yang begi info pasal kawasan nih dan sejarah Taj Mahal

Selepas berehat di bilik, waktu malam aku keluar semula. Dalam 5 minit aku berjalan azan maghrib berkumandang di udara. Puas juga aku mencari dari mana bunyi azan berkumandang dan ketika aku sampai jemaah telah selesai solat berjemaah. Rupanya tempat yang aku sampai itu adalah sebuah sekolah kalau dilihat dari pemakaian budak-budak yang aku temui di sana. Semasa aku sampai diorang sedang beratur untuk mengambil makanan. Kalau ikut tekaan aku, ianya sama ada sekolah tahfiz atau rumah anak yatim sebabnya dari apa yang aku nampak semuanya berpakaian jubah serba putih dan semuanya lelaki. Terkebil-kebil budak-budak yang tengah nak beratur dengan pinggan masing-masing melihat aku dengan seluar jeans dan t shirt masuk ke kawasan diorang tuh. Kalau diorang terkebil-kebil apatah lagi aku.

Kawasan dalam surau / masjid..daif kan? kalau korang pakai Ferrari boleh la bagi sikit sumbangan..kat sana nanti boleh tambah saham... 

Selepas selesai urusan, aku menyambung perjalanan untuk mencari makanan. Malas nak pusing-pusing, aku ambil keputusan untuk ke tempat semalam untuk makan. Kali ni aku malas nak berperang dengan nyamuk, maka aku hanya makan di restoran yang terdapat di bahagian bawah Shah Jahan hotel tuh.(Ada air cond..tapi sebenarnya aku tak gemar makan dalam air cond sebab makanan cepat sejuk dan x boleh isap rokok) Makanannya simple je, chicken thali yang merupakan feberet aku kat India di samping ia adalah antara makanan yang paling berbaloi untuk di makan berdasarkan portionnya yang besar dan yang penting sekali harganya yang berpatutan. (takdela berpatutan sangat pun..tengok kat kedai mana korang makan la)

Chicken thali..ada nasik, roti, susu masam, dhal, kari ayam ngan manisan...apa lagi yang korang nak..sayur..makan la bawang tuh...

Bersambung...


No comments:

Post a Comment