Friday, 12 October 2018

Golden triangle of india : Agra part 1

Dalam-dalam tak boleh nak tidur tu aku gagahkan juga bangun pagi. Takde la gagah sangat tapi kewajipan tu kewajipan la jugak. Sekali time aku nak mandi sekali takde air la pulak. Nasib baik kalau nak melabor dah siap2 aku tadah semalam. Kul 5 lebih aku dah bangun..selesaikan apa yang patut dengan internet sebab sepanjang perjalanan ke Agra memang aku totally putus hubungan dengan dunia. Xleh la nak buat live video..kahkahkah...nasib baik aku dah book hotel kat Agra semalam dalam tak boleh tidur tu. 

Tempat aku menunggu bas..ramai jugak yang homeless kat sini. 

Bas dijadualkan gerak dalam jam 8 pagi so 645 pagi aku dah terpacak kat lobi. Bila aku kat lobi staff 2 hotel ni masih lagi melingkar dalam selimut. Korang ni buat business hotel ke rumah urut kul 7 lebih X bangun lagi? So aku kejutkan la sorang...Yang nampak innocent sikit tu. Senang nak runding. Kebetulan mamat bas dah ada so aku terus gerak je la..aku ingatkan naik tuktuk rupanya jalan kaki. Mamat tu dah la kaki panjang, memang pagi2 lagi aku dah eksersaiz. Sampai spot yang dituju bas X muncul2. Lepak2 ngan penumpang lain, pelik jugak sebab xde sorang pun bawak beg besar ke apa. Yang bawak anak2 pun lenggang kangkung je. Aku sorang je yang bergaya backpackers agung lengkap dengan jacket bagai. (Pagi agak sejuk la) 830 pagi bas pun sampai dan kami semua naik la bas kaler putih tu. 



Bergerak dari Delhi. Matahari pagi baru nak naik

Mula2 aku dok sorang kat seat berdua tu tapi kena halau kedepan sebab ada family ramai yang nak duduk ngan kaum kerabat dia jugak. So aku ok je. Tiba2 naik seorang mamat mana tah duduk kat sebelah aku. Dia ingat aku orang India. (Seriously???) Tapi sebabkan aku bukan dari India, lagi la dia semangat nak bersembang. Nama, umur, dari mana sampai Malaysia bulan berapa, hujan bulan berapa kering pun dia nak tahu. Yang paling best tu..dia bagi kertas suh aku tulis Nama, alamat rumah kat Malaysia dan no telefon. Kalau pretty zinta yang mintak sure la aku bagi. So aku bagi la alamat rumah masa zaman kecik2 dulu ngan no telefon 10 taun dulu. Sebabnya dia cakap dia nak gi Assam jumpa member dia (sumpah aku tak tanya) pastu balik dari sana dia nak call aku. Ok. So aku cubalah buat2 tidur sampai le Di Agra. 


Bas berhenti kat sini...kira macam RnR.

Sampai di agra barulah aku tahu yang bas tu sebenarnya bas tour. Maknanya dia bawak gi Agra pastu dia bawak balik korang ke Delhi. Patutla tiketnya 600 rp. Jadi aku ngan 2 orang mat saleh(couple) yang turun yang bukan dari rombongan menyertai tour tersebut. Couple tu turun2 terus nego ngan tuktuk dan terus cabut ke destinasi diorang (baru nak tegur kut-kut diorang nak share tuk tuk ngan aku) manakala aku buat gila terus jalan kaki dengan harapan jumpa hotel aku. 

Bas stand / stesen di tengah padang pasir bersebelahan dengan Agra Fort.

Masa ni aku tak tau yang booking.com ada bagi offline maps yang boleh diakses walaupun takde internet. Agak lama jugak aku berjalan, dari hujung Agra fort ke hujung satu lagi Agra fort, namun begitu Taj Mahal masih belum ditemui. Sebabnya hotel aku tu duduknya 200 meter dari east gate Taj mahal. Aku bukannya taksub sangat ngan monument UNESCO Tu tapi kalau duduk dekat, tak payah aku nak sewa tuktuk utk ke sana. Tambahan pula kalau dapat minum sirap sambil menyaksikan Taj Mahal dari rooftop adalah satu pengalaman yang mahal.. Berjalan dalam cuaca terik yang teramat mengurangkan semangat juang aku mencari hotel penginapan yang aku dah book malam tadi. Setelah beberapa kilometer last2 aku givap...Ada tuktuk menyapa aku lalu aku nyatakan nama tempat yang aku nak pergi..tak habis cakap lagi mamat tu dah geleng kepala..I know that place..let's go. Aku layankan je mamat tuktuk ni bawak aku entah kemana. Dalam 20-30 minit juga dia bekerja keras mencilok segala halangan melanda. 

Pintu gerbang stesen bas kut? Ntah

Agra Fort yang superb..dan super panas cuaca hari ni...

Last2 dia berhenti kan aku kat entah mana entah. Aku pun tanya la dia mana saniya palace (hotel aku)..dia pun cakap..tadi ko cakap sunjay place..ko X cakap hotel pun..menyirap je aku dengan mamat tuk tuk tuh...tulah..aku tak abis cakap lagi ko dah geleng2 kepala..acca sana acca sini. Skang aku kena bayar double sebab dia mintak lagi bayaran untuk aku ke hotel meskipun tu salah dia.Kena scam dah aku kat Agra nih. Last skali aku bukak booking.com punya online maps dan bawak dia pulak kemana tempat yang aku nak pergi. 

Yang best tu aku dah bagi direction pun dia melawan lagi. Bila sesat siap berhenti tepi lagi tanya orang. Last skali dia givap dan berhenti kat tepi jalan dan suh aku jalan kaki sendiri ke hotel. Tapi tambang still kena bayar. Tak kurang sekupang pun. Siap cuba2 mintak lebih lagi sebab sesat. Kang aku starlight dahi ko ngan sudu baru ko tau. So menapak lah aku ke hotel...tak jauh dah kurang 1km tapi dalam cuaca panas kena paham2 lah.

Driver tuk tuk yang aku rasa macam nak sepak je...

Cuaca di Agra pada waktu tengahari rembang kira-kira dalam 40 degree celcius. Memang berbahang dan kalau tak bawak air yang secukupnya memang boleh pengsan kalau berjalan tak berhenti. Aku berjalan secara santai sambil menikmati pemandangan dan kerenah masyarakat tempatan. Aku akhirnya sampai di hotel setelah berpeluh-peluh dijalanan. Setelah check in hotel aku bercadang untuk berehat terlebih dahulu dan keluar ke Taj Mahal menjelang petang. Hotel yang aku book melalui booking dot com ini adalah Saniya Palace yang terletak tak jauh dari east gate, lebih kurang 200-300 meter sahaja. Hotel ni antara yang paling murah yang available masa aku book tuh. Hotel bajet je dengan kebersihan yang takde la bersih pun tapi apa yang spesialnya hotel ni adalah dari roof top boleh nampak view Taj Mahal dengan jelas.

Bilik yang aku book kat Saniya Palace...

Sementara berehat aku naik ke roof top di mana restoran berada. Perut lapar mintak di isi aku pun order vegetarian briyani memandangkan aku tanya waiter tuh dia cakap no halal food available. Sambil makan dapat la mengambil sekeping dua gambar pemandangan sekitar. Makanan harganya kira OK tapi rasanya takde la marvelous..Berkicap jugak la nak habiskan makanan meskipun kelaparan. Lepas makan aku turun semula menyambung rehat dan akan keluar semula apabila cuaca yang agak2 redup sesuai untuk keluar. Sempat power nap dalam 1 jam aku kemudiannya turun semula ke jalanan dalam jam 4 petang. Memang agak kesilapan jugak petang baru keluar sebab orang ramai dah berbaris dari jalan besar lagi. Dalam 300 meter dari jalan besar adalah gate untuk masuk ke Taj Mahal. Aku yang first time datang ke sini tak tahu yang tiket kena beli terlebih dahulu dan yang beratur tuh bukannya untuk beli tiket. So nak tak nak aku pun join la beratur tuh. Tak tau lah nak cakap kesilapan atau tak sebab kalau nak beratur tengah panas tadi yang cuaca lebih kurang 40 degree rasanya tak dapat aku nak bertahan lepas berjalan kaki tadi...so aku redha je lah dengan barisan panjang nih.

View dari rooftop hotel aku...kat atas restoran dia...

Kalau ke India, korang kena tabahkan hati korang. Aku beratur panjang OK je tapi yang aku tak tahan drama sepanjang beratur. Ramai juga yang potong barisan masa tengah beratur. Siap ada macam-macam trik lagi. Antaranya buat-buat sembang ngan konon-kononnya kawan. Lepas tuh terus masuk barisan sambil bersembang. Yang tak tahan tuh siap panggil kaum kerabat sekali join barisan yang di potong tuh. Yang tambah aku panas tuh, ada sorang mamat nih cuba sembang ngan orang belakang aku dan berjaya untuk potong barisan. Dah potong barisan siap tolak-tolak aku lagi yang berada kat depan tuh. Jadi tabahkan hati jugak lah sebab sepanjang dekat 2 jam aku beratur, berpuluh-puluh kali aku kena potong barisan.

Yaaa...beratur..ini baru half way...kubah tu sebelum gate...


East gate of Taj Mahal...cuba tengok berapa puluh ribu yang masuk..tak masuk lagi yang tengah beratur...


Yang ni memang kesilapan aku, aku tak tahu sebenarnya kena beli tiket dulu sebelum join line beratur tadi. So dah berjam beratur, bila sampai kat gate untuk check tiket aku kemudiannya kena halau dari masuk ke Taj Mahal. Aku disuruh beli tiket di kaunter lain terlebih dahulu sebelum boleh masuk; of course lah kena beratur balik. Aku yang kena halau menimbangkan sama ada nak masuk atau tak. Tengok barisan kurang-kurang dekat sejam lebih nak kena beratur balik. Jam pun dah nak pukul 6, sure tak sempat punyalah. Aku ambil keputusan nak gi kaunter tiket terlebih dahulu sebelum fikir nak masuk ke tak. Akhirnya memang kompom aku tak jadi masuk, sebab kaunter pun dah tutup.

Kaunter dah tutup...Ini kaunter utk local..kaunter utk foreigner kat belah tepi...dah tutup gak..adios Taj Mahal

Jadi aku terus berpeleseran sekitar kawasan tersebut dan akhir sekali aku ikut sahaja jalan sekitar pagar Taj Mahal yang kemudiannya membawa aku menuju ke hujung jalan dan berada di Sungai Yamuna. Dalam perjalanan sempat jugak aku tengok ada penggambaran cam drama ke apa tah sekali ngan orang bergusti cam dalam cerita Sultan oleh Salman Khan. Aku cuba untuk ambik gambar tapi director ternampak aku menaikkan kamera lalu dia jerit "No photo" dengan kuatnya. Bersama-sama beberapa mat salleh, kami memerhatikan apa yang diorang cuba untuk karyakan namun hari semakin lama semakin menuju ke penghujungnya. Aku teruskan perjalanan ke hujung pagar Taj Mahal dan membawa aku ke Sungai Yamuna yang sangat terkenal.

Inilah pandangan sebenar kawasan Taj Mahal dari sungai Yamuna...

Sungai Yamuna adalah antara sungai-sungai terpanjang di India dengan kepanjangan sejauh 1376 kilometer. Sungai ni sangatlah penting bagi orang India sebagai sumber kehidupan dan juga sosio ekonomi. Disebabkan pentingnya Yamuna bagi rakyat India, maka kadar kerosakkannya memang tak dapat dibendung lagi. Air sungainya hitam sehitam hati sesetengah manusia...woops..manakala bau keadaan persekitaran juga agak pelik dengan bau sampah dan juga setanggi (kat sini ada diorang buat persembahan berbentuk puja-puja kalau tak silap aku). Kalau korang nak tahu kat sinilah tempatnya yang diorang slalu amik gambar yang cantik dari sampan dengan background Taj Mahal kat belakang. Ada juga pelancong omputeh kongsi sewa sampan ngan local sambil bergilir-gilir amik gambar dari sampan. Tak lama aku kat tebing sungai Yamuna nih tapi sempat lah mengambil beberapa keping gambar buat kenang-kenangan dan menjelang malam aku kembali semula ke hotel.

Havoc kat sini lagi dahsyat dari Ampang..kalau Joe Flizow sampai sini baru dia tau langit ngan bumi...

Malam hari aku kembali semula di jalanan. Kali ini dengan misi mengisi perut yang agak lama tak diisi disamping melihat keadaan persekitaran pada waktu malam. Aku tak merancang nak makan di restoran hipster atau yang ternama, cukuplah makan di restoran halal yang berdekatan dengan hotel aku. Sebabnya malas nak naik tuk tuk malam-malam dan senang kalau walking distant je ke hotel, kut-kut lah rasa nak ke jamban. Ronda punya ronda last-last aku berhenti di Mumtaz cafe yang terletak di atas ShahJahan hotel...errr..dekat ngan hotel aku. Aku pun masuk ke dalam hotel sebab agak kompius jugak ngan keadaan. Kat bawah tuh ada satu restoran dan kat atas pun ada satu restoran gak kat roof top. So aku pun tanya owner yang sedang lepak ngan kawan or family dia yang ramai kat ruang lobi hotel. Katanya restoran yang kat bawah tu untuk sapa yang minat nak makan dalam air cond manakala kat atas lebih kepada open dining..So aku pilih makan kat roof top sebab sambil makan boleh tengok Taj Mahal waktu malam. Rupanya Taj Mahal pada waktu malam gelap gelita. Takde satu lampu pun dipasang.


 
Roti (Nan kosong) dengan kari daging..portion kecik termasuk air botol tuh pun kecik jugak...


Makan malam aku simple je, roti (roti nan) dengan kari daging. Portionnya agak ciput tapi rasanya memang superb. (maybe sebab lapar) Aku mula-mula ingat nak lepak lama kat cafe nih sambil menyedut internet dan lepak-lepak kat cafe yang agak chic nih bersama-sama beberapa awek omputeh kat situ (meja lain). Niat di hati memang murni tapi tak boleh tahan nyamuk dok mengetip kaki walaupun waiter dah pasangkan ubat nyamuk jenis yang asap (macam fumakila) kat bawah meja. So memandangkan aku dah tak dapat nak bertahan lagi dengan nyamuk, dari kena malaria atau denggi cepat-cepat aku terus bayar harga makanan dan gerak dari restoran tuh dan menuju ke hotel untuk sambung beradu. Suasana yang havoc tadi semakin sepi menjelang jam 10 malam. Kedai-kedai mulai tutup dan orang ramai serta kenderaan bersimpang siur turut tenggelam bersama kegelapan malam.

Bersambung...

2 comments:

  1. lamanya tunggu bro sambung dari part 1 haritu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorile geng...keje bertimpa tak sompek den nak nyiapkan entry copek-copek..

      Delete