Bas aku dari Agra ke Jaipur bertolak dalam jam 8 pagi. So aku reserved kan lebih dari sejam sebelum itu utk perjalanan ke tempat bas akan amik aku. Bas yang aku naiki ini tak parking kat stesen bas, tapi lebih kepada pejabat tour agent. Check out dari hotel, aku keluar dan disapa oleh seorang driver tuktuk. Nasib aku baik sebab bukan driver tuktuk semalam. Kali ini negotiation nya lebih mudah dan kami terus bergerak ke tempat bas menunggu seperti dalam tiket bas yang aku beli.
Dalam 20 minit kami sampai di sebuah hotel di mana bas yang akan membawa aku ke Jaipur sudah menunggu tapi belum jalan lagi sebab masih menunggu penumpang-penumpang lain. Driver tuktuk aku hari ni agak berbeza dengan driver2 tuktuk yang biasa aku naiki. Pagi ni special sikit sebab dapat driver yang peramah dan helpful sepanjang perjalanan siap bantu aku angkat beg dan uruskan pasal tiket bas aku. ( Tiket bas dari agent smalam kena tukar kepada tiket dari bus provider)
Disini lah tempat aku naik bas..dekat hotel tah apa nama dia aku lupa
So dalam 830 pagi bas baru bergerak ke destinasi aku seterusnya iaitu Agra. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam kerana jarak dari Agra ke Jaipur adalah lebih kurang 250km tak termasuk berhenti makan dan lain-lain lagi. So far sepanjang perjalanan tiada masalah melanda, bas pun kira Ok2 lah tambahan pula fully aircond. Nak menjimatkan masa aku menaip (kalau cerita full nanti maybe taun depan siap entry nih), everything is OK.
Bas yang aku naiki...fully air condition..ada seating dan juga sleeper bed
Bas aku sampai kira-kira jam 1.30 tengahari di tengah-tengah kat mana pun aku tak tahu. (Sebenarnya bas ada berhenti kat stesen bas tadi tapi disebabkan stesen bas tuh agak jauh dari town, aku sengaja tak mau turun dan ikut saja kemana bas tuh pergi.) Nasib baik ada google maps yang menjadi peneman walaupun accuracy nya taklah tepat sangat disebabkan takde data. Aku berhenti dekat tengah bandar; berdekatan dengan Albert Hall museum. Turun sahaja dari bas aku terus dapatkan tuktuk di tepi jalan sambil tunjukkan peta dalam henpon kepada salah seorang dari mamat tuktuk yang ada disana.
Dia nyatakan harga dan aku setuju tapi dia tak berapa tahu mana tempat di mana hotel aku tuh berada. So dia tanya kepada kawan dia yang kebetulan berada disana. Walaupun mamat tuktuk tuh bersembang dengan kawan dia dalam bahasa Hindi tapi apa yang aku paham kawan dia tuh suruh dia cas aku extra 50 rupee dari harga yang dia offer kat aku tadi. So aku yang dah duduk kat seat belakang tuh melenting lah apa lagi. Sebab destinasi hotel tuh aku tahu dan jaraknya dekat saja dan aku rasa bayaran yang dia kenakan kat aku tuh lebih dari cukup untuk cover perjalanan aku. So mamat tuktuk tuh terdiam dan terus bawak aku ke destinasi yang dituju.
Tripolia Bazar di Pink City
Driver tuk tuk membawa aku ke tempat yang aku nak pergi iaitu di Pink City (kalau nak lebih detail lagi di Tripolia Bazar) yang terletak sebenarnya tak berapa jauh dari tempat bas berhenti tadi. Dia ada offer aku untuk membawa aku ke Amer Fort namun harga yang ditawarkan oleh pemandu tuktuk tuh agak 'keras'. Lagipun aku nak settlekan hotel terlebih dahulu dan simpan beg dalam bilik sebelum keluar. Tambahan cuaca masih lagi sangat panas untuk diharungi.
Berbekalkan alamat dan peta lokasi aku berjalan kaki menuju ke hotel. Hotel yang aku tempat melalui booking.com tu tak jauh tapi nak mencari kedudukan hotel yang terletak disalah satu rumah kedai berderet dengan manusia yang lalu lalang tuh yang agak mencabar. Akhirnya dalam 15 minit mencari aku temui juga hotel yang aku tempat melalui pertanyaan dengan pekedai sekitar. Kat depan hotel berlaku drama yang ditunggu-tunggu hari ini. Pemilik hotel (juga pemilik kedai emas di bahagian bawah hotel) menyatakan yang bilik hotelnya dah fully booked sedangkan aku tunjukkan dia booking yang aku buat melalui phone aku. Dia nyatakan yang aku dah cancelkan booking aku untuk hari tuh dan dia dah jual bilik aku tuh.
OK. Aku malas nak berdrama kat tengah-tengah lorong pejalan kaki yang sesak tuh. Aku rasa owner tuh yang cancelled kan booking aku memandangkan harga yang aku book tuh sangat murah bagi aku. (Hotel antara yang paling murah yang aku boleh dapat kat prime area macam tuh) Pada pandangan aku dia cancel kan dan bagi bilik aku tuh pada orang yang walk in. Boleh dapat double dari harga yang aku dah confirmkan. So satu unpredictable event tambahan hari ini. Mencari hotel baru untuk penginapan malam ini. Aku cuba untuk mencari hotel di kawasan pink city tersebut. Sebabnya malas nak berjalan jauh dan kedua - pink city adalah kawasan yang agak strategik dan dekat dengan lokasi tempat-tempat menarik untuk dilawati nanti.
Hotel yang berjaya aku dapati...bilik paling murah..jamban kat luar..
Dalam 200 meter aku nampak ada satu hotel berdekatan dan cuba mencari line internet supaya aku boleh book tapi malangnya takde. So aku walk in saja ke hotel yang berada di tingkat satu tuh. Setelah berbincang dengan staff di lobi, harga yang ditawarkan untuk bilik paling murah adalah lebih tinggi dari apa yang aku budget tapi sebabkan malas nak berjalan dan mencari lagi so aku pun amik saja bilik hotel tuh. Selesai je urusan hotel aku masuk bilik dan rehat-rehat dahulu sementara menunggu cuaca menjadi lebih redup dan sesuai untuk berjalan. Biliknya biasa-biasa saja tapi harganya hampir double dari apa yang aku boleh perolehi dari Agoda atau Booking.com. Yup, betul dugaan aku..bilik hotel yang aku duduk tuh harganya boleh dapat hampir 2 kali ganda lebih murah kalau aku book melalui booking.com. Damage done, so no regret. So dah bayar harga bilik, aku naik ke atas dan lepak-lepak dahulu sebelum keluar semula setelah cuaca mengizinkan.
Hawa Mahal...Lokasi di tepi jalan je..tempat wajib pergi jugak
Destinasi pertama aku di Jaipur adalah Hawa Mahal yang terletak kira-kira 400 meter sahaja dari hotel aku. Hawa Mahal ini merupakan sebuah istana yang dibina dalam 200 tahun yang lalu oleh Maharaja Sawai Pratap Singh. Ianya juga dikenali dengan nama Palace of Wind dalam bahasa Inggeris; dibina dari bata pasir berwarna merah dah pink merupakan campuran senibina Hindu Rajput dan Islamik Moghul. Pembinaan Hawa Mahal ini adalah extension dari City Palace bertujuan untuk anak-anak gadis kerabat di raja untuk menyaksikan pemandangan harian dan juga perayaan yang berlangsung. Ini kerana pada masa itu, orang perempuan dari istana tidak dibenarkan keluar dari istana tanpa mengenakan pakaian berbentuk 'purdah' yakni tidak dibenarkan dilihat oleh orang kebanyakan tanpa mengenakan penutup muka.
Gerbang masuk ke City Palace..hebat senibinanya..
City Palace..tempat wajib pergi..
Disebelah belakang Hawa Mahal tuh pula terletaknya City Palace. Ianya dibina dalam 300 lebih tahun yang lampau dan merupakan istana rasmi pemerintah Amber atau Amer. (Amer nih satu kawasan gunung-ganang yang dah menjadi salah satu dari kawasan Jaipur.) Istana nih memang salah satu tempat wajib pergi kalau ke Jaipur disebabkan sejarah dan senibinanya yang sangat indah. Aku rekemen korang masuk istana nih. (Aku tak masuk pun) Dan di area belakang atau berdekatan dengan City Palace nih terletaknya salah satu lagi tempat wajib pergi (aku pun tak pergi) iaitu Jantar Mantar yang mana merupakan salah satu dari Unesco site di India. Nak tau apa tempat nih bolehlah pergi sendiri atau tanya en google. So aku teruskan perjalanan dengan berjalan kaki...menuju ke Amer Fort.
Keluar dari kawasan City Palace, aku ditahan oleh seorang brader beca. Dari raut wajah dan keadaan beliau aku nampak yang brader tuh memang orang susah. Dengan baju basah dek peluh dan compang-camping dari atas sampai ke bawah, dia offer aku naik beca dia nak bawak aku round-round area City Palace dan ke Jaipur Old Bazaar (tak silap aku nama dia mugal market ke Mogul market kalau tak silap aku). Memang aku kesian ngan brader tuh, tapi sebabkan aku dah biasa sangat kena tipu ngan brader-brader tuk tuk dan tambahan pula aku mengejar masa nak ke Amer Fort maka dengan baik aku tolak pelawaan dia tuh dan teruskan perjalanan.
Dari info brader beca tadi, aku divert perjalanan aku ke Amer Fort dengan melalui bazaar yang disebutkannya tadi. (ya betul...agak keji jugak tektik sebegitu) Bazaar yang disebutkan oleh brader beca itu adalah pasar atau market menjual barangan keperluan harian sebenarnya. Boleh dikatakan pasar untuk rakyat marhaen Jaipur, ada macam-macam barang yang dijual di sana dari seluar jeans cetak rompak, selipar sampailah ke tong air yang digunakan untuk mengumpul air harian. Sambil melihat suasana penduduk tempatan membeli belah, memang takde apa yang special yang aku boleh dapatkan di sini.
Jualan di bazaar yang aku lalui..
Uncle-uncle yang sedang berniaga..macam-macam ada
Ada orang kawen rasanya dan ini band/rombongan orang kawen tersebut
Ya..betul ada orang kawen..
Makcik bawang sedang berjalan pulang ke rumah...pemandangan macam nih boleh dapat bila berjalan kaki...
Pemandangan sepanjang jalan...
Jorawar Singh Gate (kalau tak salah aku lah)
Dah berjalan lebih 3 km dari hotel, aku rasa tak sempat sampai Amer fort sebelum senja kalau aku teruskan berjalan kaki. Aku dah berada di Jorawar Singh Gate, ada lagi 5 ke 6 km untuk ke sana jadi aku amik keputusan untuk menahan apa saja tuktuk yang ada bagi menjimatkan. Namun apa yang peliknya, takde satu tuktuk pun yang lalu dalam beberapa lama jugak aku menunggu. Memandangkan waktu dah tak mengizinkan, aku batalkan hasrat aku nak ke Amer Fort dan Jal Mahal yang terletak dalam lingkungan perjalanan. So dah batalkan tempat wajib lawat kalau ke Jaipur, aku membuka semula google maps mencari-cari arah tujuan yang sempat aku lawati. Jadi setelah meneliti peta di tangan, terdapat satu lokasi menarik yang kebetulan dekat dengan lokasi aku (kira-kira 3.5km) iaitu Nahargarh fort.
Pemandangan di jalanan menuju ke Nahargarh Fort...
Walaupun ditemani oleh offline maps namun perjalanan menuju ke Nahargarh fort tidaklah begitu mudah sebab dalam peta tak menunjukkan dengan tepat laluan yang perlu aku lalui. Aku kena cari sendiri jalan nak ke sana dan dah beberapa kali tersesat sampai ke jalan mati. Keadaan sepanjang perjalanan agak mengerikan bagi aku bukan sahaja sebab kawasan tersebut agak kotor tapi sepanjang perjalanan terdapat babi dan anjing yang berkeliaran dan ada kalanya diorang berkejar-kejaran di laluan yang aku lalui. Terpaksa aku mengelak-ngelak supaya takde satu kerja nanti nak cari tanah nak samak.
Perjalanan aku untuk menuju ke Nahargargh fort kebanyakkannya melalui jalan pintas yang terpaksa menyelinap di jalan-jalan kecil di celah-celah rumah-rumah orang yang terdapat disekitar kaki bukit. Adakalanya aku sesat dan terpaksa bertanya pada penduduk tempatan tapi ramai diantara mereka tak faham bahasa inggeris maka terpaksalah aku berbahasa isyarat bagi memberikan kefahaman pada orang yang aku tanya tersebut. Ada sekali tuh, aku tanya pada makcik di tepi jalan, selepas berbahasa isyarat, dia pun suruh budak-budak yang berada di situ (dalam 10 orang jugak) menghantar aku ke jalan yang betul kebetulan pada masa itu jalan mati dan terdapat tangga tersembunyi untuk ke gate Nahargarh fort tuh. (Rasa cam belakon citer Hindi lak)
Kerbau pendek di jalanan..bukan kambing yer
Setelah bersusah payah, akhirnya aku sampai juga di permulaan jalan mendaki ke Nahargarh fort. Susah payah nak sampai pintu masuk, mendaki jauh lebih susah lagi. Nahargarh fort ini dibina dipuncak bukit Aravalli yang dahulu kalanya menjadi salah satu kubu kuat untuk mempertahankan Jaipur dari serangan musuh. Asalnya Nahargarh fort nih namanya lain tapi disebabkan ada kejadian mistik semasa pembinaannya maka sebuah shrine dibina di situ bagi menenangkan semangat or hantu yang ada dan nama nya ditukar ke Nahargarh fort bermaksud "rumah kepada harimau" memandangkan bukit ini dahulunya terdapat banyak harimau berkeliaran di situ.
OK. Cukup pelajaran sejarah. Perjalanan ke puncak tidaklah begitu jauh, anggaran aku sekitar beberapa ratus meter tapi jalannya memang curam. Aku berjalan dalam 100 meter dan berhenti dekat satu rumah buruk yang terdapat dalam perjalanan untuk mengambil nafas sambil minum air. Kat situ dah dah ambil keputusan nak turun balik sebab perjalanan masih jauh dan aku dah tak larat disebabkan belum makan lagi seharian dan terlampau penat berjalan . Tambahan pula keadaan cuaca yang masih lagi terdapat panas yang berbaki dan keadaan jalan yang curam menguatkan lagi keputusan aku.
Pemandangan di atas bukit Aravalli...belakang tuh Nahargarh Fort
Sedang aku duduk mengambil nafas di tepi jalan sambil minum air, tetiba lalui seorang polis menaiki motor menuju ke atas bukit. Aku nampak dia macam usha aku lain macam je macam orang buat salah je. Tetiba dia berhenti dan suasana menjadi semakin suspen. (Sila baca sambil dengan muzik saspen) " Do you want a lift to there" sambil tunjuk ke atas bukit. Pucuk dicita ulam mendatang. Tak jadi cancel terus aku naik dan membonceng motor inspektor shahab tuh. Serius cakap..perjalanan naik motor ke puncak bukit melalui jalan curam lebih menyeramkan. Sepanjang perjalanan sempat juga inspektor sahab bersembang ngan aku. Dia tanya aku boleh bercakap hindi atau tak. So sambil membonceng aku nyanyikan serangkap lagu 'mere munki gangga' yang diambil dari filem sanggam. Terkojut berok inspekter sahab tu jadi aku nyatakan lah yang family aku zaman-zaman dulu memang hantu cerita hindustan.
Pemandangan kota Jaipur dari Nahargarh Fort
So sampai kat puncak bukit, lepas ucapkan terima kasih kat inspektor sahab tu aku pun roaming lah kat atas bukit tuh. Di Nahargarh fort ni aku tak lama sebab hari semakin gelap tapi sempat lah aku roaming kat bukit tuh tapi tak sempat nak masuk ke dalam fort. So aku lepak-lepak saja di area tuh sambil memerhatikan pemandangan seluruh kota Jaipur. Dah dekat nak sunset aku turun dari Nahargarh fort supaya tak terkandas di jalan dalam kegelapan malam. Perjalanan ke Nahargarh fort tadi dah menyeksakan, perjalanan pulang tak kurang drama jugak. Semakin hari menjelang malam, kenderaan di jalanan bertambah dengan mendadak. Jalan yang sememangnya havoc menjadi bertambah havoc dengan bunyi hon yang memenuhi ruang udara kota Jaipur. Aku yang berjalan terpaksa extra caution takut-takut dilanggar kenderaan terutamanya motorsikal. (dah berapa kali nyaris kena langgar)
Suasana malam di Jaipur...(dekat dengan Pink City)..Kalau tak berhati-hati memang terbaring kat tepi jalan
Setibanya aku di Pink City, kereta nampaknya bersesak-sesak di jalanan. Bukan itu sahaja, hampir-hampir aku tak dapat nak menyeberang jalan untuk ke hotel. Disamping itu, aku juga mencari-cari kedai tour agent yang menjual tiket bas, sambil memikir pilihan destinasi yang ada untuk hari esok. Rasanya macam malas nak stay di Jaipur meskipun main attraction di sini tak dapat aku jelajah sepenuhnya. Dalam banyak-banyak kedai takde satu pun yang menjual tiket bas. Yang ada pun hanya menjual tiket keretapi dan juga kapal terbang dan kebanyakkan kedai sudah mula tutup. Dalam keadaan sesak macam tuh, aku tak mahu terperangkap dalam kesesakkan lalu terus naik ke hotel untuk berehat meskipun perut berada dalam kelaparan yang amat sangat. Dari jendela hotel aku memerhati keadaan jalan. Rupa-rupanya ada festival yang sedang berlaku di Jaipur hari itu. Patutlah keadaan sesak yang amat sangat. Sambil melihat festival dari tingkap, sempat juga aku merehatkan badan serta mandi dan buat apa yang patut lagi.
Aku tak ingat festival apa nih tapi ianya berkenaan dengan cahaya dan music...
Berjalan di koridor hotel, aku dapati ada satu office tour yang kebetulan kat sebelah bilik aku je. So aku masuk ke dalam office tuh dan bertanya pada staff yang berada di sana, Ariff namanya. Aku bertanya tentang tiket bas untuk ke destinasi yang ada di Rajastan esok. Dia kata kalau di Jaipur, tiket bas hanya dijual di stesen bas. So option yang ada adalah tiket flight dan juga keretapi. Melihat kepada harga yang diluar kemampuan aku bagi option kapal terbang, aku memilih untuk menaiki keretapi sahaja tapi masih belum tahu kemana destinasi seterusnya. Melihat kepada peta Rajastan yang ditunjukkan oleh brader Ariff kepada aku, akhirnya aku memilih untuk ke Udaipur meskipun aku langsung tak tahu apa yang ada disana. Ini kerana Udaipur adalah daerah yang agak dekat dengan Jaipur dari segi jaraknya.(takdelah dekat sangat sebenarnya)
Selepas habis urusan membeli tiket, sempat juga aku bertanyakan kepada brader Ariff tentang restoran halal yang berdekatan dengan hotel yang aku duduki ini.Brader Ariff offer aku untuk bawak aku ke restoran yang berada dalam laluan perjalanan beliau ke rumah. Dia cakap makanan kat situ halal dan sangat recommended pada sesiapa yang datang ke Jaipur. Cuma masalahnya dia cakap restoran tuh selalunya penuh dengan orang. Secara baik aku tolak ajakan brader Ariff dengan alasan aku tak mau susahkan dia dan lebih suka berjalan untuk meneliti kehidupan rakyat sekeliling.
Keadaan menhadap jalan dari restoran di mana aku makan...
Selepas keadaan pesta dijalanan agak reda, aku pun ambil keputusan untuk keluar bagi mengisi perut yang seharian belum diisi. Perjalanan ke restoran yang terletak di hotel MM Khan yang di recommended oleh brader Ariff tak sampai 20 minit berjalan kaki.Sampai di depan MM Khan hotel , memang betul kata brader Ariff, restoran yang terletak di bawah hotel tuh penuh dengan orang. Bukan setakat yang makan tapi ramai juga kelibat yang sedang berdiri menunggu meja kosong. So aku cancel kat kat MM Khan dan mencari mana-mana kedai makan yang tak ramai orang sebab dah tak sanggup lagi aku menunggu setelah seharian kelaparan. Akhirnya dapat juga aku temui satu kedai makan yang kosong (tak berapa ramai orang) iaitu Ali chicken centre. Aku rasa sebab apa kedai makan ni tak berapa ramai orang sebab kedudukannya di tingkat 1. Aku terpaksa menapak menaiki tangga yang tak berapa proportion tu dan nasib baik di tingkat atas tuh masih lagi tak berapa ramai orang. Di Ali Chicken Centre nih makanannya mostly berasaskan ayam...Nama pun chicken centre. Ada tandoori dan macam-macam lagi tapi yang menarik minat aku adalah chicken changezi yang terdapat dalam menu yang ditulis di tepi dinding.
Roti dengan chicken changezi..rasa macam rendang tapi bukan...
Mula-mula aku lepak sorang je di meja kat kedai tuh dan ada beberapa orang pelanggan je di meja-meja lain tapi dalam 15 minit ke setengah jam dah penuh dengan pelanggan yang nak makan di situ. So nak tak nak aku terpaksa kongsi meja ngan 2 orang penduduk tempatan. Sambil2 makan tuh kami bersembang-sembang 2 orang mamat yang duduk ngan aku. Terkejut diorang bila aku cakap salah sorang dari 2 orang tuh muka macam Saif Ali Kahn. (Memang betul pun) Diorang tak sangka yang orang dari negara yang diorang tak berapa kenal ikut jugak industri filem negara diorang. Dalam sejam juga kami lepak bersembang pasal macam2 topik.
Settle makan aku pun gerak ke hotel. Malam nih kena dapatkan rehat secukupnya dan kemas barang sebelum bergerak seawal pagi ke stesen keretapi. Entah apa yang akan terjadi esok hari...aku pun tak pasti...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment