Jikalau ikutkan perkiraan aku secara penaakulan mantik, aku dah berjalan kaki sejauh 20km secara keseluruhan pada hari kedua aku di Kathmandu. Oleh sebab demikian aku dapati kaki aku sakit sebaik sahaja bangun dari tidur. Hari nih aku extend lagi semalam di hotel Blue Diamond di Thamel juga selepas check out dari Silver Home semalam. Sebabnya Silver Home fully booked dan aku malas dah nak usung beg. Harga semalam bagi bilik queen size bed adalah 12usd semalam termasuk breakfast. Breakfast di Kathmandu ni macam sama je setiap hotel...roti ngan jem..pisang, ubi kentang stim dan tak lupa juga jus oren. Sambil2 mengunyap ubi kentang sambil itu aku mereka-reka plan untuk hari ini memandangkan plan asal dah bertukar.
Pemandangan dari atas bangunan hotel.
Jadi perjalanan hari ini adalah untuk menjelajah ke Durbar Square, Pashupatinath temple dan Boudhanath temple. Yup..semalam dah pergi jugak ke Durbar square di Kathmandu..terdapat 3 buah Durbar Square keseluruhannya...satu terletak di Kathmandu..iaitu di Basanthapur, satu di Patan dan satu lagi di Bhaktapur...kira-kira 30 km dari bandar Kathmandu.
Jadi untuk ke tempat-tempat tersebut ada beberapa cara.Salah satu ialah dengan berjalan kaki di mana aku tak larat nak hadap dah..kedua publik transport di mana ia akan mengambil masa yang agak panjang. So aku pilih cara ke 3 yang memerlukan modal tinggi tapi menjimatkan masa dan tenaga iaitu dengan mengambil teksi secara booking. Keluar je dari hotel aku (aku pilih Blue Diamond ni sebabnya ianya murah (lebih kurang 40 ringgit semalam siap breakfast dan terletak di main road. Lain-lain hotel aku dah survey..agak mahal dan lokasinya tidak stretegik dimana susah nak carik makanan halal. (Blue Diamond selang satu lorong dengan Anatolia restaurant.)) memang sudah menunggu beberapa teksi untuk ke destinasi pilihan masing-masing.
Sedang aku termanggu-manggu di luar hotel seorang driver teksi mengoffer untuk membawa aku kemana saja tempat aku nak pegi. Sambil menghulurkan peta aku tunjukkan kesemua lokasi yang aku rancang hari tuh. Walaupun dia tak fasih bercakap english tapi aku faham yang dia mintak 5 ribu rupee untuk bawa aku ke semua tempat tuh. Aku cuba counter dengan rege 3k seperti biasa yang orang lain dapat tapi dia bagi last price adalah 4k rupee. Malas nak bertekak aku pun amik offer tuh walaupun aku tahu benda tu mahal.
Nama driver aku nih Viru. Orangnya agak pendiam bahkan boleh dikatakan langsung tak berbicara dengan aku. Kemungkinan besar masalah bahasa merencatkan perbualan kami walaupun aku cuba untuk beramah mesra dengan beliau. Setelah menunjukkan perancangan aku dia membawa aku ke Patan Durbar square terlebih dahulu kerana ianya paling hampir lokasinya dengan hotel aku. Patan Durbar square terletak di Latitpur, Kathmandu...kira-kira 7 km dari Thamel street. Walaupun hanya 7 km namun begitu masa yang diambil lebih kurang 20-30 minit disebabkan keadaan jalan yang sibuk dengan trafik.
Patan Durbar square terletak di tengah-tengah bandar Lalitpur. Ia merupakan pusat kediaman raja kaum Malla suatu ketika dahulu. Kaum Malla ini asalnya dari kaum yang dihalau keluar dari India dan merupakan pemerintah di Nepal selama lebih kurang 500 - 600 tahun. Trick aku di Patan ni macam biasa..try utk avoid kaunter tiket dan act local. Disini takde pagar namun terdapat juga kaunter tiket bagi pengunjung utk beli tiket. Durbar square di Patan nih lebih kurang sama dengan yang berada di Kathmandu dari segi kebersihan tapi ada sedikit berbeza dari segi bangunan dan arkitektur.
Selepas ambil masa dalam 15-30 minit berpeleseran dalam tuh. Kami teruskan perjalanan ke arah yang paling jauh dulu, iaitu Bhaktapur Durbar Square. Kenapa aku still nak ke Durbar square setelah menjelajah durbar2 square yang lain? Ntah la..aku pun x pasti..maybe just to kill the time di Nepal setelah tak dapat ke Pokhara.
Perjalanan dari Patan ke Bhaktapur ini lebih kurang dalam 13 km dalam lebih kurang tak sampai satu jam perjalanan menaiki kereta. Sekiranya di Kuala Lumpur, 13 km hanya mengambil masa dalam 20minit sekiranya jalan tidak sibuk. Namun apa yang masalah di Nepal adalah...
1) Jalan tidak begitu bagus.
2) kenderaan dibawa dengan perlahan
3) Trafik tidak teratur..potong saja ikut mana-mana diorang suka.
Ada jugak aku bertanya ngan Viru dekat mana nak isi minyak, tapi dia buat dek je. Ikutkan aku nak sewa royal enfield (sejenis motor..sila google) utk ke Nagarkot ke esokkan harinya. Nampaknya takde harapan aku nak menggelungsur di Nepal dengan motorsikal yg stylo berasal dari India tersebut disebabkan traffic horror yang aku x sanggup bergadai nyawa dengannya.
Bayaran masuk ke Bhaktapur Durbar square bagi aku adalah sangat mahal iaitu lebih kurang USD 15 atau bersamaan dengan 1500 nr atau lebih dari rm50. Bagi aku bayaran tu adalah sangat mahal bagi aku yang super budget nih tambahan pula kalau nak masuk muzium dalam kompaun kawasan tuh kena pula bayaran asing. Disini ada pintu gerbang dan ianya dikelilingi pagar. Namun begitu ada je cara nak masuk percuma cuma kena pusing dan try and error di celah2 bangunan dan jalan belakang. Not rekomended...please support Nepal tourism..
Bhaktapur Durbar square nih agak berbeza dengan kedua durbar square yang lain. Ianya agak bersih dan kurang orang. Bagi aku macam amat bersih berbanding lokasi lain di Nepal yang telah aku kunjungi. Senibinanya lebih kurang dari Durbar square yang lain tapi lebih ramai tourist luar. Cuma berhati-hati kepada sesiapa yg takde bajet..disini ramai yang menawarkan diri sebagai pemandu pelancong dengan mengenakan bayaran yg agak tidak munasabah. Bagi aku yang takde bajet memang tak lah.
Perjalanan kemudiannya diteruskan ke satu lagi lokasi menarik untuk dilawati sekitar Kathmandu iaitu Boudhanath stupa atau temple kira-kira 20 km dari Bhaktapur tadi. Walaupun hanya 20 km, perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam memandangkan keadaan trafik yang sangat sibuk. Boudhanath ini adalah salah satu stupa yang terbesar di dunia. Untuk masuk ke dalam kawasan ini juga dikenakan bayaran namun begitu tak sebegitu mahal dan cukup dengan budget aku. Cuma masalahnya berhampiran kawasan ini agak susah untuk mendapat parking, oleh itu Viru park agak jauh dan terpaksa berjalan kira-kira 500m sebelum sampai ke pintu masuk. Apa yang bagusnya si Viru nih teman aku dan tunggu aku sampai aku keluar dari tempat tuh, takut aku sesat untuk balik ke kereta or takut aku lari...kah kah kah...
Terdapat sebuah stupa yang magnificently besar dan ianya dikelilingi kedai-kedai yang kebanyakan nya terdiri dari souvenir shop.
Trip terakhir seperti yang telah di deal dengan Viru adalah Pashupatinath temple. Pashupatinath temple ini merupakan salah satu tempat pemujaan kaum Hindu yang paling besar dan suci sekali. Untuk memasuki kuil ini tidak dikenakan apa-apa bayaran tetapi perlu untuk buka kasut dan mengelilingi kuil ini macam tawaf bagi umat Islam. Disebabkan itu aku x jadi masuk ke kuil ini dan teruskan menuju ke belakang kuil ini. Rupanya disinilah lokasi sebenar mengambil gambar kalau ke sini. Kebetulan pada hari itu terdapat kematian di sana dan para sami sedang mempersiapkan mayat untuk dibakar.
Mayat tersebut terlebih dahulu dicelup di dalam Sungai Bagmati beberapa kali sebelum dibakar. Begitulah amalan kaum Hindu di Nepal setiap kali ada kematian di sini. Pada ketika itu, suasana begitu muram dan sunyi. Hanya kedengaran bisik-bisik orang sekeliling dan raungan menyayat hati kaum keluarga si mati. Tak sempat habis upacara tersebut, aku bergegas balik ke kereta dan pulang ke Thamel street dan duit 4000 Np pun bertukar tangan pada Viru...
Salah satu aktiviti menarik..bergambar dengan sadhu..
Bersambung...
No comments:
Post a Comment