Sunday, 26 July 2015

Nagarkot Dan Perbelanjaan keseluruhan ground trip Nepal

Apakah sebenarnya yang ada di Nagarkot ini sehingga aku terpaksa lepaskan view Lake Phewa dan paragliding (mimpi la nak paragliding..mahal kut package dia)  menyaksikan keindahan alam semulajadi? Sebabnya..disini lah tempatnya korang boleh tengok gugusan gunung di banjaran Himalaya dengan hanya 30km sahaja dari Kathmandu. Keduanya pulak..aku dah book bilik hotel kat sini guna Agoda dan fee nya adalah non refundable. So...aku terpaksa



Awal lagi aku dah bangun dari tidur dan dah ada di lobi sebelum breakfast disediakan. Selepas makan pisang dan ubi kentang serta jus, aku berjalan kaki ke stesen bas Kathmandu. Stesen bas ini tidak begitu jauh kira-kira 20 hingga 30 minit perjalanan sekiranya tidak sesat. Berhampiran dengan stesen bas itu terdapat sebuah masjid (aku rasa ada kedai makan halal di situ).



Sebelum sampai ke stesen bas beberapa kali aku nampak bas lalu di kawasan tersebut menurunkan penumpang yang ada. Sambil2 menahan bas aku sempat tanya pada konduktor samada bas tersebut pergi ke tempat dituju atau tidak. Dalam 2 kali aku tahan dan tanya, akhirnya salah satu dari konduktor bas yang aku tahan mempelawa aku naik. Aku rasa pelik sebab aku merupakan satu-satunya penumpang yang menaiki bas tersebut sedangkan dalam pembacaan aku melalui blog-blog lain menyatakan yang setiap pengangkutan awam keluar dari Kathmandu akan penuh sepenuhnya sehingga penumpang akan berdiri hingga ke pintu bas.


20 minit kemudian aku bersama2 puluhan lagi penumpang memenuhi ruang bas yang tidak begitu besar itu. Cuma aku bernasib baik sebab dapat kerusi untuk duduk. Secara jujur aku katakan hanya aku seorang sahaja rakyat asing yang berada di dalam bas itu. Tambangnya pun tidak aku ketahui memandangkan tiada seorang tahu berbahasa inggeris termasuk konduktor bas tersebut. Aku hanya menghulurkan 50 Np dan konduktor tersebut menghulurkan semula baki yang tak sempat aku perhati dan terus aku masukkan kedalam kocek dek kerana ruang yang tidak begitu selesa.


Rupa-rupanya bas tersebut hanya menuju ke Bhaktapur dan aku perlu menukar bas seterusnya menuju ke Nagarkot. Untuk makluman, lokal bas ini tidak mempunyai penghawa dingin, nasib baik udara memang semula jadi sejuk mengurangkan rasa tidak selesa di dalam bas tersebut.


Perjalanan ke Bhaktapur mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai ke stesen bas di mana kesemua penumpang diarahkan turun kerana bas akan kembali semula ke Kathmandu. Aku terpinga-pinga kerana apabila ditanya hampir kesemua orang di stesen bas ala koboi tersebut tidak faham apa yang aku tuturkan. Nasib baik pada masa itu terdapat seorang polis yang sedang bertugas menunjukkan aku stesen bas menuju ke Nagarkot.




Stesen bas ke Nagarkot terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari stesen bas tempat aku diturunkan. Pekan Bhaktapur ini tidaklah begitu hampir dengan Durbar square yang aku lawati semalam. Disebabkan ini rasanya kebanyakan pelancong mengambil teksi atau pemandu untuk ke sini.


Setelah menunggu selama 30 minit, akhirnya bas untuk ke Nagarkot sedia untuk berlepas. Sekali lagi aku bernasib baik kerana naik ke dalam bas agak awal kerana bas tersebut penuh dengan muatan penumpang bersama-sama barangan dagangan masing-masing.


Pemandangan menuju ke Nagarkot amatlah mengujakan disebabkan keadaan lanskap telah berubah;dari keadaan kota yang hiruk kepada pemandangan desa yang menyegarkan. Setelah 15 minit perjalanan, keadaan jalan semakin kecil dan berliku-liku, namun begitu pemandu yang merupakan remaja puluhan tahun bukan sahaja memperlahankan kenderaan malah semakin melajukan pemanduannya di dalam keadaan jalan yang semakin merbahaya.




Lebih kurang 1 jam perjalanan akhirnya kami sampai di pekan Nagarkot. Disana terdapat banyak hotel dan rumah-rumah tumpangan yang terletak dilereng-lereng bukit. Hotel yang aku telah tempah terletak agak jauh dari stesen bas tersebut. Melalui perbualan dengan pekedai di sana, ianya terletak kira-kira 20 minit berjalan dari stesen bas menaiki bukit-bukau menghampiri puncak.


Aku memilih untuk menginap di Peaceful Coatage disebabkan kedudukannya di puncak Nagarkot dengan pemandangan banjaran Himalaya yang tersergam indah. Apabila tiba di lobi hotel, apa yang aku dapati hanyalah kabus yang menutupi Pemandangan gunung Everest yang sepatutnya dapat dinikmati dengan jelas dari sana.


Selain dari itu, Nagarkot tak banyak menawarkan aktiviti yang menarik dan tidak menggunakan peruntukan selain dari trekking di kawasan persekitaran. Antara lokasi menarik untuk trekking adalah Cangu Narayan ; salah sebuah kuil suci Hindu rakuat Nepal yang terletak kira-kira 6km trekking dari Nagarkot. Disebabkan keadaan kaki aku yang masih tidak begitu baik tambahan pula hari yang semakin suntuk, aku hanya lepak di bilik sambil merehatkan badan.


Keadaan siang yang sunyi bertukar menjadi bising pada malam hari dek parti yang diadakan di hotel bersebelahan aku. Mereka memasang lagu-lagu hindi sambil meneguk minuman keras. Aku hanya di bilik menanti siang tiba untuk melihat pemandangan yang dijanjikan oleh pengusaha hotel tersebut.


Keadaan langit masih lagi berkabus menjelang hari keesokkannya. Matahari pagi juga tidak kelihatan jesteru itu aku mengemas banrang untuk kembali semula ke Kathmandu. Di Kathmandu tidak ada apa aktiviti menarik dibuat kecuali mencari whishlist pengirim barangan dari Malaysia.


Tips...barang-barangan hiking sangat murah di Kathmandu. Walaupun tidak pasti ketulenannya tapi ianya tahan lasak. Barang cenderamata seperti keychain dan fridge magnet pula agak mahal secara purata lebih kurang rm10 setiap satu.





Perbelanjaan di Nepal

1. transportation
    a. Teksi dari airport ke Kathmandu
    b. Teksi  mengelilingi Kathmandu dan Bhaktapur rm 150
    c. bas ke nagarkot pergi balik rm 10

2. makan malam
    a. rm 45
    b. rm 20
    c. rm 25

3. hotel
   a. Agoda (malam pertama)
   b. Hotel rm 36 (malam ke 2)
   c. Hotel rm 36 (malam ke 3 )
   d. Agoda (Malam ke 4 - Nagarkot)
   e. Hotel rm 24 (malam ke 5)

4. bayaran masuk
    a. bhaktapur  rm 50
    b. basantapur  rm 25
    c. istana  rm 10
    d. garden rm 15

5.belanja lain
   a. groceries 3 hari rm 100

belanja keseluruhan rm 596

*kesemua hotel yang ditempah melalui Agoda telah dibayar terlebih dahulu.

1 comment:

  1. NEPAL PLANET TREKS - YOUR TRIP PLANNER
    Holiday in Nepal, Tibet & Bhutan
    Nepal Planet Treks and Expeditions focuses on exceptional customer support and service at value-for-money costs.
    We offer personally customized itineraries and activities tailored to the requirements of the client.
    Specializing in organizing tours, trekking, mountain expeditions, peak climbing, rafting, paragliding, bungee jumping, cycling and sightseeing in Nepal, we are your best choice for your trip to this wonderful country
    The friendly team members of Nepal Planet Treks and Expeditions consist of highly experienced adventure travel and mountain experts with high levels of practical knowledge about all that Nepal has to offer the visitor.
    Contact us with your requirements and we will have pleasure in sending you an ideal itinerary with costing.
    We make sure that you will get the most wonderful time of your life when you travel with Nepal Planet Treks…we promise you
    Email:sanjibtrekguide@gmail.com

    ReplyDelete