Thursday, 25 June 2015

Kathmandu episod 1

Lamo botul den x updet wa punya page nih...banyak kojo tambah posa pulok

Semalam satu lagi gempa bumi berskala 7.3 skala richter melanda bumi Nepal dan telah mengakibatkan banyak kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda. Jesteru itu, kebanyakan bangunan dan manusia yang ada didalam gambar ini berkemungkinan tidak lagi dijumpai di Nepal.

Raya cina yang lalu aku telah berjaya menaiki kapal terbang jenis Airasia menuju ke bandar Kathmandu, Nepal. Rancangan asalnya adalah terbang pada pagi hari raya cina, namun begitu sebulan sebelum penerbangan, pihak Airasia telahpun membatalkan penerbangan aku dek kerana ketiadaan kapal terbang menuju ke Kathmandu. Alasannya adalah corporate reason tapi aku jangkakan kapal terbang tidak penuh kerana cuti.  

Utk cut the crap, flight tiket aku telah dianjakkan pada keesokkan harinya dan tiba di Kathmandu pada malamnya. So nampaknya itinerary aku telah dicantas selama 2 hari. Untuk mengunjungi Nepal, selain dari negara-negara jiran, hampir kesemua pengunjung perlu memohon visa untuk masuk ke negara dimana gunung Everest terletak ini. Ada 2 cara untuk mendapatkan visa, iaitu dengan memohon secara manual di kedutaan Nepal di negara masing-masing atau mendapatkan VOA..visa on arrival.Aku sangat tidak suka dengan birokrasi setiap kali ke pejabat keduaan negara asing di Kuala Lumpur disamping pasport biasanya akan ditinggal seharian dan proses mengambil balik pasport yang siap bervisa pada keesokkan harinya. 


Perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa kira-kira 4-5 jam disebabkan aku tidur sebaik saja bertolak. Lagipun malam baru sampai so x dapek la nak tengok view everest bagai.

Sampai sahaja di Tribhuvan airport, jam telah menunjukkan jam 830 malam. Dengan flight yang penuh sudah dijangka lapangan terbang bakal menjadi satu pasaraya yang sibuk dengan hal-hal keimigranan. Bayaran visa on arrival bagi mengunjungi Nepal adalah 25usd untuk 14 hari. Kebetulan pada masa membuat bayaran itu aku x punya wang usd dan mintak permisi untuk tukar duit kat kaunter sebelah kaunter imigresen, dan pengawai imigresyen tersebut kemudian tanya aku dari mana. Dia kata sekiranya aku dari Malaysia x perlu tukar duit dahulu cuma perlu bayar rm100 untuk urusan visa..VIP rupanya rakyat Malaysia di Nepal nih..i lioke...


Selepas menyelesaikan semua perihal visa lah dan cop pasport, aku bertolak keluar dari Tribhuvan International Airport. Turun tangga aku disapa oleh tour agen yang ada kat bawah tuh. Puas aku nak menolak memandangkan tempat aku nak tukar duit (untuk bayar transport ke bandar xde duit rupee) bersebelahan dengan opis diorang. Last2 aku pun amik la teksi dari diorang untuk perjalanan ke hotel aku di Thamel. Hasilnya berjaya dapatkan teksi dengan harga lebih kurang rm 30 setelah convert ke ringgit. Tak tahu lah mahal ke murah sebabnya waktu dah malam dan amik ngan agen. Masih ngam dengan bajet so aku on je.



Sampai sahaja aku di hotel Silver Home, terdapat sedikit masalah dari segi penginapan. Petugas kaunter tidak mempunyai rekod dari Agoda mengenai kehadiran aku di sana. Jadi nak tak nak terpaksa lah aku connect dengan wifi dan tunjukkan diorang itinerary yang ada dalam email. Kira-kira 15 minit juga lah drama swasta remang-remang kotaraya itu berlaku. Hasilnya dia bagi aku triple bed sebagai ganti rugi masa aku bertekak.



Letak je beg, terus aku keluar menyusuri bandar Kathmandu ini. Sempat jua aku bertegur sapa dengan pengembara Perancis yang berada disebelah bilik aku. Bertukar-tukar cerita pasal pengalaman aku travel di Paris dalam masa 5 minit, aku mintak diri sebab nak menyusuri bandar Kathmandu. Hotel Silver Home ini tidak terletak di jalan utama. Kedudukannya berada di baris belakang bangunan menyebabkan ia agak sunyi.



Jam menunjukkan pukul 10 malam. Kebanyakkan dari kedai-kedai di Thamel street telah melabuhkan roller shutternye. Namun begitu pengunjung terutamanya pelancong asing masih berpusu-pusu melayari jalan tersebut sambil tangan masing-masing memegang minuman keras. Sedang aku berjalan-jalan menikmati pemandangan tiba-tiba tangan aku ditarik oleh seorang rakyat tempatan. Dia offer aku untuk minum beer bersama dia. Bila aku cakap aku tak minum beer, dia offer pulak aku perempuan sebagai teman. Akhirnya dia mengalah bila aku cakap tak ada duit dan meneruskan perjalanan ke hotel.



Suhu malam hari di Kathmandu amatlah dingin sekali meskipun suhunya adalah hanya sekitar 15-16 darjah celcius. Ini mungkin kerana kadar humidity (jumlah air yang teruwap dalah udara) di Nepal amatlah tinggi dalam sekitar 80-90% bermakna sekiranya kita menjemur baju diampaian, ianya amatlah sukar untuk kering dan menjadi semakin lembab.

Di hotel aku sempat bertanyakan tentang pakej untuk ke Pokhara pada keesokkan harinya.Harga tambang bas pelancong ke Pokhara lebih kurang kalau tak silap aku adalah rp650 bersamaan rm25 sehala. Ini bukannya local bas tetapi bas yang agak selesa dengan bilangan penumpang yang terhad serta berhawa dingin. Dek kerana syarikat penerbangan aku telah menganjakkan tarikh penerbangan, aku terpaksa memilih sama ada untuk ke Pokhara atau ke Nagarkot.



Seawal 6.30 pagi aku sudah bangun dari tidur yang selesa. Setelah meneliti segala kemungkinan yang ada, aku memilih untuk tidak ke Pokhara. Ini adalah disebabkan aku tak mahu mengganggu itinerary yang telah aku rancang di Kathmandu. Tambahan pula aku dah bayar booking hotel yang aku buat di Nagarkot dan ianya tidak refundable.



Lokasi pertama aku di Kathmandu selain dari Thamel street adalah Durbar square. Terdapat 3 buah durbar square di Nepal dan yang paling hampir adalah di Basantapur; lokasi yang ingin aku tuju. Sarapan pagi disediakan di hotel telah termasuk dalam bayaran hotel (aku bayar cuma dalam rm 36 je utk semalam). Menunya tidaklah begitu indah, maksudnya bukannya buffet style tapi ala carte 2 keping roti bakar, 1 biji pisang dan 2 ulas kentang goreng dan jus kordial oren. Jadi lah tu cuma tak dapat nak cover sampai ke malam.



Berbekalkan peta yang diberi oleh travel agen di hotel, aku mula menapak ke Basantapur. Thamel street yang havoc pada waktu malam tadinya sunyi sepi. Kedai2 mulai buka sekitar 9 pagi jesteru itu jangan haraplah nak bersarapan pagi di kedai sebelum jam 9. Peta yang diberikan nampaknya tidak banyak membantu sekiranya pertama kali menyusuri bandar ini. Jalannya bersimpang siur, papan tanda nama jalan juga sukar untuk dijumpai dan apa yang penting kita perlu mengetahui arah utara dan kedudukan permulaan sebelum memulakan perjalanan.



Sejam kemudian aku tiba di Basantapur, Kathmandu Durbar Square setelah sesat dalam perjalanan. Bayaran masuk ke durbar square ini adalah np 750 bersamaan dengan rm25. Aku dengan segala kejujuran di hati dengan murninya ke kaunter dan bayar fee tersebut walhal rakyat nepal tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki kawasan tersebut. Terkemut2 penjaga tiket bila aku menghulurkan wang kepada beliau. (Nak tau kisah sila rujuk pos Saraburi)



Bayaran tersebut termasuklah bayaran masuk ke muzium, kumari temple, istana 9 tingkat dan hanuman dhoka. Ok..kira berbaloi jugak lah walhal tidak ada penjaga di tempat2 berkenaan.


Kumari Gar atau Kumari Chowk..disinilah terletaknya kediaman the living goddest oleh penganut agama Buddha/Hindu Nepal. Dikatakan Kumari ini adalah penjelmaan demon slayer dewa Hindu. Pengunjung dibenarkan memasukki courtyard bangunan ini tetapi ditegah untuk mengambil gambar Kumari. Memang niat di hati x mau amik gambar kumari ni pun tapi bayangnya pun tak kelihatan. Yang ada lanyai yg dipenuhi oleh najis burung merpati ni saja.




Setelah selesai menyusuri durbar square, melalui peta hanya satu lokasi yang sesuai untuk dilawati iaitu Swayambunath. Namun begitu aku tidak tahu arah tujuan yang perlu aku tuju untuk ke sana. Apa yang aku pasti ianya terletak di atas bukit, salah satu tempat yang paling tinggi di Kathmandu. Jesteru itu aku terpaksa memanjat istana 9 tingkat bertujuan untuk mengetahui arah tempat yang hendak dituju. Setelah sampai di tingkat ke 9 sambil mengambil nafas yang kian pudar sayup2 kelihatan swayambunath temple tersergam indah nun jauh disanaaa...

The garuda king statue


Disebabkan perbelanjaan fulus yang tidak cekap, aku mengambil keputusan untuk menapak ke sana. Tambahan pula jaraknya tidak begitu jauh, dalam 2.8 hingga 3 km sahaja. Lagipun arahnya sudah diketahui maka ia memudahkan lagi perjalanan ke sana.



Mengunjungi Narayanhiti Palace merupakan istana lama raja Nepal yang dianggap penjelmaan tuhan oleh rakyat Nepal.Di sini tidak dibenarkan mengambil gambar dan melalui pintu masuk sahaja semua beg akan diperiksa dan diarahkan untuk ditinggalkan di loker room yang disediakan. Apa yg menarik semasa aku berjalan dari gate ke pintu utama, ada beberapa remaja tempatan menahan aku sambil bertanyakan sesuatu dalam bahasa nepal. Dengan kompiden nya aku tunjukkan pintu masuk utama...(aku rasa diorang tanya kat mana nak masuk..kalau diorang tanya mana toilet ke..nasib ko lah labu...) Ada ke tanya kat aku, rakyat Malaysia yg tall, dark and hensom nih...



Istana ini merupakan simbol kekayaan raja di Nepal. Masuk2 je di pintu utama tu, aku disambut oleh seekor beruang sebesar van rusa yg telah diawet dan dipamerkan dipintu masuk. Di lantai terbaring seulas karpet harimau kulit original dan diapit oleh 2 ekor harimau bengal yg sedang memberi tabik hormat. Seperti muzium2 lain, di sini kebanyakkannya memaparkan barang2 diraja dan segala perhiasan serta kemewahan golongan elit negara.

Disebalik kekayaan dan kemewahan keluarga diraja Nepal ini, terdapat satu kisah duka berkaitan dengan pembunuhan kerabat diraja Nepal dalam satu parti yang diadakan di istana ini. Kisahnya bermula apabila putera mahkota dihalau oleh raja dari parti akibat dari kelakuan biadap dan tidak sopan terhadap tetamu dek meneguk minuman keras yang berlebihan dan pengaruh dadah jenis hashish. Putera raja itu kembali ke parti tersebut dengan membawa beberapa buah senjata dan kisah seterusnya menjadi sejarah.
Itulah sebabnya kerajaan tak bagi hisap dadah...kami anti dadah...kami benci padamu..





Dalam perjalanan pulang aku singgah di satu taman di Kathmandu. Namanya Garden of Dream...Rasanya disinilah satu-satunya tempat di Kathmandu yang tidak diselubungi habuk. Ini merupakan tempat bersantai di Kathmandu. Kalau ke sini memang lain dari jalan-jalan di Thamel yang sesak. Ianya seumpama berlakun dalam citer-citer lama India. Memang santai..baring-baring, baca buku..lepak sampai lebam...









Perjalanan diteruskan ke Swayambunath atau dikenali juga dengan nama Monkey temple. Mendaki anak-anak tangga ke puncak Monkey temple ini memang agak mencabar. Kalau ikutkan biasa-biasa je...lebih teruk lagi mendaki puncak Jabal Nur tapi sebab fitness aku yang lama tak diasah maka agak struggle jugak. Nasib baik cuaca agak dingin maka peluh tak mencurah-curah dari badan. Mendaki dalam 20-30 minit dengan kelajuan yang sederhana maka sampai lah aku di puncak Swayambunath ini. Rupa-rupa sampai di atas aku berada dipuncak yang salah...tapi aku tetap tenang setenang cermin (sambil mengambil nafas). 


Sampai dipuncak rupanya terdapat satu pekan kecil di atas bukit tersebut. Panoramanya memang hebat disamping boleh melihat hampit keseluruhan bandar Kathmandu dari puncak Swambunath ini. Apa yang ada di Swayambunath nih yang menjadi salah satu tempat yang semua orang nak pergi? Architecture, pemandangan, historical dan macam2 lagi ada disini. Di sini terletak antara stupa yang terbesar di Nepal dan suasana di atas nih sangat menarik dari segi budaya. Kena datang dan tengok sendiri.















Hari sudah petang...maka dengan itu aku meneruskan perjalanan pulang sebelum matahari turun agar perjalanan tidak bertambah sukar. Faham-faham la malam hari...time siang lagikan sesat inikan pulak malam hari.



Makan malam di Kathmandu...Sebenarnya terdapat beberapa restoran halal yang terdapat di Kathmandu namun yang paling terkenal di kalangan pelancong-pelancong atau traveller muslim adalah Anatolia restaurant. Restoran ini menyediakan makanan yang terdiri dari masakan turki, tibet, nepal dan india. Masakannya bagi aku memang superb, kena dengan selera. Jadi setiap hari aku makan di sini disebabkan lokasinya terletak beberapa ratus meter je dari belakang lorong hotel aku. Harga makanan di restoran ini kalau diikutkan tidaklah murah tapi untuk berjalan mencari restoran-restoran lain (kalau tak silap aku ada lagi 2-3 buah restoran yang menjual makanan halal) amatlah tidak munasabah berdasarkan keadaan bandar Kathmandu itu sendiri.Rata-rata hidangan adalah atas dari RM 10. Malam kedua (malam pertama baru sampai di Nepal) aku makan di restoran ini, bil aku lebih kurang rm40 perhidangan...tak sesuai dengan overall budget keseluruhan aku yang hanya rm600 sahaja.


Lepas mencekik..teruskan beradu...mentera beradu..

Bersambung


No comments:

Post a Comment