Hari Kedua:
Sesat di Ayuthaya
Seawal jam 7 pagi kami dah keluar dari hotel kami di Ramkhanghaeng. Apa yang menarik tinggal di sini adalah stesen tren interconnecting terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari hotel. Stesen keretapi di Ramkhamhaeng nih adalah airport-link menuju ke Shuvarnabhumi (baca suvarnaboom) airport, jadi kami terpaksa bertukar tren di stesen berdekatan untuk menuju ke Hua Lampong stesen, stesen keretapi utama menuju ke luar dari Bangkok.
Stesen keretapi
Ini kedai makan halal yang ada di stesen keretapi. Apa yang kurang menyeronokkan adalah semua pekerja disini tak paham cakap omputeh...apatah lagi bahasa melayu...
Boleh kata hampir setiap kali kami datang ke stesen keretapi Hua Lampong ini, kami akan singgah kat kedai makan nih untuk mengisi perut terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Ini adalah satu-satunya kedai / gerai makan yang mempamerkan logo halal/tulisan halal yang ada di stesen keretapi ini. Cara bayaran dikenakan adalah dengan menggunakan kupon yang dibeli di kaunter bayaran berhampiran. Memandangkan masalah komunikasi kami hanya menghulurkan sahaja kupon yang telah dibeli dan pekerja kedai mengambil pada jumlah tertentu sahaja. Setiap kali kami membeli makanan terdapat sahaja lebihan kupon. Setelah 3 kali kami makan di sini bayaran makanan nampaknya semakin murah. Pelik bin ajaib dan kupon terkumpul di dalam poket sudah ada dalam 50 tb setelah kali ketiga kami makan di sini.
Namun begitu masalah lain yang melanda adalah setiap kali kami memesan makanan, makanan yang sampai adalah lain dari yang kami tempah walaupun kami bawak tukang masak tuh kat menu sambil tunjuk kat dia apa nak makan dalam gambar yang ada dalam signboard menu tuh...tapi tetap lain jugak yang dihantar. Memang tak ada kata-kata yang boleh diucapkan lagi melainkan menggelengkan kepala sambil tersenyum kucing.
Menunggang skuter yang disewa dengan kadar 250 tb sehari (kalau tak silap lah). Skuter ini boleh disewa di banyak tempat tapi yang paling mudah adalah di kedai yang terletak di seberang jalan stesen keretapi di Ayuthaya. Kenapa mudah? Sebabnya tak perlu lagi ke bandar untuk mengambil dan menghantar motorsikal dan selepas menghantar kembali skuter boleh ke stesen keretapi dengan berjalan kaki sahaja.
Wat Yai Chaimongkhon
Bergambar di Wat Yai Chaimongkhon.
Entah...x ingat nama tempat nih tapi lokasi berhampiran Wat Yai Chaimongkhon
Berhampiran dengan kuil ini terdapat satu floating market. Bayaran masuk ke floating market ini adalah percuma. Apa yang ada di floating market ini adalah kebanyakan nya merupakan produk-produk tempatan seperti barangan tekstil dan makanan. Kami tidak mempunyai banyak masa jadi kami ambil keputusan untuk pusing floating market ini dengan menaiki sampan berenjin. Bayaran yang dikenakan adalah 20 bath setiap seorang.
Peta yang diberikan kepada kami amatlah mengelirukan. Mengelirukan disebabkan oleh petunjuk yang diberikan oleh pemberi sewa motorsikal. Selain daripada itu, terdapat kekeliruan dalam arah tujuan perjalanan kami. Kami terpisah di bulatan di tengah bandar Ayuthaya ini. Sebulat suara kami bersetuju menuju ke arah lain namun begitu kawan aku mengambil simpang berlainan dari apa yang dijanjikan. Maka dengan itu aku bersendirian menunggang motorsikal menyusuri bandar mencari kota purba Ayuthaya ini.
Menaiki bot keliling floating market. Bot ini menggunakan pam air sebagai sumber kuasa. cool
Sebahagian pengunjung (yang ada bajet lebih) menaiki gajah di sekitar wat di luar floating market.
Japanese settlement / vilagge
Ketika aku sesat, sempatlah aku singgah di tempat nih...iaitu Japanese Settlement / village. Tujuan aku sebenarnya adalah untuk bertanyakan jalan menuju ke kompleks sejarah Ayuthaya. Tapi setelah aku sampai di pintu masuk tempat ini, aku disambut dengan senyuman oleh seorang pengawal keselamatan yang tua, umur kira-kira dalam 60-70 an dan seorang makcik thai. Dengan senyuman itu aku jadi segan nak bertanya, maka aku terus ke kaunter dan bayar admission fee sebanyak 50 tb untuk masuk ke Japanese village ini meskipun masa aku untuk berjalan di Ayuthaya ini semakin singkat. Maklumlah aku kena kejar train ke Bangkok pada jam 4 petang. So dalam keadaan sangat rushing itu akhirnya aku dapat menenangkan diri dengan masuk ke dalam muzium di Japanese village itu sambil melihat apa yang ada di dalamnya. Walaupun tak ada keinginan langsung aku nak masuk tempat ini namun begitu ada beberapa cebis pengetahuan yang aku dapati di sini.
Map historical park Ayutthaya
Mengikut kefahaman aku setelah membaca pelbagai manuskrip dan tulisan dalam muzium ini, walaupun Thailand tidak pernah dijajah, namun begitu pihak Jepun dibenarkan masuk dan menetap di Ayuthaya sehinggakan pemimpin Jepun bernama Yamada Nagamasa dilantik sebagai gavenor di kawasan ini. Jadi orang-orang Jepun ini mula membawa kaum-kaum lain yang digunakan sebagai pekerja / hamba dan tidak kurang juga dengan hubungan perniagaan dengan bangsa lain. Jesteru itu kalau dilihat kepelbagaian kaum dan bangsa di Ayuthaya ini adalah hasil dari pendudukan jepun di sini.
Disuatu ketika setelah lebih 1 jam mencari jalan ke lokasi yang ingin dituju tidak ketemuan,aku berhenti sebentar di 7 eleven untuk membeli air sambil bertanyakan jalan namun begitu kerjasama dari kakitangan 7 eleven tersebut amatlah tidak membantu. Dia langsung menjawab "i don't know" tanpa aku habis bercakap lagi. Memang berbeza sungguh dari pakcik guard yang aku jumpa di Japanese village tuh.
Jam menunjukkan pukul 2.45 petang...nampaknya aku terpaksa berhenti mencari kawan aku yang sesat tuh. setelah dapat berfikir secara waras..(setelah kena teh o ais laici lipton botol) aku dapat tangkap peta yang dibagikan oleh tuan punya kedai motor yang aku sewa tuh...rupanya peta tuh salah lukis or skalanya salah..patutlah x jumpa...(macam poyo...baca peta pun xreti ada hati nak salahkan orang)
10 minit je perjalanan aku sampai di lokasi yang aku carik selama 2 jam perjalanan. 1st lokasi wat Mahathat. Di Ayuthaya, tempat ini yang paling femes antara lokasi-lokasi lain. Disinilah tempatnya terdapat kepala patung Buddha yang dililit oleh akar kayu.
Relics di wat maha that
Salah satu pengalaman bermakna untuk aku, bila beratur di kaunter tiket menunggu untuk membeli tiket masuk di kuil Mahattat. Bila sampai turn aku dia cakap sesuatu kat aku dalam bahasa siam. Aku yg tak paham ni pun balas persoalan diorang tuh dalam bahasa orang putih dan sambil tergelak2 dia sembang ngan kawan dia dan antara ayat yang aku paham adalah farang...maksudnya orang luar..oh fail...diorang 100% terpedaya dah ingat aku nih local dan utk local tiada sebarang bayaran dikenakan utk masuk ke tempat bersejarah ini. So terpaksa lah aku bayar 50 bath untuk tiket masuk..tapi lesson learnt...next destination jgn harapla aku nak bayar.hehe (gelak jahat)
Kepala patung buddha terperangkap di celah akar pokok bodhi.
Wihan Phramongkhon Bophit
wat phra si sanphet
Perjalanan pulang ke Bangkok.
Surau yang terdapat di stesen keretapi Hua Lampong
Orang kata Bangkok adalah satu bandar yang penuh dengan aktiviti night life yang berunsurkan maksiat. Lorong yang paling terkenal adalah seperti di Soi Cowboy, Nana Plaza dan sebagainya. Kesemua lorong ini terletak di tengah-tengah bandar iaitu di jalan Sukhumvit. Kami ke Sukhumvit dengan tujuan bagi mendapatkan sehelai t shirt (baru dapat whatsapp) untuk kawan aku di tanah air. Bagi aku kalau nak dibandingkan, KL lagi banyak tempat maksiat dari Bangkok memandangkan majoriti di Malaysia beragama Islam.
Hari Ketiga:
Saraburi
Perjalanan ke Saraburi adalah perjalanan yang fail dan mengecewakan. Dari hotel kami keluar utk mengejar train yang paling awal utk ke utara negara gajah ini. Jam 630 pagi lagi kami dah keluar dgn bagpack kecik dan bekalan air secukupnya. Apa yang ada di Saraburi ini? Saraburi amat terkenal dengan ladang bunga mataharinya yang luas dan cantik. Ianya umpama melepak di ladang tulip di Amsterdam pada musim spring. Pada asalnya kami ragu-ragu untuk meneruskan rancangan asal ini disebabkan musim bunga matahari hanyalah sehingga bulan Januari dan ketika kami di Bangkok tarikhnya adalah hujung bulan Januari menuju ke Februari. Jadi untuk menghilangkan segala keresahan di hati, kami malam tuh pergi ke cc..cybercafe untuk membuat semakan akhir samada pergi atau tidak ke Saraburi keesokkan harinya.
Seawal 7 pagi kami dah terpacak kat stesen keretapi Hua Lampong sambil menunggu keretapi kami pergi ke kedai semalam utk makan pagi. Malangnya xde apa lagi makanan yg ada (sebenarnya kami x paham pun apa dia cakap cuma assumption kami je yg xde makanan tuh) Terpaksalah kami tapau je dunkin donat yang ada dijual kat tren station tuh. 740 pagi keretapi bergerak..tambangnya agak mengejutkan...24 bath utk perjalanan 3 jam...sangat murah...sampai di Ayuthaya, kesemua mat dan minah saleh turun...meninggalkan kami bertiga je orang bukan thai dalam Tren tuh...ia buat aku x sedap hati tapi kami tetap teruskan perjalanan ke Saraburi. Dalam tren tu yg tinggal hanyalah kami bertiga dan x sampai 10 orang rakyat tempatan menuju ke utara Thailand. Tiba je di stesen keretapi Saraburi keadaan lebih sunyi lagi. Kami bertanya2 pada org tempatan tapi x seorang pun yang paham apa yg kami cakap. Last sekali kami tanya pada kaunter tiket. Dia terpaksa panggil tren master diorang untuk bercakap dengan kami. Oh...no sunflower now...already cut last week...ahh mata berpinar2 rasa nak pitam...trip jauh gagal...kami terus beli tiket tren untuk pulang ke Bangkok dengan secepat mungkin. Nasib baik ada tren terdekat kira-kira 30 minit dari time kami tiba.
Sementara kami menunggu tuh kami pun berjalan2 di sekitar tren stesen tuh. Setelah habis satu pusingan kami kembali ke stesen. Tambah lagi parah, tren yg sepatutnya kami naik tu delay..wah..mcm flight pulak..delaynya bukan alang2..2 jam 40 minit.Migrain...kaki dah lemah, perut dah lapar...dalam kepanasan tuh kami cuba carik makanan halal di bandar kecil Saraburi nih...
Sebuah masjid besar di tengah pekan Saraburi.
Semasa kami berjalan-jalan mencari kedai makan halal, kami terpandang papan tanda masjid dalam perjalanan. Biasanya terdapat kedai makanan halal berhampiran dengan masjid sebagaimana dalam pengalaman2 yang terdahulu.
Padthai yang paling sedap dalam dunia...(sebab lapar)
Restoran ini terletak di depan balai polis paling besar di Saraburi.
Perjalanan pulang ke kota Bangkok.
Program kami untuk balik awal dari Saraburi dan sambung tour Bangkok terpaksa dibatalkan dek kerana keretapi yang lewat sampai di Hua Lampong. Perjalanan kami mengharungi suasana sibuk ibu kota sehingga keretapi yang kami naiki terpaksa juga berhenti oleh kerana lampu isyarat merah dan memberi laluan kepada trafik yang sibuk.
Kawan-kawan aku meneruskan perjalanan ke Sukhumvit dari Hua Lampong atas tujuan tersendiri. Aku terpaksa pulang ke hotel atas kehabisan bajet. Maklumlah, aku ke Bangkok dengan perbelanjaan 4000 tb dan pihak hotel meminta 1000 tb sebagai deposit menambah garam pada luka. Kami tentukan lokasi dan masa untuk bertemu esok paginya dan membawa haluan masing-masing.
Kesimpulan
1. Melancong / mengembara di Thailand / Bangkok sebenarnya tidak memerlukan belanja yang banyak. Public transport agak boleh diharap tapi perlu bawa peta bersama atau minta orang tempatan tulis nama tempat yang hendak dituju dalam bahasa Thai.
2. Banyak bajet diguna bagi tambang MRT. Harga lebih tinggi dari di Malaysia namun kalau dibanding dengan menaiki bas, masa dapat dijimatkan dengan kadar yang tinggi disamping keselesaan yang terjamin. (ada aircond)
3. Makanan halal ada dimana-mana cuma adakalanya terpaksa bertanya dengan orang. Makanan halal biasanya mahal dari makanan tidak halal. Kalau nak yang murah kena cari di warung-warung tepi jalan atau food court.
4. Sebelum merancang akiviti sila semak betul-betul dan konfirm tarikh lawatan tuh ikut musim atau tidak (nanti jadi mcm aku di Saraburi)
Jumpa lagi di episod akan datang..
No comments:
Post a Comment