Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku semakin malas nak update pasal euro trip aku. Mungkin itu memang peel aku sejak azali lagi kut. Nanti la bila dah ada semangat untuk pick up aku teruskan...
Selepas balik dari trip europe, ada lah sedikit baki dari trip-trip yang lepas. Setelah riki2 asalnya aku bercadang nak ke Hyderabad memandangkan tiketnya plus hotel untuk 4 hari 3 malam hanya kurang dari rm700. Oleh itu aku mengajak lagi 2 orang kawan aku untuk menjoin trip nih. Setelah diorang meneliti itinerary dan budget diorang pun menolak cadangan aku tuh sambil mencadangkan trip tuh ditukar ke Thailand dengan alasan tak perlu untuk permohonan visa. Untuk makluman semua, permohonan tourist visa ke India adalah dikenakan bayaran sebanyak rm 161.56 dan pengunjung dari Malaysia tidak dibenarkan untuk buat VOA (visa on arrival). Ini bermakna banyak lagi hassle yang perlu diselesaikan sebelum dapat permit masuk ke India nih. So plan A gagal, kita teruskan ke plan B iaitu Bangkok aku datang.
Berada di bahagian luar Lapangan Terbang Don Mueng, Bangkok, Thailand
Bas dari airport ke stesen mrt...tambangnya hanya 30 bath..dulu orang cakap 20 bath je...dah naik harga dek GST kut...
Tiket flight airasia kami book bersama-sama dengan hotel melalui airasiago. Pakej keseluruhannya bagi aku x murah tapi kira ngam dengan budget so aku on je. Dengan berbekal rm650 seorang kami dapat tiket pergi balik dan penginapan di hotel 3 bintang selama 4 hari 3 malam. Lagipun aku memang x pernah lagi menjejakkan kaki ke ibu negara Thailand ini.
Itinerary perjalanan kami adalah seperti berikut:
Hari pertama : Bangkok
Cha Tuk Chak Market
Royal Palace
Hari pertama destinasi kami lebih berkisar di sekitar mestropulus Bangkok. Memandangkan hari masih awal, kami ambil keputusan untuk berlegar di sekitar bandar terlebih dahulu sebelum check in hotel. Destinasi pertama buat hari ini adalah Cha Tu Chak market.
Cha tu chak adalah pekan seharian paling besar di Thailand. Ada juga yg menyatakan bahawa ia antara terbesar di dunia. Mungkin mitos atau tidak tak dapat dipastikan tapi marketnya memang sangat besar. Ia hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Barangan yang terdapat disini kebanyakannya terdiri dari barang keperluan hari seperti pakaian sehinggalah ke perabot dan dekor interior rumah. Keluasan pasar ini mencapai sehingga 35 ekar dan menempatkan lebih kurang 8000 kedai menjual pelbagai barangan.
Ini papan tanda yang paling fotogenik kat pintu masuk utama ke pasar minggu ini.
Kalau dalam movie-movie hollywood, Bangkok ini digambarkan sebagai satu kawasan atau tempat yang liar atau ganas. Tapi apa yang pelik di tempat ini, agak sukar untuk nampak para-para lelaki thai di Bangkok merokok..
Memandangkan kami bergerak dari Kuala Lumpur dari dinihari lagi, kami memulakan sarapan pagi di Cha Tuk Chak ini dengan minum air ovaltine dan roti krim jagung yang dibawa tanah air.
Kedai-kedai kasut dan baju-baju bundle...bagi aku barang-barangnya xde lah semurah di Malaysia..tapi kualiti nya memang jauh melebihi..misalnya but red wings moc toe di sini boleh dapat 2200 tb (ini belum tawar lagi) berbanding rm550 di Malaysia..kalau asal baru rm900. Nih contoh je..
Makanan halal rasanya xde masalah disini..walaupun ini satu je gerai yang kami jumpa sepanjang perjalanan menyusuri pasar minggu ini, rasanya mesti ada lagi yang kami x nampak.
Dari Chatukchak kami mengambil bas untuk ke Grand Palace tapi sesungguhnya kami xtahu bas apa yang nak diambil. Maka di sini lah berlaku insiden lawak nak kata lawak tak lawak...tapi agak lawak lah..bermula dengan aku pergi bertanya di kaunter pertanyaan. Sampai saja di kaunter tuh, makcik siam tuh terus bagi aku peta bagi Chaktuchak...hampeh..dah dekat 2-3 jam kami berjalan dalam pasar nih baru lah kami dapat peta. So aku pun tanya nombor bas untuk ke arah tujuan kami. Sambil menyatakan nombor bas tuh tangan dia merebut balik peta yang dia bagi kat tangan aku..cis..kedekut..
Maka bermulalah perjalanan pelik kami. Lebih kurang setengah jam menunggu bas, aku rasa macam dah kena kencing dengan makcik kaunter tadi..ye lah..bas2 bernombor lain dah lebih 20-30 kali lalu lalang tapi bas yang kami tunggu-tunggu tak muncul tiba. Aku cubalah tanya2 polis yang tengah makan tembikai potong berdekatan dengan bas stop tuh tapi malangnya takde siapa pun tahu bercakap melayu...english pun xpaham sepatah...apatah lagi melayu..baru je nak abort mission..tetiba lalu bas yang kami tunggu2.
Naik saja bas, datang konduktor bas perempuan bertanyakan lokasi kami nak pergi dalam bahasa siam. Yang bestnya di x paham bahasa inggeris. Puas kami describe arah tujuan tapi dia x paham apa itu grand palace. Last2 kami give up dan tunjuk kat dia salah satu lokasi kat papan tanda bas tuh.
Dalam keadaan trafik yang huru hara tuh tetiba bas kami dipancung oleh satu bas lain. Apa lagi, mengamuk la pemandu bas kami tuh. Walaupun muka dia skema habis, rambut belah tepi dan pakai spek mata macam dalam shaolin soccer...tapi dia punya gangster memang abis ganas. Dia kejar balik bas tadi tuh sambil mulut terkumat kamit mencarut dalam bahasa siam. Jadi dalam bas tuh kami terhimpit dalam kejadian kejar mengejar akibat tak puas hati pemandu bas kami yang skema tapi gangster tuh. Kemuncak kejadian apabila pemandu bas kami himpit bas satu lagi tuh hampir-hampir melanggar divider. Nasib baik bas yang satu lagi tuh menuju ke lokasi lain...kalau tidak tersangkut lah kami dalam drama yang tidak berproducer tuh.
Sampai satu lokasi, konduktor bas tuh suruh kami turun. Terpinga-pinga kami sebab memang sah tempat tuh bukannya grand palace yang kami nak pergi. Melihat kami terkedu-kedu terus konduktor bas tuh tarik tangan member aku. Nasib baik lah member aku nih kacak dan tampan orangnya, jadi dapat layanan vip lah kami. Kalau aku travel solo sure dah dibawaknya aku kemana-mana sambil ditinggalkan keseorangan di pinggir hutan..ah..tetiba imiginasi berkembang dengan kadar ekstrim...
Aku pun ikut turun bersama. Rupa-rupanya konduktor bas tuh bawak member aku berjumpa ngan supervisor dia. Kami pun memberitahu lokasi tujuan kami dan supervisor tuh pun bagitau pada konduktor tuh mana nak berentikan kami. Lantas dengan itu, terus konduktor bas tuh tarik member aku tuh naik bas tuh balik. Wah..pertama kali aku bersyukur untung ada member yang hensem..
Bayaran masuk ke Grand Palace yang dikenakan kepada pengunjung adalah sebanyak 500tb kira-kira dalam RM55. Orang yang berpendapatan rendah macam aku memang x masuk lah..
Sampai had ini saja boleh roaming secara percuma...Lain-lain dah kena bayar...xpasti lah sama ada berbaloi atau tidak untuk masuk ke tempat nih...maybe boleh google pemandangan-pemandangan menarik di sini.
Kubah berbentuk loceng yang berwarna emas itu adalah Wat Phra Keaw, juga dikenali dengan nama the temple of emerald buddha.
Pasukan pengawal askar berkada di bahagian luar grand palace, selain dari menjaga keselamatan di grand palace juga sebagai subjek fotografi di sini...macam British Royal Guard jugak.
Sekuriti di Bangkok agak ketat di mana setiap shopping complex , MRT semuanya ada metal scanner dan polis yang jaga. Kalau korang melalui Mesin ini dan ia mengeluarkan bunyi tanda amaran, secara automatik polis yang berada menjaga kawasan itu akan terus menahan anda untuk melakukan pemeriksaan terutama sekali terhadap beg. Ada sekali tuh di Mrt kami nampak traveler terpaksa selongkar bagpack diorang yg besarnya lebih 80 liter untuk tengok apa yg ada dalam tuh.
Sedang-sedang kami menunggu bas yang tak kunjung tiba tuh sempat kami menyapa seorang tourist police wanita bagi memastikan bas yang dapat membawa kami ke stesen MRT yang terdekat. Dalam bersembang-sembang tuh sempat jugak dia bagitau yang dia seorang pemain sepak takraw. Tapi tak tau la wakil thailand ke sekolah ke daerah Chonburi ke mana...Sempat jugak la dia menganjing team bola Malaysia yg kalah dengan Thailand pada piala AFC hari tuh. Aku cakap we'll be back another 2 years and we'll coming strongly. Sambil tersenyum dia jawap good luck dan tahankan bas untuk kami.
Perjalanan bas dari royal palace ke national stadium takde la jauh sangat tapi bas tersebut langsung takde aircond dan kami berdiri sepanjang perjalanan.
Apabila tiba di hotel untuk check in baru la kami difahamkan yang hotel kenakan 1000tb sebagai deposit just in case kalau ada barang-barang hotel yang hilang atau rosak. Ini adalah perkara biasa tapi setakat ini x pernah lagi aku kena bila booking melalui airasiago nih. Jadi, budget aku yang ciput ni bertambah la ciputnya lagi. X dapat la aku nak shoppingsouvenir utk sahabat handai di tanah air.
Hotel Nasa Vegas ni juga kedekut wifi. Wifi tidak diberikan secara percuma tapi dikenakan bayaran sebanyak 150tb setiap hari kami duduk di hotel itu dan bayaran ini tidak disertakan dalam booking. Disebabkan kami akan sentiasa on the road, jadi kami x amik pakej wifi hotel nih. Membazir...
Di Ramkhangheng, makanan halal tidak menjadi masalah. Di stesen Ramkhanghaeng terdapat satu kedai makan Turki yang menjual makanan halal. At least ada logo halal di restoran yang terletak di tingkat 3 stesen tersebut. Selain itu, kalau nak makan makanan yang biasa-biasa kita makan di Malaysia, terdapat food court berhampiran dengan hotel Nasa Vegas tuh. Ada 2-3 gerai di situ yang memaparkan logo halal pada gerai mereka. Salah satu gerai tuh dimiliki oleh orang Pattani, sempadan selatan Thailand dan abg tu boleh bercakap bahasa Malaysia.
bersambung...
No comments:
Post a Comment