Thursday 10 July 2014

Marbeles Istanbul...part 1 - hagia sophia & topkapi palace




Nampak tak bangunan pinkish tuh...tu la Hagia Sophia view dari Blue Mosque

Selepas melawat ke Blue Mosque, kami meneruskan perjalanan kaki kami ke Hagia Sophia. Ekceli Hagia Sophia nih merupakan sebuah muzium setelah di convert2 sekian lama. Hagia Sophia bermaksud 'holy wisdom' dalam bahasa Greek. Ia dibina dari tahun sebelum 600 masihi lagi sehingga lah tahun 1400 ++ yang pada masa tu digunakan sebagai sebuah gereja orthodoks sehinggalah dipendekkan cerita ia dijadikan masjid dari 1453 hinggalah 1931 apabila Istanbul berjaya ditakluki oleh orang Islam.

Yang nih pulak view Hagia Sophia dari depan...otw ke Topkapi Palace

Setelah pusat pentadbiran kerajaan ditukar ke istana di Bosphorus, pada 1931 tu Hagia Sophia dengan rasminya ditukar menjadi muzium oleh Mustapha Kamal Attartuk dan kekal sehinggalah ke hari ini. Bayaran masuk yang dikenakan untuk masuk ke dalam muzium nih adalah TL 30 setiap orang dewasa.  

Sembang punya kencang, ekceli aku x masuk pun Hagia Sophia nih. Dari skolah lagi aku bercita2 nak pegi tempat nih..Last2 dah sampai depan mata x masuk lak.. Dari 80 org yang join group aku tuh, aku sorang je yang nak masuk tempat nih. Try not to be selfish (bukan selfie) aku pun burn la cita2 murni aku tuh. (sebab tu la aku x gemar travel ikut trip nih...dey..berapa kali nak ulang daa...ekceli aku xde bajet kewangan nak masuk pun...) So x masuk aku x mau cerita panjang2 lagi.(dengan nada kechewa)


choi...pakcik ni time aku datang la nak cuci air pancut nih...belakang tuh Blue Mosque

Dari semalam sampai hari ni baru lah ada peluang nak tukar duit sebab hari ahad hampir kebanyakan pengurup wang atau money changer tutup kat Turki nih. So sapa2 yang datang ke Turki pada hari Ahad or sampai pada hari Ahad sila take note. Sila tukar wang di Attartuk Airport terlebih dahulu, kalau x, susah sikit la...sikit je sebab duit Euro dan USD laku jugak cuma kalau nak pegi toilet xkan nak pakai USD kut. Oh...lupa lak nak habaq, masa sampai kat airport, kalau nak amik troli sila sediakan duit siling 1 lira utk lepaskan troli tuh dari gari dia. 

 Sambung balik...lepas lepak2 depan Hagia Sophia sementara tunggu ahli2 grup yang lain menukar duit kami terus ke Topkapi Palace yang terletak betul2 sebelah Hagia Sophia. 


kat area nih port yg menarik kalau nak berselfish...

Topkapi Palace nih (ah sudah...bukak balik buku sejarah Turki) merupakan sebuah pusat pemerintahan kerajaan Ottoman / Uthmaniah setelah Constantinople berjaya ditakluki. Selepas inilah nama Constantinople ini ditukar kepada Islambol oleh Sultan Muhammad Al-Fatih nih. (juga dikenali dengan nama Mehmed the conquer, Mehmet II, Fatih Sultan Mehmet dan lain2 lagi) Semasa beliau menakluki kota Constantinople nih umur dia baru 21 tahun. Semasa itu...eh..lari tajuk.. Jadi Topkapi Palace ni dibina dalam tahun lebih kurang 1460 dan siap dalam belasan tahun selepas tuh. 

 
Pintu Gerbang Courtyard pertama (the Imperial Gate)

Topkapi Palace nih digunakan sebagai istana raja dan juga pusat pentadbiran sehinggalah diorang berpindah awal kurun ke 19 ke istana Bosphorus.  Selepas itu tahun 1924 Topkapi Palace ni pun dijadikan muzium oleh Mustapa Kamal Attartuk. Eh..Mustapa Kamal nih lagi...sapa pulak mamat nih...nanti aku cerita lah..




Hagia Irene...adik beradik Hagia Sophia...serius?eh..gurau je

Topkapi Palace nih terletak di satu tempat yang strategik. Sultan pada masa itu memerintahkan membuat satu istana dimana dia boleh mengawasi laut dan juga tanah di Istanbul ini. Maka lokasi ini dipilih memandangkan ia tempat paling strategik, terletak di atas bukit yang paling tinggi dan berhampiran laut dan pemandangan mengkagumkan Golden Horn, Bosphorus dan laut Marmara


 Pintu masuk courtyard yang ke dua

Topkapi Palace nih terdiri dari 4 courtyard dan banyak bangunan kecik2. 2 courtyard yang terkedepan sekali adalah kawasan publik manakala 2 lagi kawasan private dan hanya boleh masuk atas jemputan sultan. Ada juga section yang bernama Harem dalam kompleks nih yang mana adalah tempat tinggal saudara mara sultan. Untuk masuk seksyen Harem nih dikenakan bayaran lain pulak, so aku memang x masuk lah.

Tahukah anda bahawa jalan belah tengah ni hanya maharaja je yg boleh lalu zaman dulu? 
mesti x tau kan?



The tower of justice...aka..menara kebenaran...


Dah sampai courtyard yang ke 4...kat sini boleh nampak pemandangan Golden Horn

See...I've told you...seberang laut sana tuh benua asia..kat bawah ni ada restoran tp aku rasa duit dalam poket aku x cukup nak beli segelas jus oren pun...

jalan keluar dari courtyard 4 ke no 3...

Nampak x kubah kecik kat hujung tuh...tu la tempat Sultan berbuka puasa masa bulan Ramadhon...


Di sini juga terdapat bermacam2 koleksi sultan2 zaman dahulu kala dari pakaian sampailah perhiasan dan ada juga senjata2 yang digunakan pada masa tuh. Ada juga artifak yang dinyatakan merupakan senjata perang dan janggut Rasulullah...wallahualam...

Abis je lawatan ke Topkapi Palace nih, Ensar bawak kami ke satu kedai menjual Turkish Carpet. Aku rasa ini trip personal si Ensar nih sebab satu bas lagi x join. Kat sini kami ditunjukkan mcamana nak buat dan perbezaan antara original turkish carpet dengan yang bukan dari turki. Btw turkish carpet adalah salah satu dari karpet yang paling elok pembuatannya dan harganya...sangat lah mahal bergantung pada kualiti dan material yang digunakan. Kat tempat kami melawat nih kesemua carpet adalah home made. Satu carpet kira2 besar ruang tamu rumah aku (maknanya kecik la tuh) dapat disiapkan kira2 2 tahun..dahsyat kan...yg lagi dahsyat harganya..sekeping carpet lebih kurang sejadah harganya dalam 5 ribu euro...(boleh la dapat keter myvi sekenhen seketul)...x percaya?serius beb...ini bukan cobaan...

masing2 tekun mendengar setelah dijamu dengan air teh epal yg marbeles...yg pony tail tuh la bro Ensar...

Habis lawatan tuh...(masing2 buat2 muka org miskin sebab x mau beli) kami pun balik la ke hotel...

bersambung...

No comments:

Post a Comment