Monday 30 June 2014

Dari Bursa ke Istanbul..aku datang - hippodrome & Blue mosque

 Selamat berpuasa kepada yang berpuasa...kepada yang tidak...enjoy the Ramadan bazar...

Selesai di Bursa awal pagi (xde la awal sangat) kami bergerak dari hotel ke Istanbul. Seperti yang dijanjikan Ensar semalam dia akan bawak kami singgah ke kedai Turkish Delight dan herbs yang terbaik di Bursa. (ikut Ensar semua terbaik)
Turkish delight nih adalah sejenis manisan yang dibuat dari jelly, gula atau madu dan ditambah pula dengan perasa tambahan seperti kacang la, kurma la dan lain-lain lagi. Munira (nama kedai nih) menjual bukan saja Turkish delight tp ada jugak menjual pelbagai jenis spies atau rempah ratus termasuklah rempah yang paling mahal di dunia iaitu safron. 

Selain itu kat sini juga ada jual perfume secara botol. (maksudnya pati tuh dimasukkan dalam botol2 ikut saiz yang korang suka) Apa yang menarik kat kedai nih ialah korang boleh makan apa saja secara percuma cuma perlu bayar kalau korang nak tapau or beli. Jadi aku pun makan secara percuma saja la sambil org lain berusaha membeli belah. Teh epal dia memang terbaik. Aku tertarik dengan perfume dia tapi harganya sangat mahal (bagi aku la) sampai satu botol minyak attar yang kecik tuh sampai TL (turkish Lira) 150. 

X mampu den..

 
 Nampak kecik tapi balang2 yg ada kat lantai nih tinggi lutut
 
 Ni antara asam2 dan manisan yang dijual kat sini

Perjalanan kemudiannya disambung ke Istanbul ikut jalan yang sama mcm dtg ke Bursa. Naik lagi feri semalam tuh tp hari ni jalan agak sibuk berbanding semalam. (Semalam hari ahad)

Istanbul merupakan bandar yang terbesar di Turki dan berkepadatan seramai 17 juta penduduk. Namun begitu ia bukanlah ibu negara kepada Turki kerana konflik terdahulu yang berlaku dimana Istanbul berulang-ulang kali ditakluki oleh kerajaan lain. Jadi menjadikan Istanbul pusat atau ibu negara akan melumpuhkan Turki sekiranya ia diserang. (Ada kebenarannya) Selain itu kedudukan Ankara ditengah2 Turki juga merupakan kedudukan yang strategik bagi memerintah sesebuah negara. (sumber Ensar)
Pemandangan yang macam nih separuh dari perjalanan ke Istanbul.



Sampai je di Istanbul (4 jam kemudian), perkara pertama yang kami buat adalah...makan la..apa lagi. Kami makan di sebuah restoran yang walkable dengan kawasan hippodrome dan masjid Sultan Ahmet. Selepas makan kami pun menuju ke lokasi lawatan sambil belajar seterusnya iaitu Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali dengan nama Masjid Biru atau "The Blue Mosque".

Roti ni yang jadi juadah tengahari kami...nasik ada jugak tapi x berapa nak layan

Hippodrome adalah sebuah pusat sosial yang dibina pada zaman kerajaan Constantine yang pada masa tuh nak pindahkan kedudukan kerajaan dari Rom ke Byzantium yang mana berkadar terus dengan lambang kemegahan dan keriakkan sesebuah tempat yang menjadi pusat pemerintahan Constantine pada masa itu. Jadi utk dipendekkan cerita Constantine pun menukar nama Istanbul masa tuh kepada Constantinople, yang bermaksud Kota Constantine.



Apakah sebenarnya sebuah hippodrome? Hippodrome nih sebenarnya macam sarkis...ia tempat lumba kuda dan chariot. (dalam bahasa greek 'hippo' bermaksud kuda dan dromo bermaksud laluan atau trek) Di tengah2 hippodrome nih ada beberapa tiang yang tinggi (seperti yang ada dalam gambar di atas tuh) yang di depan tuh 'Obelisk of Thutmose III' dibawa dari Mesir yang asalnya ada di kuil Firaun Tut di Luxor manakala yang dibelakang sana tuh namanya 'Walled Obelisk' yang dibina sendiri oleh raja Constantinople. (dulu dibalut ngan plet2 gangsa tapi dah kena rembat ngan tentera2 'forth crusader'. Ada lagi beberapa monumen kat hippodrome nih termasuk german fountain tapi x sempat nak amik gambar sebab rushing. (sebab tu aku x berapa prefer join trip nih, tapi dari segi bajet ngan pengetahuan kira ok gak sebab ada guide)


Walled Obelisk

Perjalanan seterusnya disambung ke Sultan Ahmet Cami atau lebih dikenali dengan nama "The Blue Mosque". Masjid ini mendapat namanya sebagai masjid biru adalah berdasarkan rekabentuk dalam masjid ini dihiasi dengan tiles kaler biru lebih dari 20 ribu keping. Masjid nih dibina lebih kurang tahun 1600 ++ dan kedudukannya betul2 bersebelahan dengan hippodrome dan Hagia Sofia dan juga di atas tapak lama istana raja Byzantine.

Apa yang istimewanya masjid nih selain dari rekabentuknya yang boleh dikatakan antara masjid2 yang paling indah ia juga mempunyai 6 minaret; berbentuk pensel (kat Turki ada 2 je masjid yang ada 6 minaret). Masjid ini dibina setelah 40 tahun tiada masjid dibina di Turki pada masa itu. Kebetulan pada masa tu sultan yang memerintah jarang menang perang jadi pada asalnya minaret ini nak dibuat dengan disalut emas tapi memandangkan duit xde so kekal lah macam sedia ada. Pembinaan 6 minaret ini juga menimbulkan kemarahan ulama2 Turki pada masa itu kerana menyamai minaret di Kaabah Mekah jadi sultan Ahmet membina minaret ke 7 dan menghantarnya ke Mekah untuk dibina disitu. 

Pandangan dari luar masjid

yang nih ruang sembahyang dalam masjid biru nih...utk yang tidak sembahyang kena amik gambar dari luar je (maksudnya ruang nih dipagar utk tujuan sembahyang)

Ramai pengunjung x kira agama...

Bahagian luar masjid (masih dalam kompaun selepas masuk pintu utama..apa benda yg aku merepek ni)

Sisi masjid yang menghadap ke Hagia Sofia

Bersambung la dulu (Entry kali ni dah macam cerita sejarah)

p/s : Sebelum terlupa...di pintu masjid ini biasanya ada diikat rantai besi. Ini memberitahu kepada pengunjung2 atau pengembara / musafir bahawa penginapan dan makanan ada disediakan di masjid ini dan anda adalah amat dialu2kan...

tapi kalau xde rantai besi kat pintu maksudnya 'anda dialu2kan, penginapan disediakan tapi makanan xde.'

2 comments:

  1. i wish i bring better camera when we visited istanbul last time. love ur pictures. istanbul sangat cantik dan orang baik2...

    ReplyDelete