Tuesday 22 July 2014

Marbeles Istanbul - Part akhir

Item seterusnya yang ada dalam itinerary adalah melawat Spice market.Kalau korang tengok citer Istanbul aku datang tuh, part Harris bawak Dian pegi shopping souvenir utk picnic member dia tuh, keadaan di location tuh memang total different. Kat dalam movie tuh nampak macam tenang je Spice Market nih, padahal realitinya memang havoc..Nak berjalan pun agak susah sebenarnya. 


 Nampak macam kecik tapi sebenarnya bangunan nih memanjang ke belakang

Turkish Viagra nih xpenah try lak...

Yang bergantungan tuh x tau la apa mendenya...

Bermacam2 spice ada kat sini...kalau tapau bawak balik sure x sempat sampai kut...

Cool jugak kalo cili kering nih gantung camtuh...

Kat spice market nih korang boleh dapat macam2 barang dari segala rempah ratus sampai la ke Turkish delight dan serbuk teh epal. Kira macam pasar kering la. Cuma dalam keadaan sesak macam tuh aku pun x pasti macam mana nak membeli belah. Tak kira hari kerja...aku tengok spice market nih memang ramai...xpasti pulak kalau tourist yg membanjiri tempat nih...tapi pada wajah diorang aku tengok macam local.



Ramai orang meskipun hari kerja...

Dalam 2 jam setengah si Ensar bagi time untuk kami shopping dan berjalan sekeliling kawasan tuh. Next stop sepatutnya adalah  Süleymaniye Mosque namun begitu hampir 80 % ahli bas kami x bersetuju dengan itirenarary tu disebabkan diorang nak spend masa yang lebih kat Grand Bazar. Ikut seorang kakak nih kalau nak shopping kat Grand Bazar 3 jam pun x cukup. Jadi skip lagi la satu trip. 

Cuma sempat la Ensar bawak pusing Istanbul Sirkeci Terminal naik bas sebab dia cakap terminal nih (masa tuh tengah renovate) adalah salah satu dari destinasi first Orient Express yang berusia lebih dari 130 tahun.

Perjalanan seterusnya adalah tempat shopping (covered market) yang terbesar dan tertua di dunia iaitu Grand Bazaar. Ada lebih dari 4000 kedai yang korang kena hadap di Grand Bazar nih jadi betul la cakap akak tuh yakni kalau 3 jam memang x cukup. (kalau nak beli dari setiap kedai nih) Grand Bazar nih memang ramai orang dan dianggarkan pengunjung harian diorang lebih kurang 250k-400k sehari. (pakcik wiki yang bagitau)


Lebih kurang macam nih suasana jalan dari parking bas nak ke Grand Bazaar

Sebelah Grand Bazaar nih ada satu masjid kalau nak solat la

Grand Bazaar nih siap dibina sejak tahun 1461 dan sejak tuh di upgade sampai la jadi macam sekarang nih.

Grand Bazaar nih berbentuk labyrinth dengan 60 buah laluan so hati2 takut kalau sesat. Make sure ingat pintu mana yang korang masuk tuh. Kalau nak ditengok barang2 yang dijual di Grand Bazaar nih kebanyakan nya sama je jenisnya. Lebih kurang macam Petaling Street tapi ada jugak kedai2 jual jam2 ori yang kelas tinggi. Selain tuh banyak jual baju2 t shirt dan cenderamata.


Cuba tengok betul2...kat Grand Bazaar nih lokasi filem James Bond terbaru harituh...Skyfall


orang cakap macam-macam ada...

Apa yang paling penting kat sini, macam kat tempat2 lain korang kena bargain dengan sedaya upaya utk dapatkan harga yang paling terbaik. Aku ada bargain dengan sorang pakcik nih nak beli FM dia sampai dia maki aku...dia kata "ko pegi buat FM tuh...nanti aku beli seketul 1 lira amacam?" (macam tuh la lebih kurang dia cakap dalam bahasa omputeh ala2 arab sikit2). 


 Ini pulak kedai2 area luar bazaar nih...


Tapi jgn risau, kalau x berkenan ko pegi je kedai lain...ada lagi 3999 kedai kan? Boleh je nak cari lain. Ada je brader Turki jerit2 kat aku yang FM (fridge magnet) ngan key chain kat kedai dia 1 lira seketul...tapi aku cakap ngan dia aku nak survey kedai lain dulu. Last2 aku pusing balik cari kedai dia langsung x jumpak dah...(menyesal)

So dalam 2 jam semua dah x larat nak jalan kat Grand Bazaar nih...akak yg nak shopping 3 jam tuh pun dah tersandar kat area masjid sebelah Grand Bazaar tuh. Jadi kalau nak shopping kat Grand Bazaar nih silalah bawak duit yang banyak dan jgn lupa minum tongkat ali dulu supaya larat berjalan sekeliling kedai2 tuh.

Adios.

No comments:

Post a Comment