Showing posts with label nara. Show all posts
Showing posts with label nara. Show all posts

Sunday, 28 May 2017

Kesimpulan trip Jepun

Untuk mengembara ke Jepun ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Basically ianya topic-topic yang sama diulang-ulang dari post-post lama, kecuali informasinya diambil dari pengalaman sebenar di tempat yang dilawati. Korang tak paham? Aku pun xpaham sangat apa yang aku tulis.

Makanan
Makanan adalah antara yang kritikal dalam trip ini. Bukan sahaja trip ini malah trip sebelumnya pun sama. Kali ini aku bawa sendiri makanan dari Malaysia cuma kurang kadar kebergantungan pada maggi tetapi aku pelbagaikan seperti biskut, cokelat, maggi pun ada juga tapi sikit lah, dan nasik goreng segera jenama Brahim. Biasanya kalau dulu-dulu memang aku x beli nasik brahim nih sebab mahal dalam Rm10 ke Rm15 sepeket tetapi kalau di Jepun terpaksalah bawak juga. Adakalanya aku merasa jemu untuk makan roti massimo atau gardenia yang dibawa dari Malaysia. Ada orang cakap kalau melancong ke negara orang tapi tak merasa makanan tempat tu baik xyah pergi melancong. Betul juga, maka dengan bajet ciput aku berjaya dapatkan sushi di Family Mart untuk makan tengahari setiap hari. 



Semasa aku ke Himeji dan Kobe aku ada bawak sekali seorang ex cikgu Jepun sekolah aku dan kami lunch berhampiran masjid di Kobe. So kami makan di salah satu restoran halal pemiliknya orang Pakistan. Makanan yang kami ambil adalah nasi briyani seorang satu dan air dan harga keseluruhannya mencecah Rm150. So, paham-paham lah kenapa aku makan sushi. Kedai makanan halal memang ada di Jepun, tak sebanyak di Korea tapi ada lah jugak. Kalau ada duit lebih boleh makan di Kansai airport ada 2-3 restoran halal yang menghidangkan makanan Jepun. Bab air minuman, Jepun memang terbaik. Boleh kata setiap 50 meter ada saja mesin air tin diletakkan di tepi jalan. Macam-macam menu ada dan kalau tak puas hati dengan mesin ini pergi je mesin sebelah sebab airnya memang berbeza.









Penginapan
Selain dari makanan, penginapan juga adalah suatu yang kritikal dalam pengembaraan aku kali ini. Yup..makanan memang kritikal, tapi penginapan juga suatu yang perlu dititik beratkan. Perlu diingatkan bahawa aku mengembara berseorangan maka kesemua kos atau perbelanjaan ini ditanggung oleh aku seorang dan tidak dikongsi. Aku juga tidak couch surfing dan bajet aku amat terhad. Rata-rata kadar bayaran hotel bagi satu malam di Osaka mencecah ratusan ringgit di mana bilik 1 orang dan bukan dormitori bermula dengan RM150 ke atas. Syukur aku katakan bila aku booking dari Agoda aku berjaya dapatkan bilik dengan harga kurang Rm45 semalam. Kalau korang nak dapatkan bilik hotel yang murah cariklah di Nishinari-ward atau Tennoji di mana terdapat banyak hotel-hotel murah dengan bayaran starting dari 100 yen permalam..dalam Rm40. Tapi janganlah expect lebih keadaan hotel macam Swiss garden malah ianya 10 kali lebih cikai dari Ibis. Cuma apa yang aku nak ingatkan macam hotel Diamond yang aku duduk sepanjang aku berada di Osaka ni..kelemahan paling ketara adalah biliknya yang super kecik macam aku di Seoul dulu dan yang paling x best sekali dia tak ada bilik mandi personal bagi male guest. Cuba bayangkan korang mandi bersama-sama orang Jepun yang bertelanjang bogel dalam satu bilik mandi besar..Baik jangan imajin lebih-lebih..




Transportation
Di sini aku cuma nak cadangkan beberapa tips bagi pengangkutan. Kalau di Osaka sebenarnya bergantung kepada kedudukan hotel korang sebenarnya. Kalau setakat nak ke Shinsaibashi setiap hari untuk shopping tak perlu beli pass pun. Just jalan kaki je sebab Osaka bukan sahaja boleh di akses dengan berjalan dan kalau nak mudah sewa basikal. Cuma kalau hardcore berjalan macam aku nih kenalah beli pass yang tiap hari jumlah perjalanan melebihi 50 km. Macam kalau korang ada target sendiri, contohnya just nak pergi satu tempat saja baik beli tiket. Aku beli pass bukan sahaja unlimited public transportation bas dan train, dapat lagi free admission ke tempat-tempat tertentu bahkan ada lagi diskaun shopping bagi barangan-barangan kedai tertentu.




Pengangkutan awam yang paling biasa digunakan di Jepun adalah tren dan bas manakala teksi juga terdapat dalam option yang berkenaan sekiranya mempunyai bajet yang lebih. Tambang asas tren adalah 20 sen bagi setiap kilometer dan puratanya adalah 240 yen bagi setiap perjalanan. Maknanya kalau hendak berhenti ke stesen terdekat adalah 240 yen manakala semakin jauh tempat yang hendak kita pergi semakin meningkatlah kadar tambang.



Jadi kalau diconvert 240yen adalah dalam RM9 pertrip so bagi aku agak mahal kiranya perjalanan melibatkan 10-20 trip sehari. Jadi bagi menjimatkan perbelanjaan, aku dapatkan tourist pass yang ada dijual di Kansai Airport. Terdapat banyak jenis pass yang boleh korang pilih bergantung kepada destinasi dan jenis kenderaan yang nak korang amik.

Apa lagi ye..haa

Shopping
Shinsaibashi menjadi pujaan hampir semua pengunjung yang bertandang ke Osaka. Macam-macam ada disini dan kebanyakkannya dicanangkan dengan kabar-kabar angin yang hampir mengarut. Berbondong-bondong kengkawan mengwatsep aku masa di sana seperti biasa memesan pelbagai jenis barangan. Dari jam tangan Gshock, kasut, baju dan ada yang tak segan silu memesan helmet fullface dari aku. Ko bayar dulu nanti sampai Malaysia aku bayar balik. Memang tak lah jawapnya. Merata-rata dan hampir semua kedai aku masuk nampaknya macam tiada jam tangan Gshock yang beharga Rm30 seperti yang dikhabarkan. Harga Gshock kat downtown pun tak kurang Rm50 inikan pulak Gshock original made in Japan lagi tuh. 



Kat sini ada seasonal sale macam kat tempat lain. Sebagai contohnya aku berjaya dapatkan t shirt, jogging track h&m dalam Rm8 dan paling mahal pun xsampai Rm32, so apa lagi..timbul rasa nyesal bawak pakaian dari Malaysia..Kesimpulannya kita nak kena carik sampai ke lubang cacing bagi dapatkan harga murah dan macam aku cakap diorang ada season sale maka nasib la barang mana yang boleh dapat murah.

Tradisi dan Keselamatan
Sepanjang aku di Jepun, aku dapati orang di negara matahari terbit ini sangatlah berdisiplin.Memanglah sangat-sangat berbeza dengan negara kita. Kalau dilihat dari segi beratur di tempat-tempat awam, tak kira di mana sahaja mereka hampir tiada yang potong barisan sama ada naik bas, tren atau lain-lain lagi. Mengikut apa yang cikgu aku ceritakan, orang Jepun ini sangat workaholik (kerja sampai lewat malam) tapi melepak di bar selepas kerja bagi menghilangkan tekanan kerja.




Dari segi keselamatan juga aku tak nampak ada masalah sangat walaupun saban hari aku melepak di luar hotel atau berjalan pulang agak lewat malam cuma ada je gelandangan yang tidur di tepi jalan dek kerana mabuk terlebih ataupun memang tak punya rumah. Tapi sepanjang perjalanan aku memang tak pernah ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Sebenarnya ada je tempat yang agak black area yang mana orang Jepun sendiri pun tak berani untuk lepak di sana.. Misalnya, kawasan tempat aku tinggal juga dikategorikan sebagai black area so sebab tu harga penginapannya agak murah yakni bagi aku murah melampau-lampau. Aku disini cuba untuk promosikan tempat-tempat yang aku dah kunjungi so aku bagi homework kat korang supaya check dulu area-area yang boleh pergi or yang perlu berhati-hati. Memandangkan aku dari dulu dah biasa dengan tempat-tempat yang agak dark meskipun di negara sendiri so aku rasa keadaan itu biasa saja.


Internet / Wifi
Internet aku ambil di Malaysia saja sebab harga sim card di Jepun agak melantun jadi melalui pembacaan aku, antara option yang bersesuaian dengan budget aku adalah dengan menyewa portable wifi. Ada 2 option iaitu sewa portable wifi di Jepun atau dari Malaysia. 

Aku ambil sewa pakej dari internet provider Wiyo MY sebagai keperluan aku di Jepun nanti. Dengan pakej RM14 sehari termasuk RM200 sebagai deposit, aku rasa ianya agak berbaloi. (takde sebarang bayaran untuk aku rekemen produk ini)

Caranya jugak simple..just buat bayaran online dan pick up portable wifi di KLIA 2 dan boleh teruskan perjalanan dengan tenang. Pakej juga adalah unlimited wifi bukan macam di negara kira ni...unlimited tapi 10 gig...dan tak boleh tethering...

Kesimpulan
Walaupun mengembara di Jepun memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi namun begitu bagi aku ianya adalah sangat berbaloi. Ini adalah kerana terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati, budaya yang berbeza dan yang penting sekali enjoy Japan.

Sunday, 29 January 2017

Nara : Bandar rusa



Malam semalam selesai perjalanan singkat aku di Osaka. Sebenarnya aku amik 2 jenis transport pass iaitu Kansai pass dan satu lagi Osaka pass. Jadi plan aku 3 Hari pertama aku nak ronda dulu daerah2 berdekatan dan last 2 hari sebelum balik Baru full swing round Osaka pulak. Sebab apa? Nanti kemudian 2 aku bagitau kenapa.



 Aku takde apa2 planning spesifik maka aku pilih untuk le Nara secara randomly. Bagi aku Nara ni adalah lokasi wajib pegi kalau dah terlajak kat Kansai ni. Dengan menggunakan pass yang aku dah beli maka hampir perbelanjaan transportation aku dah dicover. Cuma kalau nak naik Jr train kena beli tiket lain lah. Jarak Osaka ke Nara tak berapa jauh sekitar 40 minit saja menaiki train dari Namba train station tapi dari tempat tinggal korang nak ke Namba korang pandai2 carik jalan lah ye.





So aku bergerak tak seawal seperti selalu aku buat sebab aku tak mau join kesesakkan orang Jepun nak pergi kerja / sekolah so lewat sikit lah. So tambah masa perjalanan dalam sebelum tengahari aku sampai di stesen keretapi Nara. First impression, Nara adalah sebuah bandar yg sunyi. Keluar saja dari train station banyak papan tanda tempat 2 attractions kat Nara beserta dengan jaraknya sekali. Mudah sekali kalau travel tempat2 mcm ni. Tak perlu internet pun boleh.



Melalui pembacaan aku sebelum ini, Nara ini terkenal dengan taman rusanya. Jadi sambil berjalan-jalan aku mencari di manakah jalan menuju ke taman rusanya tersebut sebab di signboard tidak dinyatakan lokasi atau arah mana tempat nak dituju tersebut. 



Semakin lama aku berjalan mulai nampak kelibat beberapa ekor anak rusa berkeliaran di jalanan. Masa tu mula rasa happy sebab dah jumpa dengan apa yang dicari hari ini.  Setelah mengambil beberapa keping gambar selfie aku teruskan perjalanan.





Semakin lama aku melangkah semakin banyak pulak rusa yang aku jumpa berkeliaran mencari makanan. Akhirnya aku sampai di tengah2 pusat tempat menarik di Nara ini. Barulah aku tau yang sebenarnya di Nara rupanya tak ada taman rusa tetapi seluruh bandar Nara itu sebenarnya adalah satu taman bagi rusa2 yang ada di sana.



Selain dari rusa, terdapat beberapa tempat menarik yang korang boleh lawati di Nara ini. Diantara tempat yang aku pergi sepanjang beberapa jam di Nara adalah :



Todai-Ji temple
Todai Ji temple adalah sebuah Buddha temple yang amatlah besar yang diperbuat dari kayu. Ianya disenaraikan sebagai salah satu Unesco site di Nara. Ianya juga diketegorikan juga sebagai salah satu bangunan kayu yang terbesar di dunia. Bayaran masuk kalau tak silap aku adalah sekitar 500 yen.








Kasuga Taisha
Ini merupakan sebuah kuil agama shinto yang yang telah lama dibina di Nara ini kira-kira tak kurang 1000 tahun sama macam todai-ji temple tadi. Masuk ke lobi percuma tapi untuk meneruskan perjalanan lebih dalam lagi kena bayaran. Apa yang aku paling suka kat sini adalah jalan menuju ke temple di atas bukit ini. Seolah-olah korang melalui sebuah hutan yang ancient..









Kofuku ji temple
Ini pula adalah satu temple Buddha yang terletak berdekatan dengan Kasuga Taisha. Dia ada satu ceremony hall dan ada pagoda 5 tingkat disebelahnya. Ada a few lagi building berdekatan dengannya menjadikan dia sebuah kompleks. Bagi aku tempat ni biasa-biasa je...sebab x masuk dalam pun..just berpeleseran di luar.






Sebenarnya ada beberapa tempat lagi aku pegi cuma tak tahu apa nama tempat-tempat tuh. Kebanyakkannya temple-temple kecik dan juga ada sebuah kolam or tasik rasanya yang berada dekat dengan pekan Nara ni. Selain dari itu, macam biasalah, ada shopping street berada dekat dengan stesen keretapi untuk membeli belah dan juga untuk window shopping.



Aku boleh katakan Nara ni adalah salah satu tempat wajib pergi kalau ke Kansai..

bersambung