Showing posts with label Ella. Show all posts
Showing posts with label Ella. Show all posts

Wednesday, 13 January 2016

Sri Lanka : Tips & Tricks






1. Masuk ke Sri Lanka perlukan visa. Boleh pohon secara VOA (visa on arrival) tapi baiklah apply online sebabnya nanti krew kapal terbang akan bertanya bermacam2 soalan.

2. Matawang Sri Lanka adalah menggunakan Sri Lankan Rupee. Kalau di convert lebih kurang RM1 bersamaan LKR 30 ...lebih kurang lah.. Rahsianya boleh je tukar dari RM ke LKR di airport Sri Lanka tapi untuk mengelakkan risiko tak dapat tukar baik tukar ke USD dahulu sebelum bawa ke Sri Lanka. Bukan apa..kalau 2 kali convert nanti nilainya semakin kurang. Lagipun aku biasa je tukar duit dari RM ke LKR di kedai beli roti, cuma nilainya kurang sikit la.

3.Transportation di Sri Lanka sangat murah tidak kira lah bas ataupun train. Tuktuk je rasa macam mahal sikit tapi masih affordable. Teksi aku tak cuba pulak. Namun begitu dengan keadaan jalan yang kecil dan sempit, maka perjalanan dari satu tempat ke tempat lain agak panjang masa perjalanannya. Siap2lah kencing sebelum menaiki bas untuk perjalanan yang panjang. Jangan lupa bawa air. Kalau menaiki bas seafdalnya mula naik di stesen bas

4. Bagi yang muslim, makanan halal agak banyak dijual di sini. Cuma perlu tanya saja ataupun cuba tengok mana-mana muslimah (biasanya perempuan muslim di Sri Lanka akan mengenakan pakaian berunsur jubah bewarna hitam) singgah beli makanan. Sesetengah tuh ada je signboard dan kalau susah cuba tanya di mana muslim hotel. (Hotel di Sri Lanka bermaksud restoran atau kedai makan.) Makanan rasa biasa-biasa je mostly Indian food seperti phrata, briyani dan nasik goreng.

5. Penginapan di Sri Lanka bagi aku seorang pengembara berpoket nipis memang sangat mahal jika dibanding dengan nilai matawangnya. Sebagai contoh, hotel yang bertaraf 2 bintang di Malaysia kalau di Kandy, harganya mencecah 80USD bersamaan RM350. Jadi kecuali memang ada banyak duit, ataupun melancong beramai-ramai sambil berkongsi-kongsi; adalah lebih baik mencari bilik sewa, motel, atau rumah-rumah yang menyewakan rumahnya bak homestay. Pendapat aku begini, cari tuktuk utk bawa ke rumah penginapan dengan syarat; setkan awal2 budget korang sebab komisyen tuktuk dalam 50 lkr so tambah siap2 dalam perbelanjaan.

6. Cuaca di Sri Lanka hampir sama dengan Malaysia dan ianya sangat berbahang. Jangan bagi diri anda dehidrasi terutama sekali ketika mendaki di Sigiriya. Cuma di Ella dan kawasan sekitar je sejuk. Yang lain semuanya panas.

7. Entrance fee bagi memasuki setiap tempat menarik bagi aku adalah sangat mahal. Minimum bayaran masuk adalah LKR 1500 bersamaan lebih kurang Rm40. Jadi sesapa yang travel dengan bajet ciput macam aku sila teliti dahulu berbaloi atau tak nak masuk ke satu-satu tempat itu.


8. Hampir kesemua orang yang aku jumpa memberikan kerjasama yang baik dan sangat membantu apabila aku sesat di jalanan. 80% darinya agak mahir berbahasa Inggeris. Ada yang memberikan layanan istimewa bila mengetahui aku dari Malaysia dan beragama Islam; sama seperti sebahagian mereka. Even aku tidak menggunakan perkhidmatan tuk tuk namun pemandu tuktuk tersebut masih sanggup menunjukkan jalan kepada aku. Bagi aku Sri Lankan memang peramah dan baik. Thumbs up...


Perbelanjaan aku keseluruhannya tidak termasuk tiket kapal terbang adalah USD200 sahaja, lebih kurang RM 825 merangkumi tempat tinggal, transportasi, makan minum, bayaran masuk dan lain-lain lagi. 

Sri Lanka : Keretapi dari Kandy ke Ella yang marbeles



Seawal 7 pagi aku telah mengosongkan bilik sewa aku di Kandy. Kali ini aku dapat bilik penginapan yang jauh lebih baik dengan harga yang berpatutan dari hari pertama aku di Kandy. Aku tinggalkan Kandy kali ini untuk menuju ke Ella, sebuah pekan kecil yang terletak di tengah-tengah Sri Lanka.


Diantara yang perlu dicuba jika berkunjung di Sri Lanka adalah menaiki keretapi dari Kandy ke Ella. Ia dikategorikan sebagai salah satu benda wajib dibuat di Sri Lanka kerana pemandangan yang menarik dan dilabel sebagai salah satu dari perjalanan keretapi tercantik di dunia.



Perjalanan yang diambil dari stesen keretapi Kandy menuju ke stesen keretapi Ella mengambil masa dalam 7 jam perjalanan merangkumi jarak sejauh lebih kurang 135km sahaja. Keretapi ini akan melalui pelbagai jenis pemandangan berbeza mengikut jarak dan juga ketinggian sesuatu kawasan tersebut.


Terdapat beberapa jenis kelas bagi keretapi ini mengikut harga :


1. 1st class sleeper : 
Biasanya terdapat pada keretapi malam sahaja yang mempunyai katil single bertingkat dan juga tandas dalam bilik yang asing.


2. 1st class observation car :
Hanya ada semasa perjalanan keretapi pada waktu siang. Gerabak ini tujuan utamanya adalah untuk melihat pemandangan persekitaran dengan lebih jelas. Gerabak ini biasanya terletak di bahagian belakang sekali keretapi atau di belakang lokomotif.


3. 1st class air-conditioned seat :
Yang ni aku tak pasti tapi ada satu gerabak depan aku..rasanya ada tv dan sebagainya kut.

4. 2nd class :
Yang ni aku naik semasa trip ini. Basically ada tempat duduk tapi xde air cond..dah sejuk tak perlu aircond. Seat pun designated dengan nombor. Harga dalam RM30 kalau x silap aku.


5. 3rd class :
Free seating..biasanya gerabak yang paling ramai orang dan kerusi tidak mencukupi. Pada asalnya aku naik gerabak ini dalam 2-3 jam di awal perjalanan. So dah dapat berdiri 2 jam, aku disuruh ke gerabak 2nd class oleh pemeriksa tiket setelah dapati aku berada di gerabak yang salah.


Kuih-kuihan menjadi bekalan sepanjang perjalanan.

Stesen keretapi Kandy


Gerabak kelas ke 3










Gerabak kelas ke 2














Stesen keretapi Ella


Ella pass dibahagian bawah dan bukit tersebut dikenali dengan nama Little Adam's Peak.


Tiket kembali ke Colombo





Ada banyak perhentian di sepanjang perjalanan ini. Pemandangan pada asalnya biasa-biasa sahaja berlatar belakangkan suasana kampung dan ada sedikit bandar, ianya mulai mengalami perubahan lebih kurang sejam dua jam selepas perjalanan bermula. Suhu kawasan sekeliling semakin turun dan pemandangan sekitar juga berubah. Diantara tempat perhentian yang agak biasa menjadi pilihan pelancong adalah Nanu Oya, Nuwara Eliya, Hatton (kalau nak mendaki Adam's Peak turun di sini) dan Ella.

Aku ambil keputusan untuk turun di Ella, 1 stesen sebelum tiba di stesen terakhir iaitu Badulla. Masa aku di Sri Lanka suntuk kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur keesokkan harinya, maka aku terpaksa mengambil overnight train ke Colombo.

Maka dalam masa beberapa jam di Ella sempat jua lah aku menyusuri pekan dengan berjalan kaki disebabkan bajet yg kritikal. Ella merupakan satu pekan kecil yang ada beberapa hotel dan restoran. Suggestion aku kalau ke Ella..silalah trekking ke Ella Rock ataupun melalui Ella Pass...


Gerabak 1st class sleeper yang aku ambil menuju ke Colombo..agak dodgy dan kotor...gambar tandasnya aku x sanggup nak post..

Chalo...