Wednesday, 13 January 2016

Sri Lanka : Keretapi dari Kandy ke Ella yang marbeles



Seawal 7 pagi aku telah mengosongkan bilik sewa aku di Kandy. Kali ini aku dapat bilik penginapan yang jauh lebih baik dengan harga yang berpatutan dari hari pertama aku di Kandy. Aku tinggalkan Kandy kali ini untuk menuju ke Ella, sebuah pekan kecil yang terletak di tengah-tengah Sri Lanka.


Diantara yang perlu dicuba jika berkunjung di Sri Lanka adalah menaiki keretapi dari Kandy ke Ella. Ia dikategorikan sebagai salah satu benda wajib dibuat di Sri Lanka kerana pemandangan yang menarik dan dilabel sebagai salah satu dari perjalanan keretapi tercantik di dunia.



Perjalanan yang diambil dari stesen keretapi Kandy menuju ke stesen keretapi Ella mengambil masa dalam 7 jam perjalanan merangkumi jarak sejauh lebih kurang 135km sahaja. Keretapi ini akan melalui pelbagai jenis pemandangan berbeza mengikut jarak dan juga ketinggian sesuatu kawasan tersebut.


Terdapat beberapa jenis kelas bagi keretapi ini mengikut harga :


1. 1st class sleeper : 
Biasanya terdapat pada keretapi malam sahaja yang mempunyai katil single bertingkat dan juga tandas dalam bilik yang asing.


2. 1st class observation car :
Hanya ada semasa perjalanan keretapi pada waktu siang. Gerabak ini tujuan utamanya adalah untuk melihat pemandangan persekitaran dengan lebih jelas. Gerabak ini biasanya terletak di bahagian belakang sekali keretapi atau di belakang lokomotif.


3. 1st class air-conditioned seat :
Yang ni aku tak pasti tapi ada satu gerabak depan aku..rasanya ada tv dan sebagainya kut.

4. 2nd class :
Yang ni aku naik semasa trip ini. Basically ada tempat duduk tapi xde air cond..dah sejuk tak perlu aircond. Seat pun designated dengan nombor. Harga dalam RM30 kalau x silap aku.


5. 3rd class :
Free seating..biasanya gerabak yang paling ramai orang dan kerusi tidak mencukupi. Pada asalnya aku naik gerabak ini dalam 2-3 jam di awal perjalanan. So dah dapat berdiri 2 jam, aku disuruh ke gerabak 2nd class oleh pemeriksa tiket setelah dapati aku berada di gerabak yang salah.


Kuih-kuihan menjadi bekalan sepanjang perjalanan.

Stesen keretapi Kandy


Gerabak kelas ke 3










Gerabak kelas ke 2














Stesen keretapi Ella


Ella pass dibahagian bawah dan bukit tersebut dikenali dengan nama Little Adam's Peak.


Tiket kembali ke Colombo





Ada banyak perhentian di sepanjang perjalanan ini. Pemandangan pada asalnya biasa-biasa sahaja berlatar belakangkan suasana kampung dan ada sedikit bandar, ianya mulai mengalami perubahan lebih kurang sejam dua jam selepas perjalanan bermula. Suhu kawasan sekeliling semakin turun dan pemandangan sekitar juga berubah. Diantara tempat perhentian yang agak biasa menjadi pilihan pelancong adalah Nanu Oya, Nuwara Eliya, Hatton (kalau nak mendaki Adam's Peak turun di sini) dan Ella.

Aku ambil keputusan untuk turun di Ella, 1 stesen sebelum tiba di stesen terakhir iaitu Badulla. Masa aku di Sri Lanka suntuk kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur keesokkan harinya, maka aku terpaksa mengambil overnight train ke Colombo.

Maka dalam masa beberapa jam di Ella sempat jua lah aku menyusuri pekan dengan berjalan kaki disebabkan bajet yg kritikal. Ella merupakan satu pekan kecil yang ada beberapa hotel dan restoran. Suggestion aku kalau ke Ella..silalah trekking ke Ella Rock ataupun melalui Ella Pass...


Gerabak 1st class sleeper yang aku ambil menuju ke Colombo..agak dodgy dan kotor...gambar tandasnya aku x sanggup nak post..

Chalo...

No comments:

Post a Comment