Hari nih sepatutnya aku keluar awal macam semalam setelah breakfast seperti biasa (sendiri) tapi motor aku tersekat dalam hotel sebab ada lori pengambil sampah park menghadang jalan keluar ke jalan. Diorang tengah bersihkan hotel dan bawak keluar sampah jadi nak tak nak aku lepak dululah lepas settle urusan diorang tuh. Tak lama pun dalam 20-30 minit je. Harap-harap jalan tak sesak la..
Sambil-sambil tuh lepak jap kat balkoni yang menghadap ke swimming pool (hari nih takde awek bikini mandi pulak...sebenarnya tak pernah ada awek bikini pun) sambil menikmati roti krim ngan air teh botol sebagai sarapan yang dibeli dari kedai 24jam yang berada di hadapan hotel dan merangka apakah hala tujuan bagi hari ini.
Pantai Batu Bolong
Dari malam tadi sebelum tidur aku bermimpi (takde la mimpi sangat) nak ke Batu Bolong. So aku search dalam google dan tag laluan yang perlu aku tempuhi ke sana. Kat Batu Bolong nih ada satu clif dan di bawah cliff tuh dah jadi satu lubang akibat dari hakisan air macam yang ada kat Tusan beach Miri (baru nih dah roboh) dan dekat atas cliff tu ada satu pura. Tengok gambar cam menarik dan search dalam google memang ada. So destinasi pertama aku hari ini adalah Pantai Batu Bolong.
Perjalanan aku dari hotel menuju ke Pantai Batu Bolong ini tak berapa jauh sangat pun dan dia terletak di tengah-tengah perjalanan aku ke Tanah Lot nanti dan perjalanan ke tempat nih mengambil masa kurang dari 45 minit ke simpang pantai. Manakala dari jalan besar ke pantai tak begitu jauh; dalam beberapa kilometer sahaja.
Lepas park motor sewa di kawasan parkir yang disediakan, aku pun berpeleseran di pantai mencari Pura Batu Bolong yang aku nak pergi tuh. Pantai ini meskipun masih pagi tapi boleh tahan ramai jugak yang berkunjung di sini. Aktiviti yang menjadi pilihan utama di sini adalah surfing, jogging dan membawa anjing berjalan.
Keadaan pantai bersih meskipun pasirnya bewarna hitam tapi arus lautnya boleh tahan kuat dan terdapat beberapa bongkah batu-batu yang terletak di pantai membuatkan ianya lebih menarik lagi. Tapi pada pandangan personal aku, ianya hanyalah salah satu pantai yang terdapat di Bali. Cuma yang paling menarik adalah pantai nih takde ramai orang sangat. Kalau nak lepak-lepak memang menarik lah kalau di Bali sebab susah jugak nak dapatkan pantai yang kurang pengunjung kalau di Bali nih.
So dari parking motor aku berjalan mencari tempat yang aku nak tuju, sampailah aku kat ada satu bangunan yang sedang dalam construction; tak pasti sama ada resort atau food court tapi cantiklah tempatnya. Kat situ ada seorang guard yang sedang menjaga tempat tuh, so aku tanya dia berkenaan Pura Batu Bolong yang nak aku tuju tuh. Dia cakap yang dia pun tak tahu sambil menunjuk satu pura yang terdapat dekat dengan tempat parking motor aku tadi.
So aku ke tempat yang ditunjukkan oleh guard tuh dan dapati ianya bukan tempat yang nak aku tuju. So destinasi pertama hari nih dah gagal, aku teruskan perjalanan ke Tanah Lot.
Tanah Lot
Kecewa disebabkan tak dapat sampai ke Tanah Lot semalam, aku kembali semula ke Tanah Lot lepas melepak di Pantai Batu Bolong. Tempat nih memang lain sangat dari apa yang pernah aku ketahui. Mostly aku tak ingat sangat pun jalan menuju ke sini lepas 10 tahun berlalu sebab dulu kami naik 2 motor so bertukar-tukar sapa yang bawak. Kali nih aku solo so kalau lain kali pergi lagi boleh la aku ingat sikit sebanyak jalannya. Pintu masuk ke parking pun dah canggih gila. Dah macam plaza tol dah nak masuk. Sebelum parking nak kena bayar dulu wang pengerasnya. Nasib baik muka aku muka cliche asean so aku dapat la harga lokal untuk masuk ke kompleks nih.
Apa yang menariknya Tanah Lot nih yang menjadikan ia satu tempat wajib pergi kat Bali nih? Bagi aku ianya lebih kepada terdapatnya pemandangan yang menarik di sini. Kalau 10 tahun dulu aku ngan member2 aku lepak di Tanah Lot nih masa sunset. So boleh katakan sunset di sini memang terbaik (kalau ada sunset lah..kadang-kadang cuaca mendung ataupun hujan). Nasib lah. Kat sini ada satu pura yang terletak di satu pulau yang mana apabila air pasang, agak sukar kalau nak ke sana. Aku pun tak pernah ke pura yang itu. Entah macamana pemandangan dalamnya aku pun tak pasti.
Tanah Lot tetap lah menjadi Tanah Lot. Walaupun aku tiba di sini tak lah lewat sangat dan bagi aku masih lagi pagi, pengunjung boleh dikatakan ramai juga kat sini. Kenapa aku cakap aku tiba agak pagi (walaupun takde la pagi sangat) adalah sebab masa aku datang..kedai-kedai cenderamata yang berada di jalan masuk tuh pun tak bukak lagi..kalau ada pun baru je nak bukak. Ramai jugak orang dah tiba awal dari aku. Ini dikira nasib baik jugaklah aku datang awal (walaupun tertipu di pantai Batu Bolong), kalau lewat kena hadap la suasana macam di bazar Ramadan Putrajaya.
Rupa-rupanya yang aku cari malam tadi adalah Pura Batu Bolong yang terletak di Tanah Lot dan bukannya terletak di Pantai Batu Bolong. Diorang nih pun, letak nama tuh lebih kurang sama tapi tempatnya lain-lain. So dah membuang masa aku mencari pura nih kat pantai Batu Bolong.
Tempat nih terletak dalam pagar dan boleh masuk dengan beberapa syarat yang biasa terdapat pada pura yang lain. Hajat di hati nak amik gambar kat kat pantai bawah tuh tapi air tengah pasang dan ombak agak bergelora so aku batalkan niat murni aku tuh. So lepas lepak entah beberapa lama, aku pun gerak ke destinasi seterusnya . Ada destinasi yang agak jauh yang perlu ditempuhi.
Jatiluwih
Aku tak pernah tahu pun ada tempat macam nih..biasanya kalau nak tengok sawah padi bertingkat mesti Tegalalang jadi tumpuan. So ini adalah salah satu hasil dari pencarian di google waktu breakfast tadi. Aku terjumpa tempat nih dan tengok ianya dalam laluan aku, terus aku tag dalam phone aku.
Perjalanan dari Tanah Lot menuju ke Jatiluwih mengambil masa dalam 1jam 30 minit meskipun jaraknya hanyalah dalam 40 km sahaja. Ini termasuklah tersesat jalan dan juga lepak minum break (minum teh botol di tepi jalan.) Lebih kurang menjelang tengahari aku tiba di pintu masuk kampung ini. Kesemua kenderaan ditahan sebab macam biasa akan dikenakan bayaran masuk. Setelah beberapa ketika menunggu giliran, akhirnya sampai jugak giliran aku. Masa aku berhenti nak keluarkan wallet, orang yang jaga pintu masuk tuh suruh aku jalan...Maknanya aku tak payah bayarlah untuk masuk ke dalam desa nih. Waduh..untung banget berwajah nusantara nih.
Boleh kata kedatangan aku di Desa Jatiluwih nih bukannya pada masa yang tepat. Maksudnya adalah, masa aku datang ke tempat nih musim padi menguning baru saja tamat. Yang tinggal pun di bahagian depan-depan sebelum jalan masuk tuh je. Itu pun masa aku sampai, diorang tengah potong padi yang ada.
Desa Jatiluwih nih cuacanya memang nyaman dan dingin. Nak cakap cam Cameron Highland atau Kundasang tuh tak lah tapi kira Ok jugak lah. Ada kabus sikit-sikit tapi maybe kabus tuh disebabkan asap diorang tengah bakar padi so kawasan persekitaran ada bau-bau asap lah. Tempat nih cantik dan memang aku rekemen kat korang untuk datang ke sini kalau korang ada kat Bali. Kat tengah kampung nih ada 2 kedai kopi kalau tak silap aku yang korang boleh lepak sambil melayan perasaan di hadapan sawah padi. (walaupun kedai kopi tuh bukanlah terletak betul-betul tepi sawah)
Bedugul
Perjalanan ke sini memang menyeksakan dan amat memenatkan. Sepanjang perjalanan aku dari Jatiluwih ke Bedugul panas terik dan jalan macet kedua-dua belah jalan di kiri dan kanan. Macam yang korang ketahui jalan di Bali boleh dikatakan agak kecik; maksud aku lebih kurang atau kecik dari jalan kampung di Malaysia. Jadi memang tak boleh memotong sepanjang jalan tapi kadang-kadang aku potong jugak meskipun menyelit antara 2 lori. Bahaya memang bahaya tapi kalau tak potong maknanya lama lagi lah aku dijalanan.
Dari jalan yang panas terik kemudian melalui jalan berbukit bukau, cuaca bertukar menjadi dingin masa berada di puncak bukit dan juga disirami dengan hujan panas yang renyai-renyai menambah lagi seksa aku menunggang motorsikal. Aku tak pasti ada cuti perayaan apa pada masa nih tapi jalan raya memang sesak banget...Tak pasti macamana keadaanya kat tempat yang nak aku tuju nanti.
Sampai sudah di destinasi yang aku nak tuju. Masa aku sampai, cuaca memang berbahang habis dan orang pulak memang ramai. Tambahan tiket masuk lak mahal (takde la mahal..tapi aku yang kedekut) dan setelah aku jeling-jeling dari pagar kat situ tengok orang dah ramai jugak kat dalam kawasan pura tuh. Aku kejap nak masuk, kejap tak jadi, nak masuk, tak jadi...last-last aku pergi ke parking motor dan blah dari sana. Agak sia-sia jugaklah aku datang jauh-jauh ke tempat nih dan last sekali tak masuk pun.
So aku singgah dulu ke salah satu masjid yang terletak kat pekan Bedugul nih bagi menunaikan solat terlebih dahulu. Alang-alang dah sampai..at least buatlah samting kan...so lepas solat aku singgah jap membeli makanan berupa kueh-kueh kat meja-meja kecik yang terdapat di kaki lima depan masjid untuk dijadikan lunch aku hari nih. Dengan berbekalkan teh botol dari kedai serbaneka tempat aku park motor aku, akhirnya aktiviti yang aku buat di Bedugul adalah lunch kueh-kueh yang dibeli di gigi tasik Beratan. Bukan camping atau berkelah tapi duduk di divider jalan. Viewnya kira not bad...OKlah sebab kabus mulai turun dan cuaca dah mula dingin. Sebelum aku menunggang dalam kesejukkan, baiklah aku beredar terlebih dahulu...
Jimbaran
Dari Bedugul aku kembali semula ke hotel dalam perjalanan yang agak panjang menuju dulu ke hotel. Semalam aku dah full swing dan terasa sangat penat. So hari nih tak banyak tempat yang aku cover tapi tempat yang aku pergi tuh boleh tahan jauh jugaklah. So tujuan aku adalah Pura Uluwatu untuk menyaksikan kecak dance waktu sunset nanti. So memandangkan waktu masih lagi terlalu awal (nak menunggu sunset) so aku lepak-lepak bilik dulu, mandi manda dan sebagainya sebab cuaca hari nih memang panas litlit orang cakap.
Dah usai rehat-rehat (bilik takde aircond pun tapi lepas mandi kena kipas pun rasa cam aircond) aku teruskan perjalanan ke Uluwatu meskipun cuaca masih lagi berbahang cuma kurang sikit lah dari tadi. Tujuannya untuk elakkan kesesakkan menuju ke puncak. Paham-paham lah jalannya jem camana. Kalau 10 tahun dulu agak lewat gak kami gerak ke sana...sampai-sampai pun dah dekat-dekat nak sunset dan masa kami dok tengok kecak tuh seat pun dah tak berapa nak ada. Yang ada pun tempatnya tak berapa strategik tapi dapat lah jugak seatnya.
Walaupun cuaca masih lagi panas berbahang, namun aku teruskan juga perjalanan menuju ke Uluwatu yang terletak taklah jauh dari hotel aku, tapi tetap mengambil masa yang agak tinggi memandangkan jumlah trafik yang banyak gila. Sampai kat simpang tiga yang start mendaki bukit tuh, trafik dah stuck teruk..aku cuba jugak menyelit-nyelit macam yang aku buat dalam jalan menuju ke Bedugul tadi tapi sebabkan jalan kecik so nampak cam amat sukar. Sampai ke divider pejalan kaki dan rumput-rumput tepi jalan aku redah tapi ada lagi 10km jalan jem yang perlu aku tempuhi. Sambil-sambil mencilok tuh aku fikir kalau sampai ke atas nanti, parking satu hal...dengan orang ramai cam nih takut kang tiket pun takde...so aku batalkan niat nak tengok kecak dan turun balik ke jalan menuju Kuta.
Dalam perjalanan turun aku detour menuju ke Jimbaran; sebuah pantai terkenal di Bali untuk tengok sunset. Dulu kami tak singgah di sini sebab lepas tengok Kecak dance tuh waktu dah malam. Memandangkan hari masih lagi siang, aku pun singgah sekejap kat Jimbaran. Kut-kutlah dapat tengok sunset sambil menghabiskan baki makanan aku beli di Bedugul tadi. So aku lepak di tepi pantai memerhatikan kedai-kedai yang mula susun meja kat tepi pantai. Kat sini yang paling femes adalah seafoodnya yang dihidangkan kebanyakkannya untuk tetamu menikmati nya di meja yang disusun di pantai.
Agak tak mungkin lah kut kalau aku nak makan seafood sorang-sorang kat Jimbaran nih. Dengar kabarnya ramai yang kata makanan seafood sini murah tapi ianya tetap tak menarik minat aku untuk makan kat sini. Makan biasa-biasa asalkan kenyang ya sudah...(lebih save duit aku) Tapi menjelang sunset memang tempat nih penuh dengan manusia..makan lobster sambil pekena bintang dan menikmati panorama matahari terbenam.. pergh.. asyikk..tapi of course lah aku tak buat camtu...
Waktu semakin gelap, sunset yang aku tunggu-tunggu last-last tak kunjung tiba. Memang membuang masa tapi apa nak buat. Nak marah sapa pun kan? So aku segera berangkat pulang memandangkan mata aku bukannya nampak sangat pada waktu malam dan jalan Jimbaran ke Kuta nih agak bersimpang siur dan berbukit bukau di dalam hutan sebelum sampai ke jalan besar. (aku silap jalan)
Aku bercadang nak makan malam di kedai berdekatan sahaja malam nih memandangkan aku agak kepenatan walaupun tak macam semalam. So settle semua urusan di bilik, aku keluar berjalan kaki ke sebuah kedai makan yang berdekatan. Ada satu kedai dekat dengan hotel aku, kedainya nampak cam ok dan namanya pun ala-ala nusantara gitu. So kedai nih nampak pack dengan pengunjung dan ramai darinya adalah omputeh. Aku cuba masuk ikut side walk tapi terhalang dengan penghadang kaki lima so aku masuk lah ikut pintu utama.
Entah kenapa tetiba hati aku terdetik nak tengok menu yang diorang ada papar kat pintu masuk. Menu nampak mengiurkan dan setelah aku baca satu persatu...tetiba aku sampailah ke barisan sate babi, mi babi dan segalanya babi lah...yg guling yang serbaneka ada dalam menu tuh...tetiba tekak aku meremang dan terus aku balik ke hotel dan start motor ke kawasan semalam yang aku makan tuh..nyaris terkena malam nih...
No comments:
Post a Comment