Sunday, 5 April 2020

10 tahun Bali : Part 2

Hari ni hari pulun bagi aku..nak jalan agak jauh jugak so kena gerak awal pagi supaya dapat elakkan jem. Dalam pukul 7 pagi..sebaik sahaja matahari muncul..aku mula bergerak dari hotel. Aku lebih suka bergerak awal pagi sebabnya udara masih lagi segar dan juga keadaan trafik tidak begitu sibuk meskipun pada masa itu ramai yang sedang keluar untuk pergi kerja.

Patut aku gerak awal lagi tapi sebelum keluar aku breakfast dulu kat bilik dengan roti yang aku bawak dari Malaysia dan teh botol yang aku beli dari kedai 24 jam di hadapan hotel aku. Hari ini tujuan aku adalah untuk repeat balik tempat-tempat yang pernah aku pergi dulu tapi ada jugak destinasi yang aku tak pernah pergi tuh aku try selit-selit dalam perjalanan nanti.



Pasar Seni Sukawati


Aku cuba untuk ke Pasar Seni Sukawati..kat sini kalau 10 tahun dulu adalah tempat feveret aku untuk dapatkan cenderahati buat kawan dan keluarga di kampung; selain dari Krishna di Denpasar. Kalau mencari pakaian atau t shirt, kualitinya agak low...tapi harganya memang sukar ditandingi lah. Memandangkan lokasinya terletak di tepi jalan, so aku cuba untuk berhenti sekejap..manatau dapat keychain barang sebungkus dua...Google maps aku menunjukkan arah yang sepatutnya aku tuju dan aku dah sampai kat tempat yang dinyatakan dalam google maps tuh. Malangnya aku carik-carik, hanya pasar basah je yang ada.



Kalau tak silap aku (kalau tak silap la) bangunan pasar basah nih adalah bangunan yang sama menjual pelbagai barangan cenderahati tapi nampaknya macam dah takde...Jenuh mencari-cari barulah aku nampak kain rentang yang cakap pasar seni dah dipindahkan. Aku mengira-ngira masa yang aku akan ambil kalau nak cari lokasi baru nih maknanya aku tak sempat pusing tempat-tempat lain sebabnya hari nih memang aku bercadang nak full swing meronda. Jadi aku teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Lagipun kat Denpasar banyak lagi tempat jual souvenir. So lets move on.






Bali Zoo 


Bali Zoo nih bukanlah terletak di tepi jalan besar, so kena detour dari perjalanan asal aku sedikit. Sebenarnya Bali Zoo nih memang takde langsung dari perancangan aku tapi memandangkan aku ternampak signboard Bali Zoo nih dalam perjalanan so aku pun singgah la kejap. Kalau korang nak tahu..Zoo Bali nih adalah antara zoo yang bagi korang peluang untuk tengok binatang dengan lebih dekat lagi...maknanya ada beberapa spesis binatang yang ada dalam zoo nih diorang lepaskan bebas berlegar dalam kompaun. Tapi janganlah korang ingat diorang akan lepaskan singa, harimau atau buaya bebas cam tuh je..binatang-binatang yang kurang merbahaya lah.



Aku duduk di parking sambil memikirkan nak masuk atau tak. Kalau masuk zoo nih kurang-kurang 2-3 jam baru habis ronda tapi dah sampai lah pulak. Sedang-sedang aku lepak di parkir tetiba guard zoo datang ke arah aku sambil bertanya aku nak masuk ke tak. Sambil-sambil bersembang ngan guard tuh, aku ambik keputusan untuk tak masuk ke zoo tapi meneruskan perjalanan aku ke destinasi lain seterusnya. So aku takde apa la nak ceritakan pasal tempat nih kat korang cuma kalau korang pergi Bali dan nak cuba satu tempat lain dari orang lain pergi, apa salahnya kalau singgah kat sini..aku rekemen korang tak rasa rugi...


Ubud

Secara jujur aku cakap tujuan aku ke sini adalah untuk mencari toilet untuk kencing. Ya..ini serious bukan main-main. Ubud pada pandangan aku merupakan antara tempat yang paling menarik di Bali. Ianya satu tempat tumpuan pelancong sebabnya banyak hasil kraftangan yang boleh didapati di sini. Selain dari itu, ianya tempat kebudayaan dan juga hasil seni yang lain macam lukisan dan lain-lain kraftangan (aku macam dah sebut kraftangan tadi) .




Ubud memang kalau boleh aku nak spend beberapa hari untuk explore tapi apakan daya, aku malas sebab lokasinya agak jauh dari airport dan entahlah...manusia nih kalau nak bagi alasan memang macam-macam. Kalau 10 tahun lepas, aku ngan member aku melepak kat Ubud Palace dan Saraswati Temple yang terletak di tengah-tengah Ubud sambil menyaksikan budak-budak tengah training menari. Aku sampai di Ubud sebelum tengahari; pagi lagi sebab jalan di Ubud amat tenang dan kedai-kedai macam masih tak bukak sepenuhnya. Orang puteh pun ramai yang masih tak bangun tidur lagi sebabnya tempat nih masa aku sampai agak sunyi jugak lah.



Memandangkan tak jumpa public toilet, aku sempat juga berpeleseran kat pasar tradisional Ubud. Lokasinya sebelah je dengan pasar seni Ubud tapi masa aku sampai tu pasar seni pun belum bukak. Mana ada orang nak beli barang-barang seni pagi-pagi kut..Kalau bukak pun biasanya aku tak kan beli apa-apa kut..kompom-kompom diorang jual harga bule (omputeh)...

Goa Gajah

Kalau 10 tahun dulu, Goa Gajah nih adalah tempat yang paling jauh aku ngan member aku pergi, selain dari Alas Kedaton yang juga terletak dalam daerah Ubud..Oh..aku tipu...Tegalalang pun jauh jugak dan Kintamani lebih jauh lagi. Goa Gajah nih adalah satu tempat yang sacred jugaklah bagi masyarakat Bali. Kat tengah-tengah kompleks nih ada satu gua yang digunakan untuk bertapa pada zaman dahulu. Di pintu gua diukir satu wajah, bukan wajah gajah tapi lebih kepada yang dipercayai dewa oleh masyarakat Hindu iaitu Ganesha. Depan gua nih terdapat tempat mandi suci dan patung-patung dewi yang memegang kendi yang mengeluarkan air yang konon-kononnya mewakili 7 buah sungai suci yang berada di India.











Keadaan di sini agak sunyi. Kalau termasuk aku rasanya tak sampai 10 orang pengunjung yang ada di sini. Kemungkinan hari masih pagi sebab biasanya pengunjung masih lagi tak bangun atau pun dalam perjalanan. Even kedai-kedai pun baru nak bukak masa aku sampai kat sini. Aku kat sini tak lama sebab tak banyak tempat untuk dilawati di kompleks Goa Gajah nih. Ada gua, ada kolam dan juga ada pondok-pondok berehat disamping juga kedai-kedai yang ada sebelum sampai di pintu masuk tadi.


Gunung Kawi Sebatu

Gunung Kawi Sebatu dengan Pura Gunung Kawi adalah dua tempat yang berbeza. Aku sebenarnya nak ke Pura Gunung Kawi tapi masa naik motor aku tersilap pergi ke Gunung Kawi Sebatu. Tapi bila dah terbayar bayaran masuk, kira belasah je lah walaupun kedua-dua tempat nih agak jauh berbeza dia punya artifak dan lanskap nya. OK..aku tak nak cerita pasal Pura Gunung Kawi yang aku tak pegi tuh tapi biar aku cerita pasal Gunung Kawi Sebatu nih.




Tempat nih bagus, maksud aku ianya tenang sebab tak ramai pengunjung di sini. Dari segi lanskap dalam taman nih...boleh dikata adalah cliche dan banyak didapati di Bali tapi yang paling aku suka kat sini adalah dia ada satu kolam besar kat tengah-tengah komplex nih yang kat dalam tuh banyak ikan carp. Selain itu ada banyak kolam-kolam mandi yang khusus untuk penganut Hindu mandi. Masa aku naik motor turun dari bukit menuju ke tempat nih, dari atas tuh ternampak seorang tengah mandi bogel di salah satu kolam kecik yang terdapat dalam kompleks nih...malangnya orang tuh lelaki. Kalau pompuan maybe lama sikit lah aku kat sini melihat view..Memandangkan bukan so aku teruskan perjalanan ke tempat seterusnya.





Tirta Empul @ Tampak Siring

Pura Tirta Empul adalah salah satu pura (temple) yang paling terkenal di daerah Tampak Siring / Gianyar. Kalau 10 tahun dulu, kami nak ke pura nih tapi kami tersesat jalan lalu kami terpaksa cancel destinasi ini. Lepas 10 tahun, walaupun dah tak ride berkumpulan namun aku tetap sesat jugak nak ke sini. Bayangkan google maps bagi aku jalan short cut kena masuk dulu Istana Tampak Siring lalu panjat pintu pagar (berkunci) untuk ke Tirta Empul yang terletak bersebelahan dengan istana nih. Nak masuk penjara Kerobokan? So aku yang dah sampai betul-betul bucu istana tuh (kat luar...jalan mati) terpaksalah u-turn dan memulakan semula perjalanan mencari jalan yang betul tak short cut. Kali nih aku tak mudah give up dan 20 minit kemudian sampai jugak aku di entrance Tirta Empul.




Apa yang best sangat yang ada kat Pura Tirta Empul nih sampai aku beria-ria nak pergi tempat nih. Aku nak ke sini sebab nak tengok orang mandi. Pura Tirta Empul ini sebenarnya adalah sebuah pura yang mempunyai sacred pool yang menjadi tempat permandian untuk membersihkan dosa...bagi masyarakat Hindu Bali ye..so korang-korang yang acah-acah hipster takyah berangan nak cuci dosa kat sini pulak..Taubat nasuha dan doa pada Tuhan sudah cukup. (OK..done dakwah) Pura nih agak besar jugak kawasannya dan semua wajib memakai sarong bila masuk tapi jangan risau...sarong boleh didapati di pintu masuk.




Kebetulan aku tiba dah menjelang tengahari nak ke petang so pengunjung agak ramai di sini. Kompleks Pura Tirta Empul mengandungi main area yang dikenali sebagai Jaba Tengah, yang terdapat 2 kolam mandi dengan lebih kurang 30 waterspout. Kat sini adalah main attraction yang mana memang agak dipenuhi orang mandi tak kira penganut Hindu ataupun pelancong asing yang bagi aku agak celaru dengan kepercayaan masing-masing. Mungkin nak mencuba agaknya. Aku? Tak mandi cuma masuk untuk mengambil beberapa keping gambar dan kemudiannya berpeleseran ke tempat lain.



Selain dari itu ada satu lagi kolam terletak di belakang kolam utama tadi yang dikenali sebagai Jeroan, sebuah kolam besar yang dipenuhi dengan lumut yang mana bagi aku view agak menarik juga. Menuju ke jalan keluar ada satu kolam yang paling besar yang mana viewnya menarik dipenuhi dengan ikan koi yang agak besar. Banyak lak tuh ikan koi nya..


Tegalalang

Tegalalang nih sebenarnya port biasa tourist di Bali. Kalau dah berada di Ubud, memang ini satu tempat wajib untuk dilawati. So alang-alang aku dah berada berdekatan, aku pun singgah la kejap kat sini. Apa yang menariknya yang ada di Tegalalang adalah petak-petak sawah yang dibina secara berteres di lereng-lereng bukit yang terdapat di sana. Ianya bergantung pada musim menuai, sekiranya korang datang pada musim padi sedang menguning, viewnya adalah sangat cantik ditambah pula dengan macam-macam aktiviti yang ada di sana seperti viewpoint dan swing yang menghadap ke petak sawah.







Masa aku sampai kat sini, dah macam-macam pembaharuan dari segi tourism. Nak parking motor dan nak ke petak sawah sekarang nih dah dikenakan bayaran. Bagus juga sebab dapat jana income untuk kampung terbabit. Di lereng bukit di tepi jalan jugak dah banyak kedai-kedai yang jual kudap-kudapan. Kalau tak silap aku dulu ada satu je warung kopi kat tepi jalan tuh dimana aku ngan member-member lepak pekena kopi dengan pisgor (pisang goreng).



Nampaknya selepas aku datang semula lepas 10 tahun, memang banyak perubahan pada tempat nih..Agak berbeza kali nih makin banyak tempat-tempat mengambil gambar sesuai dengan zaman sekarang yang semuanya nak viral. Masa aku sampai, ada beberapa orang pesawah tengah memotong dan membanting padi. Aku tak pasti sama ada masih ada lagi aktiviti padi kat tempat nih ataupun ianya hanya lakonan bagi tujuan perlancongan. Tapi apapun secara jujurnya, tempat nih memang menarik dan tak jemu dipandang meskipun berapa kali aku pergi. (Baru dua kali)


Gunung Batur / Kintamani (View gunung dan danau)

Ini adalah tempat yang paling menyampah sekali aku nak pergi (nyampah-nyampah pun pegi jugak) tapi ia jugak tempat antara view yang paling menarik kalau di Bali. Tapi setiap orang ada pengalaman masing-masing...so tak semestinya pengalaman aku sama dengan korang. 10 tahun dulu kami datang ke Kintamani, modus operandinya sama...naik motor. Dalam perjalanan menaiki motor kami ditahan oleh beberapa orang makcik. Makcik tu cakap untuk naik ke Gunung Batur kami perlukan 'blessing' dari diorang. So diorang sapukan dahi kami dengan cat putih macam yang penganut Hindu lain buat. Lepas dari 'upacara' tuh diorang kemudiannya mintak bayaran..No big deal sebab diorang mintak seikhlas hati..Kalau mintak pada traveler yang miskin cam aku kena paham-paham lah.



Perjalanan diteruskan sehinggalah kami sampai di tarikan utama Batur iaitu viewpoint yang menghadap ke tasik dan gunung. Kat sini lah tempat kejadian yang amat annoying terjadi. Sebaik saja kami park motor, tetiba menderu makcik-makcik ke arah kami dengan barang-barang jualan masing-masing. Makcik-makcik nih memang aggresif...tak bagi can langsung sambil ditarik-tarik baju dan tangan suruh beli barangan yang diorang jual. Yang ada gelang tangan, keychain dan sarung yang harganya lebih kurang yahudi jugak lah. Kemana saja kami pergi memang diorang akan ikut sambil mendesak-desak beli. Lastly kami naik balik kat motor dan blah dari tempat tuh..sekeping gambar pun tak sempat nak amik.




Ok...tuh cerita 10 tahun yang lalu. Kali nih aku ikut route yang lain dari dulu. Mana aku tau route lain...ntah..aku pun tak tahu..belasah je. Sampai di Gunung Batur...aku skip tempat view point yang aku pergi dulu..dari jauh nampak tak berubah sebab nampak ramai je makcik-makcik tengah standby kat area tuh...Aku berhenti depan sikit dekat area kedai 2 tingkat di penghujung jalan. Sedang aku park motor tuh ada seorang makcik penjual mendekati aku..tanya aku dari mana..Dengan berat hati aku tipu makcik tuh cakap aku dari pulau Jawa dengan slang jawa nya. Terus makcik tuh tak jadi jual barangan dia kat aku setelah aku cakap yang aku tak mahu beli apa-apa. Bukannya aku nak menipu tapi demi kemaslahatan diri sendiri aku terpaksa lakukannya.



Aku melepak kat tepi tebing sambil menikmati pemandangan gunung dan tasik di depan mata aku. Terdapat beberapa restoran tepi tebing dan asalnya aku macam terfikir jugak nak pekena kopi secawan dengan indomie goreng barang sepinggan memandangkan aku tak makan apa lagi sejak pagi. Tapi bila fikirkan yang Bali nih makanan halalnya agak was was, so aku batalkan hasrat itu. Tapi sempat la aku pinjam toilet diorang. (of course la bayar)


Seterusnya aku ke Pura Ulun Danu Batur yang terletak tak berapa jauh dari port aku tengok view tadi. Dalam 15 ke 20km lebih kurang macam tuh la. Dalam perjalanan nasib baik ada jugak stesen minyak kat tepi jalan untuk aku isi tank minyak yang dah start berkelip lama dari Tegallalang lagi.

Asalnya aku nak masuk ke pura yang ada kat sini sebab Pura Ulun Danu Batur merupakan antara pura yang orang cakap mempunyai view antara terbaik di Bali (orang cakap lah) sebabnya view pura nih menghadap gunung dan tasik. Kat sini ada 3-4 pura dan Pura Ulun Danu Batur tuh terletak agak hujung sedikit dari 2 pura yang terdahulu. (harap korang paham lah maksud aku nih) 




Sebaik sahaja aku park motor terus aku diserbu oleh embak-embak yang berada disana. Bila ditanya aku tersebut yang aku datang dari Malaysia, jadi terus aku diasak berpusu-pusu oleh diorang untuk beli cenderamata atau sewa sarong dari diorang. Aku cuba menolak sedaya upaya dan last sekali salah seorang embak tuh cakap...kalau tak sewa sarong dengan diorang jangan nak masuk pura yang ada depan mata aku tuh. Menyirap aku lalu terus aku start motor dan blah dari situ. Lagipun masa tuh kabus dah start keluar so no point aku bayar entrance dan sewa sarong pastu tak nampak apa view pun. Sebab tu aku cakap tempat ni antara tempat yang aku paling menyampah nak pergi kalau ke Bali.



Besakih Temple

Dari Danau / Gunung Batur aku menuju ke Besakih. Alang-alang dah ada dekat kawasan nih aku teruskan jua perjalanan. Jarak perjalanan sekitar 23-25km tapi jalannya melalui hutan yang bersimpang siur turun dan naik bukit. Kebetulan pada masa tuh hujan turun sederhana lebat. Aku yang tak sempat turun untuk pakai baju hujan (aku pun tak tahu ada ke tak baju hujan dalam seat motor tuh) redah sajalah..memandangkan keadaan jalan yang agak licin tambahan pulak takde line telefon (just incase emergency) aku pun bawak motor slow-slow je...tapi yang nih memang betul-betul slow..maksimum paling laju aku bawak dalam 40-50 km per jam je...takpe lah...janji sampai..



Aku sampai di Besakih pun dah agak petang sangat dah..dalam jam 3.30 petang kalau tak silap aku. Bukan apa..jauh-jauh datang kang sekali masa melawat dah tamat tak pasal-pasal je..Untuk sesapa yang jarang-jarang ke Bali, Besakih nih adalah orang panggil 'mother temple of Bali' disebabkan ianya temple Hindu terbesar dan paling holy di Bali...Sebelum sampai aku sesat jugak ke temple yang lain yang terletak berdekatan dengan Besakih sebabnya dari jalan aku nampak ada beberapa bas persiaran park kat satu temple nih dan orang ramai kat sana. So aku ingat itulah Pura Besakih, tapi rupanya bukan. So terpaksalah aku carik balik jalan menuju ke destinasi yang aku dah target tu.



Aku park motor di parking yang di tetapkan yang mana boleh tahan jugak lah jauh untuk ke entrance. Macam biasa aku dioffer untuk sewa sarong di parking tapi aku menolak meskipun mbak tuh cakap nak masuk kena pakai sarong walaupun aku berseluar panjang. Itu syarat wajib untuk masuk ke pura yang paling holy kat Bali nih. Aku tolak baik-baik sebab aku sebenarnya ada bawak kain pelikat dalam seat motor aku. Sebabnya adalah untuk jimatkan duit dari sewa sarong dan kedua kalau ada tempat solat mana-mana boleh lah singgah kejap.

Di entrance aku barulah nak fikir sama ada nak masuk ataupun tak. Sebabnya masa tak berapa mengizinkan. So aku amik beberapa keping gambar dan kemudiannya kena sound ngan tour guide kat situ...kalau tak mahu masuk jangan sesekali amik gambar di sini. So aku tak jadi nak masuk (ego jugak) dan kembali ke parking motor aku. 




Settle Besakih aku kembali semula ke Kuta sebabnya aku tak mahu menunggang motor pada waktu malam.Ini sebabnya jarak perjalanan menuju ke Kuta dalam lebih kurang 65-70 km. Kalau di Malaysia perjalanan macam tuh mengambil masa 45 minit atau 30 minit kalau naik Velfire hitam tapi di Bali, perjalanan boleh mencecah 2 jam sebab keadaan jalan yang kecik (jalan elok sebenarnya) serta budaya pemanduan di Bali. Diorang bawak slow so aku pun tak bawak laju lah. Lagi pun bila dah menghampiri Kuta nanti, jalannya memang macet total terutama sekali di Kuta sampai motorsikal pun terpaksa naik ke laluan pejalan kaki kat tepi kedai-kedai.



Dalam perjalanan tetiba aku buat kerja tak berapa munasabah di fikiran ia itu aku divert route aku dari ke Kuta menuju ke Tanah Lot untuk mengejar sunset. Yup..sempat tak sempat, rasa cam tak berapa sempat tapi aku dok push jugak ke sana. So aku amik route lain dari jalan datang tadi tapi takdir tak menyebelahi aku. Dalam pada aku ikut shortcut, aku tersesat di pekan Tabanan. Google maps yang aku buat panduan perjalanan dok bawak aku pusing-pusing jalan yang takde. Maksudnya dalam map ada jalan tuh...tapi reality onsite takde. So berpusing-pusing lah aku di dalam laluan jalan yang sesak dan di atas motor di Tabanan lah sunset aku hari ini.


Aku sampai di hotel hari dah gelap dan maghrib pun hampir melabuhkan tirainya. So aku segera naik ke bilik bagi menyelesaikan urusan yang masih tertangguh. Settle semua urusan termasuk membersihkan diri, aku turun semula untuk mencari makanan setelah last makanan aku adalah breakfast tadi tak termasuk minum air di tengah jalan. Jadi aku cuba keluar dari Kuta untuk mencari makan. Meskipun terdapat beberapa kedai makan yang menarik di Kuta tapi agak sukar nak dapat parking dan juga jalan sesak. Kalau nak makan di Kuta je baik aku jalan kaki macam hari pertama dari naik motor atas musabab yang aku nyatakan tadi. Lagipun dah banyak sangat motor parking, kang tak tahu mana satu lak motor sewa aku nanti. 




Akhirnya aku makan di pinggir Kuta (outskirt) yang mana sepanjang jalan terdapat satu deretan kedai makanan yang menjual makanan halal. (ada signboard cakap halal) dan keadaan trafiknya jugak tak begitu sibuk. Aku park je di random kedai makan dan mulai order makanan yang paling murah tapi mengenyangkan perut yg kebuluran. Makanannya boleh la tapi harganya...mmm...Settle makan aku balik dan tidur..esok masih banyak tempat dan jarak yang panjang untuk dituju...zzz


Bersambung...




No comments:

Post a Comment