Friday 22 December 2017

Journey To The North : Hanoi


Hari ini hari free and easy...nak berpeleseran di sekitar Old Quater dan Hanoi sahaja. Berjalan kaki selagi kaki mampu melangkah tanpa sebarang rushing. Sambil baring-baring kat katil dengan awek german yang pakai t shirt dengan panties je kat sebelah katil tengah video call ngan mak dia kat kampung (aku dah cerita kan yang aku duduk dorm) ngan awek india kat katil bawah ngan 2 orang mamat korean kat sebelah2 katil awek india tuh..aku godek2 dan susun destinasi yang aku rasa nak kunjungi. Apa yang menariknya kalau dah biasa duduk dorm ni, orang dah tak berapa pervert sangat (aku la kut) dengan keadaan sekitar dan biasanya orang buat tak reti je..asalkan jangan ganggu orang persekitaran dah la..buat bising dan lain-lain lagi.






OK. Kalau korang tak pernah guna google maps offline..caranya senang je..korang connect dulu ngan wifi sedia ada dan susun mana-mana destinasi yang korang nak pergi dalam phone korang tu tapi kalau tak silap aku ada maksimum destinasi...6 kut. So mana-mana destinasi yang dekat antara satu sama lain tu boleh sharing2 lah. Bila dah setkan kesemua destinasi jangan tekan butang back tapi terus je exit dengan click butang home (yg ni utk android je...ios aku x sure sama atau tak). So sambil berjalan nanti korang akan nampak dimana korang berada (dia ikut satelit punya connection) dan jgn sekali-kali tekan butang back ye..kang map tu akan reboot.



Plan aku adalah awal pagi berjalan kaki ke Hoan Kim Lake atau juga dikenali sebagai tasik pedang  yang terletak bersebelahan saja dengan old quarter. Sedang awal pagi...takde la awal sangat dalam kul 9 pagi camtu. Kalau ikutkan Hoan Kim ni adalah satu tarikan di Hanoi tapi jangan teruja sangat sebabnya takde apa yang menarik macam Angkor Wat ke atau taman tema disneyland kat sini. Di bahagian utara tasik ni terdapat satu historic temple dan di tengah-tengah tasik terdapat satu bangunan usang yang dipanggil Thap Rua atau turtle tower. Ada kisah lagenda berkenaan tasik ni dengan turtle tower tapi aku serahkan kepada korang untuk google sendiri cerita lagenda tu kalau korang berminat. Tak berminat boleh move on dengan kehidupan seharian.



Secara personal aku enjoy lepak-lepak sambil memerhati aktiviti local di persekitaran tasik ini. Kebanyakannya pengunjung membawa ahli keluarga bersiar-siar dan melepak di pinggir tasik manakala selebihnya bersukan atau jogging..jogging xde kut..lebih kepada berjalan kaki. Selain itu ada yang bertafakur, yoga dan bermain badminton...main badminton kat area berangin? Bak kata amanda..Asal kau bahagia...permainan kegemaran adalah sepak bulu tangkis yang agak menghiburkan disamping kesibukan kota. Disini aku dapat buat perbandingan antara langit dengan bumi juga kalau dibandingkan dengan Malaysia. Contohnya macam di Putrajaya pada hujung minggu ramai yang berbasikal di jalanan. Bukan tak bagus tapi apa yang aku dapati di Malaysia, basikal je harga dalam RM10- 15 ribu ringgit..belum lagi yang ada escort naik velfire atau alphard siap siren bagai. Ikut kemampuan masyarakat lah tapi nak bagi gambaran yang aktiviti sukan di Hanoi ni lebih kurang zaman 80an di Malaysia time mak bapak bawak anak2 jalan kat Taman Tasik Perdana atau ke Mimaland dulu kala. So aku agak enjoy...



Perjalanan diteruskan menuju ke tengah pusat kota Hanoi dalam keadaan hari yang semakin membahang. Cuaca di Hanoi pada musim panas memang agak membahang menggigit kulit...tapi apa yang agak menarik keadaan trafik tidak seperti di Saigon, masih sibuk tapi trafik di Saigon boleh dikatakan 2-3 kali ganda lebih havoc. Sepanjang perjalanan banyak tempat juga yang aku singgah tapi tak masuk ke dalam disebabkan kesempitan kewangan dan masa...erm..masa ada tapi fulus je yang kering sket. Antara tempat2 yang sempat aku lalui adalah Vietnam Fine Art Museum, Lenin Park, War Museum sebelum aku tiba di uncle Ho's Mausoleum.



Untuk masuk ke Ho Chi Minh mausoleum ni pun dah agak payah sebab masa aku sampai banyak pintu ditutup so divert punya divert untuk ke satu-satunya pintu masuk aku terpaksa tawaf hampir separuh kompleks ni sebelum berjaya jumpa entrance. Masuk adalah percuma tapi anda tidak dibenarkan membawa sebarang alatan yang boleh mengambil gambar atau video di dalam makam termasuklah telefon bimbit. Kesemua alatan tu terpaksa diserahkan untuk disimpan sementara korang akan diberi macam tagging or token camtu la untuk korang redeem balik barang korang time nak keluar nanti. Dari entrance kena berjalan dalam barisan dan setiap check point kena berhenti bagi membenarkan askar utk kawad sementara pengawal di pos terkemudian dapat mengawal orang yang masuk dan keluar dari makam uncle Ho ini.



Setelah beberapa stop akhirnya aku berjaya memasuki makam uncle Ho. Ho Chi Minh kalau dibaca dari penulisan aku yang terdahulu (aku pun baca kat google gak pun) merupakan seorang pemimpin revolutionary yang memimpin Vietnam kearah negara komunis merdeka dari penjajahan Perancis dan merupakan bekas president Vietnam utara dan mati pada tahun 1969. Dalam wasiatnya dia minta dibakar namun begitu mayat beliau diawet lalu ditempatkan di makam beliau sebagaimana beberapa pemimpin terkenal yang lain misalnya Lenin, mustapa kamal attartuk, firaun dan lain-lain. Keadaan dalam makam tak perlulah aku ceritakan...kalau ada masa terluang boleh la berkunjung ke sini.




Setelah tamat lawatan, sila jangan lupa mengambil kembali barangan seperti camera atau beg yang ditinggalkan di pintu masuk tadi. Tak perlu patah balik ke entrance point tadi...cuma perlu ke tempat mengambil barang dan serahkan semula token yang diorang bagi masa serah barang tadi. Perjalanan keluar lebih menarik, korang diberi pilihan sama ada nak ambil gambar didepan makam atau terus melawat beberapa bangunan seperti pejabat presiden atau rumah kediaman uncle Ho semasa hayatnya. Tapi semuanya adalah berbayar ye.. Btw rumah kediaman uncle Ho lebih kurang je dengan rumah almalhum Nik Aziz..rumah kayu yang marhaen sahaja...Kan bagus kalau..oh..ni blog travel bukannya blog politik..so kita hentikan saja setakat itu...


Habis lawatan aku ke makam uncle Ho, perjalanan seterusnya adalah menyusur di Old Quarter sahaja disamping hari yang semakin petang. Perut juga semakin lapar dan makanan terakhir yang aku makan adalah brekfest percuma hotel yang disediakan pagi tadi. So aku mengambil keputusan untuk pulang saja ke hotel untuk rehat-rehat dan mandi dulu. Namun begitu entah macam mana perjalanan pulang aku tidak mengikut jalan yang aku ambil ketika datang tadi dan telah menemukan aku dengan west lake yang berada di utara makan uncle Ho tadi. West lake adalah tasik besar yang terletak di tengah-tengah bandar Hanoi.



Dah tentulah aku tak pusing keliling West Lake ini sebab luas tasik ini adalah lebih dari 5km persegi. So nak jalan keliling tasik ni, kena jalan dalam lebih kurang 17km. Kat tepi tasik tu ada sebuah jambatan yang mana di tepinya terdapat temple..haa..kat jambatan tulah yang aku sanggup redah. Itu pun dalam lebih 1km jugak lah. Duduk di tepi tasik yang windy sambil menikmati kopi tin yang aku beli sambil memerhati uncle-uncle memancing agak nikmat juga. Perjalanan pulang ke hostel agak berliku juga. Meskipun ada jalan lurus sejauh lebih kurang 3km ke hostel tapi aku sering tersasar dari landasan disebabkan ada saja yang menarik perhatian aku yang menyebabkan perjalanan lebih jauh dan panjang dari yang sepatutnya.





Sempat juga aku berjalan sekali harung di Old Quarter disamping berjalan kaki menuju ke hostel. Cuaca yang bagi aku terlalu berbahang meskipun masa dah dalam pukul 4 petang buatkan aku rasa nak balik ke hostel je. Balik hostel, rehat-rehat, mandi dan mungkin tidur kejap sementara tunggu cuaca redup sikit baru aku teruskan perjalanan. Bagi aku Old Quarter nih agak menarik...ianya tempat rakyat marhaen...kebanyakan orang masih lagi berniaga cara old skool..makcik-makcik tua masih lagi kandar sayur dan dijual di tepi jalan-jalan..peniaga-peniaga menjual makanan dan minuman di kaki lima jalan dan macam-macam lagi senario kehidupan yang boleh disaksikan disini. Bagi yang beragama Islam, di Old Quarter terdapat sebuah masjid di tengah pekan. Ianya terletak di 12 Hàng Lược, Hàng Mã, Hà Nội, Vietnam . Haa..jgn jadikan travel satu alasan untuk mengabaikan perintah tuhan ye..






Aku ambil kesempatan untuk balik mandi dulu di hostel sebelum merancang nak keluar balik agak-agak dah redup sikit kang. Tapi kalau tertido alamatnya esok pagi la bangun. Tak ada apa perancangan sebenarnya tapi saja-saja je nak jalan sementara tunggu nak malam dan cari kedai untuk makan. Asalnya nak carik makan kat night market (pasar malam) kat Old Quarter tapi apakan daya pasar malam hanya bukak hari Sabtu Ahad sahaja. Jalan punya jalan, malam menjelang...so makan malam last di Vietnam perlu spesial sikit. Ada beberapa kedai makanan yang menjual makanan halal di Old Quarter...kalau di Hanoi ada banyak juga tapi nak berjalan kaki tu yang malas. Aku asalnya nak pergi ke satu kedai nama Little India yang ada juga menjual makanan Malaysia..namun apabila sampai aku dapati kedai tengah dalam renovasi..



So...option 2 adalah berlegar-legar mencari kedai yang lain sebab aku takde target lain selain kedai tadi tu..Balik hotel..on wifi dan rupanya ada sebuah kedai makanan halal 2 blok dari Hanoi backpackers. Nama kedai tu adalah Tandoor restaurant...alamatnya 24 Hàng Bè, Hàng Bạc, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam. Makanannya macam biasalah..makanan india. Asalkan kenyang kira oklah...So aku order nasik putih dengan kari ayam serta samosa dengan air coke memandangkan nasik briyani dia boleh tahan juga mahalnya..takde la mahal melampau tapi harga standard di Vietnam. Rasanya memang sedap giler sebab aku dah kelaparan macam orang Somalia tp secara jujur nak kata not bad juga la..Lepas makan mata dah kuyu so dah xde nak jalan-jalan lagi..Balik hostel, kemas baju dan tidurlah seawal kul 11 malam..xde la awal kan...



Flight aku dari Hanoi menuju ke Kuala Lumpur dalam jam 940 pagi. Jadi awal-awal subuh lagi aku perlu untuk ke airport. Kalau korang nak tahu ada shuttle bus dari Old Quarter menuju ke Noi Bai airport dan harganya amatlah murah sekali iaitu 5k vd jika nak bandingkan dengan teksi atau transport lain. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam so aku ambil keputusan untuk mengambil bas pertama ke airport dalam jam 5 pagi. Jangan risau kalau tertinggal bas sebab kalau ikut diorang cakap kekerapan bas adalah 15 minit ke setengah jam sela masa. Untuk makluman lagi ada dua terminal airport di Hanoi ni, satu terminal domestik dan bas akan berhenti di terminal domestik terlebih dahulu. So korang jangan jadi macam aku yang berhenti di terminal domestik pastu jenuh mencari-cari mana flight airasia. Rupa-rupanya international terminal terletak bersebelahan je (sebelah pun ada la sekilo dua gak menapak). Aku dah turun ke bawah tempat terminal bas untuk ke international punya terminal. Bila tengok time kira awal lagi..so sekali lagi aku buat kerja ntah apa-apa..aku pun jalan kaki la ke terminal sebelah tu sambil mengusung beg yang boleh tahan juga tu..Berpeluh jugak la ketiak tapi takde apa-apa lagi nak buat sambil hilangkan bosan boleh cuba sendiri..dari KLIA ke KLIA2..haha

Adios




Sori..post ni agak tergesa-gesa sket sebab aku nak gi an adventure...

No comments:

Post a Comment